Lawa anak gadis Faizal Hussein dan Suhaila Sulaman ni!
Bakal mencecah usia 19 tahun pada Jun depan, penampilan versatil gadis bernama Fazryn ini jadi tumpuan. Apatah lagi, bersandarkan statusnya sebagai anak selebriti. Bagi peminat seni negara, bakat Faizal Hussein tidak perlu dipertikaikan lagi. Cukup berdisiplin di set penggambaran dan mampu membawa watak yang diberikan dengan sebaik mungkin antara faktor mengapa dirinya kekal relevan sampai sekarang.
Yang pasti, kehebatan anak seniman Allahyarham Hussein Abu Hassan dan Allahyarhamah Mahyon Ismail di pentas lakonan tetap teguh meskipun Faizal meniti usia 57 tahun.
Sudah menjadi lumrah anak seni dan public figure, pastinya kehidupan dan keluarga Faizal Hussein turut menerima tempias dunia glamor. Selain penampilan suri hatinya, Suhaila yang juga seorang pelakon satu masa dulu, kelibat anak-anak Faizal turut menjadi perhatian peminat.
Ads
Menerusi perkongsian Suhaila di media sosial miliknya, anak gadis mereka iaitu Fazryn kian meningkat dewasa dan tampil jelita. Bersempena Hari Raya, keluarga bahagia ini mengabadikan momen indah mereka menyambut syawal.
Dalam foto Syawal mereka, kelihatan wajah matang Fazryn di sisi ibu bapa dan adik kesayangan. Malah, ada dalam kalangan peminat mengatakan anak gadis Faizal Hussein dan Suhaila ini mirip wajah arwah neneknya iaitu Mahyon Ismail.
Ads
Fazryn merupakan bekas pelajar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Klawang. Pertengahan April lalu, keluarga Faizal Hussein turut meraikan ulang tahun kelahiran anak kedua mereka iaitu Fazrick yang kini berusia 16 tahun.
Faizal dan Suhaila mendirikan rumah tangga pada tahun 2004. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata yang aktif dan cemerlang dalam bidang akademik.
Disifatkan antara pasangan selebriti yang merendah diri dan saling melengkapi di antara satu sama lain, kemesraan Faizal Hussein dan isteri tersayang sentiasa dicemburui peminat.
Walau sudah lebih sedekad hidup bersama namun kedua-duanya ibarat pasangan baru berkahwin. Ada saja masa terluang pasti mereka akan beriadah bersama-sama di samping anak tersayang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peminat filem Marvel pastinya kecewa apabila filem Thor: Love And Thunder dikatakan akan ditunda lagi bagi tayangan di Malaysia. Tarikh asal filem ini ditayangkan pada 7 Julai 2022 namun telah ditunda dan pihak pawagam juga terpaksa membuat refund kepada penonton yang sudah membeli tiket wayang.
Walau bagaimanapun, tayangan filem Thor ini dilaporkan akan dipinda kepada tarikh 21 Julai, namun sekali lagi telah ditunda dan kali ini tiada tarikh baharu yang diberikan.
Hal ini telah disahkan sendiri oleh pihak TGV dan GSC yang menjelaskan tiada lagi tarikh baharu yang ditetapkan oleh Walt Disney bagi tayangan filem Thor Love And Thunder.
“Walt Disney Studios Malaysia telah mengesahkan bahawa tayangan filem Thor: Love And Thunder di Malaysia kini akan ditunda ke satu tarikh yang tidak dinyatakan,”
Untuk info, filem ini sudah pun ditayangkan di seluruh dunia termasuk di negara jiran seperti Singapura dan Thailand. Walau bagaimanapun, masih belum ada kenyataan lanjut mengapa filem ini ditunda di Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi rap terkenal, MK K-Clique mencuri perhatian warganet selepas dilihat membaca ayat suci Al-Quran sebelum memulakan persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran di TikTok, seorang jurusolek bernama Zulyasrani telah memuat naik video yang memaparkan momen ketika MK dan rakan duetnya, Meerfly sedang didandan.
Apa yang paling mencuri perhatian adalah apabila MK dilihat sedang membuka aplikasi Al-Quran di telefon bimbitnya sebelum naik ke pentas.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi positif daripada warganet yang memuji tindakan MK yang memilih untuk mengisi masa dengan membaca Al-Quran.
Akhirnya hasrat para peminat dua kumpulan menjadi realiti apabila Kugiran Masdo dan kumpulan popular negara seberang, The Changcuters bakal menggegarkan Zepp Kuala Lumpur, pada 29 Disember ini.
Diberi nama Kugiran Masdo x The Changcuters, Kugiran Masdo Empire (KME) sebagai peneraju menganjurkan konsert julung kali yang menggabungkan ‘kolaborasi pecah’ antara Kugiran Masdo dan The Changcuters. Ia juga bakal menghimpunkan rantaian peminat yang menjadi tulang belakang mereka.
Wakil penganjur KME, saudara Azanol atau lebih dikenali sebagai Putu Ceri memberitahu, pihaknya yakin konsert berkenaan mendapat sambutan ekoran permintaan yang tinggi daripada pengikut tegar kugiran tersebut.
“Sebagai penganjur KME mahu membawakan sebuah hiburan yang bersifat nusantara dan sangat berbesar hati kerana dapat menyatukan Masdo bersama The Changcuters. Ini melambangkan muzik tempatan atau dari negara jiran tidak ada beza jika kita saling menghargai, menyokong dan menghormati.
“Dengan dua genre muzik yang ‘gila gilaan’, disokong peminat yang sangat menjadi tulang belakang kelangsungan perjuangan kami, KME percaya Kugiran Masdo x The Changcuters di Zepp KL kelak akan mendapat sambutan.
“Apalagi pemilihan tanggal 29 Disember sebagai sebuah signifikan penutup tahun 2022 yang sudah melihat industri seni kembali semarak dan kami berharap kehadiran 2023 akan memberi lebih banyak rezeki serta kesempatan baik untuk seluruh industri terutama muzik,” ujarnya.
Sementara itu, The Changcuters juga melahirkan keterujaan kembali ke Malaysia setelah sekian lama tidak membuat persembahan di hadapan peminat mereka di Malaysia, terutamanya buat Changcut Rangers.
“Tentu sekali lamaran yang diberi tidak akan disia siakan. Kugiran Masdo adalah sebuah ‘maniac’ di Indonesia dan The Changcuters sangat berbesar hati untuk berkongsi panggung dengan mereka.
“Kami akan pastikan malam Kugiran Masdo X The Changcuters adalah momen tak terlupakan buat semua penggemar kami,” kata The Changcuters.
Sekadar informasi, Kugiran Masdo yang cukup terkenal dengan hit Bunga dan Dinda telah berada dalam persada seni tempatan sejak 2015.
Untaian karya mereka yang bersadurkan irama 60-an kemudian meniadi kegilaan di Indonesia dan membuat Kugiran Masdo sebagai pemuzik ‘wajib’ dalam kebanyakan festival yang diadakan di serata republik tersebut.
Selain itu, The Changcuters pula cukup terkenal dengan muzik garage rock sudah menakluk belantika muzik Indonesia seawal tahun 2006 menerusi lagu seperti Rachun Dunia dan I Love You Bibeh.
Tiket bermula harga RM159 (Minami), RM179 (Berchanda), RM199 (Gila Gilaan), RM249 (Amore) dan RM799 (VIP Box) sudah mula dijual melalui https://tapau.asia/ticket.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.