Tinggal kira-kira dua bulan saja sebelum dunia seorang wanita akan dinobatkan sebagai juara Miss Universe 2021.
Disebabkan situasi pandemik yang membataskan penganjuran pertandingan ratu cantik kebangsaan di seluruh dunia bagi mencari wakil negara masing-masing, jumlah peserta di Miss Universe pada tahun ini dijangka akan berkurangan berbanding edisi-edisi terdahulu.
Bukan itu saja, pemilihan lokasi pertandingan di Israel pada Disember tahun ini juga telah menyebabkan beberapa negara menarik diri daripada menyertainya.
Menariknya, dua faktor itu langsung tidak menghalang negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) daripada menganjurkan pertandingan ratu cantik kebangsaannya bagi mencari wakil UAE PERTAMA untuk ke Miss Universe pada tahun ini!
Ura-ura mengenai penganjuran Miss Universe UAE di Dubai sebenarnya telah kedengaran sejak beberapa bulan lalu. Ia kekal sebagai khabar angin hinggalah pihak penganjur mengumumkan pertandingan tersebut secara rasmi semalam. Miss Universe UAE bakal dianjurkan di La Perle, Al Habtoor City Dubai pada 7 November ini.
Al Habtoor City di Dubai, UAE bakal menjadi lokasi pertandingan Miss Universe UAE.Dewan Teater La Perle yang cukup gah.
Biarpun UAE merupakan sebuah negara dengan majoriti penduduknya beragama Islam, pertandingan ini membenarkan gadis dengan pegangan mana-mana agama untuk menyertai. Asalkan, gadis tersebut berusia di antara 18 hingga 28 tahun dan telah mengesahkan diri sebagai penduduk tetap UAE melebihi 3 tahun.
Ads
Ini bermakna, jika gadis itu dilahirkan di negara lain dan baru saja disahkan sebagai penduduk tetap UAE sejak tahun 2018, dia layak menyertai Miss Universe UAE dengan menghantarkan borang secara atas talian mulai semalam.
Sekumpulan gadis terpilih pula akan dipanggil untuk sesi uji bakat secara bersemuka pada 15 Oktober di Al Habtoor Palace Hotel; diikuti dengan penamaan 30 orang peserta akhir pada 30 Oktober yang akan bertanding di peringkat akhir pada bulan November.
Seperti mana-mana pertandingan kebangsaan lain yang mencari wakil Miss Universe mereka, pertandingan Miss Universe UAE juga akan menguji peserta menerusi aktiviti penggambaran gambar, peragaan, penggambaran klip komersil dan soal jawab.
Namun, segmen pakaian mandi tidak akan dianjurkan oleh penganjur Miss Universe UAE. Ia akan digantikan dengan segmen pakaian activewear.
Ads
Penyertaan UAE dalam pertandingan Miss Universe ini telah mendapat reaksi yang bercampur-baur. Ada yang bersetuju untuk menghantar wakil UAE atas tiket semangat patriotisma dan peluang untuk mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
Cuma, tidak kurang juga sebilangan besar rakyat di sana yang risau sekiranya penyertaan ini akan membelakangi budaya malah agama wakil UAE tersebut disebabkan kewajiban buat peserta di Miss Universe untuk menyarungkan pakaian mandi.
Pengasas dan Ketua Eksekutif Yugen Events merangkap Presiden Miss Universe UAE, Josh Yugen bagaimanapun menjelaskan bahawa pertandingan Miss Universe UAE pertama ini bukan saja melihat kepada kecantikan dan kebijaksanaan seseorang. Sebaliknya, sang juara perlulah mempunyai dorongan, semangat, misi penyertaan dan berjiwa besar untuk menghulurkan khidmatnya selepas ini.
Ads
Ulas Presiden Organisasi Miss Universe iaitu Paula M Shugart pula, pihak mereka mengalu-alukan penyertaan wakil pertama UAE ini ke acara yang akan disiarkan secara langsung di seluruh dunia pada bulan Disember.
“UAE mencatatkan sejarah penting pada era ini seperti menganjurkan World Expo dan menandatangani perjanjian Abraham Accords (perjanjian persefahaman antara Amerika Syarikat, UAE dan Israel pada Ogos 2020). Ini adalah waktu yang tepat untuk menyerlahkan wanita daripada negara ini,” katanya.
