Dah ramai yang teruja dengan sistem update ios 11 bagi pengguna iPhone.
Ada yang dah update ke. Amacam best tak? Namun, bagi mereka yg belum update software terbaru ini, ada beberapa kemungkinan yang boleh berlaku sekiranya korang update sistem ini dengan menggunakan wifi.
Menurut IFix iOS Studio, berikut merupakan tip-tip yang korang boleh ikut sebelum mengemaskini software terbaru Apple.
– Jangan update guna WIFI ??
(OTA : On The Air )
– Backup iPhone anda menggunakan iTunes
– Pastikan Laptop / Macbook anda telah install LATEST VERSION ITUNES
– Wifi yang stabil ketika proses update menggunakan iTunes.
Kesan-kesan yang mungkin dialami
1. Stuck APPLE logo ketika proses update
2. Sistem akan HANG
3. Wifi Greyed out
4. Battery Drain
5. No Service
6. Camera blank
Perkara beginilah yang boleh merosakkan bukan sahaja masyarakat tetapi melahirkan generasi yang prejudis penuh syak wasangka. Dalam tempoh beberapa hari lalu telah tular sebuah rakaman video yang memaparkan tiga orang wanita membawa tiga ekor anjing berjalan.
Dek kerana rakaman itu, ia telah menjadi tular kerana kononnya tidak menjaga sensitiviti agama. Lebih mengharukan ramai netizen yang melatah dan memberi komen negatif terhadap mereka bertiga sedangkan tidak mengetahui pun hal yang sebenar.
Video yang tular:
Pada hari ini, Pengarah Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Nor Kamariah telah tampil memberikan penjelasan dan kenyataan media rasmi menerusi Facebook rasmi UPM tentang perkara tersebut. Ketiga-tiga orang wanita yang dirakamkan membawa anjing tersebut merupakan pelajar Doktor Perubatan Veterinar (DPV) UPM Tahun Pertama pengajian yang sedang menjalani latihan praktikal luar kampus selama seminggu mulai 2 Julai hingga 8 Julai di PAWS Animal Welfare Society, Subang, Selangor.
Menurut UPM lagi, latihan luar kampus tersebut adalah sebahagian daripada syarat keperluan pengajaran dan pembelajaran DPV. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa sepanjang 5 tahun pengajian, pelajar program DPV di Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) UPM perlu mengikuti kluiah, amali, amalan klinikal dan makmal di Hospital Pengajaran Veterinar Universiti (UVH), Makmal Diagnosis dan Taman Pertanian Universiti (TPU) di kampus UPM Serdang.
Pelajar juga akan terlibat dengan latihan praktikal luar kampus semasa cuti semester pengajian seawal tahun pertama pengajian samada di dalam mahupun di luar negara.
Jelas beliau lagi, ini bagi memastikan graduan DPV UPM mempunyai pengetahuan, kompeten dan berkemahiran insaniah yang cemerlang dalam memastikan kebajikan dan kesihatan haiwan, merawat, mengawal dan mencegah merebaknya penyakit pada haiwan dan manusia serta memastikan kecukupan makanan negara berasaskan sumber haiwan. Ianya melibatkan semua spesis haiwan samada yang kecil atau besar seperti kucing, anjing, babi, burung, ayam, lembu, rusa, ikan, gajah dan lain-lain haiwan. Keperluan ini adalah merupakan syarat bergraduat program DPV yang dikawal oleh Majlis Veterinar Malaysia.
Pelajar yang beragama Islam tidak terkecuali untuk mengendalikan pelbagai spesis haiwan tersebut. Pihak universiti sentiasa memastikan kebajikan para pelajar terpelihara termasuk menyediakan kemudahan menyamak setiap kali selesai sesi latihan.
Sehubungan itu, paparan video tersebut bukan menggambarkan secara keseluruhan dakwaan orang ramai (netizen) mengenai isu menyentuh anjing oleh orang Islam yang ditularkan.
Kami di REMAJA berasa agak kesal dengan sentimen seperti ini. Janganlah kerana inginkan sesuatu yang sensasi dan tular maka cepat sahaja ingin dikongsikan ke laman media sosial tanpa usul periksa. Sebelum share fikir dahulu dan jika tidak pasti bertanyalah kepada pihak berkenaan. Buang jauh-jauh sikap syak wasangka dan jangan pandang negatif sahaja.
Kenyataan Media Rasmi UPM:
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biasalah, Malaysia kan terkenal dengan musim perayaannya yang pelbagai.
Kita ada Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Natal, Musim Gawai….eh banyaklah kalau nak senaraikan semua!
Dan setiap kali rakyat Malaysia menyambut musim perayaan je, pasti jenama Food and Beverages seluruh negara akan berebut-rebut untuk mempromosikan set menu baru mereka yang hanya boleh didapati untuk tempoh masa terhad.
Kalau sambutan hanya untuk dua minggu, dua minggu tu jelah ada makanan atau minuman tersebut.
Sempena Tahun Baru Cina hari ini, kami senaraikan 5 menu wajib cuba yang hanya akan keluar pada musim perayaan ini.
1 Prosperity Burger
McDonald’s dan Prosperity Burger mereka memang tak boleh dipisahkan. Malah kita semua sanggup menunggu setahun lamanya untuk menelan kembali daging lembu (atau ayam) dengan sos lada hitam tu. Pergh!
