Siapa tak kenal dengan Liza Soberano terutamanya di kalangan peminat Gen Y. Selebriti Filipina ini terkenal selepas muncul dalam siri ‘Forevermore’ dan aktif berlakon pelbagai filem dan rancangan TV.

Memiliki darah kacukan Filipina dan Amerika. Jadi tak hairanlah ramai yang mengagumi kecantikannya dan kejelitaanya gadis berusia 25 tahun ini.

Wajahnya juga sudah beberapa kali tersenarai dalam senarai “The 100 Most Beautiful Faces”. Liza mengungguli senarai tersebut pada tahun 2017, dan juga tahun-tahun seterusnya. Selain itu, aura dan personaliti Liza Soberano kian menjadi dambaan kempen jenama kecantikan seperti Maybelline dan lain-lain.

Elak Mekap…Rahsia Pelakon Filipina & Wanita Tercantik Di Dunia, LIZA SOBERANO Kekal Jelita

Jadi apa rahsia kecantikan dan keanggunannya? Menurut Cosmo Filipina, ini dia tip kecantikan Liza Soberano yang boleh korang aplikasi.

  1. Hidrasi itu penting!

“Saya mempunyai kulit yang kering sejak kecil dan salah satu petua kecantikan terbaik yang saya amalkan adalah untuk sentiasa memastikan kulit saya lembap.”

IKLAN
  1. Biarkan kulit mengelupas dengan sendirinya.

Kanak-kanak perempuan dengan kulit kering, sila ambil perhatian: “Saya sering menggosok dan menggaru kulit saya bila ia mengelupas. Lama kelamaan saya menyedari ianya tidak baik untuk kulit dan hanya akan menjadikannya semakin kering. Apa yang saya buat. Saya akan membiarkan kulit saya mengelupas dengan sendirinya.”

Elak Mekap…Rahsia Pelakon Filipina & Wanita Tercantik Di Dunia, LIZA SOBERANO Kekal Jelita

  1. Tanggalkan solekan secepat mungkin.

Disebabkan kesibukan sesi penggambaran dan rakaman, Liza mengakui kulitnya perlu dan selalu disolek. “Bila kulit anda terdedah dengan bahan alat solek untuk tempoh masa yang lama, ia akan menyebabkan kulit wajah anda kusam dan kering. Jadi, saya pasti akan mencuci muka dan menanggalkan solekan sebaik sahaja kamera berhenti merakam”.

IKLAN

Elak Mekap…Rahsia Pelakon Filipina & Wanita Tercantik Di Dunia, LIZA SOBERANO Kekal Jelita

  1. Elak mekap jika boleh

“Saya sebenarnya lebih suka keluar rumah dengan gaya natural tanpa solekan. Saya hanya akan memakai balsem bibir”, jelas Liza. Memandangkan kulitnya terdedah kepada banyak tekanan, inilah cara dia memastikan kulitnya tidak berjerawat atau mengelupas.

Elak Mekap…Rahsia Pelakon Filipina & Wanita Tercantik Di Dunia, LIZA SOBERANO Kekal Jelita
Liza bersama dengan teman lelakinya, yang juga seorang pelakon popular, Enrique Gill
  1. Kulit anda juga perlukan bantuan

Apabila bercakap tentang penjagaan kulit, Liza juga turut mendapatkan rawatan menerusi Program Kualiti Kulit yang disesuaikan daripada Dr. Vicki Belo. Salah satu rawatan kegemarann Liza dari Belo Medical Group ialah Angel Whitening, yang membantu menjadikan kulitnya “lebih ringan, lebih cerah dan kelihatan segar selepas itu.”

IKLAN

Kredit foto: Instagram (@lizasoberano)

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

KREDIT FOTO: BERNAMA

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI