Beberapa tahun lalu, nama Adam Adli sering disebut-sebut apabila sentiasa muncul di kaca televisyen negara kita. Adam Adli Abd Halim merupakan seorang aktivis pelajar muda yang sebelum ini beberapa kali ditahan (terutamanya ketika pemerintahan kerajaan sebelum ini) dan didakwa kerana kelantangan suaranya yang dianggap sebagai hasutan.
Dan akibat daripada kejadian tersebut, dia telah digantung pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Namun terbaru, Mahkamah Rayuan telah membebaskan Adam Adli daripada tuduhan menghasut berikutan ucapan yang dilakukannya beberapa selepas Barisan Nasional menang pada PRU 2013.
Menurut UPSI, pihak universiti telah dimaklumkan oleh Pejabat Peguam Negara bahawa mahkamah telah membersihkannya daripada salah laku. Sehubungan dengan itu, pihak UPSI menyatakan bahawa penggantungan terhadapnya telah dibatalkan dan dibenarkan untuk menyambung pengajian bermula 10 September 2018.
Ads
Adam turut membuat perkongsian berita gembira tersebut di Twitter dan Facebook dengan kapsyen, “Belum buat keputusan lagi. Doakan yang baik-baik.”
Ads
Jelas Adam menerusi laporan Malaysia Insight, “Saya tak jangkakan surat ini. Saya berasa terharu. Saya berasa bersyukur. Saya dan seluruh keluarga semua rasa cukup gembira. Mungkin inilah keajaiban Ramadan saya.”
Adam Adli merupakan aktivis pelajar yang sebelum ini sentiasa lantang bersuara dan memimpin bantahan pelajar mengenai pelbagai isu seperti Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Akta tersebut dilihat oleh ramai orang termasuklah Adam sebagai usaha menutup ruang untuk pelajar untuk bersuara.
Ads
Semoga Adam Adli terus berjuang untuk menjadi suara anak muda yang sentiasa melakukan semak imbang kepada kerajaan. All the best!
Sumber: SINAR HARIAN
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ada antara kita tahu khususnya di premis tempat kita kita tinggal, ada peniaga melakukan perniagaan haram. Sesetengah dari kita mengambil langkah selamat dengan mendiamkan diri hingga kegiatan sebegini menjadi berleluasa dan semakin berkembang.
Demi Malaysia yang tercinta, sempena bulan kemerdekaan yang ke 63 yang bakal kita sambut pada hujung bulan ini, apa kata kita bangkit berani mempertahankan negara dari terus dijajahi warga asing yang membuat perniagaan secara haram. Begitu juga kalau ada peniaga tempatan yang membuka perniagaan salah seperti perjudian, kita buat laporan.
Tapi nak buat aduan kenalah cara senyap agar identitiy kita tidak terdedah. Seorang peguam Nor Zabetha dari Tetuan Nor Zabetha Chinnai & Co berkongsi penulisannya cara untuk kita buat aduan ke Biro Pengaduan Awam (BPA) tanpa dedahkan identiti kita. Jadi lebih selamat dan kita juga tidak jadi tumpuan jenayah.
Kalau hendak buat aduan sebagai pemberi maklumat, apa cara yang sepatutnya diambil? Jujur saya katakan, saya sendiri takut menghadapi kesan sebagai pemberi maklumat. Manalah tahu ada yang mengugut, yang dendam dan mencari masa untuk membalas balik.
Saya faham perasaan apabila kita kena tetapi orang lain tidak. Misalnya, waktu sekatan jalan raya, kita ditahan kerana tiada lesen.
Kemudian, kita disaman tetapi tiba-tiba orang yang ditahan dengan kesalahan yang sama, tidak disaman. Paham perasaannya rasa tidak adil dan tidak patut. Kalau hendak saman biar dua-dua. Baru adil!
Perkara begini memang perlu diadukan. Saya kongsikan cara-cara membuat aduan yang betul Biro Pengaduan Awam (BPA). Sebenarnya BPA ini, merangkumi pelbagai aspek selain rasuah, aduan juga boleh dibuat kepada isu sikap anggota awam dan apabila gagal mematuhi garis panduan kerja:
Cara-caranya: 1) Kenal pasti jenis kesalahan misalnya bagi kes-kes yang melibatkan PDRM, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), JPJ dan lain-lain (rujuk dalam laman BPA). Misalnya gagal mengikut prosedur yang betul. Seperti, PBT tidak mengambil tindakan ke atas penjaja, JPJ tidak mengambil tindakan kepada pemandu yang salah laku.
Bukan itu sahaja kalau anggota awam kasar, jenis memaki, berkelakuan buruk tidak kiralah dalam telefon atau berdepan. Atau anggota di kaunter perkhidmatan, sombong dan kasar,tidak peramah. Pun boleh diadukan.
2) Kenal pasti hari kejadian, masa, tempat (misalnya dikaunter mana dan apa berlaku). Paling utama, kenal pasti nama anggota. Kalau anggota enggan beri kerjasama nama penuh, tanya pada anggota lain. Jika masih tiada kerjasama untuk mendapatkan nama penuh. Dapatkan nama singkat dan diberikan sekali dengan masa, tempat dan hari sudah cukup membantu.
