Sumber: Instagram @Vivyyusof

Dikenali sebagai ikon wanita moden dan usahawan berjaya, Datin Vivy Yusof mengejutkan ramai apabila mendedahkan bahawa beliau kini berdepan ujian kesihatan yang berat iaitu hidap penyakit autoimun lupus, atau nama perubatannya Systemic Lupus Erythematosus (SLE).
Berita itu dikongsikan sendiri oleh Vivy menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, di mana beliau menceritakan bagaimana tubuhnya mula memberi ‘isyarat’ yang tidak mampu lagi diabaikan.
“Saya bersyukur akhirnya dapat diagnosis, jadi saya tahu bagaimana untuk rawatnya. Tapi saya masih terus mencari rawatan jangka panjang yang bukan berasaskan steroid,” jelasnya.
Lupus merupakan penyakit bersifat kronik dan seumur hidup. Ia boleh menyerang pelbagai organ dalaman termasuk kulit, sendi, buah pinggang dan sistem saraf tanpa disedari. Malah, nama “lupus” sendiri yang membawa maksud serigala
menggambarkan betapa ‘menakutkan’ sifat penyakit ini.Simptom-simptomnya sering disalah anggap sebagai perkara biasa seperti keletihan, ruam, dan sakit sendi. Namun, bagi Vivy, isyarat tubuh yang berterusan telah mendorongnya untuk menjalani pemeriksaan lanjut.
“Ianya mengoyakkan tubuh dari dalam tanpa disedari,” ujar beliau penuh emosi.
Dalam perkongsiannya, Vivy meluahkan rasa syukur kerana penyakit ini dikenal pasti pada peringkat yang masih terkawal. Ini membolehkan beliau mendapatkan rawatan awal termasuk alternatif yang tidak bergantung kepada steroid iaitu sejenis ubat yang lazim digunakan untuk merawat lupus tetapi boleh memberi kesan jangka panjang jika diambil berterusan.
Antara perkara paling menyentuh hati dalam perkongsian tersebut ialah kesedaran Vivy terhadap peranan tekanan emosi dalam mencetuskan penyakit ini.
“Stres adalah musuh paling besar,” tegasnya.
Sebagai usahawan yang mengendalikan empayar perniagaan, Vivy mengakui bahawa selama ini beliau menyangka dirinya berjaya menguruskan stres dengan baik. Namun, hakikatnya, tubuhnya telah mula ‘mengalah’ dari dalam.
“Saya sangka saya dapat kawal stres dengan baik sebagai seorang usahawan, saya jarang sakit dan sentiasa bersikap optimis. Tapi saya tak tahu badan saya sebenarnya give up dari dalam,”
luahnya jujur.Walaupun lupus merupakan penyakit sepanjang hayat, Vivy reda dengan hakikat itu. Baginya, menerima kenyataan adalah langkah pertama ke arah pemulihan mental dan emosi.
Bagi remaja yang sibuk mengejar cita-cita, kisah Vivy menjadi peringatan bahawa kesihatan dalaman adalah keutamaan tidak kira betapa ‘baik’ kita rasa luaran kita nampak.
Remaja Kata:
Penyakit lupus mungkin tidak kelihatan pada zahir, tetapi kesannya boleh menghancurkan perlahan-lahan dari dalam. Mari ambil iktibar dari kisah Vivy bahawa kesihatan mental dan fizikal bukan sesuatu yang boleh dikompromi. Sayangi diri, urus stres dengan bijak dan jangan takut untuk mendapatkan bantuan jika perlu.
BACA LAGI : “Lepas Ni Tak Tahu Nak Hunting Tudung Apa…” – Kedai ‘dUCk’ Milik Vivy Yusof Tutup Sepenuhnya!
Sumber: Instagram @Vivyyusof
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.