Untuk pengetahuan, beberapa negara Timur Tengah pernah menghantarkan wakil mereka ke pertandingan Miss Universe sebelum ini seperti Sarah Abdali Idan yang mewakili Iraq ke Miss Universe 2017. Namun model tersebut memenangi gelaran Miss Iraq di Amerika Syarikat dan tidak dipilih menerusi pertandingan ratu cantik di negara asalnya.
Hanya dua buah negara dari Timur Tengah saja yang kerap menghantarkan wakil ke Miss Universe iaitu Lebanon (sejak 1955) dan Mesir (sejak 1987).
Sejak menemui peminat fesyen kira-kira 15 tahun lalu sehingga berjaya mencipta kelompok pelanggan setia, jenama Wanderlust + Co bukan lagi nama asing sekiranya seseorang mencari aksesori perhiasan diri seperti rantai leher, cincin, gelang, anting-anting dan bermacam-macam lagi.
Jenama yang diasaskan oleh usahawanita kelahiran Malaysia, Jenn Low ketika dia bermastautin di Melbourne, Australia dengan hanya berbekal AU$10,000 dalam akaun simpannya kini sudahpun berada pada aras tersendiri setelah beberapa butik Wanderlust + Co berjaya dibuka di seluruh negara.
Maka, tidak hairanlah apabila Jenn baru-baru ini berkongsi mengenai perancangannya untuk melebarkan sayap ke pasaran Amerika Syarikat pula menerusi pembukaan stor di – get this – Bleecker Street, West Village yang terletak di kota New York!
Langkah tersebut lantas menerima sokongan ramai netizen tempatan termasuklah para selebriti yang memuji keberanian anak watan Malaysia itu untuk memasang impian yang besar DAN melakukannya.
“Impian ada sesuatu perkara yang melucukan. Kita mengimpakan sesuatu, berharap dan bekerja keras sehingga satu hari nanti ia terjadi; dan dalam cara yang kita tidak pernah bayangkan.”
“Pengembangan perniagaan ke A.S. ini adalah satu langkah semulajadi – bukannya langkah perubahan strategik. (Menerusi pembukaan stor tersebut), kami memberikan pelanggan lebih banyak cara untuk kita berhubung, sama ada menerusi dalam talian atau mencuba sendiri di dalam stor,” ujarnya.
Menerusi hantaran di Instagram pula, Jenn berterima kasih kepada pasukannya yang percaya dengan cita-cita yang dipaterinya sejak sekian lama dan kepada komuniti pelanggannya yang setia.
“(Saya) bersyukur untuk hari ini dan hari-hari di mana kami dalam melakukan sesuatu yang kami cintai. A privilege to have an amazing team,” katanya yang turut berkongsi beberapa foto yang menunjukkan jurnal perjalannya untuk merealisasikan impian membuka stor pertama di kota New York.
Untuk pengetahuan korang, Jenn Low melanjutkan pengajiannya di Monash University dalam jurusan berkembar iaitu sarjana muda Komunikasi dan Pengajian Media serta jurusan sarjana muda Perakaunan dan Kewangan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada awal November lalu, stor pakaian popular Jepun iaitu Uniqlo telah memberikan ‘hint’ mengenai stor roadside pertama mereka yang akan dibuka di Malaysia.
Setelah hampir sebulan menunggu, akhirnya kita akan berpeluang untuk ke sini pada hari Jumaat, 17 Disember ini bermula jam 10 pagi!
Untuk pengetahuan, stor roadside Uniqlo sebenarnya merupakan perkara biasa di negara Jepun. Malah, kebanyakan daripada cawangan Uniqlo di sana menampilkan konsep bangunan butik sendiri; tidak seperti di Malaysia di mana Uniqlo selalunya terletak di dalam kompleks membeli-belah.
Lalu, pembukaannya di DA Square, Bandar Sri Damansara ini merupakan sesuatu yang istimewa terutamanya kepada pembeli setia Uniqlo. Dengan keluasan sehingga 15,100 kaki persegi, ia menempatkan kesemua pilihan pakaian dan aksesori untuk seisi keluarga, dari koleksi lelaki, perempuan, kanak-kanak dan juga barangan keperluan rumah seperti cadar katil.
*
Penulis berkesempatan untuk menjadi di antara orang pertama yang menjejakkan kaki ke sini semalam semasa hari pelancaran khas stor tersebut kepada warga media.
Pada pandangan pertama sewaktu memasuki tempat parkir kenderaan, penulis kagum dengan kebesaran stor ini yang mengambil majoriti kawasan tersebut.
Suasana di bahagian dalamnya pula rapi tersusun (as expected from a Japanese brand) di mana sudut bagi lelaki dan wanita diasingkan.
