Kita dah masuk tahun 2020. Hampir ke penghujungnya. Jika diundur kepada Wawasan 2020, kita sepatutnya sudah bergelar negara maju. Namun wawasan hanya tinggal wawasan kerana ia masih tidak tercapai lagi hingga hari ini.
Bila melihat kepada gelagat ahli-ahli Parlimen semasa hari pertama sidang Parlimen semalam (terutama dari kalangan Barisan Nasional) fahamlah kenapa kita sukar mencapai status negara maju.
Ini kerana dapat dilihat ketidakmatangan pemimpin-pemimpin yang dipilih rakyat mewakili kawasan mereka (rakyat mahukan sesuatu yang baik dari aspek pembangunan, pekerjaaan, kemajuan dan lain-lain) tapi sayang gelagat ahli Parlimen ini menimbulkan pelbagai persoalan terutama di kalangan anak muda melihatnya?
Mencelah tanpa adab (hilang adab), hitam, bedak dan lain-lain ayat lagi dapat didengar dan dilihat semalam. Paling ketara perangai ini dapat dilihat pada ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional ketika Tun Mahathir membahaskan usulnya. Ya, macam-macam budak-budak bergaduh. Nasib ayat popular mak kau ijoi tak keluar. Kalau tidak memang rare sungguh. Hikz!
Memang semua orang berbeza pendapat namun keterlaluan mencelah / menyanggah apa diperkatakan oleh Tun Mahathir yang pernah berjasa sebagai Perdana Menteri Malaysia, membawa negara ke mercu tertinggi hingga Malaysia pernah dihormati, memperlekehkannya dilihat tindakan kurang tepat.
Ads
Dalam pada itu, memetik sebahagian pandangan penganalisis politik, Dr Tanaka Mustafa, beliau menyifatkan kita perlu bersedia untuk menghadapi PRU 15.
Dalam perkongsiannya,
1) Melihat kepada kualiti perbahasan para MP yang rata-rata netizen pakat komen 'bagaikan kera dalam zoo', parlimen kita tidak akan dapat menghasilkan apa-apa perbahasan dan keputusan yang baik untuk rakyat. Hanya membuang masa bersarkas dalam dewan.
Ads
2) Sepatutnya, tahun 2020 ini – kita mempunyai MP-MP yang matang, bermentaliti first class, cool dan macho ketika berbahas. Namun gelagat para MP membuat provokasi, bising, mengganggu giliran orang lain dan sebagainya, ia tidak menggambarkan negara kita bersedia untuk melangkah ke era yang lebih baik.
3) Sepatutnya kita sudah tahap bincang dan execute bagaimana untuk jadikan negara kita negara berpendapatan tinggi, rakyatnya berpendapatan tinggi, puluhan ribu pemegang ijazah kedoktoran PhD, sistem pertanian termaju, bidang-bidang baru berteraskan IR4.0 dirancakkan dan sebagainya.
4) Tetapi kita masih pada tahap berbahas bodoh, bodoh, bodoh. Hitam, gelap, bedak. Seksis, rasis… tarik balik, point of order, point of order. Tak habis-habis. Lantikan Speaker baru pula disambut dengan makian keras. Rasa macam pejuang termasyhur bila mana boleh memekik melolong.
Ads
5) Jadi, hanya mengembalikan mandat kepada rakyat adalah langkah yang difikirkan terbaik setakat ini. PRU15, buang MP-MP low class. Naikkan MP-MP yang berkualiti. PRU15 belum tentu kita akan bebas daripada apa yang kita sedang hadapi ini, tetapi, dengan PRU15, kita berharap ada perubahan yang baik.
Ya, kita sayangkan negara kita. Tanah tumpah darah kita. Bersediakah kita untuk PRU akan datang?
Korang tengoklah video di bawah nie!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tentera zionis Israel nampaknya masih lagi melakukan serangan terhadap Semenanjung Gaza dan semalam dilaporkan seramai 42 penduduk Palestin telah terkorban.
Sebagai rakyat Malaysia, selain daripada memberikan sokongan di media sosial, ramai telah bertindak untuk menyalurkan bantuan dengan memberi sumbangan kepada tabung amal Palestin.
Para selebriti juga tidak ketinggalan membuat amal dengan memberi bantuan kepada rakyat Palestin dan pereka fesyen terkenal negara, Jovian Mandagie mempunyai caranya sendiri bagi membantu mendapatkan dana bantuan Palestin.
Dalam waktu 1 jam sahaja, ia berjaya memperoleh dana sebanyak RM65,720 dan jualan amal ini ditutup selepas 12 jam kerana mendapat permintaan yang tinggi sebanyak 4500 unit terjual dengan kutipan RM213,005.
Menurut Jovian di laman Instagramnya, jika diikutkan mereka boleh mengutip sebanyak RM1 juta kurang daripada satu minggu, tetapi oleh kerana mempunyai kekangan tenaga produksi, mereka tidak berani untuk mengambil tempahan yang banyak.
Katanya lagi, biarlah pihak mereka melangsaikan batch pertama ini dan membuka tempahan lain selepas ini.
Jualan pelitup muka eksklusif ini 100 peratus akan disumbangkan kepada Palestin dan menurut Jovian, pihaknya akan mengemaskini tabung bantuan mana yang akan disalurkan nanti.
