Pelakon, pengacara dan pengarah, Janna Nick baru sahaja menyelesaikan sesi sidang media bagi menjelaskan kontroversi yang melanda dirinya berkaitan dengan video viral tentang kematian bintang K-pop pada tiga tahun lepas dan isu yang dikatakan mempersenda nama ahli kumpulan Blackpink, Lisa Manoban.
Janna Nick tampil dengan peguam bela, Encik Ben Syazmin menjelaskan bahawa video yang tular itu telah dimuat naik semula selepas tiga tahun. Pada ketika itu, Janna bersama dengan seorang rakan selebriti berada di salon untuk mewarnakan rambutnya. Ketika Janna berambut perang, Janna diajukan soalan, “Ini yang mati tu kan?”.
Dalam keadaan yang hinggar bingar dengan bunyi hair dryer dan sebagainya, pada waktu itu Janna tidak dapat mendengar dengan jelas dan beranggapan soalan itu adalah mempersendakan dirinya. Maka, dia hanya membalas dengan mentertawakan kepada jenaka itu.
Namun begitu, Janna Nick telah pun memohon maaf kerana disalahtafsirkan oleh peminat selebriti Kpop itu. Setelah video permohanan maaf itu dimuat naik, Janna masih lagi menerima kecaman kerana dikatakan tidak dilakukan secara ikhlas.
Janna juga sekali lagi turut menjelaskan bahawa dia tidak pernah terlintas untuk mempersendakan kematian individu tersebut sebagaimana yang telah diviralkan di media sosial.
Ads
Peguam bela Janna juga menegaskan bahawa diharap agar penjelasan ini dapat memberhentikan sebarang penyebaran tuduhan di masa kini mahu pun pada masa akan datang sekiranya video tersebut kembali menjadi tular.
Ekoran daripada situasi tersebut, Janna telah menerima kecaman, termasuk ugutan bunuh, ugutan jenayah, fitnah dan tuduhan palsu. Beberapa laporan polis telah pun dibuat dan kes ini disiasat dibawah Sekyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dijatuhkan hukuman denda serta penjara selama 7 tahun jika sabit kesalahan.
Ads
Perkara ini juga sedang dalam siasatan Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM), terutamanya dalam mendapatkan idenditi pemilik akaun yang menggunakan nama samaran. Ia juga akan disiasat di bawah Akta Fitnah 1957 terhadap pengguna-pengguna media sosial yang dikenalpasti kerana menyebarkan fitnah yang menyebabkan kerosakan, reputasi serta perniagaan Janna Nick.
Isu Lisa Blackpig
Berikutan isu mempersendakan Lisa Blackpink pula, peguam bela Janna Nick telah menjelaskan bahawa caption tersebut adalah merujuk kepada watak Lisa, iaitu satu watak antagonis. Dalam filem Delen, Lisa adalah seorang remaja perempuan yang menjengkelkan, tetapi merasakan dirinya menjadi pujaan ramai.
Oleh itu, caption “Lisa Blackpig” adalah bagi membezakan tahap pencapaian dan penerimaan yang tidak layak untuk disamakan dengan Lisa Blackpink.
Ads
Walau bagaimanapun, Janna menjawab pihaknya, Jannanick Studios akan mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf kepada semua pihak yang terguris hati terhadap caption tersebut.
Janna juga menegaskan bahawa pihaknya telah mengambil tindakan yang serius dan masih dalam siasatan polis. Pihak mereka juga akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap individu yang memulakan provokasi dan fitnah kepada Janna Nick.
Janna juga enggan mengulas lanjut tentang isu tersebut kerana ia masih dalam siasatan polis.
Apa-apa pun, kita harapkan agar kes ini dapat diselesaikan dengan baik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kerajaan menerusi Bajet 2018 hari ini mengumumkan pemansuhan kutipan tol tertentu di Selangor, Kedah, dan Johor.
Berita gembira itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebentar tadi.
Langkah pemansuhan akan mula dilaksanakan mulai 1 Januari 2018.
“Berita gembira buat pengguna lebuh raya di Selangor, Kedah dan Johor. Mulai 1 Januari 2018, Kerajaan telah bersetuju untuk memansuhkan kutipan tol di Batu Tiga, Shah Alam dan Sungai Rasau di Selangor.
“Kerajaan juga akan memansuhkan kutipan tol di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan di Eastern Dispersal Link, Johor,” katanya.
