Selepas lebih tiga dekad mewarnai industri seni tanah air, penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin membuktikan bahawa semangat untuk menimba ilmu tidak pernah mengenal usia apabila kembali bergelar pelajar pada usia 53 tahun.

Lebih membanggakan, pemilik nama Wan Norafiza Wan Ariffin itu kini diterima melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi program Accreditation of Prior Experiential Learning for Qualifications (APEL Q).

Memilih Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Nora meluahkan rasa syukur atas peluang yang diberikan selain menyifatkan langkah tersebut sebagai satu permulaan baharu dalam perjalanan hidupnya sebagai anak seni yang sentiasa dahagakan ilmu.

Nora Ariffin Sambung Pengajian Sarjana Di UPSI Pada Usia 53 Tahun, Bukti Usia Bukan Penghalang Kejar Impian

Menerusi perkongsian di media sosial, pelantun lagu Di Persimpangan Dilema dan Renungan Terakhir itu teruja untuk kembali menyambung pengajian selepas sekian lama menyimpan impian berkenaan.

“Alhamdulillah. Yeayyyy! I’m back to study pada usia 53 tahun selepas diberi peluang menyambung pengajian di UPSI melalui laluan APEL.Q.

“APEL.Q ialah laluan pengiktirafan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu. Melalui laluan ini, pengalaman kerja, kemahiran, pengetahuan dan pencapaian seseorang boleh dinilai serta diiktiraf sebagai sebahagian daripada proses melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Ads

“Sejak dahulu, saya percaya pada kepentingan pendidikan dan ilmu. Sebagai anak seni, saya juga sentiasa menyimpan impian untuk terus belajar. An artist with brains,” kongsinya.

Pengalaman Lebih 30 Tahun Jadi Bekalan Menimba Ilmu

Bagi Nora, pengalaman sepanjang lebih tiga dekad dalam industri muzik bukan sekadar membentuk perjalanan kerjayanya sebagai penyanyi, malah turut memberikan pelbagai pengajaran berharga dalam kehidupan.

Malah, pengalaman dalam bidang perniagaan, animasi, produksi dan pengurusan syarikat banyak mendidiknya tentang kepentingan disiplin, ketekunan serta konsistensi dalam menghadapi cabaran.

“Lebih 30 tahun dalam industri muzik, bersama pengalaman dalam perniagaan, animasi, produksi dan pengurusan syarikat, banyak mengajar saya tentang disiplin, ketekunan, konsisten dan berdaya tahan.

“Selepas pemergian Allahyarham Johan Nawawi, kehidupan pula mengajar saya untuk berdikari, terus belajar dan berani memikul tanggungjawab baharu.

Ads

“Rupanya setiap pengalaman, cabaran dan jatuh bangun dalam hidup tidak pernah sia-sia. Semuanya menjadi bekal untuk langkah seterusnya,” titipnya.

Nora Ariffin Sambung Pengajian Sarjana Di UPSI Pada Usia 53 Tahun, Bukti Usia Bukan Penghalang Kejar Impian

Hargai Sokongan Keluarga Dan Peminat

Dalam pada itu, Nora turut merakamkan penghargaan kepada suami, anak-anak, sahabat serta peminat yang sentiasa memberikan sokongan dan semangat sepanjang perjalanan hidup serta kerjayanya.

Menurut Nora, dorongan daripada insan tersayang menjadi antara sumber kekuatan untuk dirinya terus melangkah ke hadapan dan mengejar impian yang masih belum tercapai.

Ads

Nora Ariffin Sambung Pengajian Sarjana Di UPSI Pada Usia 53 Tahun, Bukti Usia Bukan Penghalang Kejar Impian

“Terima kasih kepada suami atas restu, doa dan semangat. Buat anak-anak Mama, thank you for your love and support.

“Dan kepada sahabat serta peminat yang sentiasa bersama saya, terima kasih. Jangan jadikan usia sebagai penghalang untuk mengejar impian. Jangan malu untuk terus belajar.

“Pada usia 53 tahun, saya bukan bermula semula dari kosong, sebaliknya membina kehidupan berdasarkan segala pengalaman dan pengajaran yang telah saya lalui,” kongsinya.

Nora Ariffin Sambung Pengajian Sarjana Di UPSI Pada Usia 53 Tahun, Bukti Usia Bukan Penghalang Kejar Impian

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads