
Sekitar petang ini di Grup Pantai Dalam Community, tular sekeping gambar menunjukkan sekumpulan pelajar sekolah menengah menunjukkan di tangan mereka sudah dikenakan gelang tangan berwarna pink iaitu merujuk kepada individu yang berada di bawah pengawasan PUS Covid-19.
Dapat dilihat sekumpulan pelajar ini menunjukkan mereka sudah mengenakan gelang pink yang memberi makna perlu menjalani kuarantin selama dua minggu di dalam rumah dan hanya perlu berkurung di dalam bilik tanpa bertemu ahli keluarga lain.


Masa yang sama, dengan lebih 30 ribu ahli di dalam grup berkenaan, ada ahli-ahlinya yang bertanya benarkah ada pelajar sekolah menengah di komuniti tersebut positif COVID-19?
Dalam beberapa WhatsApp yang beredar di grup berkenaan, ada dakwaan pelajar kelas 5 Inovatif sudah diminta menjalani pemeriksaan swab hari ini dan kemudian dipakaikan gelang berwarna pink tersebut.

Malah dimaklumkan juga, pelajar berkenaan tinggal di flat kawasan perumahan berkenaan dan sebuah klinik di komuniti tersebut juga sudah sudah disanitasi kerana dikunjungi oleh pelajar berkenaan sebelum dirujuk ke PPUM kerana gejala-gejala dijangkiti COVID-19 ada pada pelajar berkenaan.
Sebagai sebuah grup komuniti dihuni ramai orang Melayu, Pantai Dalam sememangnya amat terkenal sebagai syurga makanan yang enak malah banyak restoran di kawasan ini tular di media sosial antara yang agak enak masakannya dan dicari individu “pemburu” makanan sedap.
Apa pun kita doakan jika benar ada pelajar dijangkiti, semoga semuanya cepat sembuh dan jika ia tidak benar, tidak perlu rasa panik. Apa yang penting jaga penjarakan sosial, sentiasa memakai mask dan sentiasa basuh tangan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 8 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/01/www.remaja.my-1-3.jpg)
2018 meninggalkan kita dengan pelbagai peristiwa pahit manis yang banyak menjadi teladan buat semua rakyat Malaysia.
Tak kurang juga dengan berita sedih yang kita terima sepanjang tahun ini.
Kisah mendiang adik Satiswaran menjadi satu tamparan buat masyarakat kerana kematiannya berpunca daripada sikap tidak bertanggung jawab masyarakat sekeliling.
Berikut merupakan coretan kisah ini yang berlaku sekitar Januari lalu.
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 9 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/12/2018.jpg)
Tiada apa lagi yang cukup menyedihkan bila mana seorang ibu melihat anak meninggal di depan mata sendiri.
Dengan cara kematian yang agak tragis, terpaksa menadah otak anak dengan kedua belah tangan sebelum anaknya rebah dipangkuannya, pengalaman inilah yang dilalui oleh Kasthuribai A/P M. Sattayappan, 45 tahun apabila anaknya mati di depan mata selepas terkena balingan sebuah kerusi pejabat dipercayai dari tingkat 21 Flat PPR Seri Pantai (Blok 102), Jalan Pantai Dalam, Kuala Lumpur dalam kejadian semalam.
Menceritakan kejadian lebih lanjut kejadian malam semalam yang membawa kepada kematian anak bongsunya, kata Kasthuribai, dia bersama mendiang anak bongsunya, Satiswaran turut ke bawah flat PPR itu kerana anaknya mahu membeli kad tambah nilai untuk membuat kerja sekolahnya.
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 10 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/01/IMG_20180116_100001-379x675.jpg)
Namun kad tambah yang dihajati tidak ada. Mendiang Satiswaran kemudian mendekati ibunya secara berhadapan di hadapan lif dan tanpa diduga, sebuah kerusi tiba-tiba melayang dari bawah dan tepat mengenai kepala mangsa sehingga terbelah.
“Ketika itulah otaknya terburai. Saya tadah dengan kedua belah tangan. Anak memandang muka saya tepat tapi kosong. Dia kemudian rebah di depan mata saya lalu saya menjerit meminta tolong,’ katanya ketika ditemui di rumahnya dalam satu ziarah oleh YB Nurul Izzah selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai yang menzahirkan rasa simpati.
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 11 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/01/blur.jpg)
Mengakui begitu sedih dan masih lagi trauma, berkali-kali dia bertanya soalan kepada barisan wartawan yang berada di sekelilingnya.
Tanya Kasthuribai, hari ini nyawa anaknya sudah pergi. Pergi kerana kerakusan dan sikap bodoh orang lain yang mengambil mudah membaling kerusi yang sudah rosak tanpa mahu menghantarnya ke ruang sampah di bawah.
“Ini bukan soal nyawa orang India. Bukan juga soal bangsa Melayu atau Cina tetapi kejadian ini melibatkan satu nyawa remaja yang langsung tidak berdosa kerana kecuaian orang lain.
“Hari ini anak saya kena. Kalau esok lusa, anak orang lain atau sapa-sapa kena, kenapa tiada tindakan dalam hal ini. Ini bukan kejadian pertama. Sudah banyak kes baling barang berlaku. Ada mangsa kena 16 jahitan, ada kena 6 jahitan. Kita semua ada hati. Hari ini anak saya sudah mati. Nyawanya tak mungkin boleh datang semula. Tapi apa kita boleh buat? Apa peranan kita semua,” soalnya bertalu-talu.
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 12 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/01/IMG_20180116_095829-1024x575.jpg)
Mengakui masih lagi trauma dan kesedihan kerana kehilangan anak bongsu dari dua beradik itu, kata Kasthuribai, mendiang anak bongsunya itu memang baik.
“Dua hari sebelum ini, selepas balik dari sekolah, dia tolong bersihkan ruang tamu rumah yang sudah digenangi air akibat tempias hujan dari tingkap yang sudah reput. Air penuh sampai ke ruang tamu. Tanpa sempat makan dan salin pakaian, dia bersihkan rumah dahulu. Mop satu rumah. Tengoklah, bila hujan, air masuk ke dalam rumah,”katanya sambil menunjukkan kerosokan tingkap yang sudah mulai mereput akibat tempias hujan.
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 13 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/01/IMG-20180116-WA0005.jpg)
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 14 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/01/IMG_20180116_102819-1024x575.jpg)
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 15 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/01/IMG_20180116_104635-1024x575.jpg)
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 16 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/01/IMG_20180116_101640-1024x575.jpg)
Bukan saja terkenal sebagai budak baik malah mendiang anaknya itu akan mencuci ruang koridor rumah mereka jika terdapat najis haiwan selain sisa kencing orang dewasa yang sengaja membuang air kecil di tangga berkenaan.
“Anak saya yang baik sudah tiada. Siapa mahu menggantikan nyawanya yang sudah tiada akibat kecuaian orang lain. Anak saya menjadi mangsa sikap orang lain,” katanya dalam nada tangis bertalu.
Mungkin masih trauma dan kesedihan berpanjangan, semasa kunjungan ini Kasthuribai yang bekerja sebagai tukang masak di Chile Bangsar tiba-tiba rebah sehingga mengakibatkan keadaan menjadi panik.
Dia yang dipercayai mempunyai sakit jantung rebah sebelum dipapah oleh YB Nurul Izzah yang berada di ruang berdekatan.
Buat masa ini mendiang Satiswaran masih lagi di tempatkan Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa untuk upacara pengkebumian.
Malah pelaku yang mencampakkan kerusi dipercayai dari tingkat 21 masih belum ditangkap oleh pihak berkuasa kerana pihak forensik mahu mencari dna di kerusi sebelum menahan pelakunya.
Remaja turut difahamkan oleh nenek mendiang yang tinggal di tingkat 21, dia tahu dan kenal kerusi yang dibaling tepat mengenai kepala cucunya itu adalah milik jirannya yang diletakkan di ruang siar.
“Tapi saya tak tahu dia sudah kena tangkap atau tidak. Tapi kerusi itu memang ada sebelah rumah saya sebelum ini,” katanya mendakwa, pelakunya adalah golongan dewasa dan bukan kanak-kanak kerana kerusi berkenaan agak berat.
