
Bila waktu PKP ni, tak kiralah di Malaysia atau pun luar negara, dengan tidak semena-semenanya ramai individu menjadi kreatif dalam membuat inovasi bukan saja kepada makanan, malah topeng muka juga.
Untuk menjalani kehidupan new normal, rasanya penggunaan topeng muka menjadi satu kewajipan oleh masyarakat dunia hari ini. Seorang pengguna di Twitter, @donalscannell telah berkongsi video seorang wanita yang tampil dengan idea kreatif dalam menghasilkan topeng muka menggunakan stokin.



Dengar memang agak jijik kan. Tapi rasanya kalau guna stokin yang belum dipakai okay la kot. Hiks!
Video tersebut telah pun menerima lebih daripada 2.7 juta tontonan dan hampir 27 ribu retweets.
The simplest DIY mask yet – all you is a sock and a scissors pic.twitter.com/xYU0ZjHsSV
— donal scannell (@donalscannell) May 11, 2020
Kalau korang mahukan kelainan dan nampak rare sikit, bolehlah try. Hiks!
Sumber: era.je
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apakah Sebenarnya Platform ‘AFLIX’ Yang Tiba-Tiba Tular?

Secara tiba-tiba, jenama Aflix bertukar menjadi topik perbualan utama netizen di media sosial selepas persatuan FINAS mencadangkan kepada kerajaan agar platform hiburan atas talian, Netflix diharamkan di Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN: Cadangan FINAS Untuk Haramkan Netflix Dibalas Idea Bijak Netizen
Cuma satu saja persoalannya, apakah Aflix sebenarnya?
Aflix berpaksi dari Cyberjaya sebagai sebuah pasukan yang diwujudkan oleh pengguna komuniti daripada grup ibu bapa. Mereka mendakwa mampu membantu proses penapisan kandungan drama dan filem yang ditonton oleh rakyat Malaysia.
Menurut Ketua Pegawai Teknologi syarikat itu, Azarul Hakim kepada rakan media di The Star selepas dihubungi, pihak Aflix beranggapan penapisan kandungan itu perlu dilakukan untuk penonton matang dan kanak-kanak bawah usia.

"Kami menyediakan kandungan beretika dengan menapis dahulu. Kandungan berlebihan seperti keganasan dan gangguan seksual boleh membawa kepada isu tingkah laku di kalangan masyarakat."
Buat masa ini, pelan langganan platform itu diletakkan pada harga RM4 sebulan atau RM41 setahun. Harganya rendah buat masa ini sebagai strategi untuk mengajak masyarakat melanggan Aflix terlebih dahulu.
Aflix juga dikhabarkan sedang mengumpul 10,000 tajuk drama dan filem sebelum mereka menemui Malaysia secara rasmi. Azarul berkata mereka sudah mempunyai 3,500 kandungan daripada pihak pengeluar dari Korea Selatan, Jepun dan India.
Besar kemungkinan, mereka akan menawarkan fungsi video-on-demand (VOD) dan fungsi biasa.
Mereka juga dikatakan sedang menyiapkan sebuah siri animasi 50 episod, namun enggan menamakannya.

Nama Aflix menjadi hangat apabila ia didakwa adalah motif tersembunyi Finas untuk mengharamkan Netflix dan memperkenalkan platform sendiri sebagai pesaing Netflix.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengasas JYP, Park Jin Young Dipilih Sebagai Pemimpin Suruhanjaya Budaya Pop Korea

Terbaru, Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung pada 9 September lalu mengumumkan pelantikan pengasas JYP Entertainment, Park Jin-young, sebagai ketua Suruhanjaya Pertukaran Budaya Pop yang bakal ditubuhkan. Turut serta dalam barisan kepimpinan ialah Menteri Kebudayaan, Chae Hwi-young.
“Park merupakan antara penyanyi terkemuka Korea dan telah lama berusaha mengglobalisasikan K-Pop,” kata Ketua Staf Presiden, Kang Hoon-sik.
“Beliau akan membantu mewujudkan Korea di mana masyarakat dunia boleh lebih menikmati budaya kami, sambil masyarakat di Korea juga meraikan kepelbagaian budaya asing,” jelasnya.

Untuk pengetahuan, Park Jin-young yang kini berusia 53 tahun, bukan sekadar seorang penyanyi malah beliau juga merupakan penulis lagu serta penerbit yang menubuhkan JYP Entertainment pada tahun 1997. Syarikat hiburan yang dikelola beliau kini tersenarai antara agensi terulung Korea, melahirkan nama-nama besar seperti Rain, Wonder Girls, 2PM, TWICE, Stray Kids dan ramai lagi.
Menerusi kejayaan besar artis-artis di bawah naungan JYP, Park telah memberi sumbangan besar dalam mengangkat K-Pop ke pentas global, menjadikan budaya pop Korea semakin dikenali dan diterima di seluruh dunia.

Sementara itu, Suruhanjaya Pertukaran Pop-Kultur ini dijangka dilancarkan seawal bulan ini. Difahamkan, penubuhan tersebut merupakan salah satu inisiatif presiden bagi menunaikan janji menjadikan Korea sebagai antara lima kuasa budaya terbesar di dunia.
Pada masa yang sama, lonjakan peminat global terhadap budaya pop Korea semakin ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya selepas kejayaan siri Netflix seperti Squid Game dan filem berunsurkan K-Pop seperti K-Pop Demon Hunters.

Melalui suruhanjaya ini, usaha akan difokuskan untuk memperluaskan lagi pengaruh muzik, drama, filem dan permainan Korea melalui pertukaran budaya serta kerjasama antarabangsa. Langkah ini dilihat mampu mengukuhkan kedudukan Korea sebagai peneraju budaya dunia.
Sementara itu, dengan meletakkan Park Jin-young di barisan hadapan, ramai pihak menjangkakan kepimpinan beliau bakal membuka lebih banyak ruang bagi bakat Korea menembusi pasaran luar, sekaligus memperkukuh fenomena K-wave yang kini menjadi tumpuan global.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Marian Rivera Bukan Sekadar Cantik, Siap Ada Ijazah Bidang Psikologi!

Tak dinafikan Marian Rivera memiliki raut wajah cantik sempurna! Macam tak puas setiap kali tengok kejelitaannya di kaca televisyen. Bahkan sejak zaman kanak-kanak lagi, terserlah kecantikan asli aktres popular Filipina ini.
Marian Rivera Bukan Sekadar Cantik, Siap Ada Ijazah Bidang Psikologi!
Bertuah empunya badan dikurniakan pakej lengkap. Patutlah sering menjadi buruan syarikat mewah antarabangsa!
ARTIKEL BERKAITAN: Masih Cantik & Awet Muda, Ini Wajah Terkini Pelakon Popular Drama Pangako Sa Yo

Bukan Sekadar Cantik, Siap Ada Ijazah Dalam Bidang Psikologi!
Lahir pada 12 Ogos 1984 di Madrid, Sepanyol, anak kepada Francisco Javier Gracia Alonso dan Amalia Revera ini bukan calang-calang wanita. Dia memiliki pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari De La Salle University Dasmarinas.
Bapa Marian merupakan warganegara Sepanyol manakala ibunya pula rakyat Filipina. Disebabkan perkahwinan campur tersebut, Marian mampu bertutur dalam tiga bahasa iaitu Sepanyol, Inggeris dan Tagalog.
Bakat Marian juga mula bersinar selepas kejayaan drama Marimar, Dyesebel, Amaya dan Temptation of Wife. Bahkan Marian juga ada bakat menyanyi. Sebelum ini Marian sudah menghasilkan dua album iaitu Marian Rivera Dance Hits dan Retro Crazy.

Isteri Kepada Pelakon Kacak, Dingdong Dantes
Beberapa tahun mencipta nama dalam industri seni Filipina, jelitawan ini memutuskan untuk berkahwin dengan aktor kacak Filipina, Dingdong Dantes pada 30 Disember 2014.
Berdasarkan populariti mereka berdua dan kejayaan masing-masing, perkahwinan mereka turut mendapat julukan The Royal Wedding di Filipina pada tahun berkenaan. Hampir setahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan romantis ini dikurniakan anak perempuan comel iaitu Maria Letizia pada 23 November 2015.
Empat tahun kemudian, rumah tangga mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata lelaki yang dinamakan Jose Sixto G. Dantes IV pada tanggal 16 April 2019.

Ada Peniagaan Bunga-bungaan Segar Flora Vida
Selain aktif dengan aktiviti seni, Marian juga sebenarnya pengasas perniagaan bunga-bungaan segar Flora Vida by Marian. Ujarnya, bukan mudah untuk membahagikan masa di antara kerjaya dan keluarga namun kerana tanggungjawab terhadap peminat dan anak anak serta suami dia tetap akan memastikan semuanya berjalan lancar.
“Pada mulanya memang agak sukar menguruskan keluarga dan kerjaya dalam satu-satu masa. Tapi apabila anda sudah dapat membezakan masa satu yang menjadi keutamaan, ia akan menjadi mudah.
Di samping menjaga keluarga, dalam masa sama saya juga akan memantau perniagaan yang diusahakan kerana kedua-duanya adalah penting bagi saya. Walau ada ketikanya susah, tapi saya mampu uruskan keluarga dan perniagaan dengan baik.”
Selain perniagaan bunga segar, Marian juga mengeluarkan koleksi fabrik dan dekorasi kediaman rumah serta melancarkan jenama pakaian miliknya sendiri pada Disember lepas.
Sememangnya aura Marian cukup berbisa. Apa sahaja yang dijual mahupun dipromosikan pasti laris di pasaran. Patutlah ramai pengusaha dan syarikat berskala besar berebut-rebut menjadikan jelitawan Filipina ini sebagai duta.
Untuk rekod artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Nona.
BACA LAGI : Elak Mekap…Rahsia Pelakon Filipina & Wanita Tercantik Di Dunia, LIZA SOBERANO Kekal Jelita
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

