Semalam, REMAJA telah melaporkan mengenai dakwaan seorang pelajar perempuan Tingkatan 5 mengenai guru Pendidikan Fizikal yang ‘bergurau’ mengenai isu rogol.
Hanya beberapa hari selepas pendedahannya itu, pelajar itu kini bahawa dia telahpun menerima satu bentuk ancaman daripada teman sekolahnya.
Pelajar tersebut sebelum ini telah menggunakan medium media sosial seperti TikTok dan Twitter untuk membangkitkan isu guru lelaki yang menjadikan topik rogol sebagai bahan gurauan kepada pelajar di dalam kelas.
Biarpun dia menerima sokongan daripada warganet yang rata-rata mengucapkan syabas di atas keberaniannya bersuara, nampaknya ada juga pihak yang tidak berpuas hati dengan dakwaan tersebut.
Ads
“Ya saya menerima ancama rogol daripada salah seorang teman sekolah lelaki. Saya menangis,” catatnya menerusi ciapan terbaru.
“Bagaimanapun, lelaki seperti dialah punca untuk saya terus berjuang. Para guru yang selalu menerapkan pelajar lelaki dengan pemikiran seperti ini perlu ‘dihapuskan’ daripada sistem pendidikan kita.”
Ads
Dia turut mengesahkan bahawa dia tidak ke sekolah pada hari ini disebabkan oleh keadaan semasa yang mungkin boleh mendatangkan bahana kepadanya.
tw// rape threat
you imagine tirelessly spreading awareness for better education system and this is what you read in the morning. it broke my heart. i suggest if youre sensitive, do not listen. it is very scary. #MakeSchoolASaferPlacepic.twitter.com/ITeo26FMKr
— ain #MakeSchoolASaferPlace (@ant33ater) April 25, 2021
Biarpun pelajar tersebut tidak dapat dihubungi ketika pihak media ingin mendapatkan respon lanjut mengenai ancaman tersebut, ayah kepada pelajar terbabit dikatakan telah membuat laporan polis mengenai ancaman serta tindakan guru terbabit yang bergurau secara keterlaluan.
Ads
Terdahulu, isu ini telah mendapat perhatian daripada pemimpin politik wanita parti DAP yang berharap agar Menteri Pendidikan, Radzi Jidin untuk ‘terjaga’ dan bertindak secepat mungkin agar tindak-tanduk guru seperti ini tidak terlepas daripada perbuatannya.
Kasthuri Patto dan Fadhlina Siddiq berkata tindakan memperlekehkan jenayah rogol tidak harus diambil remeh, lebih-lebih lagi apabila ia hadir daripada tenaga pengajar yang merupakan ‘insan harapan’ dalam mendidik masyarakat.
Bak kata pelajar itu sendiri, kita boleh menukar sistem pendidikan negara menjadi lebih baik.
Satu lagi berita yang mendukacitakan apabila pelakon suara animasi Pokemon, Kumiko Okae telah meninggal dunia akibat COVID-19 di usianya 63 tahun.
Menurut Next Shark, pelakon wanita itu dilaporkan menghadapi komplikasi radang paru-paru yang disebabkan oleh virus tersebut dan meninggal dunia pada 23 April lalu.
Dikenali dengan watak Pegawai Jenny dalam filem Pokemon: Lucario and the Mystery of Mew, Okeo juga merupakan seorang pelakon dan penyampai televisyen yang popular di Jepun.
Sejak membuat kemunculan sebagai seorang pelakon pada tahun 1975, Okeo muncul dalam drama dan variety show seperti Renso Game di siaran NHK. Dia juga turut mengacarakan rancangan pagi, Hanamaru Market dari tahun 1996 hingga 2014 di Tokyo Broadcasting System Television Inc.
Okeo dilaporkan mengalami demam pada 3 April dan keadaannya bertambah buruk selepas tiga hari kemudian. Dia dibawa ke salah sebuah hospital di Tokyo dan kemudiannya disahkan positif COVID-19.
Pihak pengurusannya juga memberitahu bahawa Okea telah menerima terapi radiasi dari Januari hingga Februari lalu, setelah didiagnos menghidapi kanser payudara pada akhir tahun lalu.
Difahamkan lagi, sistem imun dalam badannya semakin lemah akibat terapi dan disebabkan itu keadaan pelakon tersebut menjadi lebih teruk selepas dijangkiti virus korona.
Takziah kami ucapkan kepada keluarga mendiang. Pastinya dunia penyiaran dan anime terkesan dengan kehilangan bakat mendiang dalam industri seni di Jepun.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang jurutera dan jutawan teknologi, Elon Musk telah menarik perhatian masyarakat dunia apabila beliau menamakan anaknya dengan satu nama unik iaitu X Æ A-12 Musk.
Menurut Harian Metro, Elon Musk dan pasangannya, seorang penyanyi dari Kanada, Grimes sepakat memilih X Æ A-12 Musk sebagai nama bayi lelaki mereka.
Musk menjelaskan, X membawa maksud ‘pemboleh ubah yang tidak diketahui’ manakala Æ pula adalah Elven yang disebut AI singkatan kepada teknologi Kecerdasan Buatan (AI) yang turut diterjemahkan dalam beberapa bahasa termasuk Jepun sebagai ‘kasih sayang’.
Grimes pula berkata, sebahagian daripada nama anak mereka itu diilhamkan dari rujukan pesawat kegemaran mereka, “A-12 = prekursor kepada SR-17.
Selain itu, Grimes merumuskan pendedahan berkenaan dengan menggambarkan A sebagai Archangel yang menjadi lagu kegemarannya.
Namun begitu, seorang pengguna di Twitter turut menjelaskan maksud sebenar nama anak Elon Musk ini dengan formula berikut:
Hm, agak-agaknya betul ke sebutannya sebagai Kyle? Kita tunggu kenyataan daripada Elon Musk sendiri nanti. Hiks!
Penularan wabak COVID-19 masih lagi belum reda dan kerana itu kebanyakan negara mengambil keputusan untuk melaksanakan sekatan pergerakan rakyat mereka sama ada di dalam atau ke luar negara.
Sebelum ini, India, Pakistan dan Australia telah pun menyekat sempadan mereka daripada kemasukan warga asing bagi penularan wabak tersebut dan terbaru, Jepun juga khabarnya sudah menyekat kemudahan visa terhadap 11 negara di Asia Tenggara, Timur Tengah dan Afrika bermula 28 Mac berikutan kes COVID-19 yang meningkat di Jepun.
Antara negara yang terlibat adalah Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Brunei, Vietnam, Malaysia, Israel, Qatar, Bahrain dan termasuklah Republik Demokratik Congo.
Kerajaan Jepun terlebih dahulu telah pun menggantung visa terhadap 40 negara termasuk China, Korea Selatan, Iran, Arab Saudi dan Eropah. Pergantungan yang sepatutnya berakhir pada akhir Mac ini dilanjutkan sehingga ke penghujung bulan April.
Mungkin ada individu yang sedang bersedih kerana telah membeli tiket penerbangan terlebih dahulu, namun kami rasakan elok juga seandainya korang tangguh dahulu percutian sehinggalah keadaan dunia betul-betul stabil.
Duit boleh dicari, nyawa pula hanya ada satu kan? Kalau dah memang rezeki nanti tidak akan ke mana. Sama-samalah kita berdoa agar wabak ini berhenti daripada terus menular.
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.