Hebat juga penangan mereka. BTS pula pasal, satu Malaysia kecoh!
Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah melaporkan kepada rakan media mengenai perancangan kerajaan untuk membawa masuk kumpulan K-Pop paling hangat pada masa ini, BTS ke Malaysia.
Semuanya gara-gara untuk menarik masuk para pelancong dalam negara dan pelancong asing sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.
Semua tahu, bukan senang untuk membawa kumpulan popular Korea itu ke sini. Pada konsert jelajah Asia yang lalu, mereka memilih Singapura berbanding Kuala Lumpur untuk membuat persembahan.
Jadi menurut beliau, pihak kementerian akan bekerjasama dengan pihak promoter yang berkaitan dengan BTS, syarikat hibran Live Nation dan dengan pihak Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia iaitu Tony Fernandes bagi menjayakannya.
Ads
Bagaimanapun, tak semua orang memberikan respon yang positif..
Penyanyi rock tanah air, Awie sebagai contoh merasakan perancangan itu hanya akan memusnahkan periuk nasi penyanyi tempatan dalam jangka masa panjang.
“Kan bagus waktu sekarang ini bantu artis tanah air yang banyak membantu negara. Tunjukkanlah sedikit rasa cinta pada bangsa dan budaya kita.
“Bukan tak ada artis yang bagus dalam Malaysia ini. Asyik nak banggakan orang luar saja. Beruk di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan,” antara yang diperkatakan oleh beliau dalam status Facebook miliknya.
Ads
Rata-rata netizen juga berpendapat ada benarnya kenyataan Awie tersebut.
Ramai artis Malaysia yang bagus untuk mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2020
Untuk pengetahuan semua, sebelum ini Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar pernah menyatakan hasrat untuk menjemput kumpulan Radiohead ke Malaysia bagi menjayakan konsert mereka. Sekarang BTS pula..
Hhm, apa pendapat korang sendiri?
Adakah ia satu strategi yang bagus untuk menjemput BTS ke Malaysia ataupun penyanyi di Malaysia sendiri sudah memadai untuk memenuhkan sebuah stadium dengan peminat mereka?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dari Kuala Pilah ke bumi matahari terbit, itulah kisah penulis dan usahawan bertaraf antarabangsa, Zunita Ramli yang kini menetap di Jepun.
Namanya pasti tidak asing lagi di kalangan warga maya, manakan tidak beliau sangat popular dengan penulisannya dalam ‘Catatan Zunita Di Jepun’ yang mengumpulkan pelbagai kisah dan fakta menarik berkaitan Jepun sangat memberi inspirasi.
Tinggalkan Kerjaya Sebagai Jurutera
Siapa sangka, Zunita tekad meninggalkan kerjayanya sebagai jurutera sebaik menamatkan pengajian di University of Melbourne, Australia demi meneruskan empayar perniagaannya, Tokyo Organic HQ yang kian berkembag.
Kebetulan ketika itu, permintaan tehadap produk kosmetik menerima sambutan luar biasa secara dalam talian.
Pada mulanya wanita kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang berusia 35 tahun ini memulakan langkahnya dalam perniagaan dengan menjadi pengedar sah produk kosmetik Meiko Cosmetics bagi pasaran Malaysia.
Zunita kemudiannya mengorak langah mewujudkan label sendiri iaitu Tokyo Organic HQ. Selain bergelar pengasas, Zunita juga merupakan Pengarah UIrusan Zaineeta Global PLT.
Zunita turut menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat di Jepun termasuk pertubuhan masyarakat serta sering tampil di pelbagai media.
Ternyata, bekas pelajar Sekolah Tun Fatimah serta graduan University of Melbourne ini berjaya membuktikan bahawa kejayaan memerlukan usaha dan keberanian yang tinggi.
Memetik perkongsian Zunita di Instagram peribadinya: –
“I dont know where to start, but 2022 definitely gave me a lot. Saya diterima masuk ke salah sebuah universiti di Jepun untuk sambung Master (MBA) dengan full scholarship dari Jepun.
“Kenapa sambung Master? Sebab saya ada misi sendiri dengan Tokyo Organic HQ. I need to learn proper and professional way to do it. Banyak sebenarnya episod jatuh bangun saya dengan Tokyo Organic ni but for the time being, let just keep that to myself.”
Zunita turut berkongsi momen terindah apabila disenaraikan sebagai salah seorang dari 10 wanita ASEAN yang memberi inspirasi.
“Tahun 2022 juga saya disenaraikan sebagai salah seorang dari 10 wanita ASEAN yang memberi inspirasi mengejar cita-cita di Jepun oleh Asean-Japan Center dan saya juga banyak terima projek kolaborasi dengan syarikat dan juga agensi kerajaan Jepun alhamdulillah.
“Buku sulung tulisan saya, Catatan Zunita Di Jepun juga diterbitkan tahun ni. Buku ni adalah kompilasi artikel tulisan saya sepanjang beberapa tahun menulis di media sosial.”
Tak ketinggalan, Zunita turut berpesan agar percaya kepada diri sendiri sepenuhnya dan berwaspada dengan sesiapa saja yang kita percayai.
“trust only yourself 100%”. Tak semua orang betul-betul gembira dengan kejayaan kita dan tak semua orang betul-betul sedih dengan kegagalan kita.
“Be careful of who you trust. Be very careful. I said this twice, cuz I really meant this.
“Saya akan terus menulis, biar pun suatu hari nanti hanya saya saja yang membaca tulisan saya.. Biarlah tulisan ini berbicara dan memberi manfaat sebanyaknya walaupun saya dah tak ada di sini nanti.
“health is wealth. Sebanyak mana pun duit kita dalam dunia ni takkan bernilai kalau kita sakit. Jaga kesihatan sebaiknya, sebab itu amanah Allah.
“Bila sihat, lebih mudah kita beribadah, kan? Sebab ironinya, mati itu pasti. What made you think you will live forever?
“Apa pun, saya sangat berterima kasih pada semua yang menyokong saya dari dulu sampai sekarang.”
Ini pesan Zunita di akhir posting: –
“Nonetheless, live life to the fullest. Life is too short to worry about stupid things. Work hard, play harder.”
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Olahan artikel dari Nona.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Beberapa hari ini kecoh isu Neelofa yang telah mempromotekan produk supplement khas untuk bayi yang dikatakan mampu melambatkan penuaan. Sebagai jurucakap kepada pengeluar produk berkenaan, adalah menjadi tugasnya “menyampaikan” kebaikan produk ini mengikut caranya yang mempunyai lebih 5 juta pengikut di laman sosialnya.
Rentetan itu, beberapa orang doktor mula “menegur” isu ini kerana sebagai pengamal perubatan, bayi tidak memerlukan semua itu kerana kulit mereka sememangnya jauh berbeza dengan orang dewasa.
Hal yang sama mendapat perhatian dari Dr Amalina Bakri yang sememangnya amat terkenal bukan saja kerana kepandaiannya tetapi beberapa isu lain terutama soal penampilannya. Isu ini telah diretweets sebanyak 9943 kali dan 5653 menyukainya setakat hari ini.
Secara jujurnya, tiada yang salah pada tulisan di twitternya kerana sebagai doktor, Dr Amalina memperjelaskan dia menghormati Neelofa sebagai seorang usahawan berjaya. Namun sebagai doktor dia berpendapat tidak wajar memberikan bayi makanan tambahan kerana pengambilan makanan tambahan dan isu berkaitan kesihatan perlu mendapatkan nasihat dari pakar kanak-kanak (pediatric).
Katanya Dr Amalina lagi, susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Sebarang pengambilan makanan lain pada peringkat usia ini boleh merosakkan organ dalaman.
Tapi nampaknya warga twitter memandang isu ini dari sudut pandangan lain pula. DanielF…DatoR telah retweet isu ini dengan menyatakan “I tahu u doctor ok. And U kena ingat mereka yang keluarkan product ini pun ada kepakarannya juga…
Tak tahulah dia nie peminat Neelofa atau tidak tetapi darinya menulis begitu memberikan maklum balas tentang isu ini.
