Setelah beberapa hari isu berkenaan salah laku seorang pensyarah yang mengajar di sebuah kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Selangor hangat diperkatakan di serata media sosial, hari ini, universiti tersebut telahpun membuat aduan serta laporan polis agar perkara ini boleh disiasat dengan segera.

Menurut Ketua Perhubungan Awam, Media dan Protokol Jabatan Komunikasi Korporat UiTM iaitu saudari Nora Nordin, aduan telah dihantar kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) agar proses siasatan dipermudahkan.

Universiti itu juga telah mengarahkan jawatankuasa siasatan dalaman untuk meneliti dan menjalankan siasatan terperinci ke atas segala dakwaan yang bersangkut paut dengan individu tersebut.

UiTM Siasat Pengantunan Seksual & Mesej Tular Pensyarah Kepada Pelajar

“UiTM memandang serius dakwaan itu dan juga komited untuk menangani segala dakwaan yang dibangkitkan.

IKLAN

“Universiti sama sekali tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana staf yang mengambil kesempatan atau menyalahgunakan kuasa mereka sebagai staf kerana UiTM amat mengutamakan keselamatan, kebajikan dan kualiti seluruh warganya; khususnya dalam mengamalkan budaya integriti dan profesional yang tinggi,” ulas beliau dalam kenyataan yang diterbitkan.

UiTM juga memberi jaminan kepada ibu bapa agar tidak bimbang dengan hal ehwal pelajar yang menjadi keutamaan universiti.

*

IKLAN

Untuk pengetahuan, seorang tenaga pengajar telahpun dikaitkan dengan isu pengantunan seksual (sexual grooming) dan tuduhan menganggu bekas pelajarnya menerusi pautan mesej yang tersebar di media sosial pada minggu ini.

Menurut beberapa mangsa yang mendakwa pernah diganggu, personaliti individu tersebut di dalam kelas sama sekali berbeza dengan tata laku dan katanya semasa berbual dalam bentuk mesej WhatsApp.

Selain pernah mengajak pelajar untuk keluar ‘dating’, menjadi skandal atau lebih terus lagi, mesej yang berbaur ‘ajakan melakukan hubungan seksual’. Mangsa juga mendakwa mereka akan diberikan pelbagai hadiah seperti bunga, pakaian dalam dan – err – menawarkan untuk membeli kondom kepada bekas pelajar.

IKLAN

*What?!*

UiTM Siasat Pengantunan Seksual & Mesej Tular Pensyarah Kepada Pelajar
Foto hiasan : Pexels.

Untuk pengetahuan, perbuatan pengantunan kanak-kanak merupakan satu jenis aktiviti jenayah yang menjadikan mereka yang lebih mudah daripada pemangsa sebagai rakan dengan tujuan memujuk seseorang menjalinkan hubungan seksual.

Sesiapa yang berkomunikasi dengan apa-apa cara dengan seseorang kanak-kanak dengan niat untuk melakukan atau memudahkan perlakuan berbentuk seksual boleh disabitkan dan dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh juga dihukum sebat.

Sumber : BERNAMA

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI