Setelah pengumuman mengenai pengenaan semula caj RM1 oleh bank-bank bagi transaksi mesin ATM yang melibatkan pelanggan bank berlainan akan dikuatkuasakan bermula 1 Februari 2022 di seluruh negara; seperti dijangka, bantahan pantas didengari oleh rakyat tempatan.

Tinjauan REMAJA di beberapa platform media sosial mendapati rata-rata warganet tidak bersetuju dengan keputusan yang disifatkan sebagai tidak sensitif terhadap keadaan semasa.

Dengan kenaikan harga barangan runcit terutamanya sayur-sayuran yang tular sejak bulan lalu, pengangguran rakyat yang masih tiada jalan penyelesaian dek musim pandemik yang melanda sejak tahun lalu dan beberapa faktor lain yang mengekang kondisi kewangan yang selesa untuk rakyat; tidak hairanlah mereka berang dengan keputusan tersebut.

Bagi mereka, usah dipandang kecilnya nilai RM1 itu untuk sesetengah kelompok tapi seharusnya, pandanglah dari sudut kutipan bank pada setiap bulan hanya menerusi pengenalan semula caj RM1 ini.

IKLAN

Warganet Bengang CAJ RM1 Bagi Transaksi Bank Berlainan Dikembalikan Februari 2022

Mengikut penilaian pemerhati, pihak bank dengan mudah mampu mengumpul lebih dari RM10 juta pada setiap bulan hanya menerusi caj mesin ATM ini dan jumlah tersebut bukanlah sedikit. Ia mampu untuk meengubah ekonomi bagi kelompok rakyat yang setiap hari perlu memerah tenaga bagi mengisi perut seisi keluarga.

Tambahan pula, tidak semua mesin ATM daripada bank pelanggan itu ada di semua lokasi. Suka atau tidak, sekiranya kita kekurangan wang tunai dalam tangan, terpaksa jugalah kita berurusan dengan mesin ATM paling hampir dengan kita dan membayar caj RM1.

IKLAN

Warganet Bengang CAJ RM1 Bagi Transaksi Bank Berlainan Dikembalikan Februari 2022

Untuk pengetahuan korang, caj sistem MEPS sebelum ini telah dikecualikan oleh kerajaan pada 6 April 2020. Langkah tersebut agar rakyat tidak terbeban semasa pengeluaran wang tunai di mesin ATM berbeza semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu.

Namun jika mereka merasakan sudah tiba masanya untuk caj RM1 dikembalikan semula hanya kerana PKP sudah tidak dilaksanakan, tidakkah mereka merasakan bahawa rakyat masih terbeban dengan tempias kesan daripada musim pandemik yang masih dapat dirasai. Lagipun, kebanyakan bank di Malaysia telah melaporkan keuntungan pun semasa suku ketiga 2021 berakhir pada 30 September lalu.

IKLAN

Sebagai contoh mengikut laporan Sinar Harian, Public Bank untung bersih RM4.28 bilion diikuti oleh Maybank (RM1.68 bilion), RHB Bank (RM635 bilion) dan Bank Islam (RM101 juta). Hhm, tak kan tak cukup lagi kan.

Diharap kerajaan dapatlah meneliti situasi semasa yang perlu dihadapi oleh rakyat sekarang dan fikirkan solusi terbaik untuk meringankan beban kami semua.

*

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI