Ya, kami sedang mencari para finalis yang berpotensi untuk PENCARIAN HERO REMAJA 2017 yang bakal bermula pada April ini. Tak boleh terbang pun tak mengapa. Kuasa adiwira tidak diperlukan untuk bergelar HERO REMAJA.
Anda layak jadi hero jika anda…
• Bijak, berbakat, aktif dan mempunyai keperibadian yang menarik. • Memiliki aura ikon remaja milenia Malaysia. • Punya iltizam kuat untuk berjaya dalam bidang peragaan, industri seni hiburan atau bidang yang ingin kamu ceburi. • Mempunyai kelulusan pendidikan baik di peringkat SPM/Diploma/Ijazah.
Superpower tak diperlukan! Kami mahu Hero yang:
• Warganegara Malaysia. • Berumur antara 17-24 tahun. • Memiliki ketinggian melebihi 170sm dan bentuk badan yang ideal. • Fotogenik dan versatil. • Bujang. • Kod pakaian: Baju putih & jeans biru.
Ads
Jadi, sudahkah kamu bersedia? Tiba masanya untuk kamu serlahkan keterampilan dan personaliti diri untuk ditransformasikan menjadi ikon Hero Remaja 2017.
Jom sertai majalah REMAJA di lokasi uji bakat ini.
Ads
Lokasi Rasmi: Bangunan Kumpulan Media Karangkraf No.1, Jalan Renggam 15/5, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Kemunculan Nadhir Nasar dalam naskah filem terbarunya di samping teraju utama, Fattah Amin ibarat satu impian yang akhirnya menjadi kenyataan.
Bercakap kepada pemberita sewaktu ditemui di majlis tayangan perdana filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah di Putrajaya pada 3 Januari, Nadhir menyifatkan peluang yang diterimanya ini amat sukar untuk ditolak.
Ini memandangkan Nadhir memandang naskar filem ini lebih daripada sekadar satu projek lakonan tetapi sebagai satu tanggungjawab yang ingin dipikul olehnya sebagai seorang anak seni tempatan.
“Selepas saya mendapat skrip Pendekar Awang dan mengetahui ia adalah sebuah naskah Kembara Studio yang hebat dengan kutipan filem Mat Kilau dahulu, saya terus terima.
“Ini kerana ia mempunyai unsur-unsur mempertingkatkan dan memperkukuhkan semangat patriotisme untuk agama, bangsa dan negara.”
“I just have to do it kerana ia adalah satu tanggungjawab saya sebagai seorang pelakon untuk memainkan watak unsung hero yang jarang diceritakan.
“Untuk generasi saya yang tidaklah terlalu terdedah kepada filem-filem sejarah, filem ini memudahkan mereka untuk lebih ambil tahu menerusi karya seni,” ujarnya yang segak dalam persalinan Baju Melayu serba hitam, semalam.
Menerusi filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah ini, Nadhir diberikan amanah untuk membawakan watak Tahir. Namun bukan mudah untuk juara Hero Remaja 2020 ini merealisasikan Tahir ke layar perak memandangkan persediaannya memakan masa selama tiga bulan.
“Sewaktu tempoh preparation tersebutlah, saya dapat bersembang dengan beberapa pelakon veteran seperti Namron, Wan Hanafi Su dan Amerul Affendi. Mereka adalah sekumpulan idola-idola saya!
“Jujurnya, kekuatan saya dalam cerita ini adalah Fattah Amin dan saya amat teruja (dapat bergandingan dengan beliau).
“Pertama kali kami bersua mata dan sempat berborak, okay, kami boleh click di set penggambaran. Banyak benda yang kami boleh bercakap. Begitu juga dengan Fazura yang turut banyak membantu di set.”
“Bagi saya, perkara ini penting kerana kita perlu ada connection kuat di antara pengarah, pelakon dan penerbit bagi menjayakan sesebuah naskah,” kongsinya lagi.
Selain Fattah Amin dan Nadhir Nadhir, filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Nur Fazura, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Nam Ron, Amir Ahnaf dan ramai lagi. Tak sabarnya nak menonton di pawagam bermula 11 Januari 2024!
Harapnya, ia dapat membawa pulangan sehebat filem Mat Kilau pada tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rupa sudah ala pelakon Korea, telatahnya pun memang selalu mencuit hati.
Tidak hairanlah apabila Meerqeen berjaya menarik perhatian juri di malam finale Hero Remaja 2020; sekaligus dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga secara keseluruhannya.
Bagi korang yang telah mengikuti program Hero Remaja sedari awal lagi, pasti korang sedar akan peningkatan yang ditunjukkan oleh remaja berusia 19 tahun ini dari satu episod ke episod seterusnya.
Ya, karakter Meerqeen yang easy-going memudahkan dirinya untuk pantas disenangi oleh peminat Hero Remaja 2020. Namun, peningkatan dari segi skil dan potensi yang ada pada dirinya juga tidak boleh kita pertikaikan.
Ditanya mengenai perasaan sebagai pemenang tempat ketiga, ini jawapannya.
” Meerqeen tak sedih berada di tempat ketiga kerana dari awal, meerqeen tak letak harapan yang terlalu menggunung pada malam tersebut. Nadhir jelas berhak menjuarai Hero Remaja 2020 kerana ciri-ciri ‘champion’ ada dalam dirinya.
meerqeen sudah cukup bersyukur apabila mula dikenali selepas menyertai Hero Remaja dan ia amat membantu untuk karier meerqeen juga.”
Sebagai pemenang tempat ketiga, Meerqeen membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM5,000, trofi dan selempang.
Berbakat Besar
Tidak terbatas dengan bakat nyanyian semulajadi yang ‘diwarisi’ daripada keluarganya, anak saudara kepada penyanyi Safura Ya’cob dari sebelah ibu ini juga telah perlahan-lahan memperbaiki seni lakonan dan peragaan.
Baru-baru ini, pemilik nama Shameer Shauqeen ini telah terpilih membintangi telefilem berjudul ‘Kelaster’ yang bakal ditayangkan di Astro First.
Menceritakan tentang dua orang pelajar yang terkandas di kampus gara-gara wabak COVID-19 yang merebak, berlakulah pelbagai insiden yang tidak diingini. Drama yang bergenre komedi seram ini turut dibintangi oleh Achey dan pelakon serba boleh, Nora Danish.
Tapi yang kurang manisnya, ada kata-kata nakal yang mengatakan dia mendapat peluang itu atas faktor ‘cable’ ahli keluarganya.
Ish, dia pergi casting tau!
“Meerqeen lakukan semua ini hasil usaha sendiri. Tak pernah ‘cucuk’ sesiapa untuk dapatkan job. Jadi saya tak hiraukan jika ada yang berpendapat kononnya saya gunakan cable kerana saya lebih tahu momen struggle saya sendiri.
“Sejak berusia 16 tahun, saya sudah tanamkan impian untuk sertai bidang seni. Tiga tahun saya cuba nasib sehingga ke hari ini. Akhirnya ada hasil pertama setelah menyertai Hero Remaja 2020.
”Saya sedar perjalanan saya masih panjang, masih banyak ilmu yang perlu saya kaut andI am eager to learn.”
Ditanya mengenai soalan PSA yang diterimanya semasa malam finale 16 Julai lalu, Meerqeen merasakan sedikit terkejut dan kaku bila diajukan soalan tersebut.
“Terkejut kerana dalam banyak-banyak soalan, soalan itu yang saya terima. Meetqeen memilih bunga matahari kerana kelebihan ketinggian yang ia ada berbanding bunga-bunga lain dan warnanya yang menarik perhatian. Jadi Meerqeen samakan karakter diri yang orang kata mudah didekati dan ramah (ketawa) – orang katakah kan, dengan bunga matahari.”
Apapun, tahniah kami ucapkan kepada Meerqeen atas kejayaannya ini.
“Terima kasih kepada mak ayah, penyokong yang banyak memberi semangat untuk meneruskan cabaran sepanjang Hero Remaja 2020z
“Meerqeen juga ingin berterima kasih kepada pihak Ideaktiv dan Astro kerana merekalah yang percaya kepada potensi diri saya. Terima kasih kepada pihak produksi , rakan-rakan finalis Hero Remaja 2020 dan semua yang membantu perjalanan Meerqeen dalam pertandingan.”
