To nobody’s surprise, Majalah Nubia dari United Kingdom menobatkan ahli grup BTS, Taehyung yang mesra dengan panggilan V sebagai lelaki paling kacak di dunia untuk tahun 2025.
Taehyung, 29 berjaya mengumpul 10.7 juta undian daripada peminat dari 163 negara dan menerima gelaran tersebut untuk kali ketiga berturut-turut.
Taehyung (V BTS) sewaktu zaman kanak-kanaknya.Foto terbaru daripada Taehyung setelah menamatkan latihan ketenteraan.
Jejaka yang baru sahaja menamatkan latihan ketenteraannya pada 10 Jun 2025 itu bagaimanapun dipilih bukan berdasarkan rupa paras kacaknya semata-mata.
Sebaliknya, terdapat juga kriteria yang mengambil kira karisma dan pengaruh antarabangsa yang dimiliki oleh seseorang pempengaruh atau selebriti dalam proses undian.
Ads
Catat Majalah Nubia, “Di sebaliknya kekacakannya, Taehyung terus mencuri perhatian orang ramai dengan kerjaya muzikal, lakonan dan versatiliti artistik; sekaligus membuktikan bahawa daya tarikannya melangkaui rupa paras.”
Taehyung bukanlah nama asing dalam kategori nominasi sebagai lelaki terkacak dunia. Pada awal tahun ini, sebuah lagi portal media antarabangsa, TechnoSports menamakan V sebagai lelaki terkacak dunia; di hadapan nama-nama besar seperti Brad Pitt, ‘Capten America’ Chris Evans dan bintang Bollywood, Hrithik Roshan.
Ramai perempuan yang ‘gila’ nak dapatkan punggung yang mantap dan cantik. Jadi, workout yang paling sesuai korang buat adalah dengan melakukan squat.
Berikut merupakan 20 jenis squats yang korang boleh buat di rumah atau gimnasium menurut personal trainer, Jordan Yeoh.
1. Basic
Rasanya ramai yang dah tahu nak buat squat jenis basic ni kan?
2. Prisoner
Kedua-dua belah tangan diletakkan pada belakang kepala, kemudian lakukan squat seperti biasa.
3. Sumo
Besarkan sedikit bukaan kaki ketika melakukan squat
4. Narrow
Rapatkan kedudukan kaki dan tangan didepa kan ke hadapan
5. Deep
Jatuhkan punggung hingga ke paras paling bawah dan bangun seperti melakukan squat basic
6. Side to side
Posisi squat ke kanan dan kiri
7. One sided
Bukaan kaki ke kiri dan kanan semasa melakukan squat
8. In and out
Ketika melakukan squat, lompat sambil kaki terbuka dan rapatkan kaki semula
9. Staggered
Lakukan lompatan squat ke kiri dan kanan
10. Front and back
Lompat ke hadapan dan ke belakang
11. Jump
Lakukan squat sambil melompat
12. Clapping
Lompat dan temukan tapak kaki kiri dan kanan semasa melompat
13. Tuck jump
Lompat sambil kedua-dua belah kaki diangkat ke atas
14. Knee hop
Daripada posisi melutut, lompat ke atas
15. Knee hop tuck jump
Posisi melutut dan seterusnya lompat seperti melakukan tuck jump
16. Split
Posisi kaki seperti melakukan senaman lunges
17. Split tap
Sama seperti split, cuma perlu temukan tapak kaki korang di antara satu sama lain semasa melompat
18. Air split
Melompat seperti split tetapi lebih tinggi
19. Pistol
Lakukan squat dengan kedudukan kaki melunjur ke hadapan, kemudian tukar pula sebelah lagi kaki
20. Knee hop pistol
Sama seperti posisi pistol, cuma korang perlu melutut terlebih dahulu sebelum lompat
Fuhh rasanya daripada 20 jenis squat ni, nak buat lebih daripada 5 pun tak mampu kot. Hiks! Tapi selagi korang berusaha dan tak putus asa, tentu saja boleh! Kalau nak lebih jelas, korang boleh rujuk pada video di bawah. Selamat mencuba gaiss..
20 variations of Squat
Posted by Jordan Yeoh on Wednesday, 7 November 2018
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bersempena ulang tahun ke-60 majalah sensasi Sports Illustrated Swimsuit, model hijabi Halima Aden diiktiraf sebagai salah seorang daripada 27 wanita ‘Lagenda’ yang menghiasi wajah hadapan ataupun cover majalah berkenaan.
Halima, 26 pernah mencipta sejarah tersendiri apabila dipilih menjadi wanita hijabi dan Muslimah pertama yang dipaparkan oleh majalah berkenaan.
Dalam paparan isu berkenaan, Halima menyarungkan burkini dan hijab – sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana penghias wajah tersebut.
Halima Aden.
Dan pada tahun berikutnya, sekali lagi gadis kacukan Somali-Amerika yang dilahirkan di Kenya itu diberikan kesempatan untuk dipaparkan sebagai gadis Sports Illustrated.
“Don’t change yourself, change the game..” – Halima aden
Bersempena isu khas ini, Halima kembali untuk menghiasinya dengan paparan perkembangan terbarunya.