Seorang pengguna lagi, Elina Shahrina bagaimana pun membalas kenyataan ini dengan memaklumkan “where did u know they had kepakaran? The did 10 years research? They did rnd in lab? They show u the manufacturing process? Kita tengah cerita pasal baby, bukan pasal orang dewasa. Bayi. Baby, bayi, Faham?!!!
Isu ini terus “panas” apabila DanielF…DatoR yang terus membalasnya kalau perkataan belajar dari hikmah pun tak faham. So sekarang u nak buat apa…? U Nak Hentam Neelofa..
Malah dia juga menulis yang bising-bising kenapa. Product tu mesti Kementerian Kesihatan dah luluskan…
Di tengah-tengah perbalahan itu, Dr Amalina tetap bertenang dengan mengatakan tidak semestinya betul dengan kenyataan di atas kerana ramai pengusaha produk terutama yang dijual di media sosial tidak mendapat lesen yang sewajarnya berbanding sesetengah produk kecantikan.
Menurut Dr Amalina, bayi tidak memerlukan banyak vitamin kerana pengambilan terlalu banyak, boleh merosakkan organ dalaman dia dia tidak mahu hal ini terjadi.
Ramai pengguna twitter membalas yang mereka menyukai cara Dr Amalina membalas isu-isu ini dengan caranya yang tersendiri. Sesuai sangat dengan kelayakannya sebagai pakar bedah. Mulalah ada yang bertanya kesan ketika usia remaja dan sebagainya.
Dalam hangat isu ini diperkatakan, Neelofa yang juga artis kesayangan ramai ini telah meredakan keadaan apabila beliau sendiri telah menulis di tweetnya meminta pihak diwakilinya memberikan penjelasan berikutan terlalu ramai yang menulis produk makanan tambahan sangat tidak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biasa kita dengar cerita remaja hamil di luar nikah. Pergaulan bebas dan percayakan kekasih antara punca kehamilan terjadi. Namun perkongsian dari pengasas rumah perlindungan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu Baitul Fiqh, Haliza Abdul Halim boleh dijadikan pengajaran.
Sejak dulu lagi, Haliza atau mesra disapa Kak Liza berkata, dia biasa menerima kes-kes remaja hamil anak luar nikah. Namun satu kes ini benar-benar diingatinya kerana ia bukan melibatkan remaja sebaliknya ibu anak lima. Ibu ini dihantar ke Baitul Fiqh oleh anak sulungnya berusia 19 tahun yang mahu ibunya benar-benar bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan lalu.
“Dalam pertemuan itu, di hadapan saya, anak ini meminta ibunya bertaubat bersungguh-sungguh dengan Allah kerana sebagai anak dia malu dengan perbuatan ibunya. Dia juga minta ibunya agar jangan mengulangi kesilapan lalu. Belajar bersolat dan sebagainya,” katanya Kak Liza ketika dihubungi.
Kak Liza yang juga pengasas rumah perlindungan Baitul Fiqh yang menempatkan remaja hamil, bermasalah dan lain lagi
Kongsinya lagi, hasil temubual dengan remaja ini dan ibunya yang berusia 37 tahun itu, ibunya menjalin hubungan terlarang dengan seorang lelaki bujang yang muda sedikit dari usia ibunya.
“Kedua ibu bapanya sudah bercerai. Dia anak sulung dan belajar di salah sebuah UiTM. Adik keduanya akan duduki SPM manakala yang ketiga ada autisme. Yang ke empat dan kelima, masih sekolah rendah dan menengah. Bapa sudah lama menghilang.
“Semasa emaknya duduk dua minggu di Baitul Fiqh ini, adik yang nak ambil SPM inilah yang jagakan adik-adik termasuk yang autisme ini. Dua minggu maknya di sini sebelum melahirkan seorang bayi lelaki.