Sudut Lelaki
Sudut Wanita
Sudut Kanak-Kanak
Manakala kawasan tengah stor menempatkan aksesori rumah AIRism, pakaian ibu mengandung dan pakaian kanak-kanak. Susunan seperti ini memang memudahkan korang untuk mencari barangan yang diidamkan.
Sudut Cadar Katil AIRism
Sudut Mesin Cetak UTme!
Istimewanya di stor ini, ia menempatkan bahagian UTme! Corner di mana korang boleh ‘customize’ baju T dan beg tote dengan rekaan sendiri ataupun rekaan yang disediakan oleh Uniqlo.
Ini merupakan stor kedua Uniqlo Malaysia yang menyediakan perkhidmatan ini selepas Uniqlo Fahrenheit 88.
Sustainability Corner
Penulis juga tertarik dengan Sustainability Corner yang membolehkan pengunjung mempelajari lebih tentang inisiatif kitar semula oleh Uniqlo dan bagaimana mereka boleh membantu dengan mendermakan pakaian pre-loved yang sudah tidak dipakai lagi.
*
Khas sempena pembukaan Uniqlo DA Square Roadside Store, Bandar Sri Damansara pada hari esok, mereka akan menyediakan goodie bag istimewa kepada 500 orang pelanggan terawal pada setiap hari bermula esok sehingga Ahad (20 Disember) ini.
Itu bermakna terdapat 1500 goodie bag untuk korang bawa pulang!
Di samping itu, pelanggan yang membeli melebihi RM200 dalam satu resit pula akan menerima beg tote edisi khas Uniqlo U. Menarik kan!
Korang boleh mengunjunginya dari jam 10 pagi hingga 10 malam pada setiap hari.
*
*
Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang bekas pelajar jurusan kejururawatab mengambil keputusan untuk menikam kedua-dua orang ibu bapanya sebelum kemudiannya membunuh diri disebabkan penyakit Ekzema yang dihadapi.
Pelajar 23 tahun dari Hong Kong yang dikenali sebagai Pang Chin-tu itu menganggap, adalah lebih baik jika dia mati daripada terus menderita akibat penyakit tersebut.
Selepas menikam ibu bapanya, dia dipercayai menutup kepala dengan beg plastik pada paip yang dihubungkan kepada kanister gas helium.
Pang Chig-yu. Foto: South Morning China Post
Tindakan membunuh ibu bapanya itu disebabkan rasa tak puas hati kerana mereka ‘menurunkan’ Ekzema yang teruk kepadanya.
Dalam catatan blog Ching-yu baru-baru ini, dia menulis, “Penghidap Ekzema yang melahirkan anak adalah lebih teruk daripada orang miskin yang beranak.
“Kalau miskin, kita boleh ubah kehidupan dengan bekerja keras. Tapi jika menghidap Ekzema, kita terpaksa menanggungseksa sepanjang hayat,” tulis remaja ini yang ditemui lebih 24 jam selepas mereka mati.
Nampaknya, Ching-yu betul-betul menyalahkan ibu bapanya 100 peratus. Tetapi betulkah penyakit Ekzema ini bersifat genetik dan tidak boleh dirawati?
Ekzema ialah simptom penyakit radang kulit. Punca utamanya tidak diketahui tapi ia berkaita dengan genetik keluarga di mana sistem imun badan mempunyai respons yang terlalu aktif.
Ekzema akan menyebabkan kulit menjadi kering, kemerahan, gatal dan berpeluh. Lalu, jika digaru ia boleh menyebabkan nanah dan kudis pada badan.
Okay, jadi ia genetik tapi apakah tiada rawatan langsung untuk Ekzema?
Kebiasaannya, krim akan diberi untuk mengekalkan kelembapan kulit dan mengurangkan kegatalan, selain ubat oral, antibiotik dan pil suplemen.
Ada juga cara alami yang boleh dicuba untuk mengurangkan Ekzema seperti menyapu lemak sayuran, minyak zaitun, cuka, mandian oatmeal dan beberapa lagi cara.
Tapi seperti yang dikatakan tadi, ia hanya MENGURANGKAN Ekzema dan tidak dapat menyingkirkan simptom ini sepenuhnya.
Setakat ini, memang tiada jalan penyelesaian terhadap Ekzema TETAPI dengan menukar cara hidup agar lebih sihat dan bersih, tiada sebab penghidap tak boleh menjalani kehidupan biasa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!