Lelaki tersebut dikenali sebagai Surya Manurung pernah tular di media sosial kerana seluruh ahli keluarganya memiliki wajah yang unik. Hal ini kerana mereka menghidap penyakit abnormal yang disebut Sindrom Treacher Collins.
Difahamkan, sindrom tersebut akan menjejaskan perkembangan muka, kepala dan telinga kanak-kanak sebelum mereka dilahirkan. Walaupun begitu, keluarga Marunung mula tular apabila mereka selalu membuat siaran langsung di media sosial sehingga dapat mencuri perhatiaan netizen.
Menurut Tribunnews, sebelum berkahwin Surya dan Sasha sering berkongsi gambar bersama di laman sosial.
Tidak hanya Surya memiliki pengikut ramai, wanita yang mesra disapa Dewi itu turut popular dengan 38,300 pengikut dan 364,300 tanda suka.
Ads
Jumlah itu bagaimanapun jauh ketinggalan berbanding suaminya yang memiliki 1.6 juta pengikut dan 23. juta tanda suka.
Malah, netizen turut menzahirkan ucapan tahniah dan menitipkan doa agar perkahwinan pasangan itu kekal hingga ke jannah.
Info Sindrom Treacher Collins (TCS)
SINDROM Treacher Collins (TCS) barangkali asing dan kurang didengari oleh rakyat di negara ini. Jadi ini info ringkas korang perlu tahu.
Ads
1. Sindrom itu berlaku satu dalam 50,000 bayi kelahiran di dunia.
2. Kira-kira 60 peratus daripada angka itu mengalami TCS bukan genetik keluarga.
3. Ia berlaku kerana gangguan genetik yang mempengaruhi perkembangan tulang dan jaringan lain pada wajah.
4. Gangguan genetik yang berlaku dikaitkan dengan perubahan struktur asid deoksiribonukleik (DNA) manusia.
5. Lazimnya, bayi TCS mengalami kelainan pada bahagian telinga, kelopak mata, tulang pipi atau tulang rahang.
Apa-apapun, tahniah kami ucapkan buat pengantin baru ini. Moga terus bahagia melayari hidup berumah tangga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sukan Asia ke-18 kini sedang berlangsung di Indonesia yang menyaksikan Jakarta dan Palembang menjadi bandar tuan rumah.
Negara kita yang tercinta turut menyertai kejohanan sukan paling berprestij di Asia yang dilangsungkan empat tahun sekali ini. Sehingga kini (ketika artikel ini ditulis) Malaysia telah memungut sebanyak dua pingat emas, lapan perak dan enam gangsa.
Antara sukan yang menjadi sasaran emas kontinjen Malaysia pada edisi kali ini ialah pencak olahraga. Dan pada hari ini telah menyaksikan wira negara, pesilat terulung yang juga Juara Dunia, Al Jufferi Jamari telah turun ke gelanggang bagi dalam perlawanan akhir menentang pesilat dari Indonesia, Komang Harik Adi Putra dalam kategori Class E 65-70kg.
Pesilat Juara Dunia negara, Al Jufferi Jamari. FOTO – Astro Arena
Al Jufferi yang menjadi pilihan utama untuk membawa pulang pingat emas bagaimanapun telah tewa dalam sebuah perlawanan yang penuh dengan kontroversi. Menurut laporan Utusan Malaysia dalam perlawanan yang berlangsung di Padepokan Pencak Silat Taman Mini Indonesia, Jakarta Timur itu menyaksikan Al Jufferi tewas 1-4 dalam keadaan berat sebelah.
Dalam perlawanan itu barisan lima orang juri dilihat banyak memberi kelebihan mata kepada Komang walapun Al Jufferi banyak melakukan serangan dan wajar diberikan mata.
Akibat tindakan juri tersebut Al Jufferi melakukan protes dan mengundurkan diri daripada perlawanan. Pada perlawanan ini, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut hadir bagi memberikan sokongan.
Sebuah video yang dimuat naik ke laman Twitter-nya telah menarik perhatian netizen. Menerusi video tersebut Al Jufferi menangis teresak-esak memohon maaf kepada beliau.
Kamu tetap pemenang di mata dan hati kami semua brother Al Jufferi. Jangan sesekali minta maaf. NEVER. Saya tidak akan terima. Saya berdiri teguh bersama anda, pewira kita.
