
Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang baru saja pulang daripada misi kemanusiaan dari Kaherah Mesir ke Gaza Palestin berdepan dengan berita dukacita apabila bapanya disahkan telah menghembuskan nafas terakhir.
Untuk pengetahuan, Ebit pernah menceritakan mengenai keadaan kesihatan bapanya yang berdepan kanser perut peringkat terakhir dan sedang dalam keadaan ‘menanti hari’ di hospital kerana kanser tersebut telahpun merebak.
Baru-baru ini, Ebit sempat melawat bapanya walaupun untuk seketika waktu dalam persalinan PPE lengkap dan setelah diuji negatif COVID-19.
*
Menerusi perkongsian foto sedang berpimpingan tangan bersama arwah bapanya di Instagram beliau sebentar tadi, Ebit mencatatkan rasa kasih terhadap bapanya dan memohon agar orang ramai dapat mengirimkan doa Al-Fatihah.
“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia. Ya Allah beratnya rasa ujian ini.
“I love you bapak. Bapak pergi dulu. Nanti Ebit sampai yer. Ya Allah ampunilah bapak. Sayangilah beliau, rahmatilah beliau, hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau.
“Ya Allah temukanlah bapak dengan mak dekat sana. Letakkanlah mereka bersama. Ya Allah, inilah ayahku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untukku.
“Saya dalam perjalanan ke Gleneagles Hospital untuk bawa jenazah ayah untuk dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang.
“Kemudian terus bawa ke Muadzam Shah Pahang. Pohon doakan buat ayah saya dan hadiahkan Al-Fatihah..” karang beliau.
Bapa Ebit merupakan insan yang selalu menyokong anaknya itu yang gigih menyempurnakan misi membantu dari semasa ke semasa.
Dengan pemergian bapanya ini setelah ibunya kembali ke rahmatullah terlebih dahulu, Ebit tetap reda dengan berita tersebut dan bersyukur Allah ‘meminjamkan’ mereka kepadanya dalam kehidupan di dunia ini.
Salam takziah daripada Majalah Remaja kepada beliau sekeluarga. Al-Fatihah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Di Syarikat Ini, Gaji Bukan Rahsia. Semua Orang Tahu Gaji Setiap Rakan Sekerja.

Bila berbicara soal gaji, jumlah sebenarnya adalah rahsia dan dalam mana-mana syarikat sekali pun di Malaysia, pendapatan anda adalah kerahsiaan yang tidak patut dikongsikan dengan orang lain.
Pernah tak anda terfikir berapa agaknya gaji yang diperolehi oleh rakan sekerja anda? Ataupun gaji yang dibawa pulang oleh bos anda? Kadang-kadang pasti tertanya, adakah kita dibayar setara dengan kerja yang dilakukan berbanding orang lain?
Itulah uniknya syarikat yang berpangkalan di Seattle, Washington ini. Di Molly Moon’s Handmade Ice Cream, semua 152 orang dari pangkat paling tinggi ke pangkat paling rendah tahu gaji setiap pekerja di dalam syarikat tersebut.
Dalam temubual bersama Vice News pada tahun 2019, Molly Moon Neitzel yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan juga pengasas jenama tersebut berkata, “Kita memiliki beratus tahun tradisi berkisar wang. Bagi saya perkara ini direka terdahulu oleh lelaki kulit putih yang mahu menafikan hak wanita dan juga mereka yang bukan berkulit putih.”
Untuk melakukan polisi ini, dia berbincang secara telus dengan bahagian sumber manusia syarikatnya untuk memastikan gaji pekerja setimpal dengan jenis pekerjaan mereka.
Dalam temubual tersebut, Molly sebagai CEO membawa pulang kita-kira lebih USD27 ribu sebulan dan Cef Pastri pula membawa pulang kira-kira USD6250 sebulan manakala pekerja paling rendah gajinya dibayar sebanyak USD18 sejam.

