Pelakon popular Ungku Ismail Aziz sekali lagi menarik perhatian ramai, namun kali ini bukan kerana lakonannya, sebaliknya kerana kejayaannya mencipta sebuah aplikasi khas untuk membantu kanak-kanak menguasai subjek Matematik.
Dalam temu bual bersama Remaja, pelakon berusia 40 tahun itu berkongsi bahawa aplikasi tersebut, yang pada asalnya dinamakan Yim Genius, dibina untuk membantu anak lelakinya, Ibrahim, memahami Matematik dengan lebih baik.
“Saya nak anak saya Ibrahim itu, latih Matematik setiap hari. Kalau nak latih Matematik ini, kena buku banyak lah. Matematik nak power, senang sahaja.
“Buat banyak latihan. Itu saja, tiada cara lain lagi dah. Kalau awak tanya orang lain ke apa ke, dia kena banyak latihan,” katanya.
Ads
Menurut suami kepada pelakon Nad Zainal ini lagi, aplikasi tersebut direka agar lebih menarik dan sesuai dengan dunia kanak-kanak.
Jadi, dia memilih untuk memasukkan elemen animasi dan bunyi dalam aplikasi tersebut bagi mengekalkan minat anaknya.
Ads
“Saya boleh buat video game. Jadi apa yang saya buat, saya buat apps tu dalam bentuk animasi dan juga bunyi-bunyi jadi menarik minat Yim (Ibrahim) untuk dia buat (latihan).
“Dia akan ralit (leka) buat benda itu. Tahu-tahu saja, dia dah boleh buat tiga digit congak tambah tolak dalam masa 10 saat. Dan dia terus menang johan congak dekat sekolah,” kongsi pelakon Adellea Sofeaitu lagi.
Berkelulusan dalam bidang kejuruteraan mekanikal, Ungku Ismail sebenarnya telah membangunkan aplikasi ini sejak setahun yang lalu.
Namun, ia mula tular selepas Nad Zainal memuat naik kisah tersebut di TikTok dan menarik perhatian netizen.
Ads
“Bila Nad tunjuk, orang tengok, orang nak. Saya cari coding pula macam mana nak keluarkan dekat App Store dan Google Playstore.
“Benda ini dah setahun sebenarnya. Cuma kita tidak pernah buat dekat TikTok. Bila kita buat dekat TikTok tu tiba-tiba semua orang ‘oh baru tahu’,” jelasnya.
Ungku Ismail juga berkongsi perancangannya untuk menghasilkan aplikasi serupa bagi subjek lain, lengkap dengan mini games untuk menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan buat si kecil.
Untuk pengetahuan korang, aplikasi Power Congak kini boleh dimuat turun secara percuma di App Store (untuk pengguna Apple) dan Google Play Store (untuk pengguna Android).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak begitu stabil sejak dua tahun akibat pandemik COVID-19, ramai individu yang terkesan terutamanya daripada segi kewangan. Oleh yang demikian, masing-masing cuba untuk mengehadkan perbelanjaan dan membuat pembelian dengan bijak.
Seperti yang kita semua sedia maklum, kenderaan adalah antara keperluan terpenting dalam kehidupan seharian. Bagi mereka yang baharu sahaja mendapat pekerjaan dan ingin membeli kenderaan, mungkin ada yang berniat untuk membeli kereta terpakai dek kerana ingin meminimumkan perbelanjaan, lebih-lebih lagi dalam situasi getir seperti sekarang.
Tidak salah jika ingin membeli kereta second hand, tetapi ada banyak perkara yang korang kena ambil kira sebelum memilih. Pembeli wajib memeriksa kondisi kenderaan terlebih dahulu sebelum meneruskan pembelian.
Apa yang perlu kita elakkan adalah membeli kereta yang pernah terlibat dalam kemalangan. Macam mana korang nak tahu cara untuk mengelakkan daripada terbeli kenderaan tersebut?
Perkara pertama yang harus korang lakukan ialah untuk mendapatkan pengesahan sama ada kereta terpakai itu pernah melalui tuntutan insurans atau tidak.
Korang perlu mencatat nombor chassis atau Vehicle Identification Number (VIN) kereta berkenaan. Masukkan nombor ini di laman web MyCarInfo dan ikut langkah-langkah yang diberikan dan seterusnya korang boleh dapatkan Vehicle Check Report (laporan pemeriksaan kereta).
