Pada tahun 2019 wanita berusia 26 tahun ini pernah dinobatkan sebagai Miss Earth Malaysia, namun tanpa diketahui sebabnya dia menarik diri dan akhirnya tempatnya digantikan oleh wakil yang lain.
Tiga tahun berlalu, nampaknya dia tidak melupakan impiannya untuk mewakili Malaysia apabila kini dinobatkan sebagai Miss Earth Malaysia 2022. Pemilik nama penuh Kajel Kaur Gill ini merupakan seorang doktor perubatan dan taraf pendidikannya bukan calang-calang.
Kredit foto: Instagram Double Event Management
Berasal dari Ipoh, dia dimahkotakan dalam sebuah majlis oleh Miss Earth Malaysia 2021, Dr Nisha Thayananthan. Menerusi hantaran dilaman Instagram, Kajel mengucapkan rasa syukur dengan pemilihannya sebagai wakil Malaysia ke pertandingan ratu cantik bertaraf tinggi itu.
“Saya merasa rendah diri, teruja dan berbesar hati menerima berkat seperti ini. Jumlah kasih sayang dan berkat yang saya terima adalah di luar apa yang orang boleh bayangkan.
“Sentiasa lakukan apa yang betul dan semuanya akan mengikut aturan. Jadilah berani, jujur dan benar. Terima kasih Malaysia kerana mempercayai saya! Dan terima kasih Tuhan kerana memberikan saya pasukan terbaik yang boleh saya minta,” ujarnya panjang.
Cantik dalam balutan busana gaun kembang rona kuning, doktor perubatan ini mahu memperjuangkan isu mengenai pembaziran makanan dan juga pemerkasaan kehidupan haiwan terbiar seperti anjing dan kucing.
Menerusi laporan Bernama, dia berkata, “Saya tidak sabar untuk membawa ketengah dengan lebih lanjut tentang isu pembaziran makanan. Sebagai individu yang sentiasa memberi makan haiwan terbiar, saya berharap dapat melihat Malaysia di mana restoran dan katering lebih giat menyumbang lebihan makanan kepada tempat perlindungan haiwan yang memerlukan beras, tulang haiwan dan daging.”
Kredit foto: Instagram Kajel KaurKetika memegang gelaran Miss Earth Malaysia 2019. Kredit foto: Instagram Kajel Kaur
Menjadikan amalan memberi makan haiwan terbiar sebagai satu rutin dalam hidupnnya, Kajel berharap untuk membentuk sebuah komuniti yang kuat dalam isu ini dan membawa inisiatif ini lebih ke hadapan.
Mengenai isu pembaziran makanan pula, wanita cantik keturunan Sikh ini berpendapat yang Malaysia harus mencontohi undang-undang di sesetengah negara maju yang melarang pasar raya membuang atau memusnahkan produk makanan yang tidak terjual. Sebaliknya, mereka perlu menderma lebihan makanan kepada golongan yang memerlukan.
Ads
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Inai, henna ataupun dalam perkataan Arab, Hina yang bermaksud Ubat bukanlah sejenis tumbuhan yang janggal dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Selain dijadikan sebagai perhiasan diri terutamanya untuk kaum perempuan di jari, telapak tangan dan rambut, sejarah penggunaan pokok inai masih menjadi perdebatan sama ada ia berasal dari India atau bumi Arab terutamanya Mesir.
Apa juga jawapan buat persoalan tersebut, penggunaan inai di jari kita tidak lagi tertakluk buat si pengantin sahaja. Ramai yang mula menggantikan penggunaan pengilat kuku atau pewarna kuku dengan inai dengan lambakan produk baharu berasaskan bahan organik yang boleh dibawa sembahyang.
Baru-baru ini, tular video membabitkan pasangan suami isteri popular, Haris Ismail dan Neelofa yang menunjukkan betapa mesranya mereka sewaktu Haris menolong mewarnakan kuku isterinya menggunakan inai.
Haa, selain mampu menerbitkan rasa mesra dan ‘sweet’ sebegitu antara pasangan, inai juga mempunyai beberapa kelebihan lain yang terarah kepada bidang perubatan; bukannya kecantikan semata-mata.
1) Daun inai mengandungi asid henotanik yang bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku dan rambut. Asid henotanik inilah yang menyebabkan warna merah timbul secara semulajadi apabila kulit disapu inai.
2) Daun inai merupakan agen penyejuk jika disapukan pada kulit. Sebagai contoh, pada bahagian kaki.
3) Daunnya yang masih segar juga boleh direbus dan airnya itu boleh diminum bagi menyembuhkan sakit perut.
4) Sekiranya korang mengalami luka seperti bisul, gatal-gatal, penyakit kulit, melepuh atau sengal-sengal tulang, ia boleh digunakan untuk melegakan luka dengan pantas.
