Berita baik buat peminat K-Pop di Malaysia khususnya bagi ONCE apabila bintang K-pop, TWICE akhirnya mengesahkan bakal kembali ke menggegarkan pentas di Kuala Lumpur menerusi siri jelajah dunia ’This Is For’ yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
Menurut pihak penganjur, Live Nation Malaysia berkata, TWICE yang dianggotai oleh sembilan gadis cantik seperti Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Mina, Dahyun, Chaeyoung, dan Tzuyu bakal bertemu para peminat pada 25 Oktober ini di Stadium Hoki Nasional, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, kehadiran semula TWICE kali ini menandakan kepulangan yang sudah lama ditunggu-tunggu ONCE Malaysia sejak kali terakhir kumpulan berkenaan mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada tahun 2019 menerusi siri jelajah dunia ‘TWICELIGHTS’ di Axiata Arena. Semenjak itu, para peminat setia sentiasa berharap agar idola mereka kembali beraksi di pentas tempatan.
Sebelum ini, Live Nation Malaysia sudah pun memberikan cuplikan perkongsian mengenai konsert TWICE di Malaysia, sekaligus mencetuskan keterujaan luar biasa dalam kalangan peminat.
Sekadar info, konsert ‘This Is For’ merupakan siri jelajah dunia keempat TWICE yang dilancarkan bersempena album terbaru dengan judul sama. Menariknya, selain Kuala Lumpur, TWICE juga akan singgah ke beberapa destinasi seperti Jepun, Thailand, Singapura, Hong Kong, Bulacan, Taiwan, Australia, dan lain-lain.
Apa yang lebih istimewa, semua lokasi konsert akan menampilkan pentas 360 darjah, menawarkan pengalaman konsert lebih imersif dan interaktif buat ONCE. Selain itu, para peminat juga boleh menjangkakan persembahan yang bukan sahaja bertenaga tetapi juga visual yang memukau.
Bagi ONCE yang ingin mendapatkan tiket konsert jelajah ‘This Is For’, jualan akan bermula dari 18 September & 19 September ini melalui platform GoLive Asia. Harga tiket dijual dari RM398 sehingga RM1288.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Saya single. Tolong carikan girlfriend untuk saya. Memang betul saya single sekarang. Sekarang ini selain berlakon saya juga aktif mengikuti aktiviti larian bersama kumpulan Challo setiap hujung minggu.
“Shout out to Challo Run kerana memberi inspirasi serta galakan kepada generasi muda untuk amalkan hidup sihat,” katanya kepada Remaja.
Baru-baru ini, desas-desus mengatakan pelakon drama popular Project: High Council menjalin hubungan dengan seorang wanita dari Singapura selepas foto mereka bersama tersebar. Namun, dia menafikan bahawa lelaki di dalam foto tersebut adalah dirinya.
Ditanya adakah dia ralat apabila terpalit dengan kontroversi seperti itu, kata Amir dia mengambil pendekatan dengan duduk di rumah menonton Netflix sebagai medium melupakan masalah.
“Setiap kali saya balik rumah, saya buka kasut, letak beg terus duduk di atas sofa dan menonton filem dalam Netflix.
“Saya ikut nasihat pengarah filem Kahar. Kapla High Council yang meminta saya untuk banyak menonton filem agar dapat memantapkan skil lakonan saya,” kongsinya.
Dalam perkembangan lain, Amir bakal muncul dengan filem Kahar. Kapla High Council yang akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 28 November 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peminat K-drama dan K-movie di Malaysia rata-rata mengetahui mengenai kehadiran pelakon, Park Seo-joon ke Malaysia pada 25 Februari 2023 ini.
Istimewa dibawakan oleh Milo Malaysia sempena pengenalan projek kolaboratif ‘MILO x Park Seo-joon Energetic Collaboration’ bersama pelakon filem The Marvels itu, ini merupakan kali pertama peminatnya dapat menyaksikan kelibat fizikalnya dalam acara perjumpaan di pusat membeli-belah, Sunway Pyramid Petaling Jaya.
Bukan setakat orang ramai sahaja yang teruja menantikan tarikh tersebut, keterujaan selebriti tempatan juga tidak kurang hebatnya.
Salah seorang selebriti yang memberikan ekspresi terbaik setelah mendapat tahu dia berpeluang untuk bertemu Park Seo-joon menerusi peraduan ‘Jom Minum MILO Bersama Park Seo-joon di Malaysia’ baru-baru ini ialah pengacara program HLive, Adriana Adnan.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Adriana kelihatan cukup terkejut apabila dia memperolehi perkhabaran tersebut menerusi mesej teks di telefon.
