Universiti Sains Malaysia (USM) secara rasmi telah pun melancarkan penjualan nombor pendaftaran khas USM 1 hingga USM 9999 hari ini. Pihak universiti berbesar hati mengekalkan kombinasi huruf USM bagi mewakili UNIVERSITI SAINS MALAYSIA dalam pemilihan plat khas ini.
Bagi korang yang merupakan warga dan alumni USM bolehlah memberi sokongan dengan membida nombor-nombor plat khas ini bermula pada 17 Jun 2022. Bidaan boleh dibuat dengan memuat turun aplikasi carplates.my di Google Store dan Apple Store.
Menurut info yang dikongsi di laman Facebook rasmi Universiti Sains Malaysia, dana yang diperolehi daripada hasil penjualan nombor plat ini akan disalurkan bagi membantu pihak universiti menyokong mempertingkatkan lagi kerja-kerja penyelidikan yang sedang giat dijalankan.
So guys, kepada warga dan alumni USM jangan lepaskan peluang untuk merebut nombor pendaftaran khas ini. Ada jugalah kenangan korang sebagai warga USM kan. Hiks!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Al Mutawakkil Alallahi Shah terus menjadi di antara nama paling dicari-cari di platform digital.
Untuk mengetahui dengan lebih dekat mengenai profil Baginda. Ini kami kongsikan10 info menarik baginda:
01
Raja Zarith Sofiah diputerikan pada 14 Ogos 1959 di Hospital Batu Gajah, Perak. Baginda merupakan puteri kedua dan anakanda ketiga kepada Sultan Perak Almarhum Paduka Seri Sultan Idris al-Mutawakkil Alallahi Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kadasallah dan Raja Perempuan Perak, Almarhum Raja Perempuan Muzwin Binti Almarhum Raja Datuk Sri Ariff Shah.
02
Menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Datin Khadijah Kuala Kangsar sehingga darjah enam sebelum meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Jenis Kebangsaan Raja Perempuan Kalsom Kuala Kangsar. Pada September 1972, baginda kemudian melanjutkan pengajiannya di Cheltenham Ladies College di England hingga tamat Tingkatan Enam.
03
Pada tahun 1977 baginda kemudian telah meneruskan pengajiannya di Davies College, London seterusnya diterima masuk ke Somerville College, Universiti Oxford pada 1978.
04
Pada Jun 1983, Raja Zarith Sofiah dikurniakan Ijazah Sarjana Muda seterusnya Ijazah ‘Bachelor of Arts in Chinese Studies’ pada tahun 1986.
Gambar Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersama Almarhum Sultan Idris Shah II semasa menerima ijazah pada majlis graduasi di Universiti Oxford. Ia merupakan kali terakhir Seri Paduka Baginda bertemu Almarhum Ayahanda Baginda. (Kredit Facebook/Sultan Ibrahim Sultan Iskandar)
05
Baginda juga dikenali sebagai ahli bahasa dan mempelajari beberapa bahasa termasuk bahasa Mandarin, bahasa Perancis dan bahasa Itali. Semasa belajar di Universiti Oxford, Baginda telah memilih bahasa Mandarin sebagai salah satu subjek dalam pengajiannya.
06
Memiliki bakat seni lukis daripada ayahanda, hasil seni baginda pernah beberapa kali menjadi hiasan buku-buku cenderamata.
07
Baginda telah mendirikan rumah tangga bersama Yang di-Pertuan Agong ketika berusia 23 tahun, Sultan Ibrahim yang ketika itu merupakan Tunku Mahkota Johor.
08
Hasil perkahwinan itu, pasangan diraja ini dikurniakan enam orang cahaya mata yang terdiri daripada enam orang putera dan seorang puteri.
09
Sepanjang berkahwin Sultan Ibrahim, baginda dikurniakan gelaran Yang Amat Mulia Isteri Tunku Mahkota Johor Raja Zarith Sofiah. Selepas pemahsyuran Sultan Ibrahim sebagai Sultan Johor pada Januari 2010, baginda menggunakan gelaran sebagai Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.
Baginda tidak memakai gelaran Sultanah Johor sebaliknya memakai gelaran Permaisuri Johor ketika Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim pada 23 Mac 2015 bagi menunjukkan perbezaan status asal baginda yang merupakan puteri kepada Sultan Perak.
10
Raja Zarith Sofiah juga merupakan Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selain Fellow Fakulti Pengajian Bahasa dan Linguistik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Antara penglibatan baginda dalam aktiviti kemasyarakatan ialah bertindak selaku penaung Persatuan Cerebral Palsy Johor, Persatuan Pengajaran Bahasa Inggeris Malaysia, penasihat Diraja Bulan Sabit Merah Malaysia, penaung Yayasan Kelab Rotary Tebrau, Johor Bahru, Naib Presiden Majlis Wanita Johor (MAWAR) dan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Johor.
Beauty with brain Raja Permaisuri Agong kita ni.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Budaya kejut sahur atau pun dipanggil tradisi ketuk-ketuk masih diamalkan di beberapa negara yang kebanyakan penduduknya beragama Islam. Di Malaysia misalnya budaya ini masih diamalkan dibeberapa tempat terutamanya di kawasan-kawasan kampung.
Baru-baru ini telah tular sebuah video di Indonesia apabila sekumpulan remaja yang melakukan aktiviti kejut sahur disimbah air oleh seorang lelaki.
Menerusi video yang tular itu, sekumpulan remaja lelaki sedang sibuk mengetuk gendang yang diperbuat dari tong sambil melaungkan perkataan sahur. Kejadian tersebut yang berlaku di lorong perumahan telah mengundang rasa kurang senang penduduk yang tinggal di situ.
Mengejutkan, salah seorang pemilik rumah tersebut telah meluru keluar dan menyimbah mereka dengan air. Dapat dilihat pemilik rumah tersebut memarahi remaja terbabit dan mempertikaikan perbuatan mereka yang telah membuat bising di hadapan rumahnya.
Setelah disimbah air, salah seorang dari remaja tersebut telah mengangkat troli yang membawa tong tersebut untuk beredar. Namun ada pula yang kekal mengetuk tanda tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi.
Jadi dalam hal begini siapa yang salah sebenarnya?
Budaya sebegini sememangnya mengingatkan kita tentang kemeriahan dalam bulan Ramadan itu sendiri. Namun apabila ia dilakukan secara berlebihan sehingga menjadi ‘pencemaran bunyi’, pasti mengganggu keamanan awam.
Seeloknya dilakukan secara bersederhana dan jangan terlalu berhadapan dengan rumah sehingga menimbulkan rasa kurang senang. Mungkin di dalam rumah itu sendiri ada anak kecil ataupun mereka yang sakit. Jadi sentiasalah bertimbang rasa dalam apa jua yang dilakukan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat rakyat Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengumumkan bahawa pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) motosikal boleh dilakukan secara online melalui sistem myEG bermula 9 Oktober ini.
Sementara itu, bagi Lesen Memandu Kompeten (CDL) pula akan dilaksanakan secara online bermula 16 Oktober 2020. Ini tidak termasuk bagi Lesen Belajar Memandu (LDL) dan Lesen Memandu Percubaan (PDL).
Pelaksanaan ini merupakan suatu inisiatif kerajaan untuk mendigitalisasikan perkhidmatan sedia ada kepada orang ramai selaras dengan amalan norma baharu yang praktikal.
Walau bagaimanapun, perkhidmatan secara online melalui sistem myEG ini adalah bagi urusan pembaharuan LKM bagi kereta persendirian sahaja. Langkah ini dibuat kerana pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang lalu, beberapa perkhidmatan JPJ telah diganggu disebabkan penutupan kaunter JPJ akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara.
Tempoh pembaharuan dibenarkan adalah 1, 2, 3, 4, dan 5 tahun sahaja bagi nama yang tidak disenaraihitam. Bayaran yang dikenakan adalah RM20 setahun bagi kelas B2 B & C (Kelas A/A1 RM2.00) dan bayaran RM30 setahun bagi kelas D $ ke atas (bagi warganegara Malaysia).
Mudahlah lepas ni kalau nak renew lesen boleh buat secara online saja. Selain memudahkan, car aini juga dapat menjimatkan masa kita. Betul tak?
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...