Ketika ini sedang berlangsungnya pertandingan ratu cantik bertempat di Vietnam. Pertandingan Miss Culture World International 2022 ini merupakan sebuah pertandingan yang baru sahaja diwujudkan dan edisi kali ini merupakan kali kelima ia diadakan.
Walaupun pertandingan ini tidak sepopular pentas ratu cantik lain seperti Miss World, Miss Universe, Miss International, Miss Earth atau Miss Grand International, namun semangat yang ditonjolkan oleh para peserta harus dipuji. Masing-masing tampil menarik dan yakin menggalas tugas membawa nama negara.
Semestinya Malaysia tidak ketinggalan menghantar wakilnya. Apa yang menarik tentang wakil dari negara kita, wanita berusia 27 tahun ini merupakan seorang yang mengenakan hijab. Pemilik nama Wawa Zubir yang berasal dari Pahang ini telah dipilih untuk mewakili Malaysia.
Dalam tinjauan REMAJA di laman Instagramnya, wanita tinggi lampai ini berkongsi, “Saya dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Luit, Maran, Pahang. Dan saya merupakan anak bongsu daripada enam adik beradik.”
Dia yang sudah pun berada di Vietnam telah berlepas ke negara itu pada Rabu lalu.
“Saya akan berangkat ke Vietnam pada 6 April 2022, pada awal pagi iaitu pada jam 6.55 pagi waktu Malaysia. Saya akan mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss Culture World International 2022 di Ho Chi Minh City, Vietnam,” jelasnya dengan lebih lanjut di laman Instagramnya.
Ads
Apabila mewakili negara, semestinya sikap juang yang ada dalam diri perlu membara. Wawa juga tidak kurang memohon doa agar sokongan yang diberi mampu menguatkan semangat. Ujarnya, “Saya memerlukan sokongan dan sorakan dari kalian. Dengan sokongan dan sorakan kalian, ia akan menguatkan lagi semangat saya untuk bawa nama Malaysia dan hijabi. Demimu Malaysia!”
Wah, nampaknya semangat Wawa sebagai ratu cantik tidak luntur biarpun pertandingan ini dianjurkan dalam bulan Ramadan. Semoga berjaya mencapai cita-cita dan membanggakan nama negara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sebelum ini usahawan dan selebriti, Kim Kardashian mencuri tumpuan ramai di acara Met Gala 2022 kerana tampil dengan persalinan busana milik legenda Marilyn Monroe.
Untuk memakai gaun yang berharga RM18.2 juta itu, Kim sanggup menurunkan berat badannya kerana pada mulanya dia tidak muat menyarungkan busana tersebut. Malah, pereka gaun itu juga sebenarnya tidak suka jika Kim menggayakannya kerana menganggap itu tidak patut dilihat berada di badan orang lain selain Marilyn Monroe.
“Saya rasa ia kesilapan yang sangat besar. Tiada mampu merakam gambar sepertinya. Dan gaun itu dibuat khas untuknya saja. Orang lain tidak patut dilihat memakai gaun berkenaan,” katanya.
Gaun itu direka khas untuk Monroe sewaktu majlis hari jadi bekas presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy pada 19 Mei 1962.
Namun khabarnya, gaun ikonik Marilyn Monroe yang dipakai oleh Kim itu telah rosak kerana terdapat beberapa carikan yang menipis dibahagian belakang dan dikatakan beberapa kristal pada gaun sequin ini juga hilang.
Perbezaan kondisi gaun tersebut dapat dilihat daripada foto yang telah dimuat naik oleh instagram @marilynmonroecollection, iaitu gambar sebelum dan selepas digayakan oleh Kim Kardashian.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Untuk francais restoran seperti A&W untuk bertahan selama itu, ia adalah satu pencapaian yang diimpikan oleh mana-mana pemilik restoran dan kafe.
Berita mengenai penutupan cawangan ikonik A&W di Petaling Jaya (bersebelahan dengan stesen LRT dan Menara Amcorp) telah beberapa kali muncul.
Disebabkan sokongan yang tak berbelah bahagi oleh peminat A&W, ia berjaya dikekalkan dan jenama francais itu kembali diminati semula tatkala banyak saingan baru muncul.
Namun, A&W nampaknya perlu akur apabila mereka mengumumkan baru-baru ini mengenai penutupan cawangan Petaling Jaya itu.
Ia bukan disebabkan kurang mendapat sambut tetapi ia demi memberi laluan kepada projek pembangunan di tapak tersebut.
Kami difahamkan bahawa tanah tersebut yang dimiliki oleh Inter Mark Resources Sdn Bhd sebelum ini telah dipajak kepada Kasmuncak Holdings Sdn Bhd yang merupakan pemilik kepada rangkaian A&W di Malaysia sebelum ia diambil semula.
Walaupun cawangan kedua A&W itu hanya berbaki kira-kira 6-8 bulan saja lagi sebelum penutupannya, A&W turut mengumumkan mereka akan membuka lebih 20 cawangan baru di seluruh Malaysia sepanjang tahun ini untuk memudahkan pelanggan mereka merasai menu sedap daripada mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Organisasi Miss Universe Singapura baru sahaja melabuhkan tirai malam finale untuk edisi 2022 sebentar tadi. Tahun ini menyaksikan 10 gadis berentap dalam saingan sengit bagi merebut gelaran berprestij idaman ramai itu.
Memulakan pencarian sejak Julai yang lalu, akhirnya gadis cantik keturunan cina, Carissa Yap dinobatkan sebagai juara. Dia yang berusia 22 tahun dan berketinggian 170cm merupakan seorang pelajar dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Ekonomi di National University of Singapore.
Kemenangan Carissa ini bukanlah satu perkara yang mudah. Sebaliknya dia bakal menggalas tugas yang berat memandangkan tahun lalu wakil Singapura, Nandita Banna berjaya meletakkan negara tersebut ke dalam senarai barisan top 16.
Selain Carissa sebagai juara, tempat kedua dimenangi Yvonne Sashirekha manakala Denissia Delangle pula berada di kedudukan ketiga.
Antara barisan personaliti yang duduk di kerusi penjurian tahun ini ialah Frederick Lee yang merupakan pereka fesyen terkenal Singapura, Miss Universe Singapura 1987 yang juga finalis top 10 Miss Universe 1987, Marion Nicole Teo, Miss Universe Singapura 2013 dan juga pelakon, Shi Lim, Jurugambar komersial dan fesyen, Jeff Chang. Acara tersebut pula telah dihoskan oleh pelakon popular, Erwin Dawson.
Dalam sejarah pertandingan Miss Universe, Singapura pernah dua kali berjaya mara ke peringkat akhir, salah satunya menerusi perwakilan Marion Nicole Teo dan kemudiannya menerusi Nandita Banna yang mengejutkan ramai pihak tahun lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!