Jujurnya, masih ada yang terkeliru bagaimana untuk melaras kedudukan tepat cermin sisi kenderaan. Kadang kala, kita melaras cermin sisi mengikut keselesaan mata kita dan merasakan ianya sudah selamat kerana masih nampak kedudukan kereta di belakang.
Ada masa ketika ingin menukar lorong atau memotong kenderaan lain di lebuh raya, biasanya kita akan melihat cermin sisi dahulu dan kemudian memberi lampu isyarat untuk beralih kedudukan.
Ramai merasa yakin dengan cara itu namun di saat korang ingin mengalih kedudukan kereta dan memotong, tiba-tiba lampu tinggi (high beam) tersuluh dari arah belakang menandakan kedudukan kereta belakang sudah merapat. Jika tidak cekap masuk ke lorong semula, korang mungkin akan terlibat dalam kemalangan atau kereta dilanggar dari arah belakang.
Ads
Bagi yang masih keliru untuk melaras secara tepat kedudukan cermin sisi kereta ini, tontonlah video tik tok yang dikeluarkan oleh Auto Parts Laboratary ini. Ia sangat-sangat membantu mana-mana pemandu untuk melaras kedudukan cermin sisi pada kedudukan lebih tepat dan mengelak titik buta serta mengelak kemalangan.
Ads
Ini kerana cermin sisi kenderaan bagi pemandu mesti dapat melihat pemegang pintu dan berada di kedudukan paling bawah untuk kita melihat kenderaan datang dari belakang dengan lebih tepat. Begitu juga kedudukan cermin sisi bagi penumpang di sebelah pemandu, ianya mesti sama iaitu kita boleh melihat pemegang pintu juga.
Insya Allah, jika kedudukan cermin lebih tepat, korang bukan saja dapat melihat keduduakn kereta dari arah belakang tapi dapat melihat titik buta kenderaan dengan lebih tepat. Sharing twitter : @hazimroslan96
Tatkala melihat rakan-rakan seperjuangan yang lain gembira meraikan kejayaan di hari konvokesyen bersama insan tersayang, gadis ini hanya mampu menyimpan rasa hiba kerana tidak dapat meraikannya tanpa kehadiran seorang ibu.
Cerita yang dikongsi oleh seorang photographer di laman Facebook ini sangat menyentuh hati dan memberi peringatan buat kita yang masih mempunyai ibu bapa agar sentiasa menghargai pengorbanan dan jasa mereka selagi masih ada.
Hm, tak mahu nak bercerita panjang lagi sebab tiba-tiba mata macam masuk habuk, korang bacalah sendiri perkongsian daripada bro ini.
‘Diploma untuk mak’
Hari ini peristiwa paling sedih dan bermakna yg jadi dalam hidup aku..aku dapat seorang client utk shoot konvo dia..macam biasa bila dah deal apa semua dia setuju dengan pakej yang aku bagi tahu..so pagi tadi lepas shoot post konvo dia, dia minta untuk aku shoot gambaq dia di kuboq.. Aku terkejut tanya pasaipa nak shoot di kuboq..dia kata nanti aku tau..aku pun tak mau cakap banyak so ikut je lah permintaan dia dah nama pun client kena la ikut permintaan dia.. kuboq nak pi tu dekat tunjang katanya area rumah dia.. so aku follow je lah.. masa otw pi kuboq tu dia ajak singgah dulu rumah dia katanya nak ambil barang..
Sampai di rumah dia, dia masuk dalam rumah lebih kurang 5 minit macam tu la aku tunggu.. pastu dia keluaq dari rumah dia dengan bawa keluar frame gambaq seorang wanita.. aku mula tu dah pelik pasaipa nak ip kuboq bawa frame gambaq wanita tu pi kuboq sekali.. persoalan mula timboi dalam kotak fikiran aku.. gambaq sapa tu.. memandangkan hari nak hujan aku suggest dia naik kereta dengan aku pi kuboq, dia tanpa membantah terus setuju..
