Van jenazah milik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah membawa jenazah kes pembunuhan, Nur Farah Kartini Abdullah dari Unit Forensik Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 18 Julai menuju ke Pekan, Pahang selepas selesai proses tuntutan oleh ahli keluarga sebentar tadi.
Ia diingiri kenderaan Polis diraja Malaysia ketika meninggalkan kompaun Hospital.
Turut kelihatan di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh adalah beberapa individu terdiri daripada ahli keluarga Allahyarhamah yang tiba jam 11 pagi tadi untuk proses tuntutan jenazah.
Menurut abang mangsa, Mohd. Farriza Amir Abdullah, 28; jenazah Allahyarhamah kemudian akan disolatkan di Masjid As-Syakirin, Kampung Tanjung Selangor di Pekan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Bentan, Pahang.
Manakala, butiran-butiran selanjutkan akan disampaikan oleh Farriza kepada para pemberita nanti.
Terlebih dahulu, REMAJA melaporkan mengenai kesediaan UPSI untuk membantu menguruskan penghantaran pulang jenazah Nur Farah Kartini Abdullah bagi meringankan bebanan keluarga mangsa.
Sebagai info, Nur Farah Kartini merupakan graduan cemerlang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Multimedia) dengan Kepujian daripada UPSI pada tahun 2023 dan pernah memperolehi keputusan GPA 4.0 ketika menuntut di sana.
Setelah menamatkan pengajian, Nur Farah Kartini telah bekerja di sebuah kedai percetakan di Tanjung Malim, Perak di samping membantu menguruskan perniagaan kereta sewa milik suspek kes pembunuhannya untuk menjana pendapatan sampingan.
Suspek yang merupakan anggota polis lelaki berusia 26 tahun dilaporkan bertugas di Kontinjen Perak. Supek kini direman tujuh hari sehingga 22 Julai 2024 untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dikenali sebagai Alia berkongsi mengenai perancangan asalnya bersama rakan lain untuk menaiki bas yang terbabit dalam nahas di Jalas Gerik-Jeli berdekatan Tasik Banding, Perak pada jam 1 pagi tadi.
Pantang maut sebelum ajal, perancangan itu bagaimanapun diubah oleh Alia. Dia memilih untuk pulang ke UPSI dari kampung halamannya pada hari Khamis dan sekadar menyambut Hari Raya Aidiladha di kampus atas sebab tertentu.
Bercakap kepada rakan media di Harian Metro ketika dihubungi, nama Alia yang ada dalam senarai penumpang mengesahkan dirinya tidak berada dalam bas terbabit sewaktu nahas berlaku.
“Saya sepatutnya menyambut Aidiladha di Setiu, Terengganu dan akan pulang dengan menaiki bas bersama-sama malam tadi. Namun saya ubah perancangan untuk pulang ke UPSI lebih awal.
“Memang terkejut, terkedu mendengar rakan-rakan terbabit dengan kemalangan. Malah, ramai juga menyangka saya berada dalam bas itu memandangkan nama saya ada.
“Pagi ini ramai yang menghubungi saya kerana menyangka saya juga berada di dalam bas,” kata pelajar tahun pertama itu.
Tambahnya, kesemua mangsa yang berada di dalam bas berasal dari Besut dan Setiu, Terengganu.
REMAJA terdahulu melaporkan kemalangan nahas membabitkan sebuah kenderaan jenis MPV dan sebuah bas yang dinaiki 36 orang pelajar UPSI yang dalam perjalanan pulang daripada program khidmat masyarakat (CSR) di Kelantan.
Seramai 15 pelajar telah disahkan maut manakala selebihnya yang mengalami kecederaan pelbagai tahap kini sedang dirawat di Hospital Gerik dan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Baru-baru ini, Malaysia menerima satu lagi pengiktirafan bertaraf dunia yang membanggakan! Taman Hutan Selangor milik Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah diiktiraf secara rasmi sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Berita ini diumumkan semalam semasa Sesi Ke-47 Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO yang sedang berlangsung dari 6 hingga 16 Julai di ibu pejabat UNESCO di Paris. Pengiktirafan ini menjadikan FRIM sebagai tapak keenam Malaysia yang tersenarai di bawah Konvensyen 1972 UNESCO mengenai Perlindungan Warisan Budaya dan Semula Jadi Dunia.