Saya akan bawa isu ini ke Parlimen dan meminta jaring keselamatan dipasang di bawah lif
Berasa simpati dengan kejadian yang menimpa mendiang Satiswaran, YB Nurul Izzah memaklumkan, dia akan membawa isu tentang soal keselamatan flat-flat di bawah selenggaran DBKL ini ke Parlimen pada sidang parlimen Mac akan datang.
“Bagi saya, soal keselamatan adalah penting bagi semua orang. Ini mungkin kes melibatkan kematian pertama, namun kita mahu budaya membuang sampah ini yang boleh membahayakan nyawa orang lain dipandang serius oleh semua pihak kerana kita tahu mahu isu ini berulang. Kita berasa simpati dan saya akan mendapatkan semua maklumat lengkap mengenai isu ini bersama pihak berkuasa,” katanya menegaskan, untuk langkah awal dan pertama, adalah lebih baik jaring keselamatan dipasang di bawah flat demi menjamin kesejahteraan semua penduduk.
Baling barang perangai biasa penduduk Flat PPR ini
Remaja turut mendapatkan pandangan dari Ketua Blok 100 Flat PPR Seri Pantai, Azaman bin Agam mengenai sikap buang sampah dari atas blok tanpa turun ke tempat pembuangan sampah.
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 17 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/01/IMG_20180116_103927.jpg)
“Soal buang barang dah jadi perkara biasa bagi mereka yang suka mengambil kesempatan ini. ada yang baling tayar, rim motor, batu bata, kaca, gelas dan banyak lagi. Kejadian orang pecah kepala akibat terkena barangan dibaling sudah banyak kali berlaku. Ada menerima 16 jahitan dan lain-lain lagi.
“Biasa selaku ketua blok, saya akan berkomunikasi dengan ketua tingkat. Jika kita temui sampah diletakkan di siar kaki, kita akan buka dan tengok jika ada dokumen yang boleh kita serah kepada pejabat di DBKL di ruang bawah.
“Sudah beberapa kali saya lihat penguatkuasa DBKL pergi ke rumah mereka yang suka membaling sampah ini. Biasanya mereka akan diberi amaran dahulu sehingga beberapa kali. Kemudian lisan dan jika berterusan diusir dari rumah sewaan mereka,”katanya ketika ditemui dan memaklumkan terdapat 984 buah rumah bagi kedua-dua blok.
Menyifatkan tidak timbul isu sukar membuang sampah ke ruang buang sampah, Azanan berkata, sikap mementingkan diri sendiri adalah mengapa isu ini tidak pernah selesai sejak dulu lagi.
Saksikan video ini bagaimana ibu mangsa tidak dapat menahan tangisannya…
*****
Sememangnya perkara seperti ini tidak akan berlaku jika masyarakat kita tidak bersikap pentingkan diri sendiri. Kecuaian orang lain menjadi satu kemalangan buat insan yang tidak berdosa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
KPM Ambil Tindakan : Guru ‘Bergurau’ Tentang Rogol Dipindahkan Ke..

Selepas beberapa minggu berlalu, warganet Malaysia masih hangat membincangkan isu mengenai keselamatan di sekolah yang berpunca daripada gurauan keterlaluan seorang guru kepada pelajarnya.
Terdahulu, seorang guru Pendidikan Fizikal didakwa telah mengutarakan gurauan mengenai topik rogol semasa sedang mengajar di hadapan kelas. Isu tersebut dibawa ke hadapan oleh seorang pelajar bernama Ain Husniza Saiful Nizam menerusi akaun TikTok dan telah memperolehi perhatian sejagat sehingga ke pihak ahli politik serta media massa tempatan.
ARTIKEL BERKAITAN : Pandelela Faham Isu Gangguan Dihadapi Ain, Dunia Sukan Pun Ada – REMAJA
Biarpun begitu, warganet mempersoalkan mengenai status isu terbabit apabila pihak berkuasa seakan tidak memberikan respon atau mengambil tindakan pantas dalam kes ini. Tambah mendukacitakan lagi apabila pengetua sekolah terbabit didakwa telah meninggalkan komen berbaur kecaman di Facebook Ain Husniza setelah pelajar itu berani bertindak ke hadapan dan terus-menerus menggerakkan kempen atas talian yang dikenali sebagai #MakeSchoolASaferPlace.