.
Kalau dihitung 5 hari seminggu bekerja selama 8 jam sehari dan didarab dengan 22 hari bekerja, pekerja paling rendah bayarannya di syarikat ini membawa pulang kira-kira USD3168 sebulan.
***P/S – USD18 sejam nak dibandingkan dengan RM5 sejam kalau bekerja di syarikat makanan segera di Malaysia! Oh jauhnya beza!
Sumber: VICE News
Sumber Gambar: Facebook Molly Moon’s Homemade Ice Cream
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Etnik Rohingya Tolak Kerja! Lelaki Kongsi Pengalaman Benar

Sejak beberapa hari lalu, bila menyebut isu pelarian Rohingya kita akan terbaca komen-komen negetif diberikan oleh rakyat tempatan. Ia seolah-olah menjadi kudis di hati warga Malaysia dengan sikap bangsa ini yang menuntut lebih dari apa sepatutnya hinggakan wujudnya jawatan “presiden” mewakili rakyat Malaysia menuntut kesemua pelarian ini dihantar balik dengan kadar segera.
Isu mengenai pelarian ini mula bermula apabila pihak TUDM berjaya memintas bot yang membawa pelarian ini di perairan Malaysia dan menunda mereka keluar. Dan apabila Pertubuhan Bukan Kerajaan (Ngo) bersuara yang mempertikaikan mengapa kita tidak berperikemanusian, sejak itulah isu mengenai pelarian Rohingya dipertikai satu persatu.
Kata orang kalau tak kena, mesti tak percaya. Perkongsian dari Anwar Suran yang juga Konsultan dari Cahaya Metafizik mengenai pengalamannya pernah berhadapan dengan etnik ini sedikit sebanyak boleh memberikan pengajaran untuk kita renungi bersama

KISAH BENAR | Pengalaman Saya Dengan Etnik Rohingnya
Ketika pertama kali saya terdengar berita etnik Rohingnya di Myanmar dibantai teruk oleh tentera di negaranya beberapa tahun yang lepas, lantas saya terfikir sesuatu di minda: “ini mesti datangnya dari perangai kaum mereka sendiri, faktor agama mungkin nombor DUA!”.
Terus saya teringat peristiwa saya dengan etnik Rohingnya pada tahun 2001.
Kakak sulong saya telah membawa saya dan semua adik-beradik berjalan-jalan di Kota Bharu, Kelantan bermalam di Hotel Perdana. Ketika waktu sarapan pagi di Restoran terdekat, saya didatangi individu seperti bangsa ‘Bangladesh’ untuk meminta sedekah. Kakak sulong saya menjawab; “saya tiada duit kecil sekarang”. Tahukah tuan-tuan apa yang dibalas oleh orang Rohingnya itu?
“Pi raaa mabookkk!!!” sambil tangan tunjuk isyarat ‘blah’.
Saya bertanya kakak saya, orang itu warga apa? Kakak saya sendiri tidak pasti. Hendak kata Bangladesh macam bukan! Warga mereka sangat ramai di Kota Bharu pada tahun itu. Baiklah, cerita masih tidak tamat di sini..
Pada tahun 2013, saya merupakan pelajar masters di UiTM Shah Alam. Saya memang suka menulis thesis di KFC Seksyen-2 di bahagian tingkat atas sebab tenang dan tidak ramai orang.
Di sana saya didatangi ramai warga seperti ‘Bangladesh’ yang sama tidak berhenti-henti meminta sedekah sambil memaksa dan tidak mahu pergi selagi tidak dapat duit. Tidak mengapa, saya hulurkan sahaja beberapa yang saya mampu kepada setiap mereka yang meminta itu. Ianya berlarutan sehingga 3,4 hari.
Selang beberapa hari selepas itu, di tempat yang sama, saya didatangi lagi warga ‘Bangladesh’ iaitu orang yang sama meminta sedekah. Saya berkata kepada orang itu dengan nada lembut dan perlahan:
“Dik tak usahlah minta lagi duit dekat saya.. saya dah beri kamu 3,4 kali dah sebelum ni.. kalau nampak muka saya, usah menyapa saya lagi sebab saya sibuk ni.. saya hendak beri pada orang lain pulak yang tak pernah dapat lagi sebelum ni”.
Punyalah terkejut saya apa yang dibalas oleh orang itu! “Kamu ini orang Islamkan? Kenapa kamu kurang ajar dengan orang miskin macam saya? Saya cari rezeki halal! Awak solat tak? Kalau awak solat, saya yakin solat awak tak diterima Allah sebab awak angkuh dan sombong!”
Mula-mula saya terberdiri juga sambil niat hendak memberi beberapa tumbukan pada muka orang ‘Bangladesh’ itu sekuatnya, jari tangan saya sudah mula menggengam erat sehingga timbul urat-urat, tinggal untuk melepaskan tumbukan sahaja! Cuma saya berfikir kembali 3,4 kali lalu saya batalkan niat itu sebab tidak guna jika teruskan.
Dalam hati saya ketika itu “Ya Allah SWT, jika orang ini sebenarnya cukup wangnya untuk teruskan hidup dengan akhlak buruk macam ni, kau hukumilah dia Ya Allah! Berikanlah pengajaran!”.
Selepas 1-bulan berlalu akhirnya doa saya makbul! Ketika itu saya sedang makan tengahari di food court sebelah KFC yang sama. Saya terserempak dengan orang ‘Bangladesh’ yang pernah maki saya hari itu sambil sedang meminta sedekah selang di beberapa meja sebelah.
Tiba-tiba, orang itu diterjah dan ditahan dengan makcik tua peniaga di salah sebuah gerai; “kau ni berapa kali hah asyik ulang-ulang mintak duit kat tempat yang sama!! mari sini beg kau tu aku nak tengok berapa kau dah kutip setakat hari ni!”.
Makcik itu rentap beg orang itu sekuat hati dan ditaburkan semua duit itu di atas meja, lantas makcik itu kira laju-laju dan jumlahnya amatlah mengejutkan! Anggaran lebih dari RM300!
Makcik itu pun buat ‘announcement’ sambil tinggikan suara kepada orang yang sedang makan di seluruh lorong food court;
“Cuba korang semua tengok ini!! orang ni dah dapat kutipan lebih RM300 setakat pukul 3.00 petang! Aku yang berniaga penat macam ini pun tak dapat banyak ini! Bayangkan kalau RM300 x 7 hari = RM2,100 dan darab 4 minggu = RM8,400 sebulan! Tolonglah jangan bagi lagi kat bangsa ini!”
Beberapa hari kemudian, saya nampak 3,4 orang pekerja KFC (lelaki muda, mungkin waktu rehatnya) pula memukul orang itu dan duitnya kena ambil dengan pekerja KFC itu. Ianya berlarutan selama beberapa hari. Setiap kali orang itu meminta sedekah di KFC, duitnya pasti dirampas oleh pekerja KFC itu (di luar KFC). Saya yakin makcik itu telah menghasut beberapa orang pekerja food court dan pekerja KFC!
Pada tahun 2015, barulah saya dapat tahu bahawa warga ‘Bangladesh’ yang selalu meminta sedekah di Malaysia ini adalah etnik Rohingnya! Saya dapat tahu selepas menonton berita mereka dibantai teruk oleh tentera Myanmar malah kampungnya dibakar!
Saya tahu apa sebabnya! Sebab perangai mereka yang memiliki sifat sombong/berlagak, buruk akhlak dan mudah pijak kepala! Tidaklah semua tetapi mungkin majoriti?
MEREKA TIDAK PERNAH BERSYUKUR MALAH BESAR KEPALA
Ketika tahun 2017, saya ingin memulakan bisnes kecil-kecilan (sampingan) dengan menjual racun pepijat. Saya tidak mampu untuk menggajikan pekerja (operasi) dengan bayaran yang mahal sebab saya masih di fasa ‘start up’.
Bagi menjimatkan kos, saya mencari mana-mana warga Rohingnya yang masih muda (sekitar usia 20-an) di Shah Alam yang sedang meminta sedekah. Setiap kali terserempak, saya tawarkan mereka pekerjaan dengan gaji RM700 sebulan dan duit makan tengahari saya belanja.
Subhanallah, lebih dari 10-orang saya jumpa, semua TOLAK! Akhirnya kawan saya sendiri yang menerima pekerjaan itu dan tidak kisah saya bayar beliau berapa pun! Warga Rohingnya semua MENOLAK sebab meminta sedekah jauh lebih mudah, enjoy dan masyuukk!
Semenjak dari itulah saya mendengar pelbagai berita buruk tentang etnik Rohingnya, kerja nak mudah, penipu dan berdrama itu permainan mereka (mungkin tidak semua tetapi majoriti). Kenapa kaum mereka amat teruk diduga oleh Allah SWT mungkin kerana PERANGAI MEREKA SENDIRI? Wallahualam!
Saya tidaklah pukul rata, cuma bacalah sendiri pendapat/pengalaman orang di bahagian komen dan review-lah.
#NOTA: Mereka ini terlalu gemar meludah secara public. Kalau mereka meludah di atas tanah, rumput atau jalan tiada masalah TETAPI mereka suka meludah di dinding malah di atas kaki lima bermozek pun diludahnya!
Meludah ini bukan orang Rohingnya sahaja, Bangladesh dan Nepal pun sama.
**Mana-mana yang kata mereka ini umat Islam dan se-akidah, mesti dikasihani/disayangi, saya doakan anak-anak mereka kelak berjodohan dengan etnik Rohingnya inshaAllah! Doa saya baikkan? Positifkan? Amiinnn.
***Kita bukan benci etnik Rohingnya yang sedang diseksa di Myanmar tetapi kita benci dengan majoriti kaum mereka yang ‘berperangai’ di Malaysia ini. Benci perangai dan benci bangsa itu berbeza. Usah salah faham dan mahu putar belit.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tular Poster Tamatnya Fakulti Seni Lukis & Seni Reka UiTM, Rupa-Rupanya…

