Universiti Malaysia Terengganu Lakukan Pembersihan Bawah Laut Sempena Bidong Summit

Share

Universiti Malaysia Terengganu bersama RHB Islamic Bank telah berusaha meningkatkan kesedaran konservasi hidupan marin dan kepentingan laut menerusi Bidong Summit yang telah berlansung pada 14 hingga 16 Julai lalu.

Acara ini merupakan inisiatif yang dilakukan oleh RHB Ocean Harmoni tentang hala tuju kerjasama RHB dan UMT dalam aktiviti konservasi dan hidupan marin. Usaha sama yang telah dijalin sejak dua tahun lepas itu didasarkan kepada Perantaraan Berdasarkan Nilai (VBI) serta Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 14 dan 17. SDG 14 adalah mengenai hidupan di dalam air, manakala SDG 17 adalah perkongsian untuk mencapai matlamat.

Foto: BERNAMA via Shafiq Hashim

Bidong Summit diadakan di Stesen Penyelidikan Marin UMT Pulau Bidong yang turut melibatkan perbincangan hala tuju kerjasama RHB dan UMT dalam aktiviti konservasi lautan dan hidupan marin.

Foto: BERNAMA
via Shafiq Hashim

Aktiviti pembersihan bawah laut di sekitar perairan Pulau Bidong ini telah tertangguh selama dua tahun gara-gara pandemik COVID-19, namun ia berjaya dilaksanakan dan menjadi sebahagian daripada pengiisan sidang kemuncak itu.

Foto: BERNAMA via Shafiq Hashim
Foto: BERNAMA via Shafiq Hashim

Inisiatif ini sewajarnya dilakukan oleh ramai pihak bagi memberi kesedaran akan pentingnya menjaga kebersihan di persisiran air. Sebagai individu yang bertanggungjawab, janganlah kita membuang sampah merata-rata kerana ia bukan sahaja merosakkan pemandangan indah di pulau, malah tabiat ini juga mengundang keburukan kepada hidupan laut.

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN