Memang rare kerjaya remaja perempuan ini. Kalau anak gadis biasa senang memilih kerja di pejabat berhawa dingin, tetapi Nurizzati Athira binti Mohamad Yusoff, 21 tahun memang berbeza kerjayanya.
Remaja berani ini merupakan seorang penyelam komersial dan jurukimpal di laut dalam (welding & cutting).
Remaja berkesempatan menemuramah gadis berani ini. Sejak setahun lalu, dia merupakan jurukimpal laut dalam wanita sekaligus diiktiraf sebagai wanita pertama yang melakukan kerja kimpalan di laut dalam.
Merupakan anak kelahiran Selama, Perak. Kata Izzati, dia dahulunya belajar di Kolej Vokasional Taiping sebelum ditawarkan oleh majikannya sekarang untuk melakukan kerja-kerja kimpalan di laut dalam.
Izati merupakan jurukimpal laut dalam wanita pertama negara
Izzati melakukan demontrasi kerja-kerja welding di laut dalam
Di bawah bimbingan syarikat Weldzone Training Centre Sdn Bhd, yang membuat pelaburan bagi pembelajarannya sebanyak RM50,000, dia patut berbangga kerana menjadi juru kimpal wanita pertama dalam negara terlibat dalam kerja berisiko tinggi ini selain memerlukan kepakaran yang cukup mendalam serta pengetahuan yang meluas.
Ads
“Awal-awal dahulu memang susah. Sama juga ketika di sekolah vokasional kerana saya satu-satunya pelajar kimpalan. Nak bergaul dengan lelaki pun kekok. Tapi saya tak pernah putus asa sehingga terpilih sebagai antara pelajar terbaik.
Seberapa dalam agaknya dia pernah buat ya?
Kata Izzati, dia pernah turun ke kedalaman 30 meter, lebih kurang 20 tingkat bangunan untuk melakukan kerja-kerja kimpalan dan pemotongan. Katanya lagi, biasanya kerja-kerja kimpalan ini dilakukan secara bergilir. Paling lama seorang penyelam atau jurukimpal boleh ada di dalam laut lebih kurang sejam lebih dan selebihnya mereka pernah naik ke atas bagi mengelak sebarang risiko tinggi. Korang berani ke nak lakukan?
Pernah kena electric shock tak?
Semua fahamkan, bila alatan elektrik basah, risiko untuk terkena renjatan elektrik lebih tinggikan. Tapi seperti kata Izzati, dia pernah kena tetapi rasanya taklah hampir tercabut nyawa tetapi hanya cubit-cubit manja seperti digigit semut sahaja kerana semua peralatan elektriknya sudah dilengkapi dengan alatan keselamatan yang cukup tinggi bagi memastikan nyawa jurukimpal selamat.
Ads
Berapa upah boleh dapat dalam sehari? Biasa bagi jurukimpal seperti dirinya dan rakan-rakan, kalau di tahap profesional, gaji di antara RM300-RM500 sehari. Tetapi memandangkan dirinya masih baru masih banyak yang dipelajarinya.
Masa yang sama, dia ada gaji tetap dengan pihak Weldzone Training Center Sdn Bhd dengan purata gaji di antara RM2000- 3000 ke atas. Namun dia biasanya mendapat upah luar berdasarkan kerja dia lakukan. Terkini dia melakukan kerja-kerja memasang net di dasar laut untuk pihak TNB di Selama, Perak. “Kalau ada pihak luar panggil, upah dikira berlainan.
Pernah ditawar kerja luar negara ke?
Kata Izzati, ada pihak berminat tetapi dia memutuskan menjadi pembantu pengajar bidang kimpalan dalam air di syarikatnya sekarang yang terletak di Kawasan Perindustrian Seri Manjung bagi menambah ilmu.Menurutnya, dia bakal meneruskan kursus peningkatan kemahiran dalam bidang kimpalan dalam air di ibu pejabat ITDA di Sepanyol bagi meningkatkan lagi akreditasi tahap kemahirannya.
Apa petua nak jadi berani? Nak jadi berani kena kuat berusaha, jangan mengalah, kena kuat mental dan fizikal. So baru usaha berbaloi, katanya anak kedua dari 4 beradik. Bagusnya sejak ada kerjaya yang baik, Izzati banyak membantu keluarganya yang sebelum ini hanya bekerja kampung. Kata orang inilah contoh anak yang baikkan, ada rezeki lebih beri pada keluarga juga.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu lagi kes kematian telah dilaporkan sebentar tadi dan ini menjadikan keseluruhan kes kematian pesakit COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 15 orang.
Menteri Hal Ehwal Agama sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan melibatkan prosedur menguruskan jenazah pesakit COVID-19 yang beragama Islam dan bukan Islam. Menurut Datuk Dr Zulkifli Mohamad, jenazah hanya ditayammum atas balutan plastik berdasarkan muzakarah berkaitan hukum pengurusan mayat pesakit Ebola.
Hal ini dikongsi oleh seorang pengguna Twitter, Hasrul Rizwan yang telah berkongsi cara pengurusan jenazah yang ditayamumkan.
Dapat hebahan dari hospital buat semua pengurus jenazah lantikan hospital untuk mandi jenazah pesakit COVID-19 mengikut tatacara pesakit Ebola (EVD). Kalau dah masuk dalam body bag ni, hanya Munkar dan Nankir ja la yg mampu buka pun. Moga kita dijauhkan dari wabak nahare ni. pic.twitter.com/gH9ra1lkFy
Semoga perkongsian ini memberi pengajaran buat kita semua dan tolonglah patuh dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah ditetapkan agar rakyat Malaysia dapat menghentikan penularan wabak COVID-19.
