
Remaja yang pernah viral satu ketika dahulu, Wani Comel atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira telah pun menghembuskan nafasnya pada pukul 9 malam semalam akibat virus COVID-19.
Berita ini dimuat naik menerusi hantaran akaun Instagramnya menerusi ahli keluarga kawan baiknya yang turut meninggal dunia pada hari yang sama kerana COVID-19 juga.

Zarina Anjoulie juga turut mengucapkan takziah kepada keluarga kedua-dua remaja itu.
Gadis berumur 24 tahun ini pernah menjadi perhatian masyarakat apabila kisahnya dan seorang jutawan kosmetik tular di media sosial.
Sama-sama kita doakan agar Allahyarhamah Wani Comel dan sahabat baiknya Putri Rabiatul Nabiha ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penjawat Awam ‘Masyuk’ Dapat Duit Raya, Ayah Ibu Yang Bersara Turut Sama

Saban tahun, musim perayaan Hari Raya Aidilfitri amat dinanti-nantikan oleh penjawat awam di seluruh negara dek kerana bantuan khas kewangan yang bakal diserahkan oleh kerajaan.
Biarpun ekonomi dikatakan sedikit suram akibat pandemik Covid-19, tahun 2021 tidak terkecuali daripada pemberian tersebut.
Dalam satu kenyataan hari ini, pihak kerajaan bersetuju memberikan ‘duit raya’ sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.
Buat golongan ibu bapa kita yang bergelar pesara kerajaan pula, bantuan RM250 akan disalurkan.
Kedua-dua pemberian kepada kira-kita dua juta rakyat Malaysia ini adalah demi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam berkhidmat kepada rakyat terutamanya semasa negara berdepan tempoh yang mencabar ini.
Ia akan mula diagihkan seiring dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 6 Mei 2021. Pembayaran awal ini dilakukan agar rakyat dapat melakukan persediaan secukupnya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 13 Mei ini.
Disamping itu, ia juga dilihat sebagai pemangkin semangat buat penjawat awam untuk terus memberikan yang terbaik dalam perkhidmatan mereka sebelum cuti perayaan dan pada bulan-bulan seterusnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dr Youtube Vs Pakar Ortodontik, Ini Beza Antara Fake Braces Dengan Ori

Heboh masyarakat bercerita tentang kes ‘doktor gigi Youtube’ yang hanya mendapatkan panduan berguru melalui internet tentang cara memasang braces secara tidak sah.
Klip video tutorial di Youtube yang memberi penerangan kaedah pemasangan braces itu didapati sangat berbahaya kerana dalam video tersebut hanya mementingkan cara pemasangan saja.
Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), individu yang memuat naik video itu tidak berkongsi ilmu dan perkara ini perlu diambil perhatian serius.
Hakikatnya, rawatan ini tidak boleh dilakukan oleh semua doktor bertauliah, malah doktor gigi biasa pun tak mempunyai kemahiran itu kecuali doktor pakar.
Tapi oleh sebab rawatan yang diberikan daripada Dr Youtube ini lebih murah, maka lebih ramai orang sanggup ambil risiko dan mengetepikan aspek-aspek keselamatan semata-mata untuk bayaran yang jauh lebih rendah.
Untuk mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan melakukan pemasangan braces, adalah lebih baik jika anda tahu terlebih dahulu perbezaan di antara rawatan yang dibuat Dr Youtube dan pakar ortodontik.
Banyak bezanya tau.
Info ini kami peroleh daripada laman Facebook Root of Science serta sumber daripada Dr Naadira dan Dr Nadzirah juga.
Diharap dengan perkongsian ini dapat menjawab segala kekeliruan masyarakat tentang isu fake braces yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
Pendakap gigi daripada Dr Youtube dalam lingkungan RM350.

– One-off dan tiada rawatan susulan. Kalau patient datang balik akibat masalah gigi tidak vital, dekalsifikasi, keradangan gusi, dan lain-lain, rasanya mereka boleh buat?
– Jenis bahan yang digunakan untuk membuat applians tidak sesuai untuk diletak di dalam mulut manusia. rawatan ortodontik kebiasaannya mahal kerana jenis logam yang digunakan untuk membuat applians telah diuji selamat untuk diguna pakai di dalam mulut.
– Kebersihan sewaktu pemasangan braces. Orang yang tak bertauliah membuat rawatan di homestay, di bilik hotel, tiada tempat dan kerusi khas serta peralatan yang dicuci dan disterilisasi.
Pendakap gigi daripada pakar