Masa dalam kereta otw dari rumah dia ke kuboq kami senyap ja.. pastu aku mula bersuara tanya gambaq sapa tu..dengan muka tunduk sambil pandang gambaq tu dia hanya senyap seribu bahasa.. aku makin diburu persoalan aku tanya lagi dah kenapa bawa gambaq tu pi kuboq.. dia tetap senyap tanpa jawapan.. sampai di persekitaran tanah perkuburan dia suruh aku park keta di bawah pokok besaq dekat tepi kuboq..
Lepas park kereta dia turun daripada kereta terus berjalan menuju ke satu kubur dan berhenti di situ..aku pun tanpa banyak cakap sambil bawa kamera aku follow dia terus ke kuboq tu.. masa di kuboq tu dia pandang aku sambil kata kat aku ‘abg wan nie la kuboq mak Lela’.. ‘gambaq Lela pegang nie gambaq mak Lela’ sambil ayaq mata dia mula jatuh membasahi pipi dia.. time tu lidah aku kelu,tergamam tak tau nak cakap apa dah dengan ayaq mata aku tanpa aku sedaq mula mencurah sama laju dengan ayaq mata dia..
Allahuakbar nie pertama kali aku shoot client dapat moment macam ni.. sambil aku dok tergamam tu aku tengok dia mula berbicara dengan kuboq mak dia.. aku dengaq dia kata ‘Assalamualaikum mak adik mai nie bawa diploma adik..hari nie majlis konvokesyen adik mak.. adik happy sangat mak sebab dah konvo.. tapi lagi happy kan kalau mak ada sekali dengan adik sambut majlis konvo adik.. mak ingat dak mak kata nak tengok adik konvo.. hari nie adik dah konvo dah tapi kan mak, mak tak dan tengok adik hari nie sebab tu adik bawa diploma adik mai sini nak tunjuk kat mak.. walaupun mak tak dak kat sisi adik tapi adik tau mak nampak adik dari sana.. Time nie seriously aku sebagai lelaki muka ganaih kahaq pun meruntun jiwa beb.. perasan sebak tu menusuk meresap masuk dalam jiwa aku..Allah saja tau macam mana rasa time tu.. sambil ayaq mata aku meramu tu aku tengok dia slow-slow letak gambaq dan diploma dia di sisi batu nisan mak dia dan aku terus capai kamera shoot moment tu..
Dia kata kat aku abg wan Lela nak shoot gambaq Lela pakai jubah konvo dengan mak boleh dak..Allah lagi meruntun jiwa aku.. tanpa banyak cakap aku terus shoot.. aku boleh shoot gambaq 3,4 keping je sebab hati aku sebak tak mampu nak shoot banyak-banyak.. lepas tu aku ajak dia balik.. dia ambil masa lebih kurang 15minit gak untuk tinggai kuboq mak dia..masa dalam kereta otw nak balik baru la dia bagi tau katanya sebelum mak dia meninggal arwah mak dia pesan supaya dia tamatkan pengajian dia dan arwah mak dia nak tengok dia konvo tapi tulah kata sebaik-baik perancangan perancangan dari Allah tu lebih sempurna.. kita mampu merancang Allah yang tentu semua.. Tak dan dia konvo mak dia pergi menemui sang pencipta disebabkan kanser..(tak pasti kanser apa)..
Last masa sampai depan umah dia, dia kata kat aku Lela syok tengok orang lain sambut konvo dengan mak ayah depa tapi Lela ada ayah je mak dah tak dak..sekali lagi aku meramu ayaq mata..aku pesan kt dia lela sekurang-kurangnya Lela dah tunaikan hajat mak lela.. sabaq byk2 ok..insyaAllah kebahagiaan akan tunggu Lela di depan..
Moral of the story disini aku nampak di mana kasih sayang seorang anak pada mak dia.. jadi kita yang masih ada mak nie hargailah mak kita sebaik-baiknya sebelum depa pejam mata tinggai kita.. time tu nak buat apa dah tak dak guna..marilah sma2 kita sedekahkan Al-Fatihah kepada roh arwah mak Lela Allahyarhamah Che Ma Bt Jamaludin (1951-2017).. Moga roh arwah mak Lela ditempatkan di kalangan org2 beriman.. Amin..
Al-Fatihah..
Mohon share kalau anda tersentuh..
