Karakter animasi kesayangan ramai, Upin dan Ipin turut menzahirkan rasa simpati terhadap kemelut yang sedang melanda negara jiran, Indonesia.
Menerusi satu hantaran di Instagram rasmi @upinipinofficial, pasangan kembar popular itu menitipkan doa agar rakyat Indonesia terus tabah mengharungi dugaan.
“Semoga teman-teman di Indonesia selamat dan aman. Mari kita doakan agar Indonesia segera pulih,” tulis kapsyen tersebut.
Dalam perkongsian itu, kelihatan ilustrasi Upin dan Ipin bersama rakan sekelas mereka dari seberang, Susanti, dengan wajah penuh kesedihan. Turut disertakan ucapan “Semoga Indonesia Segera Pulih”bersama tanda pagar #UpinIpinDoaBuatIndonesia dan #IndonesiaSegeraPulih.
Ads
Malah, watak Ehsan juga sempat meninggalkan doa di ruangan komen, sekaligus mengundang ucapan terima kasih daripada ramai netizen Indonesia yang tersentuh dengan keprihatinan mereka.
Bukan itu sahaja, satu lagi karakter animasi popular Malaysia, Boboiboy, turut memuat naik hantaran di Instagram rasmi miliknya.
Ads
“Semoga-sama kita doakan semoga negara jiran kita, Indonesia kembali aman, damai dan sejahtera,” tulis kapsyen tersebut.
Sejak beberapa hari lalu, Indonesia digegarkan dengan gelombang demonstrasi di pelbagai wilayah. Ia tercetus selepas rakyat membantah kenaikan elaun, perumahan serta gaji ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR).
Ads
Protes semakin memuncak apabila tular video seorang penunggang e-hailing, Affan Kurniawan, maut selepas digilis kenderaan polis ketika menyertai demonstrasi menuntut gaji yang lebih adil.
Di Jakarta, ratusan penunjuk perasaan berkumpul di hadapan ibu pejabat pasukan elit Brimob yang dipersalahkan dalam insiden tersebut, sebelum gelombang protes merebak ke bandar-bandar lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
7 tahun selepas perkahwinan diraja Britain antara Putera William dan Kate Middleton, hari ini satu lagi pasangan diraja telah selamat disatukan.
Putera Harry telahpun memilih bekas pelakon dan selebriti, Meghan Markle untuk menjadi isteri beliau yang sah. Dalam majlis yang berlangsung di St. George’s Chapel at Windsor Castle itu, ia telah disaksikan oleh kerabat diraja Britain termasuklah Queen Elizabeth, Putera Phillip, Putera Charles, Camilla Duchess of Cornwall, Putera William dan Kate Middleton.
Selain daripada mereka, turut berada di situ adalah selebriti yang dijemput dan pastinya, fesyen yang disarung oleh mereka menjadi perhatian ramai. Bukan saja pada busana tetapi termasuklah aksesori kepala atau fascinators yang dipakai juga menjadi tarikan perkahwinan diraja.
Meghan Markle
Sudah tentu, kita perlu bercakap tentang gaun perkahwinan Meghan yang direka khas oleh Givenchy. Tampil ringkas dengan siluet tradisional Givenchy iaitu boat neckline, Meghan tidak memerlukan rekaan yang terlalu gah kerana kecantikan wajahnya saja sudah menyerlah.
Bagaimanapun, Meghan memilih veil yang cukup panjang. Ia mempunyai makna tersendiri terhadapa 53 buah negara Komanwel. Beliau meminta perekanya untuk menggunakan 53 jenis bunga dari negara-negara tersebut untuk dijahit khas pada veil tersebut. Agaknya, mesti ada Bunga raya di situ.
Sebagai duta khas Komanwel (Putera Harry) dan rakyat yang pernah menetap di Kanada (Meghan), persatuan Komanwel mempunyai makna yang cukup mendalam kepada mereka. Malah selepas ini, Harry dan Meghan dipercayai akan menjadi duta utama persatuan itu ke negara terbabit.
Tiara yang dipakai oleh Meghan pula merupakan pinjaman Queen Elizabeth, iaitu Queen Mary Bandeau Tiara yang jarang dipakai oleh sesiapa.
