Hubungan di antara Putera Harry dan keluarga Diraja Britain menjadi tegang apabila beliau bertindak untuk tidak lagi bergelar working royal dan kemudiannya kemelut itu memuncak apabila beliau menerbitkan biografi menceritakan segala yang terjadi di sebalik tembok istana.

Disebabkan perkara itu, ada desas desus menyatakan bahawa kedua-dua anak Putera Harry tidak akan diberikan gelaran Diraja sebagaimana yang dimiliki oleh kesemua anak Putera William.

Namun khabar tersebut akhirnya ternyata tidak benar apabila laman sesawang keluarga Diraja Britain telah menamakan kedua-dua anak Putera Harry sebagai Putera Archie Harrison Mountbatten-Winsor dan Puteri Lilibet Diana Mountbatten-Windsor.

IKLAN

Walaupun Sudah ‘Keluar’ Istana. Anak Putera Harry & Meghan Markle Tetap Terima Gelaran Diraja

Sebelum ini gelaran yang diberikan kepada mereka ialah Master dan Miss. Archie dan Lilibet bukan putera dan puteri semasa lahir, kerana mereka bukan cucu raja, tetapi mereka mendapat hak untuk gelaran ini apabila Raja Charles naik takhta.

IKLAN

Peraturan yang mengawal gelaran anak-anak diraja telah ditetapkan oleh Raja George V yang merupakan datuk Ratu Elizabeth pada tahun 1917. Jurucakap Putera Harry dan Meghan berkata: “Gelaran kepada anak-anak Putera Harry itu adalah hak mutlak kerana datuk mereka sudah menjadi raja.”

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI