Sistem pendidikan Malaysia sekali lagi membuktikan kejayaan apabila Universiti Putra Malaysia (UPM) melonjak 43 anak tangga dalam Time Higher Education (THE) Asia University Rankings 2020, lonjakan tertinggi dalam kalangan universiti Malaysia.
Naib Canselor UPM Prof Datuk Dr Aini Ideris dalam kenyataan hari ini berkata pencapaian itu meletakkan universiti berkenaan pada kedudukan ke-145 berbanding 188 pada tahun lepas.
Aini berkata UPM berjaya menduduki tangga teratas dalam kalangan universiti Malaysia bagi indikator penyelidikan yang merangkumi jumlah penerbitan, pendapatan hasil dari penyelidikan serta reputasi penyelidikan.
Ads
THE Asia University Rankings 2020 telah diumumkan dengan menyenaraikan 489 universiti dari 30 negara di Asia.
Ads
Terdapat lima indikator utama dalam penilaian THE Asia University Rankings iaitu pengajaran (25 peratus), penyelidikan (30 peratus), petikan (citation) (30 peratus), tinjauan antarabangsa (7.5 peratus) dan pendapatan industri (7.5 peratus).
Kejayaan ini membuktikan bahawa sistem pendidikan di Malaysia berada ditahap yang membanggakan. Tidak perlu ke luar negara, belajar di negara sendiri juga sudah setanding dengan luar negara.
Jika kita menyingkap semula kisah hidup pelakon terkenal negara seberang ini, pastinya agak berat dugaan buat si dia apabila terpaksa berjauhan bersama keluarga tercinta ekoran dimasukkan ke pusat pemulihan atas kesalahan penyalahgunaan dadah.
Siapa tidak kenal, aktres cantik, Nia Ramadhani ini. Terbaharu, pelakon sinetron popular Bawang Merah Bawang Putih itu tampil dengan novel berjudul ‘Cerita Ade’. Nia mencurahkan segala pengalaman dari kecil sehingga saat menempuh jatuh bangun hidupnya.
Menurut laporan Liputan6, pelakon berkenaan berkongsi momen sewaktu dan selepas dirinya ditangkap pihak polis. Tambah Nia, dia tidak boleh berhenti menyalahkan diri sendiri atas perlakuan yang tidak baik selama ini. Malah, hampir dua bulan dia menangis dan mengutuk diri sendiri sebaik sahaja terkenang peristiwa hitam itu.
“Saya berada di sana selama 10 bulan. Tetapi, saya menutup diri. Saya belajar selama kira-kira dua bulan setengah. Itu yang membuatkan saya menangis dan bercakap dengan diri sendiri. Ya itulah, kita memang harus melaluinya.
“Inilah perjalanan watak Ade sejak kecil hingga dewasa, banyak pengajaran yang boleh diambil bukan sahaja dari kebaikan namun dari kesilapan yang dilakukan, mungkin kita boleh belajar,” katanya.
Sekadar informasi, ‘Ade’ ialah nama panggilan Nia Ramadhani di kalangan keluarganya. Sehubungai itu, pelakon tinggi lampai itu turut menyifatkan banyak pengajaran yang dapat diambil daripada ‘kemelut’ yang pernah diharunginya, bukan sahaja buat dirinya namun juga untuk masyarakat.
“Ini kerana, ketika saya direhabilitasi dan di akhir penulisan saya berada di pusat pemulihan, kejadian ini sangat besar buat saya. Telah banyak pengajaran yang saya belajar untuk diri sendiri. Jadi, kenapa tidak jika ada peluang untuk saya berkongsi kisah ini dengan orang ramai.
“Selepas apa yang berlaku kepada saya tahun lalu, keutamaan saya bukan lagi untuk dunia, tetapi keutamaan saya adalah untuk reda Allah.
“Allah beri ujian, bukan cinta semata-mata, namun pastu ada hikmah disebaliknya. Kemungkinan Allah beri saya peluang untuk berkongsi cerita kepada orang lain,” ujarnya panjang.
