Bak kata pepatah dimana ada kemahuan disitu ada jalan.
Begitulah juga dengan kisah inspirasi daripada Angela Lee Pickard ini. Beliau merupakan Miss Singapore World 1994 yang kembali ke pentas pertandingan ratu cantik setelah berpuluh tahun. Dia juga membuktikan umur bukan penghalang untuk bertanding.
Selepas mendiamkan diri dalam dunia pertandingan selama 28 tahun, dia berjaya memenangi pertandingan global dan memperoleh gelaran Mrs Classique Globe.
Angela Lee memenangi acara Mrs Classique Globe 2022 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat. Sebelum ini dia agak kerap menyertai pertandingan ratu cantik tetapi berhenti pada tahun 1994 selepas mewakili negaranya di pertandingan Ratu Cantik Dunia 1994.
Pada tahun 1998 Angela Lee membuat keputusan untuk menjadi suri rumah. Wanita itu, yang sebelum ini bekerja sebagai pramugari Singapore Airlines, berkahwin dengan seorang juruterbang dan kemudian mempunyai dua anak perempuan. Keluarga mereka pernah menetap di Malaysia, Abu Dhabi, England dan akhirnya pulang ke Singapura tahun ini.
Ads
Apabila dia pulang ke negaranya, Angela memutuskan untuk mengikuti kelas peragaan. Dia juga berazam untuk kembali ke dunia pertandingan dengan menyertai acara Classique Globe dan akhirnya ibu kepada dua anak ini menang.
“Saya berasa bangga dengan pencapaian hebat ini dan saya berbangga kerana telah dipilih dua kali. Kerja berpasukan diperlukan untuk mengangkat saya dan saya bertuah kerana mempunyai keluarga serta rakan yang menyokong saya selama ini,” katanya.
Dia turut mendedahkan kegembiraannya kerana dapat bersaing dengan rakan finalis ratu cantik senior.
Ads
Untuk info, Mrs Classique Globe sendiri adalah acara khas untuk wanita berusia lebih 45 tahun.
“Saya merasakan gembira, kebahagiaan dan kegembiraan kerana dikelilingi oleh wanita yang cantik dan bersemangat. Saya mendapat inspirasi untuk melangkah setapak lagi dan memasuki pertandingan ratu cantik sebagai seorang puan,” kata Angela.
Tidak hanya keazamannya untuk kembali menjadi ratu cantik, Angela juga memberi inspirasi kepada semua kerana dia bangkit selepas menghidap penyakit kekurangan Protein C. Oleh itu, dia tidak mahu mensia-siakan kehidupannya yang pulih dan ingin membantu orang lain.
“Setiap hari saya bangun bersyukur kerana masih hidup kerana keinginan saya untuk membantu pengasas bersama saya,” katanya.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siri rancangan kanak-kanak ini pasti menggamit memori kan? Penulis pun membesar dengan karakter popular seperti Big Bird, Elmo dan Cookie Monster. Menerusi karakter-karakter ini, rancangan tersebut banyak membantu golongan kanak-kanak terutamanya pendidikan.
Terbaru rancangan televisyen ini telah memperkenalkan dua watak kanak-kanak Rohingya bagi membantu ribuan pelarian anak-anak mengatasi trauma dan kesan pandemik di penempatan pelarian terbesar dunia di Bangladesh itu.
Menurut Sesame Workshop yang merupakan organisasi di sebalik rancangan televisyen tersebut, karakter adik beradik kembar yang diberi nama Noor dan Aziz Yasmin akan ditampilkan seiring dengan karakter rancangan tersebut yang popular seperti Louie dan Elmo menerusi video pendidikan dalam bahasa Rohingya di kem pelarian itu.
“Bagi kanak-kanak Rohingya, Noor dan Aziz akan menjadi karakter pertama dalam media yang kelihatan dan kedengaran seperti mereka. Dua karakter ini pastinya akan membawa kuasa transformasi bagi pembelajaran yang menyeronokkkan kepada keluarga pada masa bila mereka memerlukannya lebih dari sebelum ini,” ujar Sherrie Westin yang merupakan Presiden Impak Sosial di Sesame Workshop.
Dengan pengenalan dua karakter ini, pelarian kanak-kanak Rohingya akan mampu untuk kekal berhubung dan kenal dengan asal usul mereka. Program ini juga mendapat sokongan dari BRAC yang merupakan badan bukan kerajaan Bangladesh dalam menyokong pembangunan kanak-kanak Rohingya.
Pelakon dan personaliti media sosial, Azhar Sulaiman tampil memberikan pandangannya mengenai desakan segelintir pihak agar Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek meletakkan jawatan susulan insiden yang berlaku di sekolah baru-baru ini.
Menurut Azhar, desakan tersebut tidak wajar memandangkan punca sebenar isu itu bukanlah berpunca daripada pihak kementerian atau sekolah, sebaliknya melibatkan akses pelajar terhadap gajet dan internet.
“Macam-macam masalah berlaku kat sekolah ni. Abang rasa tak patut kita salahkan Menteri Pendidikan Fadlina Sidek, KPM, sekolah, atau jabatan pelajaran negeri dan daerah.
“Semua pihak telah melakukan yang terbaik untuk menjaga keselamatan sekolah kita,” katanya.
Aktor berusia 54 tahun itu turut menjelaskan bahawa kanak-kanak zaman sekarang semakin bijak mencari bahan terlarang secara dalam talian dengan menggunakan pelbagai peranti elektronik.
“Kalau tak dapat telefon yang boleh akses internet, mereka guna komputer riba ibu bapa.
“Budak-budak sekarang memang pandai nak cari bahan. Mungkin bagi anak pakai walkie-talkie je habis cerita,” jelasnya berseloroh.
Dalam masa sama, Azhar turut membandingkan sistem kawalan digital di Malaysia dengan negara jiran, Singapura, yang disifatkan lebih ketat dan berkesan.
“Kalau di Singapura, kalau kalian taip sahaja alamat tak tentu pasal, keluar arahan datang pada kamu,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Always nice to fly with friends. All the best for your IOE Adib #biasamaksudnya,” coretnya dalam ruangan kapsyen.
Video itu memaparkan, Adib terlihat segak memakai baju seorang juruterbang dan difahamkan kini pemuda itu sudah memulakan kerjayanya dalam Malaysia Aviation Group (MAG).
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut berkesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Adib kerana telah memulakan kerjaya baharu dan cita-citanya sudah tercapai.
“Akhirnya tercapai juga cita-cita dia nak jadi pilot.. good luck Adib!” komen seorang pengguna.
“Asbab “biasa maksudnya?” Adib viral dan impian (doa) untuk jadi pilot termakbul, Allah works mysteriously,” komen lagi seorang pengguna.
“Wah… dah jadi pilot dah dia.. Alhamdulillah!” tulis pengguna lain.
Terdahulu, gara-gara video ‘biasa? biasa maksudnya?’, bisnes graduan sekolah penerbangan itu menerima jumlah pelanggan yang ramai hampir setiap hari sehingga pernah menjual lebih 200 kilogram (kg) pisang dalam tempoh kurang enam jam.
Selain memiliki wajah kacak, sifatnya yang dikatakan sebagai lelaki soft-spoken (bercakap lemah lembut) merupakan antara faktor dia tular dan menjadi kegilaan wanita.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.