Dilahirkan pada 6 Disember 1992, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merupakan menteri termuda yang dilantik pada usia 25 tahun.
Ketua Pemuda Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ini suatu ketika dahulu pernah menjadi bualan netizen apabila dia menolak tawaran untuk menyambung pengajian di Universiti Oxford, UK untuk fokus dalam bidang politik.
Siapa sebenarnya Syed Saddiq ni?
Pemuda ini pernah mendapat anugerah pendebat terbaik Asia semasa mewakili Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam Kejohanan Debat Bersatu Asia (UADC) di Bali suatu ketika dahulu.
Banyak pengalaman manis yang di kecapi sepanjang menceburi bidang pendebatan. Oleh kerana kelantangan suaranya, Syed Saddiq pernah dilarang untuk membuat perkongsian di empat buah universiti Malaysia.
Sebelum ini lagi, beliau sudah mendapat perhatian umum dengan statusnya yang sering mempersoalkan dan mengkritik beberapa pihak tentang isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Secara kasar rasanya semua orang mengenali anak muda ini kerana kelantangannya bersuara. Tapi, di sebalik personaliti pemuda ini, ada 6 perkara yang mungkin korang tak pernah tahu tentang dirinya.
Ads
1. Enam tahun yang lalu, beliau merupakan seorang yang sangat berbeza daripada dirinya hari ini. Boleh berbahasa Inggeris tetapi tidaklah pandai mana. Syed Saddiq tidak pernah dapat A dalam subjek Bahasa Inggeris walaupun kertas ujian bahasa ini tidaklah terlalu sukar.
Ilmunya juga tidak setinggi mana. Dia pernah menganggap Africa adalah negara dan Mesir merupakan sebuah benua. Pernah menyebut recipe sebagai ‘reh-sip’.
2. Tidak malu untuk mengaku bahawa beliau seorang ‘anak emak’. Ibunya seorang guru dan beliau juga pernah membantu ibunya mengajar tuisyen. Pada masa yang sama dapat mendidiknya menjadi seorang yang tegas.
3. Pada suatu ketika dahulu, Syed Saddiq seorang yang racist dan bersifat perkauman sehingga menganggap orang yang tidak solat akan dibakar di neraka dan dirinya hanya bergaul dengan orang Islam saja.
Ads
Ada yang mengatakan bahawa jika seseorang itu mempunyai sifat ‘racist’ dan tidak boleh berubah, korang silap. Syed Saddiq adalah antara mereka yang dulunya bersikap perkauman tetapi telah berjaya berubah.
4. Beliau berpendapat bahawa titik perubahan di Malaysia bukanlah melalui military tetapi politik. Baginya, jika ingin mengubah nasib negara, beliau harus mengambil bahagian dalam politik.
Tidak semestinya menjadi seorang ahli politik, tetapi beliau boleh menjadi aktivis dengan menghadirkan diri dalam setiap wacana politik.
5. Syed Saddiq berpegang pada kata-kata ibunya yang mana jika ada apa-apa yang berlaku pada dirinya, orang pertama yang berada di barisan hadapan untuk menyokongnya adalah ibunya sendiri.
Ibunya juga turut memberitahu, beliau tidak memerlukan sokongan Tun Mahathir, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng atau Rafizi Ramli sekali pun. Syed Saddiq percaya beliau hanya perlukan sokongan daripada ibu tercinta kerana menganggap ibu adalah seorang wanita hebat.
6. Syed Saddiq juga berpendapat bahawa semua mempunyai matlamat yang sama iaitu menyelamatkan Malaysia melalui rasa cinta dan nasionalisme. Bukan hanya mengenai Mahathir, bukan saja tentang perkara itu dan ini tetapi ia adalah mengenai semua rakyat Malaysia dari semua latar belakang tanpa mengira ideologi dan agama mereka.
Baru berusia 26 tahun, nama Syed Saddiq sudah hangat diperkatakan dalam dunia politik. REMAJA doakan agar perjuangan anak muda ini tidak berhenti disini dan terus membela nasib golongan belia untuk masa hadapan
Sejak dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini nampaknya semakin ramai yang turut serta membuat rakaman menggunakan aplikasi TikTok. Mungkin ia adalah cara buat untuk menghiburkan diri di kala gusar dengan penularan wabak Covid-19.
