
Rakyat dinasihatkan untuk menghentikan penyebaran berita yang tidak benar.
Ini selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengesahkan bahawa tiada pengumuman khas oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dibuat berkaitan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh atau apa-apa berkaitan dengan wabak COVID-19.
Terdahulu, tular satu poster menerusi aplikasi mesej yang kononnya mendakwa sebuah perutusan khas akan dilangsungkan pada jam 9.00 malam ini di saluran massa seperti RTM, Astro Aani, TV3 dan BERNAMA.

Ia dinyakini ramai berkait rapat dengan pengumuman PKP menyeluruh di seluruh negara seperti yang dicanang-canang di media sosial sepanjang minggu ini memandangkan jumlah kes baharu COVID-19 yang mencecah angka 6000.
Bagaimanapun, sebetulnya hanya mesyuarat membabitkan Perdana Menteri, MKN, Ketua Menteri dan semua Menteri Besar saja yang dilangsungkan pada petang tadi; seperti yang dikatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan semalam.
ARTIKEL BERKAITAN : Kerajaan Akan Umum PKP Menyeluruh Atau Tidak Pada Hari Esok – REMAJA
Ingat guys, tidak pasti jangan kongsi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
13 Selebriti Terkenal Dengan Gelaran Haji & Hajah Di Usia Muda

Siapa saja yang tak mahu menunaikan rukun Islam kelima ni, tapi tak semua berkemampuan daripada segi kewangan atau mungkin ada yang masih menunggu giliran oleh Tabung Haji.
Rupanya dah ramai selebriti yang sudah pun dijemput ke Baitullah untuk menyempurnakan sebahagian daripada rukun Islam ini. Beruntunglah bagi individu yang muda-muda lagi dah berpeluang untuk menunaikan haji di tanah suci.
Walaupun bergelar selebriti, mereka juga tidak terkecuali untuk menunaikan ibadah ini dan berikut merupakan antara yang sudah bergelar haji/hajjah di usia yang boleh dikatakan masih muda.
1. Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Penyanyi nombor satu negara ini telah pun menunaikan haji Bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pada sekitar tahun 2007 yang lalu pada usia 28 tahun.
2. Deja Moss

Penyanyi kelahiran Sarawak ini tidak menyangka bahawa dia telah menerima panggilan lebih awal daripada Tabung Haji dan telah selamat menunaikannya pada 2002.
3. Mizz Nina & Noh Hujan

Isteri kepada penyanyi Noh Hujan yang kita nampak sekarang kini lebih banyak mendekatkan diri dengan aktiviti-aktiviti keagamaan.
Pada 2013, Mizz Nina dan suami berpeluang menunaikan haji Bersama-sama di usia 34 tahun.
4. Maher Zain

Penyanyi Lubnan kelahiran Sweden dan dikenali di Malaysia dengan lagu Insha Allah ini menunaikan haji pada 2012 ketika usia 31 tahun.
5. Hafiz Hamidun

Menunaikan haji pada 2016 ketika usia 32 tahun, Hafiz mengakui dia belajar menjadi seorang yang lebih kuat dan sabar.
6. Adi Putra

Empat tahun yang lepas, pelakon kacak Adi Putra telah pun menunaikan haji di usia 34 tahun.
7. Rossa

Menunaikan haji pada 2002, Rossa juga pernah menunaikan umrah dan melakukan percubaan berhijab hamper dua bulan selepas kembali daripada menunaikan haji.
8. KrisDayanti

Selepas pertama kali menunaikan umrah, penyanyi popular Indonesia ini bersyukur kerana telah dipanggil untuk menunaikan haji bersama bekas (kini) suaminya yang juga composer terkenal, Anang Hermansyah pada 2004.
Ketika itu, Kris baru berusia 29 tahun.
9. Oki Setiana Dewi

Penyanyi dan pelakon ini sangat teruja berpeluang mengerjakan rukun Islam kelima bersama suami, Ory Vitrio pada usia 28 tahun
10. Nabil Ahmad

Nabil tidak menyangka peluangnya dapat pergi lebih awal apabila menunaikan rukun Islam ini dua tahun yang lalu pada usia 32 tahun.
11. Neelofa

Tahun lepas, Neelofa ditemani oleh ibunya menunaikan haji pada usia 27 tahun. Alhamdulillah, beruntungnya Lofa.
12. Fouziah Gous

Tahun ini, pelakon Fouziah Gous Bersama suami tak ketinggalan berpeluang untuk menunaikan haji pada usia 35 tahun.
13. Nia Ramadhani

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon sinetron Bawang Putih Bawang Merah yang satu ketika dulu mendapat sambutan hangat di Malaysia.
Nia Ramadhi telah pun berangkat ke Kota suci Makkah untuk menunaikan haji Bersama suaminya di usia 28 tahun.
Dah ramai pun orang muda naik haji sekarang. Alhamdulillah rezeki mereka. Semoga kita juga berpeluang menunaikan haji di usia muda nanti. InsyaAllah, aamiin!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
KPM Ambil Tindakan : Guru ‘Bergurau’ Tentang Rogol Dipindahkan Ke..

Selepas beberapa minggu berlalu, warganet Malaysia masih hangat membincangkan isu mengenai keselamatan di sekolah yang berpunca daripada gurauan keterlaluan seorang guru kepada pelajarnya.
Terdahulu, seorang guru Pendidikan Fizikal didakwa telah mengutarakan gurauan mengenai topik rogol semasa sedang mengajar di hadapan kelas. Isu tersebut dibawa ke hadapan oleh seorang pelajar bernama Ain Husniza Saiful Nizam menerusi akaun TikTok dan telah memperolehi perhatian sejagat sehingga ke pihak ahli politik serta media massa tempatan.
ARTIKEL BERKAITAN : Pandelela Faham Isu Gangguan Dihadapi Ain, Dunia Sukan Pun Ada – REMAJA
Biarpun begitu, warganet mempersoalkan mengenai status isu terbabit apabila pihak berkuasa seakan tidak memberikan respon atau mengambil tindakan pantas dalam kes ini. Tambah mendukacitakan lagi apabila pengetua sekolah terbabit didakwa telah meninggalkan komen berbaur kecaman di Facebook Ain Husniza setelah pelajar itu berani bertindak ke hadapan dan terus-menerus menggerakkan kempen atas talian yang dikenali sebagai #MakeSchoolASaferPlace.
Hari ini, akhirnya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberikan respon dengan memaklumkan bahawa guru terbabit telahpun dipindahkan ke Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sementara kes masih disiasat oleh pihak polis.
“KPM mengambil maklum bahawa laporan polis oleh seorang murid Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA) mengenai perkara ini telah dibuat pada 24 April 2021. Memandangkan insiden tersebut dalam siasatan polis, KPM tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan sepanjang tempoh siasatan.
“Tindakan KPM seterusnya bergantung kepada hasil siasatan kes ini.”
Sementara itu, isu komen yang dikeluarkan oleh Pengetua SMKPA terhadap Ain menerusi Facebook juga telah diteliliti oleh pihak KPM. Kementerian mengesahkan bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh pengetua terbabit di Balai Polis Kuala Selangor untuk menafikan bahawa komen berkenaan telah dimuat naik oleh beliau. Beliau juga mengesyaki akaunnya itu telah digodam oleh pihak lain.
Surat Amaran
Pendedahan Ain mengenai Surat Amaran Pertama yang diperolehinya daripada pihak sekolah berkenaan ketidakhadiran selepas isu ini tercetus juga telah menjadi topik perbualan warganet yang mengecam tindakan sekolah terbabit.
Di sini, KPM menjelaskan mengenai rasional di sebalik pemberian surat tersebut kepada pelajar tersebut.
“Pemantauan kehadiran murid ke sekolah dilaksanakan melalui Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM). Sekiranya murid tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut atau sepuluh hari tidak berturut-turut tanpa mengemukakan sebarang sebab secara bertulis kepada pihak sekolah, guru melalui sistem ini akan menjana Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran Ke Sekolah: Amaran pertama.
“Surat ini dikeluarkan bagi memastikan ibu bapa/penjaga dan pihak sekolah cakna akan kehadiran dan keberadaan murid semasa sesi persekolahan,” catat kenyataan itu lagi.
Betul lah tu guys. Sistem yang sama rata dan saksama digunakan ke atas semua pelajar tidak kira apa alasan mereka untuk tidak hadir ke sekolah.
Ain Husniza sebelum ini berkata bahawa dia tidak lagi hadir kerana takut akan keselamatan dirinya setelah menerima beberapa ancaman daripada pihak pelajar sendiri setelah video aduannya di media sosial tular.
BACA LAGI : Akibat Berani Bersuara, Pelajar Ini Terima Ancaman Rogol Dari Rakan Sekolah Pula – REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hati-Hati.. ‘Vape’ Mengandungi Dadah WUJUD Di Malaysia

Sekitar bulan Mei tahun ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah menahan beberapa individu yang menjalankan sindiet menjual dan mengedar dadah dalam bentuk perasa rokok elektronik ataupun ‘vape’ di Lembah Klang lalu bertukar tular setelah dilaporkan media Malaysia.
Begitupun, kegiatan tersebut hanya menggunakan botol perasa vape bersaiz 10 mililiter bagi mengaburi sindiket mengedah dadah yang dijual pada harga RM150 sebotol. Ia akhirnya tumpas dalam serbuah di sebuah rumah di Petaling Jaya yang dipercayai dijadikan pusat memproses dadah.
Tidak sangka pula selang beberapa bulan selepas itu, PDRM mengesahkan kewujudan aktiviti penjualan vape YANG mengandungi dadah secara terbuka. Rupa-rupanya, vape seperti ini wujud di Malaysia!
Menurut Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, PDRM pada bulan lalu telah menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dalam bentuk cecair vape – juga di Lembah Klang – dengan sitaan dadah dan harta bernilai RM3.47.
Apa yang membuatkan ramai terkejut adalah apabila ia dilaporkan dijual secara berleluasa dalam talian dan dipasarkan secara terang-terangan kepada pengguna. Seperti kes terdahulu, sekali lagi jenis Methylenedioxy – Methamphetamine (MDMA) yang dimasukkan ke dalam cecair perasa vape.
Tambahnya kepada media semalam, PDRM memandang serius dalam pembanterasan segala kegiatan melibatkan pengedaran DAN penyalahgunaan dadah. Tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana pihak termasuklah remaja yang menggunakan vape yang mengandungi dadah ini memandangkan ia merupakan bahan larangan.
Jangan sampai sudah terlambat, baru korang menyesal dengan tindakan menghisap vape itu.
ARTIKEL BERKAITAN : Mujur Paru-Paru Tidak Ditebuk, Aiman Tino Ambil Iktibar Daripada Penggunaan Vape – REMAJA
Sumber : BERNAMA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

