Setelah saham syarikat Tesla jatuh pada hari Selasa lepas, Elon Musk diisytiharkan bukan lagi manusia terkaya di dunia.
Menurut laporan Bloomberg Billionaire Index, nilai kekayaan Elon sekarang berada di bawah USD168.5 bilion. Sebagai konteks, satu ketika dahulu nilai tersebut pernah mencecah setinggi USD340 bilion.
Namun disebabkan nilai saham salah satu syarikat kendalian Elon iaitu Tesla jatuh 50 peratus sepanjang setahun lepas, Elon kini terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua.
Siapakah individu yang telah merampas kedudukan Elon Musk itu?
Gelaran manusia terkaya di dunia buat masa ini menjadi milik Bernard Arnault iaitu Ketua Pegawai Eksekutif LVMH, sebuah syarikat gabungan fesyen mewah yang memiliki 75 jenama pakaian dan aksesori popular seperti Louis Vuitton, Dior, Tiffany, Moët, Celine, Givency, Marc Jacobs, Loewe, Bulgari serta banyak lagi.
Ads
Ketua Pegawai Eksekutif LVMH, Bernard Arnault. FOTO: Forbes
Saingan terdekat LVMH adalah Kering yang memiliki jenama fesyen seperti Gucci, Saint Laurent, Balenciaga, Alexander McQueen, Bottega Veneta dan lain-lain jenama yang sama popularnya.
Kejatuhan nilai Elon Musk juga disebut berpunca daripada pembelian pemilikan platform media sosial, Twitter bernilai USD44 bilion yang memerlukan Elon menjual saham Tesla bernilai USD15 bilion.
Selain Bernard Arnauld dan Elon Musk, antara nama lain yang menduduki senarai 5 individu terkaya di dunia setakat akhir tahun 2022 mengikut giliran ialah pengasas kumpulan Adani dari India, Gautam Adani (juga secara teknikalnya individu terkaya di Asia), pengasas Microsoft Bill Gates dan pengasas Amazon Jeff Bezos pada kedudukan kelima.
Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan tentang pertemuan di antara Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Elon Musk di SpaceX, Amerika Syarikat bagi membincangkan peluang perniagaan masa hadapan menerusi jenama Tesla dan SpaceX.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
ee
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon terkenal, Wawa Zainal, meluahkan rasa syukur apabila perniagaan anak keduanya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, berjaya mencatat jualan mencecah RM100,000 dalam tempoh kurang sebulan. Lebih istimewa, pencapaian luar biasa ini diraikan bersempena ulang tahun kelahiran Hayla yang ke-10 baru-baru ini.
Menurut Wawa, kejayaan Hayla cukup membanggakan kerana pada usia yang masih kecil, dia sudah mampu menguruskan bisnes sendiri. “Kami hadiahkan kedai untuk Hayla supaya dia lebih fokus. Selepas ini, kami juga akan ambil pekerja untuk bantu uruskan perniagaan,” kongsinya penuh semangat.
Difahamkan, kedai berkenaan bakal beroperasi di Seksyen 5, Bangi, sekali gus menjadi langkah besar buat Hayla untuk lebih serius dalam dunia perniagaan. Bukan itu sahaja, Hayla juga menerima hadiah wang tunai bernilai RM3,000 daripada ibu bapanya. Menariknya, gadis kecil ini berniat menggunakan sebahagian wang tersebut untuk membantu golongan yang memerlukan.
Sikap Hayla yang pemurah ini jelas mencerminkan didikan ibu bapa yang penuh dengan nilai murni. Wawa sendiri turut mendoakan agar anak perempuannya itu membesar sebagai anak solehah, beradab, serta terus menjadi kebanggaan keluarga.
Untuk rekod, Wawa Zainal dan suaminya, pelakon Aeril Zafrel, mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan kini dikurniakan empat orang cahaya mata.
Kisah Hayla ini membuktikan bahawa umur bukanlah penghalang untuk mencipta kejayaan. Malah, remaja di luar sana boleh menjadikan semangat dan keberanian Hayla sebagai inspirasi untuk berani bermimpi besar dan berusaha merealisasikan impian.
Menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita untuk menggunakan surat khabar lama atau kertas berdakwat untuk membalut makanan. Bahkan, makanan yang baru digoreng juga selalunya akan dilapik dengan kertas atau surat khabar lama untuk menyerap minyak gorengan tadi.
Tapi korang tahu tak, melalui perkongsian di laman Twitter Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis mengeluarkan satu infografik bahawa menggunakan kertas surat khabar untuk balut, tutup atau letak makanan secara terus adalah salah.
Hal ini boleh menyebabkan pencemaran dan keracunan makanan. Jika terpaksa juga menggunakannya, jadikan surat khabar lama ini sebagai sebagai lapisan kedua untuk membungkus makanan. Menurut Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, ini kerana untuk mengelakkan pencemaran dakwat berlaku pada makanan.
Pencemaran boleh terjadi sekiranya pengendali makanan menyentuh kertas surat khabar terlebih dahulu dan kemudian menyentuh makanan sedia dimakan secara langsung.
Malah keracunan makanan adalah apa jua bentuk penyakit yang diperoleh akibat daripada pengambilan makanan atau minuman yang telah tercemar oleh organisma yang menular, seperti bakteria, virus mahupun parasit.
So, lepas ini harapnya korang elakkan membeli makanan yang dibungkus terus dari surat khabar ini okay. Harap info ini memberi manfaat kepada kita semua.
Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada bulan Mac hadapan diharap tidak akan menganggu kelangsungan peperiksaan Sijil Pelajar Malaysia (SPM) di negeri tersebut.
Permintaan tersebut hadir daripada para guru dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sendiri agar kedua-dua agenda tersebut akan berjalan dengan lancar.
PRN Johor dijadualkan berlangsung seawal 8 Mac 2022 menerusi undian awal dan hari utamanya pula adalah pada 12 Mac 2022. Manakala, pelajar Tingkatan 5 pula akan mula menghadapi peperiksaan SPN bermula 2 Mac hingga 29 Mac 2022.
Sumber Foto : SINAR HARIAN
Oleh itu, ibu bapa, persatuan dan KPM sendiri berharap agar PRN Johor tidak akan melibatkan premis sekolah menengah sebagai pusat pengundian demi tidak menggangu perubahan susun atur, menyebabkan kecelaruan sistem indeks sekolah dan mengurangkan risiko penyebaran risiko Covid-19 di luar jangkaan di kawasan sekolah,
Mereka bagaimanapun tidak menentang penggunaan sekolah rendah dan kawasan kawasan alternatif lain seperti dewan serbaguna dan balai raya di sekitar negeri Johor sebagai lokasi membuang undi.
Sumber Foto : BERNAMA
Di samping itu, SPR juga diharap tidak akan melibatkan guru sekolah menengah sebagai pegawai pilihan raya untuk PRN Johor. Ini kerana para guru ini perlu berada dalam keadaan bersiap sedia dan sentiasa bebas daripada wabak COVID-19.
Bimbang sekiranya guru sekolah yang terlibat sebagai agen atau pegawai sementara SPR dijangkiti wabak kerana terlibat dengan mesyuarat, latihan dan tugasan SPR; mereka terpaksa diminta untuk mengasingkan diri dalam kuarantin. Ia sekaligus akan menjejaskan persiapan mengajar pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM.
Terdahulu pada hari Sabtu lalu, Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata bahawa kementeriannya telah memohon kepada SPR untuk tidak membenarkan sekolah menengah digunakan sebagai tempat membuang undi sewaktu PRN Johor.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi Putri, anak angkat Steven Sim, menunjukkan semangat juang luar biasa walau diuji dengan cabaran hidup dan kesihatan. Ketahui bagaimana beliau terus cemerlang di akademik dengan sokongan Steven Sim.