Dari Tapak Lombong Ke Hutan Dunia
Kalau korang fikir FRIM ni sekadar hutan biasa, think again! Tapak seluas 544 hektar ini dulunya merupakan kawasan bekas lombong bijih timah, namun melalui proses pemulihan sejak 1920-an, ia kini menjadi salah satu contoh terbaik pemulihan hutan tropika secara besar-besaran di dunia.
Apa yang menjadikan FRIM begitu istimewa?
🌿 Pemulihan Ekosistem Yang Berjaya – Daripada tanah terbiar, kawasan ini kini menempatkan ekosistem yang hampir menyamai hutan hujan tropika semula jadi. 🌱 Kepelbagaian Spesies Pokok & Haiwan – Dipenuhi ribuan spesies flora dan fauna tempatan yang kaya dengan nilai biodiversiti. 🌏 Penanda Aras Antarabangsa – Menjadi contoh global dalam usaha pemuliharaan dan penghutanan semula.
6 Tapak Warisan Dunia UNESCO di Malaysia
🌿 Taman Kinabalu (2000)
🏞️ Taman Negara Gunung Mulu (2000)
🏙️ Bandar Bersejarah Selat Melaka – Melaka dan George Town (2008)
🗿 Warisan Arkeologi Lembah Lenggong (2012)
⛰️ Kompleks Gua Taman Negara Niah (2024)
🌳 Taman Hutan Selangor FRIM (2025)
Korang patut rasa bangga. Bukan semua negara ada kemampuan dan kesungguhan untuk memulihkan kawasan rosak menjadi satu tapak warisan dunia.
Pengiktirafan FRIM sebagai Tapak Warisan Dunia bukan sekadar satu pencapaian malah ia adalah wake up call untuk kita semua. Sebagai remaja yang celik alam sekitar, inilah masa untuk bangkit dan jadi suara kepada alam semula jadi. Kita bukan pewaris dunia ini, kita penjaganya.
So, what are you waiting for? Let’s go green and be proud of FRIM! 🌱💪🇲🇾
Setelah sekian lama dikenali oleh rakyat Malaysia dan antarabangsa sebagai ‘Siti Hasmah’; isteri bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa ada rahsia di sebalik namanya itu.
Menerusi segmen podcast ‘Coffee With Ryan’ oleh Pusat Perubatan Prince Court Sabtu lalu, beliau mendedahkan bahawa nama asalnya tidak mempunyai ‘Siti’. Sebaliknya, ia hanyalah Hasmah Mohd Ali.
“Saya perlu betulkan… (nama) saya bukan Siti. Saya tidak dilahirkan sebagai Siti Hasmah (nama diberi). Saya hanya lahir (dengan nama) sebagai Hasmah,” kata wanita berusia 98 tahun itu.
Tun Dr Hasmah Mohd Ali.
‘Siti’ menurutnya hanyalah sekadar gelaran yang diberikan setelah beliau dan suami, Dr Mahathir berpindah dari Alor Setar, Kedah ke Kuala Lumpur. Ini kerana gelaran ‘Siti’ merupakan salah satu fenomena dalam kalangan rakyat Malaysia pada waktu itu dan merupakan nama popular yang diberikan kepada bayi perempuan.
“Ada Siti Nurhaliza (tidak lama selepas itu), ada Siti itu ada Siti ini. Jadi, mereka letakkan nama Siti di hadapan nama saya. Tetapi saya tidak (bernama Siti Hasmah), saya hanyalah Dr Hasmah,” jelasnya.
Dengan itu juga, Tun Dr Hasmah menyeru agar orang ramai tidak lagi memanggilnya dengan gelaran ‘Siti’ di hadapan nama sebenarnya.
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...