Inshaallah, Allah will reward you in many more ways brother. #MalaysiaBolehpic.twitter.com/mmGenfJRRC
Tersentuh dengan kesungguhan Al Jufferi, Syed Saddiq memeluk dan menenangkan Al Jufferi yang jelas kelihatan cukup kecewa dengan keputusan perlawanan tersebut.
Jelas Syed Saddiq;
“Kamu tetap pemenang di mata dan hati kami semua brother Al Jufferi. Jangan sesekali minta maaf. NEVER. Saya tidak akan terima. Saya berdiri teguh bersama anda, pewira kita. Inshaallah, Allah will reward you in many more ways brother.”
Rata-rata pengguna Twitter memberikan kta-kata sokongan yang tidak berbelag bahagi kepada Al Jufferi. Walau apapun keputusannya, dia adalah wira negara! REMAJA turut kagum dengan semangat serta kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh Al Jufferi dan juga kontinjen pasukan pencak silat negara.
Kudos juga kepada Syed Saddiq yang telah turun padang memberikan kata-kata semangat kepada wira-wira negara tidak kiralah sama ada mereka menang atau kalah. Keranamu Malaysia!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bumi berdepan situasi getir apabila ada berita yang tersebar luas mengenai sebuah asteroid bersaiz bangunan Burj Khalifa yang akan melintasi Bumi. Ada juga menambah dengan mengatakan ia berpotensi akan berlanggar dengan Bumi esok?
Serius la apa yang akan berlaku pada bumi?
Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) secara rasmi mengklasifikasikan ‘asteroid pembunuh’ yang bakal berselisih dengan bumi pada Sabtu, 15 Februari, sebagai Asteroid Yang Berpotensi Menyebabkan Bahaya (PHA).
Bagaimanapun menurut NASA, asteroid itu dijangka berselisih dengan bumi pada jarak sekitar 0.038 mengikut unit astronomi, dimana pergerakkan itu tidak akan menyentuh bumi.
“Tiada bahaya,” kata pengarah Pusat Pengajian Objek Berhampiran Bumi di NASA, Paul Chodas kepada Herald.
“Kami telah memantau asteroid ini bertahun lamanya, dan kami arif tentang orbit laluannya,” katanya lagi.
Pertembungan asteroid seterusnya dijangka berlaku pada Jumaat, 13 April 2029 selepas asteroid Apophas bersaiz 300 meter menghampiri bumi, namun ia tidak menghentam bumi seterusnya menyebabkan kemusnahan.
So kita sebagai seorang Islam mari la berdoa di hari Jumaat ini agar tiada apa yang buruk akan berlaku pada bumi ini esok…
Sumber: AWANI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Inilah comeback yang paling dinanti-nantikan oleh peminat K-pop.
Big Bang menerusi ahlinya, Taeyang telahpun mengumumkan bahawa mereka akan melakukan comeback pada bulan April ini sempena festival muzik, Coachella di Amerika Syarikat.
Dijadualkan berlangsung pada 10 dan 17 April kelak, ramai yang menantikan berita baik ini setelah ahli kumpulan Big Bang, G-Dragon dan Daesung menamatkan latihan ketenteraan mereka pada tahun lalu.
Walaupun kita masih tidak tahu hala tuju Big Bang selepas ini, lebih-lebih lagi dengan skandal yang melanda YG Entertainment serta pemergian Seungri daripada kumpulan itu, peminat Big Bang yang menggelar diri mereka sebagai VIP masih setia menanti.
*
Satu persoalan yang ketara adalah jika Seungri bakal bergabung semula dengan abang-abangnya ataupun kekal dengan keputusannya untuk meninggalkan Big Bang serta dunia K-Pop for good ?
You know why, Seungri…
Apapun, comeback ini adalah petanda kemunculan semula Big Bang dengan vibe, semangat dan kemungkinan juga dengan lagu baru.
Mengapa tidak, Coachella adalah festival muzik terbesar dan paling popular di dunia.
Memandangkan Big Bang mampu berbahasa Inggeris, mungkin mereka tidak memerlukan translator semasa konsert tersebut. Tapi korang pernah tak terfikir apa perasaan menjadi translator K-Pop di hadapan ribuan penonton?