Hari ini, akhirnya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberikan respon dengan memaklumkan bahawa guru terbabit telahpun dipindahkan ke Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sementara kes masih disiasat oleh pihak polis.
“KPM mengambil maklum bahawa laporan polis oleh seorang murid Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA) mengenai perkara ini telah dibuat pada 24 April 2021. Memandangkan insiden tersebut dalam siasatan polis, KPM tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan sepanjang tempoh siasatan.
“Tindakan KPM seterusnya bergantung kepada hasil siasatan kes ini.”
Sementara itu, isu komen yang dikeluarkan oleh Pengetua SMKPA terhadap Ain menerusi Facebook juga telah diteliliti oleh pihak KPM. Kementerian mengesahkan bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh pengetua terbabit di Balai Polis Kuala Selangor untuk menafikan bahawa komen berkenaan telah dimuat naik oleh beliau. Beliau juga mengesyaki akaunnya itu telah digodam oleh pihak lain.
Surat Amaran
Pendedahan Ain mengenai Surat Amaran Pertama yang diperolehinya daripada pihak sekolah berkenaan ketidakhadiran selepas isu ini tercetus juga telah menjadi topik perbualan warganet yang mengecam tindakan sekolah terbabit.
Di sini, KPM menjelaskan mengenai rasional di sebalik pemberian surat tersebut kepada pelajar tersebut.
“Pemantauan kehadiran murid ke sekolah dilaksanakan melalui Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM). Sekiranya murid tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut atau sepuluh hari tidak berturut-turut tanpa mengemukakan sebarang sebab secara bertulis kepada pihak sekolah, guru melalui sistem ini akan menjana Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran Ke Sekolah: Amaran pertama.
“Surat ini dikeluarkan bagi memastikan ibu bapa/penjaga dan pihak sekolah cakna akan kehadiran dan keberadaan murid semasa sesi persekolahan,” catat kenyataan itu lagi.
Betul lah tu guys. Sistem yang sama rata dan saksama digunakan ke atas semua pelajar tidak kira apa alasan mereka untuk tidak hadir ke sekolah.
Ain Husniza sebelum ini berkata bahawa dia tidak lagi hadir kerana takut akan keselamatan dirinya setelah menerima beberapa ancaman daripada pihak pelajar sendiri setelah video aduannya di media sosial tular.
BACA LAGI : Akibat Berani Bersuara, Pelajar Ini Terima Ancaman Rogol Dari Rakan Sekolah Pula – REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Jika Amfibia Haiwan Dua Alam, Apa ISTILAH Untuk Lelaki LAMAR Teman Lelaki? Bukan Gay & Doktor Ini Beri Penjelasan

Kecoh jugakan bila teman lelaki kepada Safiey Elias “melamar” kekasihnya itu dengan menghulurkan sebentuk cincin di mana perlakuan ini dianggap kononnya bersifat amat romantik. Perlakuan jelik itu sengaja ditunjukkan di media sosial seolah-olah ingin memaklumkan mereka pasangan paling bahagia dengan “cinta palsu”. Biar dikecam tetapi nampak keduanya bagai kalis peluru dan buat tidak kisah.
Namun perangai teman lelaki Safiey yang membuat lamaran kepadanya mendapat perhatian dari seorang pensyarah juga seorang penulis yang lebih dikenali sebagai Dr Syahr Musafir di fbnya yang telah menulis tentang panggilan dan istilah kepada pasangan yang melamar teman lelakinya.
Jika pedofilia dikaitkan dengan lelaki yang cenderung kepada kanak-kanak sebagai objek seks, amfibia bagai haiwan yang boleh hidup didarat dan air tetapi lelaki yang tertarik kepada lelaki dan membuat lamaran dipanggil AMBIPHILIA! HOKAY, jom belajar istilah-istilah baru ini, jangan nanti bila tengok lelaki couple dengan lelaki kita tahu hanya sebut GAY sahaja.

Saya lihat video seorang lelaki melamar Safiey Ilias. Alahaiiiiii kesian la pula.
Safiey sendiri mengaku dirinya dilahirkan sebagai lelaki, kemudian menjadi perempuan, kemudian ‘bertaubat’ menjadi lelaki semula sambil melancarkan produk Perla King, kemudian menjadi perempuan semula sambil melancarkan produk Perla Shine. Entah berapa kali kemudian dah ni. Sekarang berstatus ‘perempuan’, Safiey dilamar oleh seorang lelaki untuk dijadikan sebagai suami. Eh, isteri. Eh?
Topik perbincangan hari ini tidak sepatutnya bercerita tentang siapa dan apa jantina Safiey. Semua orang sudah tahu siapa Safiey ini.
Tetapi topiknya harus ditujukan kepada lelaki pelik yang melamar Safiey itu. Lelaki gay adalah lelaki yang sukakan lelaki yang berperwatakan, berkelakuan dan berpakaian sebagai lelaki. Lelaki yang nak jadikan perempuan jadian sebegini sebagai pasangan hidup, dipanggil apa?
Saya membaca sebuah buku bertajuk “Androphilia, A Manifesto: Rejecting the Gay Identity, Reclaiming Masculinity” yang ditulis oleh Jack Donovan. Di Amerika Syarikat, Jack ini memang terkenal sebagai seorang penulis yang lantang mengkritik feminisme dan membantah aktiviti homoseksual/gay. Saya anti-LgB+q jadi saya baca la…

Tanpa melihat kepada jantina diri sendiri, seseorang yang meminati seseorang yang berperwatakan keperempuanan tak kisahlah dia itu perempuan atau lelaki yang berperwatakan/berpakaian perempuan atau transgender dari lelaki kepada perempuan, ini dipanggil ginefil (English: Gynephilia). Jadi lelaki yang melamar Safiey adalah seorang ginefil.
Sedangkan Safiey seorang lelaki yang berperasaan, berperwatakan, berpakaian dan mahu berubah jadi perempuan, tetapi dia mempunyai perasaan suka terhadap seorang lelaki, Safiey dikategorikan sebagai androfil (English: Androphilia). Sebenarnya, terma asal adalah Safiey tetap seorang gay tetapi terma ‘lembut’nya adalah androfil.
Masyarakat Barat yang gay/lesbian atau homoseksual tak mahu digelar dengan gelaran sebegitu, jadi terma seperti androfil dan ginefil ini dicipta.
Jikalau amfibia bermaksud haiwan yang boleh tinggal di darat dan di air, ambifil (English: Ambiphilia) bermaksud seseorang manusia (tak kisah lelaki atau perempuan) yang mempunyai tarikan terhadap kedua-dua lelaki dan perempuan pada satu masa yang sama. Ini hanyalah terma kedua yang dicipta, bagi ‘menggantikan’ terma biseksual (meminati kedua-dua jantina).
Sebagaimana LgB+q adalah salah dan merupakan ‘penyakit’ yang memerlukan rawatan, androfil, ginefil dan ambifil ini adalah penyakit sama yang memerlukan bantuan.
Saya sebenarnya nak menulis tentang pedofil sebab tak setuju dengan kes lelaki umur 41 tahun menikahi budak perempuan berumur 11 tahun. Tetapi terfikir pasal androfil dan ginefil ini sebab tadi keluar video lelaki melamar Safiey di news feed saya.
Pelik-peliklah orang lelaki sekarang;
Punyalah ramai wanita dewasa, nak kahwin dengan budak perempuan kecil.
Punyalah ramai wanita dewasa, melamar si lelaki yang terang-terangan menjadi perempuan jadian.
Dunia sudah tua, makin menghampiri penghujung, akhir zaman… 🙁 🙁 🙁
Dr Syahr Musafir
Pn Rahimah AR
01/07/2018 #InspirasiDrSyahr #KisahMasyarakat
Silakan #SHARE. Diizinkan 100%.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

