
Berita baik buat warga Universiti Selangor (Unisel) kerana korang bakal menikmati akses internet lebih pantas apabila kelajuan jalur lebar di institut tersebut dinaik taraf kepada 1.2 GB sesaat (Gbps) bermula tahun ini.

Menurut Selangorkini, Pengarah Komunikasi Korporatnya Hasril Abu Hassan berkata usaha penambahbaikan menerusi projek transformasi itu merupakan peningkatan 200 megabait sesaat (Mbps) berbanding kapasiti sedia ada tahun lalu.
Menurutnya lagi, kampus Bestari Jaya menawarkan 10 Mbps kelajuan internet kepada setiap individu, manakala capaian kepantasan sehingga 40 Mbps untuk setiap individu di kampus Shah Alam. Kelajuan ini terpantas jika dibandingkan dengan beberapa universiti awam dan swasta lain di Malaysia, khususnya diluar kawasan bandar.
Akses internet ini juga khabarnya bakal menampung hampir keseluruhan kawasan kampus, termasuk ruang akademik, kafetaria dan penempatan pelajar.

Wah, syoklah pelajar Unisel lepas ni. Hiks!
Unisel juga merupakan universiti pertama milik Kerajaan Negeri yang menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat tercanggih bagi membantu memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran pensyarah dan pelajar.
Diharap dengan adanya kemudahan ini dapat memberikan semangat buat penuntut untuk lebih terus berusaha dan belajar bersungguh-sungguh bagi mendapatkan keputusan yang terbaik.
Sumber: selangorkini.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Universiti Chosun Membuat Penghakiman Akhir Kes Plagiarisme Tesis Sarjana Hong Jin Young.

Universiti Chosun telah membuat penilaian akhir mengenai kes plagiarisme mengenai tesis sarjana Hong Jin Young. Pada 23 Disember, Akhbar Perniagaan Maeil melaporkan bahawa seorang wakil dari Jawatankuasa Sekolah Siswazah Universiti Chosun berkata, “Kami telah membuat penilaian akhir mengenai isu plagiarisme tesis Hong Jin Young dan oleh itu kami akan mula mengambil tindakan untuk pembatalan ijazah.”
Pihak universiti membuat kenyataan yang mereka akan lebih berhati-hati dan teliti dalam pengendalian sistem pengurusan etika penyelidikan sekaligus memperkuatkan tugas bimbingan dan penyeliaan. Sejak tahun 2011 universiti telah diletakkan tanggung jawab menyelia tesis bawah professor penyelia bagi mencegah pelanggaran etika dan peniruan dalam tesis.
Dalam kes selebriti terkenal ini,jika canselor memberikan persetujuan setelah dibincangkan jawatankuasa itu, maka gelaran sarjana dan kedoktorannya akan dilucutkan.
November lalu, dilaporkan bahawa tesis ijazah sarjana Hong Jin Young yang disiapkan pada tahun 2009 dari university tersebut mendapat skor 74 peratus di laman tinjauan plagiarisme ‘Copy Killer’. Namun begitu, agensi pengurusan Hong Jin Young menafikan dakwaan penipuan.
Hong Jin Young menghantar surat permintaan maaf pada 18 Disember di mana dia mengatakan bahawa dia akan mengakui segala kesilapannya dan refleks kembali akibat segala yang terjadi. Dia menulis, “Saya telah menerima cinta yang lebih besar yang saya layak. Saya sekarang akan membalas cinta itu sambil diam-diam meluangkan masa untuk merenungkan diri sendiri dan melakukan perkara yang bermakna dan baik. “
Berikutan kontroversi yang melanda, Hong Jin Young tidak lagi muncul di variety show saluran SBS iaitu “My Little Old Boy.”
Sumber: Soompi
BACA LAGI: MENGAKU PLAGIAT HASIL TESIS. SELEBRITI KOREA INI AKU IJAZAH SARJANA & Phd DITARIK SEMULA.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
4 Fakta Tentang Filem “Seoul Vibe” Terbaru Di Netflix, Dipenuhi Konsep ‘Newtro’

Selain daripada menghasilkan karya drama terbaik, Korea juga banyak menerbitkan filem-filem yang menarik untuk ditonton. Terbaru, filem “Seoul Vibe” yang menampilkan era tahun 80-an menjadi sebutan ramai sejak ditayangkan Netflix.

Untuk info, “Seoul Vibe” membawa kisah Dong-wook (Yoo Ah-in) yang membentuk satu pasukan dengan rakan hipsternya untuk menyiasat satu penipuan dana oleh bekas presiden ketika Sukan Olimpik Seoul 1988 dan mencapai impian kehidupan Amerika yang sekian lama diimpikan.
Ini fakta dan perkongsian menarik dari para pelakon utama “Seoul Vibe” iaitu Yoo Ah-in, Moon So-ri, Park Ju-hyun, Lee Kyu-hyung, Go Kyung-pyo, Ong Seong-woo dan pengarah Moon Hyun-sung mengenai filem ini menerusi sebuah sidang media anjuran Netflix.

1. Sisi Bersinar Dan Kegelapan Tahun 80-an
Semestinya ramai yang tertanya-tanya mengapakan zaman 80-an yang dipilih oleh pengarah Moon Hyun-sung.
Bagi Korea, 1988 ialah era di mana sisi bersinar dan kegelapan muncul dalam waktu yang sama. Saya mahu mereka cerita yang berlaku pada waktu yang menarik.
Disebabkan filem ini berlatarbelakangkan Seoul pada tahun 1988, pengarah ini memastikan bahawa muziknya sesuai dengan suasana ketika itu.
“Dari lagu hip hop yang popular di Amerika Syarikat sebelum 1988 hingga ke lagu yang terkenal di Korea pada separuh kedua filem itu, kami bekerja keras untuk menghasilkan mixtape berwarna-warni. Song Min-ho (Mino WINNER) dan Gaeko memberikan banyak nasihat buat saya bagi membantu dalam projek ini.” ulasnya.