Walau bagaimanapun, cara ini tidak begitu 100 peratus tepat sama ada kereta berkenaan pernah terlibat dengan kemalangan atau tidak kerana mungkin sahaja pemilik sebelum menggunakan wang sendiri untuk membaiki tanpa menggunakan insurans. Ini adalah cara bagi sesetengah pemilik supaya rekod NCD (no claim discount) bersih suci.
Macam mana pula nak kesan kereta yang pernah ditenggelami banjir?
Situasi ini sedikit sukar untuk dikesan, namun masih ada beberapa petanda yang boleh korang periksa. Korang mungkin boleh cari petanda kecil seperti kesan tanah, lumpur atau pasir di dalam kereta. Selain itu, kereta mangsa banjir juga mungkin ada kesan kulat pada kerusi atau fabrik pintu. Jika ruang enjin ada kesan lumpur atau berpasir, ia boleh jadi petanda yang kereta tersebut pernah jadi ditenggelami banjir.
Foto: jim gade
Cara ini mungkin tidak dapat disahkan 100 peratus namun setidaknya ada usaha-usaha yang boleh korang lakukan untuk tidak tersalah membeli kereta terpakai.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bagi mereka yang pernah berkunjung ke kediaman masyarakat Asia pasti sudah biasa dengan budaya tidak memakai kasut sewaktu berada di dalam rumah.
Agak-agaknya kenapa ya? Kalau mat salleh tu kita tengok selamba saja bawa masuk kasut sampai dalam rumah tapi kenapa masyarakat Asia rata-ratanya menanggalkan kasut sebelum memasuki rumah?
Oh rupanya kasut diletakkan di luar kediaman bagi tujuan kesihatan kerana jumlah kotoran dan bakteria yang amat menjijikkan.
Menurut kajian yang telah dilakukan di Universiti Arizona pada tahun 1998, kira-kira 421,000 jenis bakteria yang terdapat pada kasut anda. 96 peratus daripadanya didapati mempunyai coliforms iaitu bakteria pada sanitasi makanan dan air yang terdapat dalam najis manusia dan haiwan berdarah panas.
Di samping itu, 27 peratus daripada jumlah kasut yang dikaji itu mempunyai E coli dan tujuh jenis bakteria yang lain. Antaranya ialah Klebsiella pneumoniae, bakteria yang menyebabkan jangkitan saluran kencing, dan Serratia ficaria, bakteria yang menyebabkan jangkitan pernafasan.
Foto: themostpopularlists
Seorang ahli mikrobiologi juga menjelaskan dalam kajiannya bahawa 96 peratus bakteria yang ada pada kasut adalah daripada bahagian luar kasut yang kerap terkena bahan-bahan najis, berkemungkinan didapati ketika anda memasuki tandas awam atau terpijak najis haiwan di luar rumah.
Membawa kasut ke dalam rumah akan membuka 90 hingga 99 peratus peluang untuk bakteria berpindah daripada kasut yang kotor itu ke lantai rumah yang tidak tercemar. Bayangkan rumah korang dipenuhi dengan bakteria E Coli yang disebabkan oleh najis haiwan dan segala kuman di tandas awam, euw
Kajian ini juga mendapati bahawa mencuci kasut dengan menggunakan detergen dalam mesin basuh dapat membunuh sekurang-kurangnya 90 peratus bakteria. Lantai dan permaidani juga perlu sering dibersihkan untuk menghilangkan segala bakteria yang ada.
Walau bagaimanapun, tindakan menanggalkan kasut adalah yang paling baik untuk dilakukan bagi mencegah kehadiran bakteria. Oleh sebab itu masyarakat Asia menjadikan perbuatan ini sebagai tradisi bagi menjamin kebersihan dan kesihatan kaum keluarga tersayang.
Nah, jelas sekali masyarakat Asia mengutamakan kebersihan
Melihat keunikan cahaya aurora dengan mata sendiri merupakan impian bagi individu yang suka kepada kecantikan alam. Khabarnya, musim sejuk tahun ini antara musim Aurora paling meriah dan hampir setiap dua ke tiga hari sang cahaya ini akan muncul di langit.
Jika korang masih tercari-cari dimana lokasi untuk melihat aurora, berikut kami kongsikan beberapa tip yang dikongsi oleh Detektif Kembara untuk berpeluang melihat keindahan aurora ini.
So guys, korang dah bolehlah buat perancangan bersama kawan-kawan untuk menikmati keindahan aurora di lokasi-lokasi yang kami kongsikan ini. Paling penting, dah boleh mula menabung. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.