Nampaknya lepas ini, legalah sikit perasaan student UiTM, Unisel, MSU, MSU College dan pelanggan setia A&W Batu Tiga. Hiks!
Sumber: Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
COVID-19 tidak mengenal mangsanya, sesiapa sahaja berisiko untuk dijangkiti.
Bagi memutuskan rantaian penularan wabak ini, orang ramai diminta untuk terus berada dirumah supaya jangkitan dapat dielakkan. Dalam masa sama, mereka yang disyaki akan menjalani ujian saringan COVID-19.
Kelantan memulakan langkah pantas apabila menjadi negeri pertama mewajibkan ujian saringan Coronavirus kepada sesiapa yang ingin memasuki negeri tersebut mulai 27 Mei 2020.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan (JKKN) Kelantan — Dr Izani Husin berkata arahan itu membabitkan semua yang masuk melalui pesawat atau kenderaan darat.
Beliau berkata, keputusan dibuat dalam mesyuarat Khas JKKN hari ini berikutan seorang wanita hamil di Kuala Krai yang positif Covid-19 selepas pulang ke Kelantan.
“Mereka akan disaring di sekatan jalan raya di Jeli, Gua Musang, Pasir Puteh dan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP),” katanya.
Tambah beliau, kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri akan ditempatkan di semua pintu masuk sempadan negeri.
Justeru, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak menggunakan laluan tikus bagi mengelak menjalani ujian saringan berkenaan.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, pihaknya turut mewajibkan pemakaian penutup muka di premis tertutup.
Sebelum ini, viral apabila seorang wanita hamil didapati positif Covid-19 di negeri terbabit selepas melakukan perjalanan rentas negeri dari Ampang yang berstatus zon merah ke Kelantan.
Wanita tersebut disahkan positif Covid-19 apabila berkunjung ke klinik kesihatan ibu dan anak untuk menjalani rutin pemeriksaan.
Bagus usaha yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan ini demi melawan Covid-19 ni.
Sumber: Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang lelaki warga asing telah dipukul oleh sekumpulan lelaki tempatan gara-gara beliau menjual baju cetak rompak dan sekumpulan lelaki tersebut naik berang dan bertindak untuk memukulnya. Selepas satu rakaman video yang tular malam tadi, polis telah giat menjalankan siasatan ke atas sekumpulan lelaki ini.
Dikatakan sekumpulan lelaki ini berang kerana baju mereka telah dicetak rompak oleh warga asing ini dan telah menyebabkan kerugian kepada mereka kerana didapati ramai pelanggan mereka tertipu lalu ada yang telah bertindak untuk ‘boikot’ jenama mereka. Akibat rasa marah, mereka telah bertindak untuk mencari dan berjumpa dengan lelaki warga asing ini yang telah dituduh atas kesalahan mencetak rompak baju mereka dan mengambil kesempatan ke atas jenama mereka.
Sumber: Harian Metro Tangkap layar video tular di media sosial
Kejadian ini dilaporkan telah berlaku di sebuah kawasan kaki lima berdekatan sebuah premis kedai terletak di Cheras, Kajang. Menurut sumber Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, siasatan dimulakan sebaik sahaja video ini tular di media sosial.
Tambahnya lagi, terdapat beberapa kesalahan yang telah dilakukan dan antaranya ialah melanggar beberapa prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana berkumpul secara beramai-ramai dan tiada penjarakan fizikal diantara mereka.
Terdahulu, kejadian yang sama pernah terjadi dan tular di media sosial dimana rakaman video berdurasi 54 saat yang menunjukkan seorang suspek telah kelihatan memukul seorang lelaki warga asing berkenaan dan diikuti oleh beberapa rakan suspek yang lain melakukan tindakan yang sama. Menurut sumber, mereka mendakwa kejadian itu didalangi oleh sekumpulan suspek terdiri daripada pengikut dan juga pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang marah kepada suspek yang didakwa telah menjual baju cetak rompak NGO tersebut.
Namun, beberapa warganet telah menyuarakan pendapat mereka dan ada yang berpendapat bahawa tindakan sekumpulan lelaki ini tidak wajar dan ianya seolah-olah tidak masuk akal kerana mereka bertindak tanpa berfikir panjang dan juga tidak menyelesaikan masalah dengan cara yang baik..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!