Bagi pengguna media sosial, tentunya korang perasan akan trend terbaru yang sedang melanda di seluruh Malaysia.
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba saja ramai yang bercakap tentang ‘Popcat’ sampai trending di laman Twitter. Penuh timeline REMAJA dengan foto kucing menguap!
Mesti semua tertanya-tanya, siapa sebenarnya ‘Popcat’ tu?
Foto Kredit :Youtube
Untuk pengetahuan korang, Popcat tu bukanlah nama individu mahupun nama haiwan tapi merupakan permainan disebuah laman web, dimana pengguna seluruh dunia mewakili negara masing-masing bersaing bagi menjadi yang teratas paling banyak klik per saat.
Popcat.click merupakan permainan klik yang dihasilkan oleh peminat meme Josh, Ed dan Freddy sudah wujud sejak April lagi. Permainan klik itu hanya memerlukan korang untuk klik sahaja pada gambar kucing yang terdapat di laman web itu seberapa banyak yang mungkin.
Ads
Kesemua jumlah klik anda itu akan dikira sebagai ‘point’ untuk disumbangkan kepada negara yang menyertai. Melihat kepada laman sesawang itu, terdapat sebanyak 203 buah negara yang didaftarkan menyertai permainan tersebut.
Ads
Bagaikan sukan Olimpik, rata-rata netizen Malaysia meletakkan target untuk mencapai pingat emas untuk acara Olimpik Popcat ini. Buat masa sekarang, Malaysia berada di kedudukan ke-3 didunia, dengan jumlah klik setakat artikel ini ditulis seperti dibawah di belakang negara Taiwan.
Ads
Untuk turut serta menyertai, hanya perlu klik pada imej kucing yang dikenali sebagai Oatmeal. Di mana setiap kali klik, Oatmeal akan membuka mulut dan akan diberikan mata.
Tiada syarat atau peraturan yang dikenakan, semua rakyat Malaysia boleh menyertai dengan hanya klik pada pautan ini: https://popcat.click/
So, kalau korang bosan, daripada keluar merayau di musim pandemik ni. Baik menyumbang klik, mana tahu Malaysia boleh dapat “gold medal” di Olimpik ‘Popcat’…hiks
Kerajaan Malaysia telah pun mewajibkan mana-mana rakyat Malaysia yang ingin pulang dari luar negara menandatangani Surat Aku Janji dan Indemniti (Letter of Undertaking) bermula 1 Jun ini adalah bertujuan memastikan pusat kuarantin mencukupi.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, LOU ini selari dengan keputusan kerajaan untuk mengenakan caj 50 peratus kos kuarantin iaitu RM75 sehari kepada mereka yang pulang selepas 1 Jun 2020.
Menurut beliau, keputusan menandatangani LOU ini juga dapat memastikan mana-mana rakyat Malaysia yang ingin pulang ke negara ini tidak terkejut dengan caj kuarantin hotel perlu ditanggung sebaik sahaja mereka tiba di tanah air.
Gambar hiasan
Setiap pemohon perlu menghantar dokumen berkaitan bersama-sama LOU lengkap ke e-mel Perwakilan Malaysia selewat-lewatnya tiga hari sebelum tarikh berlepas.
LOU ini boleh dimuat turun bermula hari ini dari laman sesawang Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).
Empat agensi lain juga akan memuat naik LOU tersebut dalam portal masing-masing dalam masa yang terdekat iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Semalam, seramai 299 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dan dikuarantin wajib.
Apa-apa pun rakyat Malaysia harus bersyukur kerana pihak kerajaan masih menanggung 50 peratus daripada kos pembiayaan pusat kuarantin.
Ramai ibu bapa yang bekerja hari ini demi sebuah kelangsungan keluarga. Ada ketika mereka memang tidak sempat membuat bekal untuk sarapan anak kerana perlu berkejar ke tempat kerja.
Anak-anak biasanya diberi duit belanja untuk berbelanja ketika rehat. Tapi apa yang bakal didedahkan oleh bekas tukang masak kantin sekolah ini sangat mengejutkan. Mungkin boleh buat hati mak ayah hancur apabila mengetahui kebenarannya.
Biar hanya 10 hari bekerja sebagai tukang masak kantin, dia mendakwa, anak-anak yang dipilih mendapat Rancangan Makanan Tambahan (RMT), diberi nasi basi yang dicampur kicap banyak-banyak dihidangkan untuk sarapan mereka.
Lebih mengejutkan, sosej, nugget dan kentang dari jenama paling murah dijual untuk anak-anak. sesuatu yang sangat mengejutkan. Itu belum lagi isu terlalu banyak aji no moto diletak sebagai perisa makanan bagi menambah lazat.
Ternyata penguasaha kantin yang tamak mahu mengaut untung berlebihan perlu diberi perhatian serius oleh pihak sekolah, pihak PIBG dan Kementerian Pendidikan bagi menangani isu yang serius ini.
Kantin akan diserbu oleh pelajar bila tiba waktu rehat – pix gambar hiasan
Baca kisah pendedahan dari bekas pekerja kantin ini yang berkongsi di facebook miliknya, As MamaHasnur
Kisah benar dari dapur kantin sekolah yang berlaku depan mata saya sendiri.
Berdasarkan pengalaman bekerja di kantin sekolah rendah beberapa tahun yang lalu.
” Ah! nanti letak je kicap banyak-banyak.Habis juga” katanya.
Astaghfirullah..
Mee goreng – dari plastik terus masuk kuali.
” Tak basuh dulu? Pahit nanti” saya cuba lagi.
“Letaklah kicap manis banyak-banyak.Oklah nanti” – katanya lagi.
Hmm…
Syukurlah Allah letakkan saya di posisi tukang masak untuk guru.
Saya masak macam masak untuk keluarga.
Letakkan ikhlas dalam setiap apa yang dilakukan.
Hati puas dan tenang.
Betapa belasnya hati saya melihat nasi goreng ‘campur’ dan mee pahit tadi disendukkan ke dalam bento khas RMT (Rancangan makanan tambahan).
Saya yakin mereka takkan mampu makan walau separuh daripada hidangan kecil itu.
Terbayang wajah riang mereka bila mencapai bekas makanan bagi mengalas perut ketika rehat. Namun suapan pertama belum mampu ditelan apatah lagi suapan yang seterusnya.
Saya juga lihat,nugget, sosej dan kentang dari jenama yang paling murah dibiarkan lama di luar sebelum di goreng dan seterusnya dicicah dengan sos yang paling murah juga.
Kalau semuanya murah,jual murah juga ke?
Eh,taklah!
Harga sama macam di luar juga.
Mereka beli racun pada harga yang mahal untuk disuap ke mulut mereka tatkala mereka sedang menuntut ilmu.
Saya cuba bertanya, boleh ke jual makanan macam ni di sekolah?
” Mestilah boleh,sebab tu kita jual. Makanan nilah yang paling senang,paling laku dan paling banyak untung!” – katanya.
Itulah pengalaman paling mahal saya selama dua minggu jadi chef di kantin sekolah beberapa tahun yang lalu.
Kita tak mampu nak ubah semua tapi kita boleh pastikan anak-anak kita terkecuali dari situasi menyedihkan itu dengan merajinkan diri menyediakan bekal anak-anak ke sekolah.
Keluarga kenyang ,terjamin dan jimat. In sha Allah
Pelajar akan membeli apa yang dilihat sedap dan apa yang mereka suka – pix gambar hiasan
Carian Remaja berkaitan mendapati Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia ada membuat satu garis panduan apa makanan dibenar jual dan tidak di kantin sekolah.
Senarai makanan dan minuman yang dilarang dijual dikantin sekolah:
Makanan dan minuman yang melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985 seperti:
Makanan yang melampaui tarikh luput.
Semua jenis makanan yang berupa permainan atau dijual bersama permainan seperti cincin, gambar, belon dan lain-lain.
Gula-gula dan coklat.
Jenis-jenis makanan yang telah dijeruk sama ada masam, masin atau manis, basah atau kering seperti asam masin, jeruk mangga, kulit limau dan jeruk bawang.
Makanan ringan dan minuman yang mengandungi bahan perisa dan pewarna tiruan, kecuali susu berperisa.
Makanan dan minuman yang beralkohol.
Senarai makanan dan minuman yang tidak digalakkan dijual di kantin sekolah
Mi segera.
Konfeksi ais dan ais krim.
Teh dan kopi.
Minuman berperisa berkarbonat.
Makanan yang berkrim atau bersalut gula.
Makanan diproses seperti daging burger, sosej dan nugget
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Banjir besar yang melanda Malaysia tidak hanya memberi kesan kepada kediaman dan harta benda peribadi. Malah ia turut memusnahkan jutaan buku yang ditenggelami air.
Kira-kira dua hingga tiga juta buah bahan bacaan dilaporkan rosak di gudang Big Bad Wolf dan kedai buku BookXcess @Wolf House yang terletak di Seksyen 33, Taman Alam Indah dekat Shah Alam akibat banjir teruk yang melanda Selangor tempoh hari.
Menurut pengasas bersama BookXcess dan Big Bad Wolf Books iaitu Andrew Yap, jumlah kerugian masih dalam proses penilaian kerana ia akan mengambil sedikit masa untuk dipastikan.
Namun berdasarkan penilaian awal, jutaan buku sudah disahkan rosak, musnah dan tidak dapat diselamatkan. Begitu juga dengan peralatan gudang yang memakan kos yang tinggi. Buat masa ini, kerja-kerja pembersihan gudang dan pembuangan bahan bacaan yang rosak ini sedang dilaksanakan.
Selain kedai buku BookXcess di Wolf House ini, setakat ini kesemua 14 cawangan BookXcess di seluruh negara serta BookXcess Online & Big Bad Wolf Books di platform Shopee masih beroperasi seperti biasa dan menerima tempahan.
Walaupun kehilangan jutaan bahan bacaan, pihak gudang Big Bad Wolf dan BookXcess difahamkan masih terbuka hati untuk menderma buku kepada masyarakat sekitar yang terjejas teruk akibat bencana banjir besar pada bulan ini.
Sayu hati kan melihat jutaan buku rosak ditenggelami air dan terpaksa dilupuskan. Bencana banjir besar ini benar-benar menguji seluruh rakyat Malaysia. Semoga apa yang berlaku memberi hikmah agar kita lebih bersyukur dengan segala kelebihan yang diperolehi selama ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Spekulasi perkahwinan Taylor Swift dan Travis Kelce di Madison Square Garden mencetuskan perhatian dunia hiburan dengan majlis dua hari yang dikatakan sangat eksklusif dan mewah.