3) Kalau ada bukti-bukti lain, misalnya sebelum membuat aduan di BPA ini, telah beberapa kali pergi buat aduan ke PBT tetapi tidak diendahkan. Simpan semua dokumen laporan ini dan segala bukti yang relevan.
4) Pergi ke Portal Rasmi Biro Pengaduan Awam, Pusat Gorvenans Intergriti dan Anti-Rasuah Nasional, di bawah Jabatan Perdana Menteri dan buat aduan di sini. Aduan boleh dibuat secara online atau di kaunter. Borang online seperti dalam gambar. Link ada diruang komen.
5) Isi borang aduan, masukkan tajuk sama ada aduan atau cadangan misalnya. Dibahagian butiran masukkan masa, tempat, tarikh dan nama anggota dan cerita sedikit kronologi cerita. Apa salah laku pegawai? Apa kejadiannya? Kemudian, masukkan juga lampiran bukti seperti dalam no.3 di atas (jika ada) dalam ruangan lampiran.
6) Tunggu maklum balas, jika tiada maklum balas. Sentiasa dapatkan status susulan atau ‘follow up’. Jika masih tiada juga maklum balas, hantar surat rasmi. ‘Follow up’ demi ‘follow up’. Perlu lebih agresif. Diruang komen juga ada Soalan Lazim dan langkah-langkah yang akan BPA ambil selepas menerima aduan.
Aduan ini adalah percuma dan tidak melibatkan kos. Ini salah satu cara yang boleh diambil. Hendak buat aduan banyak caranya. Kalau tidak melalui BPA, surat rasmi kepada pihak terlibat yang diberikan salinan kepada Ketua Pengarah, Jabatan atau lain-lain juga boleh.
Kalau tidak guna cara yang betul, seperti saya katakan, takut berdepan dengan ugutan dendam dan lain-lain. Hati-hati. Sama-sama kita banteras jenayah rasuah. Orang ambil rasuah memang tak boleh pakai!
Oleh Nor Zabetha
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sahaja yang tidak suka jualan ekspo, lebih-lebih lagi yang menjual produk kecantikan dan penjagaan kulit dengan harga ‘tak masuk akal’.
Jangankan perempuan, lelaki pun aka tergugat jika melihat jualan ekspo kerana rata-rata barangan seperti syampu, deodorant dan minyak rambut dijualdengan harga yang sangat murah.
Bertempat di Sungei Wang Plaza Bukit Bintang, Guardian telah pun mengadakan jualan penghabisan stok serendah RM2 sehingga 10 Julai nanti dari jam 10 pagi hingga 9 malam.
Antara produk yang dijual dengan harga diskaun adalah sabun mandian badan, facial mask, syampu, skincare dan banyak lagi.
Jadi, bagi sesiapa yang sedang mencari barangan penjagaan diri, inilah masanya untuk korang dapatkan dengan harga terbaik!
Jika sebelum ini polis Israel telah melepaskan gas pemedih mata, bom tangan dan peluru getah dalam pertempuran dengan penduduk Palestin yang melempar batu di perkarangan tersebut dalam rusuhan pada Isnin.
Malam tadi, sekurang-kurangnya 20 orang termasuk sembilan kanak-kanak terbunuh setelah tentera Israel melancarkan serangan udara di seluruh Gaza, Palestin.
🚨 BREAKING: Hamas has says it fired rockets at Israel, triggering warning sirens in Jerusalem and near the Gaza border https://t.co/gMhPx33DVR
Melihat kekejamanan yang berlaku kepada saudara seislam kita, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengarahkan semua masjid di negeri itu membaca Qunut Nazilah pada rakaat terakhir setiap solat fardu selama dua hari, bermula solat subuh hari ini.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah bacaan doa Qunut Nazilah itu bertujuan mendoakan keselamatan rakyat Palestin susulan tindakan pencerobohan dan serangan tentera Israel serta pendatang haram Yahudi di Masjid al-Aqsa pada Jumaat (7 Mei).
“Dengan bertauhid dan bertawakal kepada Allah, adalah dengan ini diperintahkan kepada semua masjid-masjid di Perlis untuk membacakan Qunut Nazilah pada rakaat terakhir solat lima waktu selama dua hari dan dua malam (11 dan 12 Mei) bermula dari waktu subuh hari ini,” titah baginda menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MAIPs hari ini.
Bukan itu sahaja, pada tahun 1950, Israel telah memperkenalkan Undang-undang Hak Tanah dan Perancangan yang membolehkan hartanah milik pelarian Arab (sama ada diusir, melarikan diri atau meninggalkan negara) ditukar milik.
Maka, ramailah rakyat Palestin yang diusir keluar secara paksa dari rumah mereka selepas diusir penduduk Israel yang ‘meneroka’ kawasan mereka.
Ya Allah ya tuhan ku kau lindungilah saudara-saudara kami di bumi Gaza dari ditindas dan dizalimi oleh pihak Israel.