Menerusi karya ini, Nia turut dibantu oleh penulis Pidi Baiq sebagai penyunting novel. Dia berkesempatan menzahirkan rasa kagum buat pelakon tersebut selain mengatakan kisah yang terbuku dalam novel itu sememangnya layak untuk dijadikan sebuah filem.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sebagaimana kita tahu, konsert Anniversary Tour 30 Years Of Dewa 19 telahpun berlangsung dengan penuh kemeriahan dan jayanya di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Jumaat dan Sabtu lepas.
Malah, konsert Dewa 19 di Kuala Lumpur kali ini juga meninggalkan seribu kemanisan di memori setiap peminat mereka di Malaysia!
Konsert itu boleh dikatakan serba serbi sempurna dan berjaya memberi impak luar biasa kepada yang menonton, baik dari segi vokal lima penyanyi iaitu Ahmad Dhani, Virzha, Ello, Ari Lasso dan Once Mekel, hinggalah aspek pementasan, penataan cahaya dan susunan lagu, memang kelas pertama!
Namun begitu, tular di media sosial terutamanya laman TikTok apabila seorang drummer yang dikenali sebagai Tyo Nugros ternyata hangat diperkatakan disebabkan rata-ratanya terpikat dengan kekacakannya.
Difahamkan lelaki ini sudah berusia 52 tahun, drummer ini hangat diperkatakan oleh warganet selepas tidak hanya satu malah terdapat lebih dari dua video yang memaparkan kelakuannya ketika di konsert Anniversary Tours 30 Years Of Dewa 19.
Manakala, terdapat satu momen dimana Tyo Nugros memandang ke arah skrin besar menyebabkan semakin tidak keruan peminat melihatkan kekacakannya sehingga di media sosial sejak akhir-akhir ini dihujani dengan video-videonya pula.
Perkongsian video-video itu bagaimanapun tidak sekadar diberikan ribuan tanda suka malah juga ditinggalkan ratusan reaksi yang mana wajah awet muda Tyo Nugros turut menjadi perbualan diruangan komen disamping ada juga yang tertanya-tanya rahsia drummer kumpulan tersebut.
Untuk info, Tyo atau nama asalnya Setyo Nugroho atau lebih dikenali sebagai Tyo Nugros. Dilahirkanpada 21 Disember 1970 di Jakarta, Indonesia. Beliau dikenali sebagai pemain drum kumpulan Dewa 19. Sebelum Dewa 19, Tyo merupakan pemain drum bagi kumpulan Getah
Awet muda sungguh Tyo ini….Mungkin dia banyak makan jamu agaknya…hehe
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasangan selebriti Britain Victoria dan David Beckham mengadakan sambutan hari jadi dengan penuh kemewahan untuk anak perempuan tunggal mereka, Harper yang berusia 12 tahun semalam.
Victoria, 49, berkongsi beberapa gambar sambutan hari jadi tersebut di Prada Caffe yang terletak di gedung membeli-belah Harrods menerusi laman Instagramnya.
“Harper Seven is 12!! (almost) @Prada party for Harper Seven! Chic!” tulis pereka fesyen dan ahli kumpulan gadis British Spice Girls tersebut, sambil menandakan (tag) akaun Instagram suaminya serta kedua-dua anak lelaki mereka.
Menarik sekali apabila Harper kelihatan menghampiri ketinggian ibunya apabila foto mereka berdiri bersebelahan dikongsi oleh wanita bekerjaya tersebut di Instagram.
Suaminya, bekas pemain bola terkenal turut menyiarkan gambar sambutan hari lahir yang sama di Instagram Stories. “Permulaan sambutan hari jadi, Harper Seven di Prada,” jelas kapsyennya.
Acara penting itu berlaku beberapa hari selepas pasangan itu meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-24 pada 4 Julai.
Sekadar info, penyanyi Spice Girls Mel B memberitahu The Daily Telegraph bahawa Victoria akan kembali menyertai kumpulan tersebut dalam projek yang akan datang.
Ia turut akan menandakan perjumpaan pertama kumpulan itu sejak persembahan mereka di Sukan Olimpik di London pada tahun 2012.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.