Jika sebelum ini tular kematian seorang lelaki di Korea Selatan akibat jangkitan yang dikenali sebagai ‘amoeba pemakan otak’ setelah kembali dari Thailand pada 10 Disember lalu setelah menetap di sana selama empat bulan.
Hal ini juga merisaukan rakyat Malaysia, memandang serius hal ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan rakyat Malaysia untuk sentiasa berwaspada ketika melakukan aktiviti air, khususnya aktiviti di kawasan perairan air tawar.
Foto Via Pexels
Berdasarkan kenyataan media KKM, gejala-gejala ini akan muncul sekitar lima hari selepas jangkitan (tempoh inkubasi) secara kebiasaan dan boleh muncul seawal satu hari atau selewat- lewatnya 12 hari selepas dijangkiti.
Bukan itu sahaja, keadaan pesakit juga boleh bertambah kritikal dengan pantas dalam tempoh lima hari dan kematian boleh berlaku dalam tempoh satu hingga 18 hari daripada onset gejala.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dato’ Seri Noor Hisham Abdullah berkata, penyakit ini dikenalpasti melalui kaedah pengesanan asid nukleik Naegleria Fowleri di dalam cecair tulang belakang atau tisu otak pesakit.
Manakala, rawatan bagi penyakit ini adalah dengan pemberian gabungan ubat-ubatan tetapi rawatan adalah sangat terhad disebabkan perkembangan penyakit ini berlaku sangat pantas.
Kredit: CDC
Langkah-Langkah Keselamatan Ketika Aktiviti
Sehingga kini, pihak KKM mendapati bahawa tiada rekod kes jangkitan Naegleria Fowleri ini dilaporkan berlaku di Malaysia. Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia dinasihatkan agar berwaspada dan mengambil langkah-langkah proaktif ketika melakukan aktiviti-aktiviti di kawasan perairan air tawar seperti di bawah;
Elakkan daripada menggali atau mengusik apa-apa sedimen yang berada di dasar tasik, kolam atau sungai memandangkan habitat ameba berada di situ;
Elakkan aktiviti seperti menyelam, melompat ke dalam air yang mana air yang mungkin dicemari oleh ameba boleh memasuki rongga hidung secara terus;
Mencuci badan dengan air yang terawat dan sabun selepas melakukan aktiviti di dalam air;
Segera mendapatkan rawatan apabila mengalami demam, sakit kepala, muntah atau kekakuan leher (neck stiffness) secara tiba- tiba terutamanya selepas melakukan aktiviti di dalam air.
Pada akhir kenyataanya, pihak KKM akan terus komited dalam melakukan pemantauan rapi mengenai situasi jangkitan Naegleria Fowleri, sama ada berada di dalam dan luar negeri dari semasa ke semasa.
Hati-hati korang yang merancang untuk melakukan aktiviti di kawasan perairan air tawar seperti sungai, tasik, air terjun dan sebagainya.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) via Facebook
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Minggu lalu, REMAJA ada melaporkan mengenai jumlah kes postif COVID-19 yang mencanak naik di Melaka dek kluster melibatkan pelajar di dua buah Kolej Vokasional.
Kali ini, giliran negeri Kedah pula yang berdepan dengan situasi kluster pendidikan ini apabila sebanyak 15 buah sekolah dilaporkan terpaksa ditutup berikutan kes positif COVID-19 melibatkan 525 orang pelajar dan 25 orang guru sekolah; sejak 18 Januari lalu,
Kata Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidik dan Sumber Manusia Kedah iaitu Datuk Najmi Ahmad, 13 buah sekolah terbabit merupakan sekolah asrama manakala dua lagi adalah sekolah harian biasa.
Berikutan kluster pendidikan yang berlaku secara besar-besaran ini, kerajaan negeri Kedah telah meminta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah untuk memantau dan memastikan agar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dikawal ketat bagi mengelakkan lebih banyak kes positif di kawasan persekolahan.
Tentunya ramai yang risau apabila kes tercetus di sekolah jenis asrama memandangkan pelajar tinggal dalam kawasan yang sama. Kata Najmi Ahmad, keadaan masih terkawal dan tindakan lanjut telah diambil dengan segera. Para pelajar yang dikesan positif kini ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) untuk rawatan sewajarnya.
Terdahulu, JKN Kedah memaklumkan terdapat 10 kluster pendidikan dikesan melibatkan sekolah di daerah Pendang, Kulim, Kubang Pasu, Yan dan Kuala Muda. Kesemua sekolah terbabit telah diarahkan tutup selama seminggu dan tempoh penutupan pula bergantung kepada hasil penilaian risiko di kawasan masing-masing.
Agak menggusarkan apabila terdapat kira-kira 162 orang guru di sekolah rendah dan sekolah menengah di Kedah yang dikenal pasti masih belum menerima sebarang suntikan dos vaksin COVID-19 hingga ke hari ini.
Justeru, demi keselamatan semua pihak, para guru terbabit tidak dibenarkan untuk bersemuka secara menerus dengan pelajar dan ditempatkan di kawasan berasingan.
JPN Kedah dalam hal ini tidak menyisihkan guru-guru itu malah membimbing serta memujuk guru yang enggan mengambil suntikan vaksin untuk mempertimbangkan semula keputusan mereka. Ini kerana ia hanya akan membahayakan diri mereka serta membantutkan sesi pembelajaran para pelajar yang sudah mula kembali ke sekolah.