Sebagai peminat dunia hiburan Korea, Adriana kadangkala memperolehi peluang mengacara majlis pertemuan media Malaysia bersama bintang dari Korea Selatan. Begitupun kali ini, dia sanggup menyertai peraduan atas kapasiti sebagai seorang peminat. FOTO: Tangkap Layar Instagram @adrianaadnan
“Terima perkhabaran terbaik dalam seluruh hidup saya. Terima kasih Milo Malaysia,” catatnya bersama emoji wajah terharu di atas pemilihannya itu. Adriana tidak dihubungi atas dasar tugasan sebagai pengacara mahupun bertugas untuk pihak HLive pada 25 Februari. Sebaliknya, dia sendiri menyertai peraduan yang dianjurkan dan ternyata, tuah menyebelahinya.
Biarpun orang ramai selalu merasakan golongan selebriti mudah mendapat akses di acara seperti konsert, ‘meet and greet’ atau tayangan perdana bersama bintang antarabangsa seperti Park Seo-joon, ternyata telahan itu meleset.
FOTO: Tangkap Layar Instagram @adrianaadnanTangkap layar bukti Adriana Adnan juga seperti peminat Park Seo-joon lain yang mencuba nasib dengan menyertai peraduan ‘Jom Minum MILO Bersama Park Seo-joon di Malaysia’.
“Tidak, tidak, tidak. Saya masuk peraduan itu kerana saya sangat ingin bertemu dengannya. Saya masuk weh peraduan itu, beli Milo banyak-banyak!” katanya sambil menaip ‘setuju’ di atas tawaran ‘once-in-a-lifetime itu. “Alhamdulillah, Alhamdulillah. Macam tak percaya, Park Seo-joon weh.”
Biarpun tarikh penyertaan peraduan sudahpun ditutup semalam pada 15 Februari, korang masih berpeluang untuk melihat kelihat Park Seo-joon dari jauh. Jangan lupakan tarikh 25 Februari 2023 di dalam kalendar korang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang lagi selebriti K-pop telahpun mengadakan acara Fan Meeting di Kuala Lumpur semalam. Kali ini, tiba giliran ahli grup Astro dan pelakon K-drama, Cha Eun-Woo.
Bertempat di Cheras Kuala Lumpur, Eun-Woo yang menginjak populariti sebagai seorang pelakon sejak drama bersiri popular Rookie Historian: Goo Hae Ryung berjaya memenuhkan seluruh dewan dengan peminat yang rata-rata merupakan remaja belasan tahun.
Acara fan-meeting ‘Just One 10 Minute’ di Kuala Lumpur tersebut merupakan acara terakhir dalam siri jelajah Eun-Woo yang sebelum ini bertandang ke Hong Kong, Taipei, Bangkok dan Manila.
Tak hairanlah apabila ada peminat yang sanggup ‘terbang’ dari luar negara semata-mata untuk berjumpa idola mereka ini di depan mata.
*
Sepeeti kebiasaan di acara fan-meeting, ia akan dipenuhi dengan sesi nyanyian beberapa buah lagu, permainan di atas pentas dan juga interaksi dengan penonton.
Cuma apa yang membezakan fan-meeting semalam adalah apabila Eun-Woo memberikan effort untuk menyanyikan lagu ‘Sampai Ke Hari Tua’ nyanyian asal Aizat Amdan!
Menurut sumber terdekat, lirik tersebut telah ditulis semula dalam tulisan Hangul untuk memudahkan Eun-Woo menghafal dan hasilnya, ramai yang terpaku semasa dia mula menyanyikan bait, “Jika ‘ku radio dan engkau lagunya..”
Di samping itu, penonton turut mengetahui beberapa info terbaru mengenai Eun-Woo melalui sesi kenal.
Jom tengok apa yang dijawab olehnya semalam:
• Warna pakaian yang membuatkan kamu selesa: Biru
• Bagaimana kamu describe Kuala Lumpur: Langit Biru
• Nickname kepada peminat Malaysia: Sky
• Apakah yang kamu selalu pegang semasa tertidur: Smart phone
• Bagaimana kamu mendapat nickname Felix: Saya mendapatnya semasa di kelas tusyen Bahasa Inggeris. Felix bermaksud Lelaki Bertuah.
*
There you go! Yang penting seluruh dewan tidak berhenti memberikan sokongan kepadanya. Kami berharap agar Eun-Woo akan kembali ke Malaysia bersama ahli grup Astro yang lain.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah menyentuh hati Leong Kun Xuan yang berusia 10 tahun sanggup menderma sel stem demi menyelamatkan bapanya yang menghidap leukemia, sehingga meraih perhatian dan sokongan masyarakat.