Hari ini tular sebuah poster di laman media sosial mengenai tamatnya Fakulti Seni Lukis & Seni Reka UiTM setelah lebih 55 tahun mendidik anak bangsa. Agak mengejutkan juga bagi penulis kerana fakulti ini merupakan antara fakulti yang banyak melahirkan bakat-bakat hebat di Malaysia terutamanya dalam bidang rekaan fesyen dan seni.

Sebut sahaja nama seperti Datuk Rizalman Ibrahim, Datuk Radzuan Radziwill, Rizman Ruzaini dan Hatta Dolmat, mereka amat sinonim sebagai produk yang menjadi bukti bahawa fakulti ini sebuah fakulti yang berjaya membentuk graduan yang kreatif dan berdaya saing.
Namun apakah yang sebenarnya berlaku?
Setelah penulis membuat sedikit semakan di laman sesawang Universiti Teknologi MARA, rupa-rupanya fakulti yang telah diasaskan pada tahun 1967 ini telah digabungkan bersama dua fakulti lain iaitu Fakulti Muzik dan Fakulti Filem, Teater & Animasi untuk membentuk satu pusat baharu yang kini dikenali dengan nama Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM atau College of Creative Arts, UiTM.
Ini merupakan satu inisiatif baharu pucuk pimpinan UiTM bagi menjadikan universiti ini maju ke hadapan dan bergerak seiring dengan universiti-universiti terkemuka dunia yang lain. Untuk pengetahuan anda lagi, selain Kolej Pengajian Seni Kreatif, Kolej Pengajian Kejuruteraan juga telah ditubuhkan menggabungkan semua fakulti-fakulti kejuruteraan sebelum ini di bawah satu lembayung yang sama.

Dalam ruangan soal jawab di laman sesawang UiTM, ia menyatakan bahawa penggabungan fakulti-fakulti untuk menjadi sebuah kolej adalah adalah signifikan bagi melengkapkan staf dan pelajar untuk mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0, membentuk sinergi yang berkesan antara staf akademik dan pentadbiran dalam memastikan keberhasilan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, dan inovasi berimpak merentas pelbagai disiplin ilmu, menyediakan graduan dalam menghadapi landskap pekerjaan di masa hadapan, dan mengoptimumkan penggunaan sumber dengan lebih cekap dan efisien.
Menurut soal jawab itu lagi, bidang-bidang yang sedia ada tidak akan hilang, sebaliknya ia akan diperkasakan lagi daripada bidang tunggal kepada multi, inter dan rentas bidang untuk menghasilkan graduan yang kalis masa hadapan dengan kepelbagaian ilmu dan kemahiran baharu dalam menghadapi cabaran masa kini serta mampu mencipta peluang pekerjaan.
Dalam amanat Naib Canselor pada Januari 2021, sebanyak 26 fakulti sedia ada di UiTM akan digabungkan menjadi 10 kolej sahaja. Antara kolej lain adalah Kolej Pengajian Perubatan, Kolej Pengajian Kemanusiaan & Sains Sosial, Kolej Pengajian Sains Sukan & Kesihatan, Kolej Pengajian Alam Bina, Kolej Pengajian Undang-Undang, Kolej Pengajian Sains Gunaan & Agroteknologi, Kolej Pengajian Perniagaan, Perakaunan & Pengurusan Hospitaliti serta Kolej Pengajian Pengkomputeran, Matematik & Maklumat.

Jadi bagi alumni UiTM yang membaca artikel ini, fakulti kesayangan anda akan berada di kolej mana? Untuk penulis sebagai bekas pelajar Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, rasanya fakulti ini akan berada di Kolej Pengajian Kemanusiaan & Sains Sosial. Kita tunggu dan lihat.
Walau apapun, sama-sama kita sebagai alumni untuk terus menyokong inisiatif ini bagi membentuk generasi akan datang yang lebih cemerlang dan terbilang, bukan sahaja dari segi akademik tetapi kebolehpasaran bahkan mampu mencipta peluang pekerjaan.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: hea.uitm.edu.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