Untuk pengetahuan, 5 orang finalis telah diadili oleh Dato’ Hans Issac dan Scha Alyahya selaku juri tetap serta Yusry Abdul Halim selaku juri jemputan. Pentas akhir Hero Remaja 2020 telah dihoskan oleh Ain Edruce dan Awal Ashaari.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Saya nak buktikan kehadiran saya dalam bidang seni bukan main-main..”
Percubaan pelakon baharu yang semakin meningkat naik, Meerqeen untuk menembusi pasaran hiburan di Indonesia bermula dengan langkah kanan apabila bakal muncul dengan drama pertamanya yang diterbitkan oleh produksi negara seberang itu.
Meerqeen sewaktu sesi pra-produksi web drama Modus Operandi.
Setelah membina nama menerusi drama seperti Melur Untuk Firdaus dan Angkara Cinta, Meerqeen kini mula mengintai peluang untuk melebarkan pengaruhnya ke Indonesia sejak kunjungan pertama di Jakarta, beberapa bulan lalu.
Sesi bertemu peminat bersama gandingannya, Anna Jobling pada ketika itu di beberapa buah program bual bicara nyata tidak sia-sia apabila namanya dipancing untuk menjayakan sebuah web drama untuk Bank Rakyat Indonesia.
Selain Meerqeen, drama berjudul Modus Operandi ini telahpun menjalani penggambarannya selama seminggu di Jakarta bersama-sama pelakon tempatan lain seperti Krito Immanuel, Yusuf Mahardika, Diandra Agatha dan Maudy Effrosina. Biarpun ini merupakan kelibat pertamanya dalam sebuah produksi lakonan Indonesia, pemenang tempat ketiga pencarian Hero Remaja 2020 ini telahpun memperolehi rezeki ditawarkan watak utama dalam drama yang diarahkan oleh Makbul Mubarak.
“Memang saya teruja, pada masa sama gemuruh untuk bekerjasama dengan mereka yang berpengalaman. Sedikit sebanyak ada perbezaan ketara terutama dalam cara kerja (dengan produksi di Malaysia).
“Tapi saya gembira kerana mereka banyak membantu terutama semasa proses pra-produksi. Kami terlibat dalam sesi latihan bagi melicinkan proses seterusnya. Ini memang memberikan pengalaman berharga kepada saya,” katanya.
Menariknya, biarpun web drama Modus Operandi ini hanya akan mula ditayangkan pada 4 November (Jumaat) menerusi saluran YouTube Bank Rakyat Indonesia, Meerqeen khabarnya telahpun dirisik oleh beberapa produksi Indonesia lain yang berminat untuk menawarkan peluang lain kepadanya – bukan sahaja tawaran lakonan malah juga pengacaraan.
Meerqeen yang masih memikirkan tawaran mana yang bersesuaian untuknya dalam nada syukur tidak menyangka rezeki sebegini akan hadir secepat ini.
“Alhamdulillah. Kalau kena dengan masa dan jadual, pasti saya terima. Apa sahaja perkembangan nanti akan diumumkan kepada semua.”
“Tanpa sokongan dan doa semua pihak terutama peminatnya yang sentiasa menyokong kerjaya seni saya, tidak mungkin saya mampu melangkah sejauh ini. Kepercayaan yang diberikan ini membakar semangat saya untuk terus berusaha keras dan membuktikan kehadiran saya dalam bidang seni bukan main-main.
“Saya mahu serius menjadi insan seni yang disegani,” simpulnya yang tertarik dengan tawaran sebagai pengacaa sebuah program TV di Indonesia.
Haa, program apakah itu? Dan adakah Meerqeen akan terus-menerus mencari tapak di Indonesia seperti yang pernah dilakukan oleh beberapa pelakon lelaki Malaysia seperti Allahyarham Asyraf Sinclair, Keith Foo dan Miller Khan. Sama-sama kita nantikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...