Kecantikan

V BTS Dinamakan Lelaki Paling Kacak Di Dunia Untuk Kali Ketiga Berturut-Turut

Share

To nobody’s surprise, Majalah Nubia dari United Kingdom menobatkan ahli grup BTS, Taehyung yang mesra dengan panggilan V sebagai lelaki paling kacak di dunia untuk tahun 2025.

Taehyung, 29 berjaya mengumpul 10.7 juta undian daripada peminat dari 163 negara dan menerima gelaran tersebut untuk kali ketiga berturut-turut.

Taehyung (V BTS) sewaktu zaman kanak-kanaknya.
Foto terbaru daripada Taehyung setelah menamatkan latihan ketenteraan.

Jejaka yang baru sahaja menamatkan latihan ketenteraannya pada 10 Jun 2025 itu bagaimanapun dipilih bukan berdasarkan rupa paras kacaknya semata-mata.

Sebaliknya, terdapat juga kriteria yang mengambil kira karisma dan pengaruh antarabangsa yang dimiliki oleh seseorang pempengaruh atau selebriti dalam proses undian.

Catat Majalah Nubia, “Di sebaliknya kekacakannya, Taehyung terus mencuri perhatian orang ramai dengan kerjaya muzikal, lakonan dan versatiliti artistik; sekaligus membuktikan bahawa daya tarikannya melangkaui rupa paras.”

Taehyung bukanlah nama asing dalam kategori nominasi sebagai lelaki terkacak dunia. Pada awal tahun ini, sebuah lagi portal media antarabangsa, TechnoSports menamakan V sebagai lelaki terkacak dunia; di hadapan nama-nama besar seperti Brad Pitt, ‘Capten America’ Chris Evans dan bintang Bollywood, Hrithik Roshan.

BACA: V BTS Terima Penghargaan ‘Polis Tentera Teladan’ Walaupun Cedera, Rakan Seunit Luah Rasa Kagum

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