Seperti yang kita sedia maklum, pilihanraya untuk memilih presiden Amerika Syarikat ke-46 telah berlangsung meyaksikan Parti Republican yang dikepalai Trump kalah setelah sepenggal berada dalam tampuk pemerintahan.
Sehingga kini Donald Trump masih lagi enggan mengaku kalah dengan menimbulkan banyak karenah dan teori sehingga membantutkan proses peralihan kuasa. Tingkah Trump yang dilihat tidak professional ini membuatkan bekas isteri presiden AS ke-44, Michelle Obama sebak dan kecewa.
Dalam satu hantaran di Instagram, beliau berkata Panjang, “Minggu ini, saya telah banyak berfikir tentang perkara yang berlaku kepada saya empat tahun yang lalu. Hillary Clinton mengalami kekalahan yang besar dengan margin yang jauh lebih dekat daripada yang kita lihat tahun ini. Saya terluka dan kecewa, tetapi undian telah dikira dan Donald Trump telah menang. Orang Amerika telah bersuara.
Sumber Gambar: via ABC news (abcnews.go.com)
“Dan salah satu tanggungjawab besar presiden adalah belajar untuk mendengar. Oleh itu, saya dan suami mengarahkan kakitangan kami untuk melakukan apa yang telah dilakukan oleh George dan Laura Bush untuk kami, jalankan peralihan kuasa yang terhormat dan lancar dan ini adalah salah satu ciri demokrasi Amerika.
Ads
“Kami menjemput orang-orang dari pasukan presiden terpilih (Donald Trump) ke pejabat kami dan menyediakan memo terperinci untuk mereka, yang menawarkan apa yang telah kami pelajari selama lapan tahun kebelakangan ini.
“Saya harus jujur dan mengatakan bahawa semua ini tidak mudah bagi saya. Donald Trump telah menyebarkan pembohongan rasis mengenai suami saya yang telah membahayakan keluarga kami. Itu bukan sesuatu yang saya sedia maafkan.
“Tetapi saya tahu bahawa, demi negara, saya harus mencari kekuatan dan kematangan untuk menghilangkan kemarahan. Oleh itu, saya mengalu-alukan Melania Trump ke White House dan berbual dengannya mengenai pengalaman saya, menjawab setiap pertanyaan diajukan, dari pemeriksaan yang tinggi yang timbul ketika menjadi seorang isteri kepada Presiden hingga bagaimana membesarkan anak-anak di White House.
Ads
Sumber Gambar: Courtesy of The White House
“Itu adalah perkara yang betul untuk dilakukan, kerana demokrasi kita jauh lebih besar daripada ego seseorang. Cinta kepada negara menuntut kita untuk menghormati keputusan pilihan raya walaupun kita tidak menyukainya atau berharap ia akan berlainan kerana jawatan presiden bukan milik satu individu atau mana-mana parti.
Ads
“Untuk berpura-pura berlaku, bermain dengan teori konspirasi yang tidak berasas ini, sama ada untuk kepentingan peribadi atau politik, adalah membahayakan kesihatan dan keselamatan negara kita. Ini bukan permainan. Oleh itu, saya ingin menggesa semua rakyat Amerika, terutama pemimpin negara kita, tanpa mengira parti, untuk menghormati proses pilihan raya dan melakukan peranan anda untuk menjalankan peralihan kuasa yang lancar, seperti yang dilakukan oleh presiden yang duduk di tampuk pemerintahan di sepanjang sejarah kita.”
Hujah Panjang yang disampaikan oleh bekas first lady Amerika Syarikat ini, menampakkan kekecewaannya apabila Donald Trump tidak mahu mengaku kalah dan tidak memberikan kerjasama peralihan kuasa yang baik kepada presiden baru, Joe Biden.
Sumber: Instagram Michelle Obama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah berbulan lamanya kehadiran jemaah di surau mahu pun masjid dihadkan kerana wabak pandemik COVID-19, kini jemaah bagi solat Jumaat, fardu dan lain-lain di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan adalah mengikut kapasiti sebenar masjid serta surau dengan penjarakan fizika 1.5meter berkuat kuasa hari ini.
