Pelakon jelita, Tracie Sinidol mengakui berdepan detik mencabar ketika menjalani penggambaran filem terbaharunya, Malaikat Malam, apabila trauma lama kembali ‘menghantui’ dirinya.
Menurut Tracie, dia sebenarnya mempunyai ketakutan terhadap motosikal susulan pengalaman kemalangan yang pernah dialaminya sebelum ini.
“Saya sebenarnya takut menunggang atau membonceng motorsikal kerana saya pernah mengalami kemalangan. Jadi saya trauma dengan kelajuan lebih-lebih lagi ketika menunggang motor.
“Bila di set pengambaran ini, ketika saya jadi pembonceng dan apabila motor itu masuk simpang automatik jantung saya berdegup kencang kerana saya takut dan saya pernah mengalami tujuh jahitan di bahagian dahi. Jadi saya amat trauma,” katanya kepada Remaja.
Walaupun berdepan ketakutan tersebut, Tracie tetap memilih untuk bersikap profesional dan tidak menjadikan trauma itu sebagai alasan untuk tidak memberikan komitmen sepenuhnya.
“Bagaimanapun, sebagai seorang pelakon saya mahu lakukan yang terbaik dan tak mahu mengalah hanya disebabkan hal tersebut (trauma).
“Jadi saya cuba lakukan yang terbaik untuk filem aksi ini dan secara tidak langsung juga mencabar diri saya sebagai seorang pelakon,” tambahnya lagi.
Untuk info, juara Dewi Remaja 2022 itu memegang watak Ratna, seorang gadis kurang upaya penglihatan dalam filem berkenaan.
Selain Tracie, filem arahan Nazifdin Nasrudin itu turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Que Haidar, Amir Nafis dan Kodi Rasheed.
Filem terbitan Viper Studios dengan kerjasama Skop Productions, Astro Shaw dan Primeworks Studiosini dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 26 Mac ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khamis lalu, penyanyi dan juga anggota kumpulan terkenal BTS, Jin yang telah rasmi menyelesaikan perkhidmatan tentera pada 12 Jun telah melakukan sesi beramah mesra dan juga ‘peluk’ bersama peminat secara siaran langsung.
Semasa siaran itu, vokalis BTS itu sekaligus membuat permohonan maaf atas kontroversi yang melibatkan acara ‘berpeluk’ dengan peminat BTS iaitu ARMY.
“Saya perlu bercakap tentang ‘FESTA 2024’. Saya telah mencadangkan idea yang baik, tetapi ia menerima banyak kritikan. Jadi saya rasa ini adalah peluang untuk saya jelaskannya”
“Acara berpeluk bersama peminat ini telah dirancang dari awal. Oleh kerana saya yang akan mengendalikan FESTA kali ini, saya telah menghubungi pihak penganjur sekitar Oktober dan November tahun lalu tetapi mereka mempunyai rancangan sendiri dan saya tidak perlu melakukan apa-apa lagi”
Jin berkata, “pihak penganjur bertanya sama ada saya mempunyai idea dan saya mencadangkan idea untuk mengadakan acara pelukan secara percuma tetapi ia telah ditolak”.
Menurut penyanyi Super Tuna itu, dari perspektif agensi, terdapat isu keselamatan untuk melakukan acara pelukan. Jadi Jin meminta mereka untuk mengadakan acara itu di dalam bangunan dan ia hanya khas untuk pemenang-pemenang bertuah yang terpilih dalam kalangan peminat.
Kredit: Tiktok ARMY
“Walaupun syarikat berkata ia agak sukar untuk dilakukan sehari selepas keluar dari perkhidmatan tentera, saya memberitahu mereka bahawa saya ingin memeluk 3,000 orang. Kemudian 1,000 orang,” jelas Jin.
Kim Seokjin atau Jin juga turut meminta maaf kerana selepas perbincangan itu dia kurang memberi perhatian yang secukupnya untuk butir-butir acara.
“Saya dan syarikat telah merancang acara ini dengan niat baik. Ia jadi begini kerana saya memang mempunyai hasrat untuk berjumpa dan peluk peminat kami seramai mungkin. Saya harap anda dapat menerima ini dengan hati yang terbuka”
“Acara pelukan itu adalah rancangan saya, dan saya rasa ahli-ahli lain tidak akan melakukannya. Saya melakukannya kerana saya ingin, dan saya berharap situasi ini tidak akan menular kepada ahli-ahli lain. Saya tidak mahu orang berkata, ‘Jin melakukannya, kenapa mereka tidak melakukannya’”
Dalam pada itu, Jin juga menjelaskan bahawa anggota BTS yang lain tidak akan melakukan perkara yang sama (acara pelukan) dan dia berharap agar tiada mana-mana pihak yang mempersoalkan ‘Kenapa Jin sahaja yang ada acara peluk tetapi yang lain tidak?’.
Mengikut laporan, Jin BTS akan mengeluarkan album solo pertama pada suku tahun keempat tahun ini iaitu antara Oktober hingga Disember 2024. Terbaru, ahli termuda BTS, Jung Kook telah melancarkan sebuah single “Never Let Go” istimewa disampaikan untuk ARMY sempena BTS FESTA 2024.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem seram Indonesia yang ditunggu-tunggu, Pengabdi Setan 2: Communion akhirnya bakal menemui peminat di Malaysia pada 11 Ogos depan di seluruh pawagam tanah air.
Semalam telah berlangsungnya tayangan perdana filem itu di Indonesia dan dihadiri oleh beberapa wakil media dari Malaysia. Antara yang tersenarai adalah blogger pengkritik filem terkenal, Zhafvlog.
Menerusi perkongsian yang telah dibuat, Zhafvlog memberikan lima bintang penuh yang membawa maksud Infinity ***king Stars bagi setiap reviu yang dibuat olehnya. Jelas lelaki itu lagi, pengarah filem Pengabdi Setan, Joko Anwar benar-benar all out untuk menghasilkan filem horror paling ‘gila’ dalam dekad ini.
Penonton mungkin merasakan agak draggy dan slowburn di awal penceritaan, namun akan merasakan kejutan di pertengahan cerita. Ha, baharu dengar ulasan sikit macam ni pun kita dah excited nak tonton kan?
Tambahnya lagi, jika korang merasakan filem pertama sangat menyeramkan, sekuel kali ini dikatakan lebih seram. Tidak dinafikan ramai yang memberi komen tentang pengakhiran filem Pengabdi Setan, di mana kami juga turut mengakui pengakhirannya agak tidak masuk akal. Namun Joko dikatakan mendengar pandangan penonton dan memberikan pengakhiran yang mantap bagi filem sekuel ini.
Nah, kalau nak tahu best ke tidak, korang kena tonton sendiri di pawagam nanti okay?
Untuk info, sekuel ini masih mengekalkan pelakon yang sama daripada filem pertama, Tara Basro, Bront Palarae, Jourdy Pranata, Endy Arfian dan turut menampilkan kemunculan Muzzaki Ramdhan, Fatih Unru, Ratu Felisha, Jourdy Pranata, Kiki Narendra, Nafiza Fatia Rani, dan Iqbal Sulaiman dalam dalam Pengabdi Setan 2: Communion.
Khabarnya, Joko Anwar juga menasihatkan penonton untuk menonton Pengabdi Setan terlebih dahulu kerana jalan ceritanya bersangkut paut dan disambung daripada filem yang pertama. Sekiranya korang pun dah lupa bagaimana jalan cerita Pengabdi Setan, adalah lebih baik tonton semula bagi menambah ‘feel’ sebelum menonton Pengabdi Setan 2: Communion nanti. Hiks!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!