Oprah Winfrey
Oprah merupakan salah seorang selebriti terawal yang hadir pada hari ini. Memakai persalinan blush dari topi sehinggalah ke kasut tumit tingginya, Oprah kelihatan cukup manis terutamanya dengan perincian lace pada bahagian kelim bawah dan leher.
Carrey Mulligan
Joss Stone
George & Amal Clooney
Satu perkara yang menarik mengenai gaun perkahwinan Meghan Markle adalah tiada siapa yang mengetahui perekanya sebelum Meghan muncul daripada kenderaan rasmi Rolls Royce. Antara nama pereka yang disebut-sebut termasuklah Alexander McQueen, Stella McCartney dan Erdem.
Apa kaitannya pereka tersebut dengan Amal Clooney? Ketika Amal muncul pada hari ini, dia memilih Stella McCartney untuk mereka dress khasnya dan secara automatik, nama Stella tidak lagi berada di dalam senarai. Ini kerana pereka gaun perkahwinan diraja TIDAK BOLEH mereka mana-mana pakaian jemputan lain. Gitu.
James Blunt & Isteri
Serena Williams
Rakan karib Meghan Markle, Serena Williams juga memilih warna yang sama seperti Oprah iaitu Blush. Apa yang membezakan mereka berdua adalah rantai vitaj bvlgari yang dipakai Serena.
Gina Torres
David & Victoria Beckham
Seperti dijangka, David dan Victoria Beckham telah dijemput ke perkahwinan ini setelah mereka terlebih dahulu dijemput ke perkahwinan Putera William dan Kate Middleton. Menariknya pada kedua-dua acara ini, Victoria memilih untuk memakai rekaan jenamanya sendiri, Victoria Beckham dan juga memilih warna biru tua yang sama!
Patrick J Adams & Troian Bellisario
Pippa Middleton
Cressida Bonas
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum menjalinkan hubungan cinta dan bertunang dengan penyanyi berbakat besar dari Indonesia, Rizky Febian, penyanyi meningkat naik, Mahalini mendedahkan dia pernah terlibat percintaan toksik apabila pernah menjadi mangsa pukul dan dicurangi.
Menerusi laporan Detik.com, pelantun lagu popular Sial itu mendedahkan dirinya pernah dicurangi sebanyak empat kali oleh bekas kekasihnya.
Bukan itu sahaja, bahkan bintang berusia 23 tahun itu juga memaklumkan bekas teman lelakinya itu juga pernah menendang dan menunjal kepalanya biarpun ketika itu hubungan mereka sudah berakhir.
“Dulu aku pernah bercinta dengan seorang lelaki dan dicurangi empat kali. Aku ditendang dan ditunjal-tunjal.
“Masa itu sudah putus tapi dia masih kejar-kejar aku. Dia suka panggil aku gemuk,” katanya.
Tidak berdiam diri, Mahalini bagaimanapun pernah memberitahu tentang perkara tersebut kepada ibu bapa bekas kekasihnya, namun mereka lebih membela anak lelaki mereka.
Sekadar informasi, sekitar Mei lalu Mahalini telah mengikat tali pertunangan bersama penyanyi Indonesia Rizky Febian setelah setahun menyulam cinta.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ramai yang tahu 9/10 rezeki itu datangnya dari berniaga. Tidak dinafikan berbanding makan gaji, kerjaya sebagai peniaga lebih mudah mendapatkan duit berbanding pekerjaan lain.Kata orang lebih mudah uruskan masa sendiri berbanding bekerja mengikut waktu pejabat yang terikat dengan undang-undang syarikat. Namun sebelum jauh berfikir “berniaga” itu lebih mudah rezekinya, jangan tidak tahu ada satu “pekerjaan” yang boleh menjadikan individu lumayan dan bergelar jutawan. Nak tahu jawapannya ialah bergelar ATLET SUKAN.
Kenapa REMAJA kata menjadi atlet boleh jadi jutawan dan income lumayan? Rujukan di laman web rasmi Majlis Sukan Negara Malaysia, semenjak 1986, MSN telah mewujudkan satu Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM).