Semoga kisah ini dijadikan teladan dan harapnya kita masih diberi kesempatan untuk berbakti kepada kedua-dua ibu bapa. Aamiin.
Keputusan cemerlang yang diperoleh Nana Sheme baru-baru ini menjadi bualan masyarakat apabila gadis kelahiran Sarawak ini menerima Anugerah Cemerlang Kelas Pertama dalam bidang Pengajian Pengurusan Pembinaan.
Bergelar seorang anak seni dan dalam masa yang sama melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi sudah tentu bukan satu perkara yang mudah. Banyak perkara yang perlu dikorbankan, demi untuk menggenggam segulung ijazah.
“Nana pernah mengambil keputusan untuk kurangkan sedikit aktiviti seni dan lebih fokus dalam bidang pelajaran, sedangkan waktu itu banyak tawaran-tawaran besar yang diterima. Dulu, Nana ada rasa kesal sedikit tetapi bila dah mendapat segulung ijazah ni rasa macam puas dan ini merupakan antara pencapaian terbaik Nana,” katanya.
Karier Vs Study
Ditanya sama ada memilih antara karier dan study, Nana berpendapat bahawa hal ini adalah terserah kepada individu masing-masing. Bagi keluarganya, ibu dan ayah sangat mementingkan bidang akademik. Disebabkan itu jugalah antara satu amanah janji ayah kepada arwah ibunya untuk menjaga pelajaran Nana dan adik-adik.
“Sekarang ni pun ramai yang membabitkan diri dalam industri seni. Kalau nak buat sesuatu dalam hidup, just do it with passion. Buktikan kepada keluarga yang kita boleh berjaya dan bukannya hanya cakap kosong atau menyimpan angan sahaja,”
Berkongsi rahsia kecemerlangan akademik beliau, Nana mengakui bahawa sejujurnya tiada rahsia untuk dia mendapatkan keputusan yang baik. Sama seperti pelajar lain, mereka juga busy dengan aktiviti masing-masing. Paling penting, jangan anggap belajar merupakan satu bebanan, sebaliknya kamu perlu rasa ia adalah sebagai satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
“Bunyi macam klise, tapi kalau nak berjaya memang perlu study hard, study smart and at the same time bahagikan masa dengan betul,” jelasnya lagi.
REMAJA ucapkan all the best kepada salah seorang personality I AM #RemajaMalaysia kali ini iaitu Nana Sheme!
Semoga terus sukses mencapai cita-cita dan meneruskan perjuangan sebagai seorang anak seni.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mesti ramai pelajar yang frust dan kecewa dengan berita ni.
Esok merupakan hari pertama persekolahan selepas beberapa bulan sekolah ditutup akibat pandemik Covid19 di Malaysia yang akan melibatkan pelajar dari Tingkatan 5 dan 6.
Namun, sebentar tadi Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan telah membuat pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020.
.
PINDAAN TAKWIM PERNGGAL PERSEKOLAHAN 2020
Ini bertujuan untuk memudahkan pihak sekolah membuat perancangan dari segi penjadualan dan pembelajaran pelajar sekolah.
Pindaan melibatkan Cuti Pertengahan Penggal 2 yang telah dikurangkan dari sembilan kepada lima hari bagi sekolah yang berada dalam Kumpulan A dan Kumpulan B. Dengan itu, jumlah keseluruhan sesi persekolah tahun 2020 adalah sebanyak 168 hari.
JADUAL PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
Berikut merupakan Pindaan Penggal Persekolahan sesi 2020 bagi negeri yang berada dalam kumpulan A( Johor, Kedah, Kelantan, dan Terengganu)
Kumpulan B adalah untuk sekolah-sekolah berada di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.
Ini pula merupakan tarikh-tarikh cuti perayaan bagi tahun 2020.
Rata-rata netizen dan guru memberikan komen kurang senang dan tidak bersetuju dengan keputusan ini di laman rasmi Kementerian Pendidikan sebentar tadi.
.
Sumber : Bernama Tv dan Facebook Rasmi Kementerian Pendidikan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Profesor Adjung UPSI menjadi pengiktirafan baharu buat Datuk Syafinaz Selamat dalam usaha memperkukuhkan pendidikan muzik, vokal dan pembangunan bakat generasi muda.