Kami pasti dengan cara ini sedikit sebanyak dapat memberikan bantuan dan membuka peluang untuk rakyat Malaysia menyalurkan sumbangan wang kepada masyarakat di Palestin. Sama-samalah kita berdoa agar kemelut ini berakhir. InsyaAllah!
Setelah anggota Big Bang, Seungri dihadapkan dengan sesi soal siasat polis bermula 22 Mac lalu, bekas majikan dan agensinya iaitu YG Entertainment telah mengambil keputusan untuk memadamkan sebanyak mungkin memori Seungri di syarikat mereka.
Lebih 13 tahun Seungri bersama Big Bang, jadi agak mustahil untuk mereka ‘melenyapkan’ sejarah yang pernah dicipta Seungri bersama grup itu.
Apa yang boleh dilakukan oleh YG sekarang hanyalah untuk tidak lagi menjual sebarang merchandise yang memaparkan imej Seungri. Keputusan itu dibuat selepas YG dikritik masih menyokong Seungri melalui barang yang dijual, walaupun penyanyi itu terpalit skandal Burning Sun dan telah meninggalkan Big Bang.
Melalui laman web kedai online rasmi YG Entertainment iaitu YG Select, korang dapat melihat perubahan yang telah mereka lakukan. Hanya tinggal beberapa merchandise saja yang mengekalkan kewujudan Seungri (lihat, baju T MADE) tetapi REMAJA rasakan itu pun bukan untuk tempoh masa lama.
Action figure.
Kalendar dengan muka blur Seungri.
Ballpen.
Poskad.
Poster Pameran A To Z
Shower curtain.
Key ring.
Masakan tidak, foto Seungri pada poster dan kalendar kebanyakannya telah di-blur-kan. Menurut sumber di YG Select, “Para pekerja laman web kami sedang dalam proses menyunting. Sila bersabar.”
Aigoo..
Buat masa ini, Seungri sedang membantu proses penyiasatan dan belum disahkan bersalah atas tuduhan penawaran khidmat pelacur dan lain-lain isu yang berkaitan kelab Burning Sun. Dia juga sedang disiasat atas penglibatan group chat selebriti lelaki Korea yang merekod serta mengedarkan video perlakuan seksual Jung Joon Young.
Begitulah akibatnya jika selebriti melakukan kesalahan di mata masyarakat.
Dalam perkembangan lain, foto Jung Joon Young juga baru saja dipadamkan daripada poster promosi rancangan 4 Wheeled Restaurant oleh saluran TVN.
Susulan rombakan kabinet yang mendapat perkenan Raja Salman Abdulaziz Al Saud pada hari Selasa; negara Arab Saudi pada hari ini telahpun memperoleh seorang Perdana Menteri baharu.
Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman telah diangkat sebagai Perdana Menteri dari jawatan dahulunya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.
Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman.
Pada usia 37 tahun, Mohammed Salman sekaligus merupakan salah seorang pemimpin dunia termuda. Usia beliau sewaktu perlantikan sebagai pemimpin negara hanya di belakang Perdana Menteri Finland, Sanna Marin (34 tahun); Perdana Menteri Ukraine, Oleksiy Honcharuk (35 tahun) dan Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un (35 tahun).
Perlantikan putera raja berusia 37 tahun ini bukanlah perkhabaran yang mengejutkan sebenarnya memandangkan usia Raja Salman kini sudahpun mencecah 86 tahun. Mengikut tradisi, jawatan Perdana Menteri Arab Saudi ini akan dipegang oleh ahli kerabat diraja.
Turut ditukar profil jawatannya ialah seorang lagi anak Raja Salman iaitu Putera Khalid yang dinamakan sebagai Menteri Pertahanan baharu.
Sedikit info menarik mengenai Mohamed Salman, beliau dilahirkan pada 31 Ogos 1985 dan merupakan anakanda kepada Raja Salman bersama isteri ketiganya, Fahdah binti Falah.
Sebagai putera sulung Fahdah dan putera ketujuh Raja Salman, beliau telah menamatkan zaman bujang pada tahun 2008 bersama sepupunya, Puteri Sara binti Mashour Al Saud yang merupakan cucu Raja Abdulaziz.
Hasil pernikahan itu, mereka memiliki lima orang anak iaitu Putera Salman, Putera Masyhur, Puteri Fahdah, Puteri Noura dan Putera Abdulaziz.
Walaupun Mohammed Salman pernah didakwa ‘nakal’ di dalam kelas sewaktu menghadiri sesi persekolahan di istana (homeschooling), setelah beliau melanjutkan pengajian di King Saud University dalam jurusan perundangan, beliau telah bergelar graduan dengan gred CGPA kedua terbaik dalam kelasnya pada usia 23 tahun.
Sejak itu, putera raja kacak ini terus aktif dalam dunia politik. Biarpun serius dalam pekerjaannya, itu tidak bermakna Mohammed Salman tidak tahu bagaimana untuk ‘bergembira’.
Selain terkenal sebagai hos parti-parti mewah, beliau juga mempunyai hobi memiliki aset bernilai jutaan dolar AS.
Antaranya termasuklah kapal persiaran (USD500 juta), istana atau chateau di Perancis (USD300 juta), 18 buah kenderaan mewah serta lukisan karya Leonardo da Vinci berjudul Salvator Mundi (USD450 juta).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.