5) Bukan hanya daun inai saja yang mempunyai kelebihan tetapi juga kulit pokok inai itu sendiri. Ia dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis dan hati yang membengkak serta penyakit cirit-birit.
Terus terasa nak tanam pokok inai di rumah kita kan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, penyanyi dan anggota kumpulan AESPA, Karina membuat satu kenyataan mengejutkan apabila dia mengatakan bahawa dia secara peribadi ingin menjalankan kehidupan dengan wajah berbeza dan kurang memahami mengapa ramai yang memuji dirinya cantik.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Youtube KBS Kpop dibawah rancangan berjudul ‘Lee Mujin Service’ episod ke-137, pengacara bertanya jika Karina atau nama sebenar Yu Ji Min (24) berpuas hati atau bersyukur dengan bentuk wajahnya selama ini.
Walau bagaimanapun, ketua kumpulan AESPA itu berkata dia kurang menyukai bentuk wajahnya namun bersyukur bila ada yang mengatakan dia cantik.
“Saya rasa wajah saya berpolar. Tapi saya bersyukur apabila orang kata saya cantik, tetapi secara jujurnya, kadang-kadang saya tidak begitu faham kenapa mereka cakap sedemikian”
Ujar penyanyi yang digelar sebagai wanita ‘AI-Goddess’ itu lagi, dia mempunyai bentuk muka tajam dan kadang kala tertanya bagaimana rasa jika mempunyai bentuk wajah yang lebih lembut dan bulat.
“Wajah kegemaran saya adalah seperti senior Shin Min Ah, Shin Se Kyung, dan Jun Ji Hyun!,” jelas pelantun lagu Drama, Supernova dan Armageddon itu.
Selain dari itu, Karina juga menambah bahawa dia cukup menyukai wajah manis dan lembut pelakon Park Bo Young serta mengaku bahawa dia ingin cuba merasai perasaan memiliki bentuk wajah sedemikian sekurangnya sekali seumur hidup.
Sekadar info, Karina AESPA baru sahaja melancarkan lagu single terbarunya secara rasmi berjudul ‘Up’. Sebelum ini, lagu tersebut hanya dinyanyikan secara tidak rasmi, namun selepas beberapa bulan diatas permintaan peminat, ‘Up’ telah dimuat naik dan meraih perhatian di semua platform penstriman muzik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pertandingan ratu cantik bukan sekadar pertandingan semata-mata. Sebaliknya, ia mampu merubah kehidupan peserta yang menyertainya apatah lagi jika menjadi juara. Terbaharu, khabar dari Kanada, gadis orang asli dari suku Mushkegowuk Cree First Nations telah berjaya merebut gelaran Miss World Canada.
Emma Morrison, 22, mencipta sejarah dalam pertandingan yang telah dianjurkan sejak tahun 1957 itu. Seiring dengan kemenangannya, dia dimahkotakan oleh Miss World Kanada 2021, Jaime Yvonne. Dia dijangka mewakili Kanada tahun hadapan di Miss World 2023 yang bakal berlangsung di Vietnam
“Adalah satu keistimewaan untuk menjadi wanita Orang Asli pertama yang memegang gelaran Miss World Canada 2022. Saya berjanji untuk melakukan yang terbaik untuk mewakili Muskegowuk Cree Nation saya bersama-sama dengan yang lain di seluruh Turtle Island mengikut kemampuan saya. Perjalanan saya bermula sekarang,” ujarnya.
Emma bukan sahaja memenangi gelaran Miss World Canada, dia turut memenangi gelaran Beauty with a Purpose (BWAP). Projek BWAP Emma melibatkan inisiatif untuk memperkasakan kembali budaya Orang Aslinya dengan membuat skirt reben tradisional yang mengambil masa setahun untuk disiapkan.
Projek BWAP yang dilakukannya itu berkait rapat dengan kes penemuan rangka kanak-kanak orang Asli yang telah dipaksa berasimilasi denganbudaya barat di bekas tapak sebuah sekolah lama.
“Selepas 215 kubur yang tidak bertanda ditemui di sekolah berasrama Kamloops, insiden itu memberi inspirasi kepada saya untuk berhubung semula dengan budaya turun temurun. Dan inilah ketika saya mula menjahit skirt reben untuk dipakai sendiri untuk mengingatkan saya untuk berbangga menjadi wanita Orang Asli.
“Ia merupakan perasaan yang saya ingin berkongsi dengan orang lain. Jadi inilah masanya saya mula mencipta skirt reben untuk dipakai oleh wanita Orang Asli lain supaya mereka mempunyai pautan fizikal kepada budaya mereka dan mengingatkan mereka dan rasa punya kuasa, berbangga menjadi wanita Orang Asli”, tulisnya.
Sedikit sejarah mengenai Miss World Canada, setakat ini wakil negara maju itu belum pernah menjuarai pertandingan tersebut. Namun mereka pernah tiga kali bergelar naib juara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!