Pelbagai versi dicuba oleh ramai sempena musim kuarantin ini, dari lip-sync, aksi komedi dan video menari dan macam-macam lagilah. Tapi apa hukumnya buat Tiktok ni dalam Islam?
Di Malaysia, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan meletakkan hukum dibolehkan untuk bermain TikTok dan laman media sosial yang lain sekiranya digunakan untuk perkara bermanfaat.
Hukum bermain TikTok
Pada dasarnya sebarang aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter, Youtube, WhatsApp, Instagram mahupun TikTok yang digunakan untuk perkara yang manfaat adalah dibolehkan. Hal ini bertepatan kaedah berikut :
الأصل في الأشياء الإباحة حتى يدل الدليل على التحريم
Maksudnya:” Pada asal sesuatu hukum itu adalah diharuskan, sehingga terdapat dalil ke atas pengharamnya
Pengguna yang bertanggungjawab mengurus sebarang aplikasi sama ingin memandu kepada jalan yang bermanfaat mahupun jalan yang membawa kerosakan. Justeru, hukum harus boleh berubah kepada hukum lain tertakluk cara pengguna mengendalikannya. Hal ini, situasi gambaran isu kadangkala boleh menatijahkan hukum yang berbeza berdasarkan kaedah umum yang menyebut:
الحكم على الشيئ فرع عن تصوره
Maksudnya: “Hukum terhadap sesuatu perkara merupakan cabang daripada gambarannya’
(Lihat al-Ta’rifat, (59); al-Kulliyyat, 290)
Antara penetapan hukum dalam hiburan seperti media sosial ialah:
Makruh, sekiranya hiburan itu tidak memberi sebarang kesan baik ataupun buruk kepada manusia kerana melakukan perbuatan yang tidak berfaedah.
Haram, sekiranya membawa keburukan kepada inidividu dan masyarakat. Ini seperti perbuatan yang bercampur dengan perkara yang diharamkan syarak
Dibenarkan dan digalakkan, sekiranya hiburan itu memberi kesan yang baik kepada individu dan masyarakat (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 3/521-522)
Untuk info, Tiktok merupakan aplikasi perkongsian video yang dimiliki oleh ByteDance yang bertapak di Beijing, TikTok diasakan pada 2012 oleh Zhang Yiming.
Digunakan untuk menghasilkan video tarian pendek, lip-sync, aksi komedi dan video seni, aplikasi yang dilancarkan di iOS dan Android ini kemudiannya berjaya dibawa keluar dan dipasarkan luar dari China.
Dilancarkan di pasaran China pada September 2016, TikTok kemudiannya menjalinkan kerjasama dengan aplikasi musical.ly dan menjadi boleh dicapai di Amerika Syarikat.
Selepas daripada jalinan kerjasama itu, populariti aplikasi TikTok ‘meroked’ dengan jayanya dan berjaya menjadi aplikasi paling banyak dimuat turun di Amerika Syarikat pada Oktober 2018, dan pada 2019, aplikasi ini tersenarai sebagai aplikasi ke-7 paling banyak dimuat turun dalam tempoh masa sedekad bermula 2010 hingga 2019 dan menjadi aplikasi nombor satu yang dimuat turun paling banyak di App Store pada 2018 dan 2019.
Tahniah kami ucapkan kepada 15 universiti tempatan kerana telah meningkatkan kedudukan dalam Times Higher Education (THE) 2021bagi universiti terunggul Asia.
Setiap tahun, Times Higher Education (THE) akan mengeluarkan senarai-senarai universiti terbaik di seluruh Asia. Dan kedudukan yang telah dikeluarkan semalam menyaksikan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang merekodkan lonjakan besar pada edisi tahun ini dengan menduduki tangga 200 teratas dari Malaysia di dalam carta ini.
Berbanding tahun lalu, 15 buah universiti tempatan tersenarai dalam Times Higher Education (THE) Asia University Rankings 2021 berbanding hanya lapan pada tahun lalu. Ini menunjukkan penngkatan sebanyak 13 anak tangga dan ia bolehlah dikatakan sebagai penanda aras untuk intitusi pengajian tinggi di Malaysia berdasarkan kedudukan dan status semasanya.