Tahun ini, Prosperity Burger dikeluarkan sedikit pantas berbanding tahun-tahun sudah, iaitu bermula 21 Januari lalu. Dan bukan hanya burger yang digilai ramai, Twister Fries yang didatangkan sama juga memang ada pengikutnya sendiri.
2 Cheese-Sang Cheesy Bites
Kalau korang tak berapa nak sukakan burger, jangan risau kerana Pizza Hut pun ada sediakan menu Tahun Baru Cina iaitu Cheesy-Sang Cheesy Bites. Hhm banyaknya cheese!
Piza bersaiz large ini mempunyai 18 kerak piza yang dipenuhi dengan keju cedar dan mozarela. Lebih special, ia juga mempunyai udang tempura, nenas dan sos telur masin. Terus terasa macam CNY kan disebabkan udang tempura.
Ouhh emas. Tahun ini, Cool Blog Malaysia pun tak nak ketinggalan untuk menyambut Tahun Baru Cina dengan menawarkan dua jenis minuman edisi terhad iaitu Nanas Mint with Mango Jelly dan Nanas Passion with Rainbow Jelly. Kedua-duanya berharga RM5.50 je.
Dan kedua-duanya juga merupakan pilihan tepat kalau korang sukakan minuman berperisa manis. Jelly yang ada di dalamnya membuatkan minuman ni lebih rich dan berbaloi dengan harganya.
Hey, kalau makan ni dapat murah rezeki ke? Hehe, Fortune Chicken dan Fries daripada Texas Chicken ini khas untuk mereka yang menyukai perisa pedas.
Tak adalah pedas sangat tetapi masih sedap terutamanya dengan lada Szechuan dari China dan lada cili yang digunakan pada ayam gorengnya. Bagi yang tak tahu, ayam goreng Szechuan ini sememangnya popular di kalangan masyarakat berbangsa Cina.
Sebab itulah korang tak boleh lepaskan peluang ni.
5 Golden Fortune
Tadi Fortune Chicken, ini Golden Fortune pula. Ini adalah pencuci mulut edisi terhad daripada The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia. Mereka sememangnya rajin untuk menyambut musim perayaan sepanjang tahun dengan menu istimewa.
Kali ini, Golden Fortune adalah kek dengan kombinasi orange mousse, chocolate mousse dan permukaan orange glaze bagi menambah kemanisan. Kalau korang tak feel sangat nak makan kek, apa kata cuba minuman Tangerine Chocolate ice blended or latte mereka yang juga menggabungkan perisa limau oren dan coklat
6 Golden Egg Crunch
Dia punya mencabar untuk diet pada musim Tahun Baru Cina ni memang hebat, terutamanya apabila semua orang mengajak kami untuk mencuba ayam KFC Golden Egg Crunch ini. Okay, kami akui kadangkala, tak semua menu ayam KFC dapat mengatasi rasa ayam goreng Original mereka. BUT this is different!
Netizen di Twitter dan Instagram pun memang mengatakan ayam terbaru ni padu rasanya dan lebih sedap berbanding – hhm – ayam spicy…
Apa pendapat korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah menghadkan pergerakan hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan untuk keluar membeli barangan keperluan rumah, hari ini, Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa empat yang bermula membenarkan ketua keluarga yang keluar membeli makanan, ubat-ubatan atau barangan keperluan harian membawa seorang lagi ahli keluarga bersama.
Yeay, berita ini pasti disambut gembira oleh para ibu yang mungkin pening kepala memikirkan banyak barangan salah dibeli oleh suami masing-masing. Tapi paling penting kena jaga jarak ya agar COVID-19 ini dapat diputuskan.
Kebenaran itu berdasarkan kemas kini Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang diwartakan semalam.
Peraturan yang diterbitkan dalam warta kerajaan mengikut kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu berkuat kuasa mulai hari ini hingga 12 Mei depan.
Seksyen 4(1)(a)(ii) peraturan itu membenarkan individu yang keluar membeli makanan, ubat, keperluan harian atau barangan lain untuk disertai seorang anggota keluarga yang tinggal serumah dengannya.
Sebelum ini, orang ramai hanya dibenarkan untuk membeli barang keperluan dalam jarak lingkungan 10 kilometer dengan seorang sahaja dari rumah masing-masing bermula 1 April lalu selepas PKP fasa kedua dilaksanakan.
Perkara itu terkandung dalam syarat-syarat pergerakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang digazetkan semalam.
Berdasarkan syarat tersebut, seseorang hanya dibenarkan untuk membeli makanan, keperluan harian dan ubat.
Selain itu, peraturan itu menetapkan seorang sahaja dibenarkan untuk keluar dari rumah kecuali dengan alasan munasabah.
Ia dikuatkuasakan mulai 1 April hingga 14 April lalu.
Mereka yang didapati melanggar syarat itu akan dikenakan hukuman penjara selama enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali. Sumber : SINAR HARIAN
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sambal Nyet Bilis Khairul Aming tampil dengan rasa baharu menggunakan bahan tempatan berkualiti, ikan bilis segar dan formulasi khas yang menarik perhatian peminat.