Sebelum pemasangan:
– Dipastikan kebersihan mulut di tahap optimum
– Sekiranya perlu, rawatan tampalan dan scaling dibuat dahulu
– Kerusi khas serta peralatan yang dicuci dan disterilisasi.
– Acuan gigi diambil.
– Dua jenis analisis x-ray iaitu OPG (orthopantogram) untuk melihat struktur rahang dan gigi dan lateral skull untuk melihat struktur tulang kepala secara keseluruhan.
– Analisis daripada dua jenis x-ray dan acuan gigi, barulah satu pelan rawatan akan dibuat dan dibincang bersama pesakit dan penjaga pesakit.
Selepas pemasangan :
– Pemeriksaan susulan perlu dilakukan setiap 4-6 minggu. Ini adalah kerana getah dan besi yang digunakan mempunyai had ketegangan dan ia perlu ditukar untuk menjadikan rawatan efektik.
– Temu janji setiap 6-8 minggu diperlukan untuk memastikan kesihatan oral pesakit di tahap optimum.
– Pakar akan memastikan pesakit faham dan tahu menggunakan berus gigi khas dan juga teknik flossing yang betul supaya tidak menyebabkan penanggalan braces.
– Memastikan tiada komplikasi enamel gigi dekalsifikasi iaitu proses hilangnya kalsium daripada gigi dan boleh menyebabkan karies gigi.
– Memastikan pendakap gigi tidak menyebabkan gigi tidak vital. Iaitu apabila pulpa atau saraf gigi menjadi nekrotik, atau mati. Gigi tidak vital akan kehilangan darah dan bekalan air, menjadikannya sedikit rapuh dan berubah warna. Rawatan kanal akar boleh dilakukan untuk menyelamatkan gigi, tetapi tidak dapat mengekalkan warna asal gigi.
A. Klinik Swasta RM4k-20k.
B. Klinik Kerajaan: RM1200.
Kenapa Dr gigi palsu ni sama bahaya dengan pengamal sains palsu dan doktor palsu yang lain?
Di Thailand, terdapat 2 kes kematian berkaitan dengan fake braces dilaporkan di mana salah seorang remaja dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan tiroid akibat memakai fake braces.
Hm, rasanya isu ini bukanlah sesuatu yang baru. Dah banyak pun berita-berita tak baik yang kita dengar tentang kesan penggunaan fake braces ini. Tapi persoalannya, mengapa masih ada yang berani mendapatkan rawatan ini daripada individu yang salah ya?
Sumber: Harian Metro & Root of Science
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Silap Tekan Order, 42 Rider Food Panda Datang Serentak Hantar Menu Sama

Kadangkala pembelian di dalam talian memudahkan kerja bagi sesetengah orang. Bukan saja tak perlu keluar rumah, lebih menjimatkan minyak, parking dan juga tol. Tapi di sebalik kebaikan kadangkala berlaku sesuatu di luar jangkaan.
Dalam sat ukes di Cebu, Filipina seorang budak kecil mencetuskan kegemparan apabila saat dia membuat order makanan, seramai 42 orang rider food panda datang menghantar makanan ke rumahnya. Lebih bikin haru, makanan dihantar oleh 42 rider itu sama jenisnya iaitu fillet ayam.
Dikatakan kejadian ini berlaku kerana masalah internet terputus dan kanak-kanak itu sudah menekan 42 kali untuk order yang sama akibat masalah error.
Dalam satu perkongsian dari World of Buzz pada 28 November lalu, laluan di Barangay Mabolo jadi penuh sesak dengan kehadiran rider Food Panda pada jam 11 pagi sekaligus mendatangkan rasa panik pada neneknya selain kanak-kanak itu sendiri di dalam ketakutan.

Dalam satu perkongsian video oleh Dann Kayne Suarez yang juga jiran pada kanak-kanak berkenaan, kesemua 42 rider Food Panda itu datang lebih kurang serentak malah dimaklumkan kanak-kanak itu tahu membuat order sebelum ini. Namun kerana masalah internet terputus-putus, dia telah menekan sebanyak 42 kali tanpa sedar.
Makanan dipilihnya ialah isi dada ayam dimakan dengan nasi dan kentang goreng pada harga 189 peso (lebih kurang RM15). Namun kerana 42 orang datang serentak, jumlah naik kepada 7938 peso.
Di sebalik melihat terlalu ramai rider, kanak-kanak itu terus menangis kerana ibu bapanya hanya meninggalkan wang yang hanya cukup untuk membeli satu makanan sahaja.
Namun masalah itu selesai kerana jiran-jirannya sepakat membeli baki makanan tersebut untuk makan sendiri tetapi ada juga yang dibawa balik semula ke kedai kerana tiada pembeli.
Malah Dann yang berkongsi video ni turut membeli makanan tersebut.
Sumber video : FB Dann Kayne Suarez / Gambar DP Food Panda : Marketing
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