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan (JAWI) berkata, ketetapan baharu itu dilaksanakan selepas mendapat perkenan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah dan selaras dengan Peralihan Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Tambahnya lagi, semua masjid dan surau juga dibenarkan untuk melaksanakan aktiviti pengimarahan antaranya seperti kuliah Maghrib, tazkirah sebelum solat Jumaat, tadarus al-Quran, bacaan Yasin dan doa, tertakluk kepada SOP dikeluarkan.
Dengan pelaksanaan ini, diharap seluruh umat Islam khususnya di Wilayah Perseketuan (WP) terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan memanfaatkan peluang tersebut untuk mengimarahkan masjid dan surau serta bermunajat dan berdoa agar penularan wabak COVID-19 ini segera berakhir.
PayDirect merupakan cara mudah membayar tol menggunakan Touch n Go eWallet, dimana walaupun masih menggunakan kad Touch n Go fizikal, baki tidak ditolak daripada kad fizikal, sebaliknya baki di dalam ewallet yang digunakan untuk membayar tol.
Dengan menggunakan PayDirect ini, korang boleh menyemak baki masa nyata, serta membuat tambah nilai eWallet secara dalam talian.
Sistem PayDirect iaitu kad Touch n Go yang didaftarkan dengan e-wallet dan boleh dibuat tambah nilai menerusi aplikasi e-wallet yang hanya boleh digunakan di lebuh raya berikut:
Lebuh raya Sistem Tol Tertutup (masuk plaza tol dan bayar di plaza tol keluar)
Lebuh raya Sistem Tol Terbuka (terus bayar di satu plaza tol sahaja)
AKLEH
BESRAYA
BSI, PLUS di Johor
DUKE
GCE
GRAND SAGA
GRAND SEPADU
JKSB
KESAS
KLK (Plaza Tol Gombak dan Bentong)
LATAR
LDP LKSA
LLB
MEX
NPE SILK
SMART
SPRINT
Bagi sistem RFID pula, semua pengguna lebuh raya yang telah mempunyai tag RFID dan menggunakan RFID, korang boleh menggunakan aplikasi e-wallet Touch n Go bagi tujuan tambah nilai di seluruh lebuh raya di Malaysia.
Dengan cara ini tidak dinafikan ia memudahkan pengguna jalan raya dan kuranglah berlaku kesesakan sekiranya kad touch n go mereka tidak mempunyai baki yang mencukupi.
Kurang dua minggu selepas kerajaan Indonesia mengharamkan penggunaan aplikasi Tik Tok di negara itu, nampaknya Malaysia juga bakal berdepan dengan pengharaman sama.
Motif kerajaan Indonesia berbuat sedemikian adalah disebabkan unsur lucah dalam video aplikasi popular, Tik Tok di kalangan netizen di sana. Di Malaysia juga, sudah banyak pihak yang menyeru agar tindakan sama diambil kerajaan.
Nampak, Kementerian Pertahanan Malaysia menjadi badan atau persatuan PERTAMA yang mengambil tindakan tersebut ke atas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Jika merujuk kepada Perintah Am Angkatan Tentera Malaysia Bil 3/2013: Garis Panduan Media Sosial ATM, anggota ATM sememangnya dilarang menjejaskan imej Kementerian tersebut dalam apa jua cara termasuklah di media sosial.
Perintah ini tidak kiralah sama ada anggota tersebut mempunyai niat sengaja atau tidak sengaja ketika berbuat sesuatu perkara yang menjejaskan imej.
Keputusan tersebut dilihat berikutan beberapa video Tik Tok yang dilihat memakai pakaian uniform sedang melakukan aksi mereka atau rakan mereka. Aksi sebegini tidak selari dengan imej mereka yang seharusnya mempertahankan negara semasa waktu bekerja, yakni semasa memakai uniform rasmi.
Sambil itu, tertera pesanan berbunyi, “Anda bukan artis dan bahan publisitu murahan! Berhenti memalukan diri sendiri dan ATM.”
Ouhh..
Bagi REMAJA, Tik Tok adalah hiburan di waktu senggang dan tidak wajar dilakukan semasa sedang bekerja, di dalam kelas atau pada waktu-waktu yang tidak bersesuaian. Bukan saja di kalangan anggota ATM sahaja tetapi di kalangan semua orang.
Korang rasa, lebih baik haramkan terus Tik Tok di Malaysia atau tidak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!