Tujuan skim ini diwujudkan oleh MSN bagi memberi dorongan kepada para atlet, jurulatih dan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) untuk meningkatkan prestasi masing-masing di peringkat antarabangsa, khususnya di temasya sukan Olimpik, Komanwel Asia dan SEA serta kejohanan-kejohanan individu peringkat Dunia dan Komanwel/Asia. Skim-skim yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut :
Objektifnya : -Memberi motivasi luaran (‘Extrinsic Motivation’) yang berkesan bagi atlet mencapai kemenangan dan menjadi juara dalam sukan antarabangsa yang membawa prestij kepada negara.
-Menghargai pencapaian atlet dan pengorbanan yang dilakukan dalam usaha mencapai kejayaan bagi mengharumkan nama negara.
2 tahun lalu 3 atlet paralimpik ini menang emas di Olimpik Rio. Hasilnya lumayan beb, lebih RM1 juta bagi satu emas yang mereka menang. Jutawan terus.
Tengok memang bersemangatlahkan.
Jom tengok pula hadiah kemenangan bagi atlet negara bagi kejohanan sukan yang berbeza iaitu Sukan SEA, Sukan Komanwel dan terakhir Sukan Olimpik. Ini termasuk untuk atlet paralimpik juga ya. Tengok lumayankan “pekerjaan” ini terutama kalau menang pingat emas.
Terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu:
-Kejohanan sukan temasya (Kumpulan A).
-Kejohanan sukan individu (Kumpulan B).
Kategori kejohanan sukan temasya (Kumpulan A) adalah:
-Kumpulan A1 : Sukan Olimpik (atlet normal) dan Sukan Paralimpik (atlet Paralimpik).
-Kumpulan A2 : Sukan Komanwel & Asia (atlet normal) dan SukanEAD & Para Asia (atlet Paralimpik).
-Kumpulan A3 : Sukan SEA (atlet normal) dan Sukan Para Asean(atletParalimpik).
– Nilai insentif SHAKAM bagi kejohanan sukan Kumpulan A:
Lumayan kalau menang emas di Olimpik RM1juta, Sukan Asia RM80,000 dan Sukan Sea RM20,000 bagi individu. Kalau menang banyak emas, beli rumah cash terus..
Kaya ke tak kaya atlet, hadiah kemenangan lain. Dapat pecahkan rekod kejohanan lain. Berganda-gandakan.
Ini ganjaran yang dinikmati oleh 7 pemenang pingat emas Sukan Asia baru ini iaitu Datuk Nicol Ann David bagi sukan Squash, Muhammad Rafiq Ismail (boling individu), Azizul Hasni Awang (lumba basikal), Muhammad Fauzi Kaman Shah (perahu layar), Skuad Skuash (lelaki berpasukan), Sepak takraw dan boling wanita berpasukan iaitu Easter Cheah, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Saidatul Afifah Badrul Hafifi.
Okay, tengok selain dari SHAKAM ini ada lagi inisitif untuk atlet remaja iaitu Skim Hadiah Kemenangan Atlet Remaja (SHAKAR) demi penggalakan menyertai acara sukan. Hadiah-hadiahnya juga lumayan seperti di bawah.
Ini kalau menang peringkat dunia
Ini peringkat Asia, tetap lumayan juga.Terjunan perak dari atlet renang, Pandaleela Renong dan Cheong Jun Hoong memberikan pendapatan lumayan buat atlet remaja ini. Congrats
Apa lagi yang atlet negara dapat bulan-bulan? Kalau korang nak tahu, kalau kita masuk kategori atlet podium iaitu prospek memenangi emas di kejohanan sukan disertai, bulanannya boleh dapat RM5000 sebulan serta insentif lain. Tapi paling best, kalau atlet tu pernah menang emas di Sukan Olimpik, dia akan menerima elaun seumur hidupnya. Senang dah wei, tak yah kerja sampai tua dah.
So, bagi remaja di luar sana, dari buang-buang masa merempit dan buat pekerjaan tak berfaedah, kenal pasti potensi korang dalam sukan. Sekurangnya, boleh jadi jutawan. Mana yang dah terlambat tu sebab kahwin awal sangat, latih anak korang dan galakkan dia masuk sukan dari sekolah rendah lagi. Mana tahu korang dah boleh jadi mak-mak kepada “jutawan” negara 20 tahun lagi. Mana tahu rezekikan.
Sumber :- MAJLIS SUKAN NEGARA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!