Jodoh tidak panjang, apabila legenda hidup bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo akhirnya sampai ke penghujung apabila kedua-dua pihak telah mencapai kata sepakat untuk berpisah.
Ronaldo, yang berada di Piala Dunia di Qatar kini bersama Portugal, menyebabkan kekecohan minggu lalu dalam temu bual dengan Piers Morgan di TalkTV, mengkritik United, tokoh senior kelab dan pengurus Erik ten Hag.
Ads
Pemenang Ballon d’Or lima kali itu berkata dia berasa “dikhianati” oleh Red Devils, mendakwa mereka telah membuat ‘sifar kemajuan’ sejak pengendali legenda, Alex Ferguson, meninggalkan Old Trafford pada 2013.
Cristiano Ronaldo bersama pasukan Portugal ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha, Qatar untuk mengambil bahagian dalam Piala Dunia 2022. – Foto AP Via Astro Awani
United mengeluarkan kenyataan berikutan temu bual tersebut dengan menyatakan mereka telah ‘memulakan langkah yang sesuai’. Kelab itu semalam mendedahkan pemain berusia 37 tahun itu telah meninggalkan kelab itu buat kali kedua.
Satu kenyataan di laman web rasmi United berbunyi, “Cristiano Ronaldo akan meninggalkan Manchester United dengan persetujuan bersama, berkuat kuasa serta-merta.
“Kelab berterima kasih kepadanya atas sumbangan besarnya dalam dua musim di Old Trafford dan mendoakan kesejahteraan dia dan keluarganya untuk masa depan.
Untuk info, Ronaldo berjaya menjaringkan 145 gol dalam 346 penampilan bersama United, meninggalkan Juventus dan kembali ke Old Trafford pada Ogos 2021, 11 tahun selepas berpindah ke Real Madrid.
Hmm, agak-agaknya Ronaldo akan ‘terbang’ ke kelab mana pula ye?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selepas hampir dua bulan mengunci mulut, terbaharu tular sebuah video memaparkan pempengaruh, Marissa Dania Hakim membuat kemunculan sebagai model bersama Aslam.
Menerusi video tersebut, jelas kelihatan kedua-dua mereka sama cantik dan padan berbusana rona hitam bagi memperagakan pakaian sebuah butik tempatan.
Ia merupakan kemunculan pertama kali pasangan itu bersama di media sosial selepas hangat mengenai gosip melangsungkan pernikahan di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.
“Beautiful couple..” tulis ringkas pengguna TikTok dikenali Zufyfikri.
Hantaran tersebut bagaimanapun menerima pelbagai kritikan dalam kalangan warganet.
Ada yang berpendapat anak kepada pelakon Abby Abadi itu seolah-olah berani dan tidak mempunyai perasaan bersalah setelah menjadi ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga Aslam bersama isteri pertama.
“Tergamak jenama ini ambil Marissa dan Aslam? Tiada hati dan perasaan atau rasa simpati terhadap isteri pertama ke?” komen seorang pengguna.
“Berani ya Marissa buat sesi fotografi dengan Aslam. Hari itu Aslam minta beri ruang tapi muncul dengan Marissa pula,” komen pengguna lain.
Sebelum ini, media melaporkan Marissa telah bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember lalu tanpa pengetahuan ahli keluarga.
Difahamkan, pasangan itu bernikah sewaktu isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan berada di Tanah Suci bagi mengerjakan umrah pada hujung tahun lalu.
SUMBER: Tiktok Melodi & Zufyfikri
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Korang ada burung merpati kat rumah ke tu? Agak-agak berapa nilai burung peliharaan korang tu? Boleh buat jadi jutawan ke tak? Hehehe…
Terbaru dalam laporan oleh bbc.com, seekor burung merpati betina yang dikenali dengan nama New Kim telah dibeli pada harga 1.9 juta dolar oleh seorang pembida dari China pada Ahad. Kalau nak tahu, pada asalnya New Kim hanya hendak dolelong oleh tuannya pada harga 200-euro sahaja.
Menurut penternak dan juga pemilik burung itu, Kurt Van de Wouwer. Mereka sangat terkejut apabila menerima berita yang burung milik mereka itu menjadi rebutan sehingga mencapai harga sedemikian.
New Kim pernah memenangi beberapa pertandingan pada tahun 2018 termasuklah perlumbaan jarak-sederhana namun telah bersara sejak itu.
Sumber gambar: via ndtv.com
.
Burung ini dibeli dengan harga yang sangat mahal apabila dua pembida berebut membelinya setelah sukan lumba burung merpati popular sejak beberapa tahun ini.
Terdahulu, Armando, si burung merpati jantan yang berusia 4 tahun memegang rekod sebagai burung termahal apabila dijual pada harga 1.24 juta euro.
***P/S – 1.9 juta dolar dah bersamaan hanpir RM8 juta. Wow! Ok Min nak bela burung merpati sekarang jugak!
Sumber: bbc.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini, sorang guru menjadi bualan dan perhatian warganet selepas melakukan sesi penstriman langsung atau live ketika sesi pembelajaran berlangsung di sekolah?
Terbaru, tular pula di media sosial apabila terdapat seorang anggota polis yang membuat live di TikTok pada waktu bekerja. Lebih menghairankan, anggota polis yang didakwa netizen berpangkat Asistan Superintenden Polis (ASP) ini dilihat melakukan live sewaktu operasi yang turut disertai beberapa anggota polis yang lain.
So kalau berpaku memang boleh ea buat live time tengah operasi? Taktau pulak. Masa aku kerja dulu anggota post gambar tengah bertugas kena tindakan keras. Maybe zaman dah berubah, aku pun taktau arahan terkini mungkin pegawai saja dibenarkan kot bersosial media time operasi/tugas pic.twitter.com/qLz9aIlJ73
Perkara ini terjadi selepas anggota polis tersebut membuat live ketika sedang beroperasi. Dengan jelas juga beliau teruja dengan jumlah kehadiran penonton yang menyertai live sehingga berjaya meraih 1,900 tontonan.
Tindakan bersahaja anggota polis ini jelas membuatkan para netizen mempersoalkan sama ada anggota polis sememangnya dibenarkan untuk menjalankan live TikTok sewaktu operasi atau sebaliknya.
Foto Hiasan (Via Utusan Digital)
Ramai juga yang mempersoalkan profesional dalam kumpulan Sang Saka Biru ini apabila membuat ‘live’ sebegini. Malah, menerusi perkongsian video yang tular, para netizen turut memohon untuk pihak Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) mengambil tindakan. Diharap seperti ini tidak lagi berulang kerana mampu mencemar integriti warga PDRM.
Hmm…nampaknya semakin ramai berlumba-lumba memuat naik content serta memanfaatkan platform TikTok ini. Tapi wayar ke pada pendapat korang apa yang dilakukan oleh anggota polis ini?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Twitter @Tsgxy_
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!