Walaupun sudah menjadi antara jenama favorite makanan dan minuman masyarakat di Malaysia, namun masih lagi ada yang menyebarkan berita-berita palsu bahawa status restoran Starbucks adalah tidak halal.

Menurut laporan Kosmo, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan Starbucks Malaysia adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang masih sah. Ia secara tidak langsung menafikan dakwaan mesej tular di aplikasi sosial WhatsApp baru-baru ini.

Tular Mesej Di Aplikasi WhatsApp, Jakim Sahkan Starbucks Masih Pemegang Sijil Halal Malaysia
Sumber: Kosmo

Jakim menjelaskan bahawa dakwaan itu kembali tular dan ia sudah dijelaskan oleh pihak mereka sejak tahun 2016 lagi.

“Minggu ini pihak kami menerima banyak pertanyaan dari pengguna media sosial khususnya di Facebook Bahagian Hab Halal, Jakim dan talian WhatsApp BPH Jakim,”
“Pengguna media sosial banyak bertanyakan berkenaan status halal premis makanan Starbucks Malaysia,” jelas mereka.

IKLAN

Kemusykilan itu berpunca daripada tuduhan pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa bahawa premis makanan berkenaan telah disahkan haram oleh Jakim.
Jakim berkata, pengguna juga boleh memperoleh informasi dan penjelasan berkenaan status halal secara terus dari pihak syarikat menerusi pautan https://starbucks.com.my/our-halal-policy.html.

Tular Mesej Di Aplikasi WhatsApp, Jakim Sahkan Starbucks Masih Pemegang Sijil Halal Malaysia
Gambar hiasan

Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati sebelum menyebarkan sesuatu berita atau mesej tular berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya.

IKLAN

Orang awam boleh merujuk pihak berautoriti agar tidak terjebak ke kancah fitnah, salah faham sesama ummah dan menjejaskan keharmonian negara.

Pengguna juga digalakkan mengutamakan produk atau premis makanan yang memiliki SPHM yang sah kerana ianya dijamin halal dan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat.

IKLAN

Situasi seperti ini memang sering terjadi apabila terlalu percaya dan cepat menularkan sesuatu perkara yang tidak pasti. Seeloknya ambil tahu atau semak dengan pihak bertanggungjawab untuk menjawab persoalan korang itu.

Tak pasti, jangan kongsi!

Sumber: (1)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI