Penyertaan wakil Malaysia ke pertandingan ratu cantik Miss Universe semakin diperkatakan saban tahun. Bukan hanya kredibiliti wakil negara yang menjadi simbol kepada kekuatan dan kegigihan wanita menjadi tumpuan.
Malahan, ramai juga akan tertarik dengan kreativiti yang disuntik oleh pasukan pereka kostum nasional setiap kali negara menghantar wakil ke pertandingan tersebut.
Jika dilihat kembali kepada tahun-tahun sudah, Malaysia dengan bangganya pernah mempamerkan kostum lain daripada yang lain seperti Menara Berkembar Petronas, Nasi Lemak, Perahu Kolek dan sajian makanan Peranakan pada tahun 2019.
Penyertaan Malaysia untuk edisi 2020 kali ini tidak kurang hebatnya apabila wakil negara, Francisca Luhong James dan pereka fesyen, Carven Ong membawakan idea rumah kampung untuk ‘diangkut’ ke lokasi pertandingan di Hollywood Florida, Amerika Syarikat pada 16 Mei ini.
Kostum yang mempunyai struktur rumah kampung untuk dibawa oleh Francisca ke atas pentas itu hadir dengan dua versi berbeza di bahagian hadapan dan belakang.
Dalam majlis pratonton yang dianjurkan oleh pihak Miss Universe Malaysia Organization (MUMO) semalam, Francisca dilihat ‘keluar’ dari pintu rumah kampung serba hitam dan putih dalam persalinan gaun kaftan batik.
Kaftan monokrom dengan corak Pua Kumbu bagi memberi signifikan kepada identiti Fran sendiri dari Sarawak lengkap dengan perhiasan kepala (head gear) dalam bentuk basikal tua.
Francisca kemudiannya kembali masuk ke dalam prop rumah tersebut, memusingkannya dan mempamerkan sisi berbeza rumah kampung yang kini ceria berwarna.
Ads
Persalinan Francisca turut berubah wajah menjadi busana yang lebih moden dengan perincian manik serta headgear baru yang mempamerkan Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan serta ‘anak patung’ Francisca oleh Wesley Hilton dari Borneo Doll.
Wow, meriah ya kostum nasional kali ini ya!
Bercakap mengenai konsep di sebalik kostum ini, REMAJA bertemu dengan Carven untuk mendapatkan maksud di sebalik setiap elemennya.
Kata beliau, warna hitam putih dalam versi pertama memberikan makna nostalgia mengenai kisah kita semasa zaman kanak-kanak di kampung halaman. Ia mendatangkan memori indah buat mana-mana rakyat Malaysia yang kini sudah menetap di bandar.
“Bagi versi kedua kostum ini pula, ia lengkap dengan beberapa perkara yang akan ada di mana kampung halaman seperti replika ayam, pokok kelapa, rumah kampung yang mempunyai langsung, kerawang keemasan dan tikar mengkuang yang disiapkan khas dari Kelantan.
“Pada bahagian tikar itu juga ada rambu emas yang merupakan metafora kepada bendang sawah kita yang menjadi punca rezeki serta makanan ruji rakyat Malaysia.
Bendang Sawah
Ads
Tikar Mengkuang
Bunga Raya
“Warna jingga keemasan pada kostum ini pula diinspirasikan daripada waktu senja di mana ia merupakan waktu yang nyaman dan hening – sesuatu yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata,” katanya. Jelas Carven lagi, kostum seberat 45 kilogram ini mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk disiapkan.
Penulis turut tertanya-tanya, bagaimanakah Francisca akan membawa rumah kampung ini ke Florida?!
Haa, untuk pengetahuan, Carven sudah berpengalaman menyiapkan kostum bersaiz besar bernama Peranakan Indulgence yang dipakai oleh wakil negara, Shweta Sekhon pada tahun 2019.
“Jika diteliti secara dekat, rumah kampung ini dibahagikan kepada beberapa bahagian yang boleh dilipat mengikut sistem nombor. Jadi mudah untuk Francisca memasangnya nanti di sana dengan hanya mengikut langkah-langkah yang kami telah sediakan.”
*
Apa pendapat korang?
Adakah kostum nasional ini sekali lagi akan menjadi topik perbualan sedunia di pentas Miss Universe seperti yang berlaku dua tahun lalu? Sama-samalah kita nantikan.
Sementara itu, korang boleh menunjukkan sokongan terhadap Francisca Luhong James yang mewakili negara kita ke Miss Universe 2020 dengan mengundinya bagi menempah slot ke pusingan Top 21.
Undian boleh dilakukan di aplikasi rasmi Miss Universe bermula sekarang hingga hari pertandingan kelak.
Dalam pada itu, majlis pratonton semalam turut mengumumkan Rizman Ruzaini selaku pereka gaun rasmi untuk disarungkan Francisca. Tonton pautan video di bawah untuk melihat ‘walk’ Francisca dalam busana berkonsepkan Puteri Sejinjang ini.
Hadirnya musim panas pada setiap tahun pasti memberikan satu keasyikan kepada penggemar jenama aksesori popular, Pandora. Saban tahun, mereka tentu akan memperkenalkan koleksi terbaru untuk direbut oleh pengumpul tegar jenama tersebut kerana keunikan rekaan yang ada.
Menariknya untuk 2022, rupanya bukan kita saja yang ternanti-nantikan koleksi musim panas ini tetapi juga personaliti popular seperti penyanyi Charli XCX, selebriti media sosial Addison Rae, penari Kanada Donte Colley, selebriti TikTok Cecilia Cantarano dan penyanyi Filipina-Inggeris Beabadoobee.
Menerusi kempen Pandora Me 2022, lima orang duta fresh ini memperagakan aksesori pilihan yang dekat dengan hati serta karakter peribadi mereka.
Bagi peminat Charli, tentunya korang tahu dengan konsep more is more yang selalu dipilih penyanyi Boom Clap itu. Jika korang juga seorang maximalist, pilihlah beberapa rekaan berbeza untuk dipadankan dengan teknik layering pada bahagian leher dan lengan.
Buat Addison Rae pula yang terkenal dengan gaya unik yang menjadi ikutan ramai di media sosial, dia menunjukkan bagaimana korang boleh glow up bak sedang menghadiri festival muzik. Yang penting, kenalah terbuka untuk tampil experimental.
Addison Rae
Gaya Charli dan Addison Rae ini mudah untuk korang capai memandangkan koleksi musim panas 2022 membawakan rekaan persis era fesyen 1960-an hingga 70-an.
Lihat sajalah kepada bentuk-bentuk comel lagi unik seperti pelangi, hati dan matahari. Yang mana merasakan diri mereka seorang ‘Angel Baby’, korang juga boleh mendapatkan cincin dengaan typografi label tersebut!
Yang penting, there are no wrongs in styling a Pandora Me collection. Yang penting korang selesa dan yakin semasa menggayakannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memasuki bulan Mei, sneakerheads yang menggemari jenama New Balance pastinya ternanti-nantikan kemunculan Grey Day yang disambut setiap tahun.
Jenama sukan dan gaya hidup yang terkenal dengan pilihan tona kelabu ini telah sekian lama mempunyai sejarah fesyen yang cukup kaya dengan pelbagai rekaan serta model sejak puluhan tahun lalu.
Bersesuaian dengan fasa endemik tahun ini di Malaysia, New Balance mengambil peluang untuk menyambut Grey Day pada hujung minggu ini dengan mengadakan pameran ‘pop up’ serta perjumpaan peminat New Balance.
Make It Grey
Berlangsung sejak semalam (13 Mei) hingga Ahad (15 Mei) di GMBB Kuala Lumpur, REMAJA telah berkesempatan menyertai mereka pada acara pembukaan semalam untuk menyaksikan pameran model-model kasut popular New Balance.
Bukan sekadar itu, khas sempena sambutan Grey Day 2022 juga, New Balance turut memperkenalkan 3 model kasut baharu dalam tona kelabu iaitu model 327, 57/40 dan XC-72. Tidak cukup dengan itu, koleksi pakaian terbaru juga ada diperkenalkan di sini.
Di sini, REMAJA berpeluang menyertai aktiviti ‘silk screen’ oleh Cloakwork dan ‘Tufting’ bersama TuftMe yang disediakan di sini. Pengunjung yang hadir pada hujung minggu ini juga boleh melakukan aktiviti sama dan membawa pulang merchandise tersebut.
Syaratnya, korang perlu mendapatkan barangan dengan jumlah nilai minimum RM514 yang ada dijual di sini. Not bad kan, sambil mendapatkan rekaan sneakers atau pakaian terbaru New Balance, korang juga boleh menghabiskan sedikit waktu dengan aktiviti menarik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh pihak kerajaan pada beberapa bulan lalu telah mengubah sistem pembelajaran di Malaysia.
Rata-rata pihak sekolah dan universiti bukan hanya di Malaysia malah seluruh dunia menggunakan keadah pembelajaran secara digital melalui sidang video.
Namun, mesti banyak cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh para pelajar sewaktu belajar di alam maya.
Kami faham bukan semua orang dapat belajar secara ‘online’dengan baik. Jadi untuk korang yang ada kelas secara ‘online’ ni, apa kata ikut saja tip yang pernah dikongsi oleh Dr. Amalina Bakri yang satu ketika dulu pernah menjadi pelajar cemerlang di negara kita.
Ini tipnya:
1. Tutup telefon pintar dan media sosial. Tetapkan had masa untuk bersosial menggunakan gajet anda.
2. Pasang matlamat harian dan jangka panjang. Buat jadual sendiri dan letakkan deadline.
3. Hadiahkan diri anda dengan ganjaran apabila berjaya mencapai sesuatu dan rehatkan diri.
4. Kumpulkan rakan-rakan untuk belajar secara berkumpulan di alam maya untuk meningkatkan motivasi.
5. Kongsikan matlamat dan impian anda kepada rakan-rakan supaya mereka sentiasa beringat antara satu sama lain dan tidak bertangguh.
“Selamat maju jaya buat pelajar semua. Kesungguhan adalah kunci kejayaan. Teruskan berjuang,” ucap Dr. Amalina.
Most students have to do online learning due to COVID-19. However it is easy to get distracted. So, how can one avoid procrastination?
1. Switch off gadgets/social media. Set a screen time limit on your phone and tablets.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.