2. Filem pertama Mino
Pengarah tersebut mengatakan bahawa Song Mi-no merupakan calon terbaik bagi watak Galchi kerana dapat menyampaikan konsep itu dengan hebat.
Tambah Yoo Ah-in pula mengenai lakonan lelaki itu,
Saya terkejut. Dia mempunyai jiwa yang bebas dan sangat ghairah. Terdapat bakat yang mentah pada dia yang saya tak nampak dalam pelakon lain. Dan saya rasakan kementahan itu sesuai dengan filem ini selain membawa sesuatu yang segar.
Malah Yoo Ah-in menjelaskan bahawa Song Mi-no sebenarnya merasai pelbagai bebanan kerana dia merupakan seorang pemuzik dan ini ialah projek lakonan pertamanya.
Dia melakukan dengan baik, jadi saya terkejut dan gembira bahkan saya juga berasa untuk melakukan lebih baik lagi.

3. Penuh Aksi Mengujakan
Adrenalin penonton pastinya turun naik ketika menonton “Seoul Vibe” memandangkan babak kejar-mengejar yang diselitkan di dalamnya. Malah Yoo Ah-in sendiri mempelajari pelbagai perkara bagi menjiwai watak Dong-wook, ketua pasukan Supreme Sanggye-dong,
Saya sebenarnya tak tahu banyak mengenai kereta sebelum menyertai penggambaran ini. Saya banyak meluangkan masa di litar lumba dan di dalam kereta bagi menyesuaikan diri dengan watak itu.

4. Berkonsep ‘Newtro’
Filem ini menggabungkan trend pasa masa lalu iaitu ‘newtro’, gabungan ‘baru’ dan ‘retro’ dalam tafsiran yang baru.
Kata Moon So-ri yang membawa watak antagonis, Pengerusi Kang,
Daripada mencuba baju lama dari pada masa lalu, saya menggunakan pakaian retro yang popular dalam dunia fesyen kini dan melakukan sedikit perubahan kepadanya. Kami mengubah beberapa butang dan menambah riben dan pad bau padanya. Saya juga menggandingkannya dengan sarung tangan berenda.

Go Kyung-pyo yang melakonkan watak DJ Woo-sam turut menambah,
Filem ini mengambil cabaran dan memaparkan sisi dinamik dengan menggabungkan trend masa kini dan masa lalu. Pastinya mengujakan, filem ini dipenuhi dengan pelbagai lagak perlumbaan kereta selain dipenuhi dengan elemen hip hop lama dan pop Korea 80-an.
Selamat menonton!
ARTIKEL BERKAITAN: “Kami Dah Seperti Pasangan Berkahwin..” Noah & Lana Gembira ‘To All The Boys’ Bakal Berakhir? – REMAJA
Sumber : Netflix
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Watie Hanifiah Reda Keguguran, Anggap Ujian Buat Lebih Hargai Anak-Anak

Isteri kepada pelawak dan usahawan terkenal, Shuib iaitu Watie Hanifiah memaklumkan dirinya mengalami keguguran pada 11 Mei lalu.
Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh Watie menerusi satu hantaran di Instagram miliknya. Meskipun perit, Watie tetap reda dengan ketentuan Ilahi dan menganggap ujian tersebut sebagai satu peringatan untuk lebih menghargai kehadiran anak-anak dan keluarga yang ada.
BACA: Berangkat Ke Tanah Suci, Bella Dally Mohon Maaf & Doa Dari Peminat Sebelum Menunaikan Haji

“Mungkin Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat Mummy. Mungkin Mummy masih belum mampu jadi Mummy yang baik dan adil buat kamu, kakak dan abang-abang kamu.
“Dan mungkin Allah nak Mummy lebih menghargai anak-anak yang Mummy ada sebelum adanya kamu,” tulisnya.
Walaupun kehilangan tersebut cukup berat untuk diterima, Watie tetap bersyukur kerana sempat merasai detik-detik indah bersama kandungan itu walaupun hanya seketika.
BACA: “Luna Maya Kahwin Usia 42 Tahun, Jadi Saya Masih Ada Harapan” -Farahdhiya

“Mummy reda walaupun ianya terasa perit untuk Mummy hadapi.
“Mummy tetap bersyukur Allah titipkan kamu walau hanya untuk beberapa bulan yang indah,” tambahnya.
Dalam pada itu, Watie turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepadanya sepanjang melalui saat sukar ini.
“Terima kasih untuk kata-kata semangat dari kalian semua. Mummy tak mampu lagi untuk berjumpa dan berbalas. Maaf atas kerja-kerja yang tergendala.
“Mummy masih dalam fasa perasaan paling sedih yang Mummy rasakan dalam hidup Mummy.

“Tapi dengan kata-kata dari kalian ini jugalah sedikit sebanyak dapat memujuk hati Mummy ketika ini,” ujarnya lagi.
Terdahulu, timbul spekulasi dalam kalangan netizen bahawa pasangan ini bakal menimang cahaya mata selepas ada yang mendakwa ternampak ‘baby bump’ pada perut Watie.
Sekadar info, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.
Shuib memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan pertama dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