Lima daripada enam universiti berprestasi di Malaysia juga memperbaiki serta mengekalkan kedudukan.
Antaranya ialah Universiti Teknologi Petronas (UTP) naik 13 tangga kepada kedudukan 111, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) mengekalkan kedudukan di tangga ke-119.
Manakala Universiti Putra Malaysia (UPM) mendaki sembilan anak tangga ke-136 dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) naik 10 tangga untuk berada di kedudukan ke-150.
Walaupun Universiti Malaya (UM) turun enam tangga, namun ia tetap berada dalam kumpulan 50 teratas.
Jelas Ketua Pegawai Ilmu Times Higher Education, Phil Baty, kedudukan ini penting untuk mengukur kekuatan institusi pendidikan tinggi serantau. Beliau juga menyatakan perkara ini sangat menakjubkan melihat kedudukan universiti di Malaysia semakin meningkat dan ada juga mengekalkan kedudukan walaupun persaingan semakin hebat.
Menurut Phil mencapai kedudukan 50 teratas iaitu Universiti Malaya adalah satu kejayaan besar terutama untuk empat tahun berturut-turut membuktikan kekuatannya di peringkat tempatan, serantau mahupun global.
Tahun ini, sebanyak 551 universiti dinilai berbanding 489 pada tahun 2020. Tsinghua University dan Peking University di China menduduki tangga pertama dan kedua kedudukan tahun ini. Manakala National University, Singapura berada di tempat ketiga.
Ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa institusi pengajian negara kita juga setanding universiti di luar negara dan Malaysia juga mampu melahirkan para graduan yang berkualiti.
Apa-apa pun, sekali lagi kami mengucapkan syabas buat semua universiti yang tersenarai.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hangat diperkatakan oleh warganet terutama yang bergelar ibu bapa apabila Pakar Pendidikan mencadangkan Kementerian Pendidikan memulakan sesi persekolahan di Semenanjung bermula jam 8 pagi.
Menurut laporan Kosmo!, Pakar Pendidikan dari Pusat Kajian dan Kesejahteraan, Pendidkan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr. Anuar Ahmad berkata, cadangan itu adalah selaras atau meraikan konsep Malaysia Madani dan slogan ‘Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera’.
Tambahnya, kerajaan sepatutnya ada rasa belas kasihan dan empati pada keadaan guru-guru, ibu bapa dan anak-anak yang terpaksa bangun seawal pukul 4.30 pagi, selain langkah itu bagi membolehkan anak-anak sempat bersarapan bersama keluarga berbanding sebelum ini lebih kepada bergegas ke sekolah.
Cadangan itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi netizen di media sosial. Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata pengguna platform Twitter terutama ibu bapa bagaikan tidak setuju dengan cadangan tersebut selain meminta kerajaan mengubah silibus pembelajaran daripada mengubah waktu persekolahan itu.
Selain itu ada juga segelintir yang berpendapat cadangan untuk mengubah waktu tersebut agak tidak sesuai bagi ibu bapa yang keluar rumah seawalpagi bagi mengelak kesesakan jalan raya.
“Sekolah mula jam 8 pagi, macam itu yang bekerja kena mula jam 10 pagi ke? Pihak mana yang nak sekolah mula 8 pagi, jangan nak ubah-ubah sangatlah. Pergi ubah silibus murid darjah 1 itu, duk sibuk nak ubah waktu sekolah,” ciap seorang pengguna.
“Mula sesi jam 8 pun, majoriti ibubapa tetap keluar awal bekerja bagi mengelak kesesakan lalulintas. Bas dan van sekolah pun sama. Anak akan dihantar awal juga. Siapa akan menjaga murid yang dah sampai seawal jam 6.45 pagi? Guru?” tulis lagi pengguna lain.
“Mula pukul 8 pagi berebut dengan orang yang masuk kerja pukul 8. Confirm jalan sesak teruk. Dah lama mula sekolah 7.30 pagi, kenapa baru sekarang nak macam-macam?” ciap pengguan lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.