“Dalam pertemuan itu, remaja ini mahu maknya bertaubat di hadapan Allah. Taubat sungguh-sungguh. Dia memang malu dengan perbuatan ibunya. Lebih kurang dua minggu emaknya duduk berpantang di sini sebelum kembali ke pangkuan keluarga,”katanya sambil menambah, emak remaja ini seorang yang tidak bekerja.
“Lepas kena cerai, mak dia ada kenal-kenal orang di facebook. Dari situ emaknya mula berkenalan dengan lelaki ini. Masa yang sama, emaknya memang pandai buat kuih. Kemudian emaknya mula bekerja kilang. Dari sini emaknya semakin ligat dating dan sebagainya. Tahu-tahu sudah sarat mengandung,” kata Kak Liza sambil menambah, apa yang mengejutkan pendedahan dari remaja ini, ibunya dan seluruh ahli keluarga ibunya tidak pernah bersolat biarpun masing-masing memakai tudung dan antaranya labuh.
“Dia beritahu saya, seluruh ahli keluarga ibunya tak pernah solat. Pakai tudung saja. Dia sendiri solat ketika duduk di asrama di UiTM. Dari situ dia mula belajar tentang solat dan dia ajarkan adik-adiknya solat.
“Sebab itulah dia amat malu bila emaknya mengandung dan mahu maknya bertaubat. Saya dapat tahu, buat masa ini emaknya menjaga bayi dilahirkannya dan terkini khabarnya emaknya mahu berkahwin dengan lelaki bujang tersebut,’ katanya yang sudah sekian lama terlibat dengan kerja kemanusiaan iaitu membuka rumah perlindungan Baitul Fiqh yang menempatkan ramai remaja mengandung termasuk yang terlalu sosial.
Remaja hamil terlalu ramai dan hal ini sudah dianggap seperti tabu dalam masyarakat
Menceritakan pengalamannya, kata Kak Liza, ada antara remaja yang pernah dibantunya dan kini berada di bumi Scotland melanjut pengajian dalam bidang perakaunan.
“Ada dua orang di Scotland. Seorang dah balik dan sudah berkahwin, sementara seorang lagi masih di sana,”katanya menjelaskan hubungannya dan keluarga mereka yang pernah tinggal di rumah perlindungan ini amat baik dan saling menghubungi.
Dalam pada itu, Kak Liza menjelaskan, dalam sehari dia menerima 7-8 panggilan dari mereka yang mengandung dan mahu masuk ke rumah perlindungan ini.
“Jumlah ini terlalu tinggi. Dalam seminggu juga lebih kurang 10 keluarga akan dipanggil untuk sesi kaunseling,” katanya yang banyak menolak permohonan khususnya dari bukan warganegara yang menghubunginya.
“Dari 7-8 panggilan setiap hari itu, ia banyak melibatkan warga asing. Orang Pakistan, India dan beberapa negara lain. Tapi dalam kes ini saya suruh rujuk ke Kedutaan masing-masing.
“Lagipun anak mereka ini kalau diambil sebagai anak angkat prosesnya amat rumit kerana Malaysia tidak memberikan taraf warganegara. Jadi susah untuk sekolah dan urusan-urusan lain,’ katanya memaklumkan remaja paling muda pernah dia menjaganya berusia 13 tahun yang mengandung kerana menjalin hubungan dengan kekasih.
“Kini di Baitul Fiqh hanya ada lima orang sahaja. Bukan kes mengandung tetapi kes sosial lain seperti lesbian, terlalu liar dan sebagainya,’ katanya yang mendoakan remaja-remaja yang terjebak dengan salah laku ini tidak mengulangi lagi kesilapan lalu.
“Buat masa ini belum pernah ada yang mengulang kes. Cuma saya pernah uruskan seorang remaja yang mengandung dua kali hasil hubungan haram. Mengandung kali kedua ini dia duduk dengan saya. Sejarahnya terbongkar bila doktor yang buat pemeriksaan perut memaklumkan ada kesan pembedahan di perutnya,” katanya berkongsi kisah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!