Tampil eksklusif dalam balutan busana labuci merah jambu dan gaya hijab dalam rona sama, Halima berterima kasih apabila diberikan gelaran Sports Illustrated Swimsuit Legend di samping wanita-wanita hebat lain seperti Martha Stewart, Tyra Banks, Gayle King, Chrissy Teigen dan ramai lagi.
“Saya amat terharu, tidak percaya saya akan berada bersama begitu ramai wanita ikonik. Tetapi saya semestinya percaya saya juga bakal menjadi seorang ‘legenda’ seperti mereka satu hari nanti.
“Seiring dengan usia saya memasuki 26 tahun, saya rasa kita boleh saling membantu dengan terus memberikan peluang kepada orang baharu melakukan apa yang mereka inginkan, jadi autentik dan tidak mudah menghukumi orang lain.”
“Sports Illustrated Swimsuit tentunya adalah salah satu platform yang memberikan kami ruang untuk saling menyokong satu sama lain. Be each other’s biggest cheerleaders,” katanya dalam temubual itu.
Terdahulu, Halima pernah mengejutkan dunia peragaan fesyen apabila mengumumkan pengunduran dirinya daripada dunia glamor setelah merasakan dirinya semakin menjauhi ajaran agama Islam apabila bergelar model popular antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kegagalan Filipina untuk menempatkan diri dalam kalangan 16 wakil negara terbaik di pertandingan Miss Universe 2022 semalam masih menimbulkan persoalan.
Filipina sebelum ini telah berjaya menempatkan diri sekurang-kurangnya dalam kedudukan Top 20 selama 12 tahun berturut-turut.
Malah, negara ‘powerhouse’ dari Asia Tenggara itu juga mencipta kegemilangan apabila dua orang wakilnya dinobatkan sebagai Miss Universe iaitu pada tahun 2015 menerusi Pia Wurtzbach dan sekali lagi pada 2018 menerusi Catriona Gray.
Wakil Filipina di Miss Universe 2022, Celeste Cortesi boleh dianggap sebagai salah seorang wakil paling cantik pernah dihantar untuk mengharumkan nama negara tersebut.
Celeste Cortesi di pentas akhir Miss Universe 2022, semalam.
Persediaan organisasi buat Celeste juga merupakan di antara yang paling tersusun dan terawal dilakukan di antara 86 buah negara yang bertanding.
Justeru, di mana silapnya? Adakah Celeste ‘lambat panas’ seperti yang didakwa oleh kebanyakan pemerhati ratu cantik antarabangsa. Atau pelan advokasinya tidak seampuh sang juara, R’Bonney Gabriel dari Amerika Syarikat yang juga memiliki 50 peratus darah kacukan Filipina?
Seharian semalam, baik Celeste Cortesi mahupun pihak organisasi Filipina tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tatkala peminat Filipina masih ‘panas’ dengan kegagalan tersebut.
Begitupun hari ini, Pengarah Nasionalnya, Shamcey Supsup tampil memberikan pandangannya terhadap keseluruhan persembahan Celeste menerusi temubual bersama pemberita di Filipina.
Shamcey Supsup (kanan) dan Miss Universe Philippines 2022, Celeste Cortesi.
“Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Celeste. Saya rasa dia telah melaksanakan tugasan dengan cukup baik di pusingan awal (preliminary).
“Jujurnya, saya juga terkejut dengan keputusan semalam.” – SHAMCEY sUPSUP, PENGARAH NASIONAL ORGANISASI MISS UNIVERSE PHILIPPINES
“Tapi seperti yang telah saya beritahu kepadanya, dia hanya boleh lakukan yang terbaik dan selebihnya terserah kepada organisasi.. bagaimana juri memberi markah dan apakah arah tuju Miss Universe.
“Saya pasti Celeste telah bekerja keras siang malam untuk cuba membawa pulang mahkota kelima untuk Filipina,” ulas Shamcey yang enggan menunding jari ke arah mana-mana pihak dek prestasi tercorot negara itu di Miss Universe sejak 2010.
Tambahnya, “Ya, saya telah bercakap kepadanya pada pagi hari selepas pertandingan dan pastikan bahawa dia tidak menyalahkan diri sendiri di atas keputusan ini.
“Kadangkala, takdir kemenangan tidak berpihak kepada kita. Paling utama, penyokong dari Filipina turut berbangga dan merasakan dia layak memperolehi kedudukan Top 16,” katanya.
Kongsi Shamcey lagi, dengan kehadiran edisi terbaru Miss Universe Philippines 2023 tidak lama lagi, pasukannya perlu melihat semula kualiti apakah yang perlu dimiliki oleh pemenang seterusnya agar ia selari dengan hala tuju organisasi di bawah pemilikan Anne Jakrajutatip.
Roda Berputar Dari Atas & Ke Bawah
Kekalahan kali ini juga bagi Shamsey mengajar organisasi yang diuruskan olehnya itu untuk merendah diri selalu.
Pada saat ini, kesemua peserta di pentas Miss Universe kini adalah sama rata dan sukar untuk meramalkan negara-negara ‘powerhouse’ seperti Filipina terus kekal di atas jika tidak berbekalkan kualiti yang dicari oleh organisasi baharu Miss Universe.
Selain Filipina, beberapa negara lain yang mempunyai pengaruh kuat di Miss Universe namun gagal mara termasuklah Thailand, Perancis, Indonesia, Vietnam dan Mexico.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!