Tiada istilah orang kenamaan atau pilih kasih kerana undang-undang. Selepas tular isu menghadiri satu jamuan di Maahad Tahfiz Quran Lid Dakwah Wal Imamah di Lenggong dan viral di media sosial, hari ini Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali dan Exco Perak, Razman Zakaria masing-masing didenda maksimum RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Gerik hari ini kerana melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) 2 minggu lalu.
Bernama melaporkan Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-duanya mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan serentak oleh jurubahasa mahkamah.
Kedua-duanya didakwa bersama 13 individu lain melanggar Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
Gambar ini tular di media sosial membawa kepada persoalan orang ramai mengapa PKP dilanggar. Akhirnya ia dibawa ke mahkamah dan didenda hari iniTimbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali dan Exco Perak, Razman Zakaria masing-masing didenda maksimum RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Gerik hari ini kerana melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) 2 minggu lalu.
Mereka semua kemudiannya membayar denda itu.
Ads
Pada 18 April lalu, Azmi memuat naik gambar beliau bersama Razman dan beberapa individu menghadiri satu jamuan di Maahad Tahfiz Quran Lid Dakwah Wal Imamah di Lenggong.
Azmi yang juga ahli Parlimen Bagan Serai kemudiannya memohon maaf atas kesilapan itu selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.
Ads
Razman yang juga Adun Gunung Semanggol dan pesuruhjaya PAS Perak turut memohon maaf menerusi Facebooknya dan memberi keterangan di IPD Kerian.
Terdahulu, Azmi serta Razman tiba serentak pada 9.20 pagi tadi.
Ads
Kawalan di sekitar mahkamah diperketatkan dengan kehadiran polis, selain media yang mula tiba seawal 7 pagi tadi bagi membuat liputan prosiding kes itu.
Bagi remaja, jangan sesekali ingkar PKP ya kerana kita sekarang dalam proses untuk meredakan wabak COVID-19 dari terus merebak. So stay at home.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cubaan seorang pengebom bunuh diri untuk meletupkan stesen keretapi bawah tanah Manhattan dua hari lalu gagal apabila bom paip buatan sendiri itu malfungsi dan gagal meletup sepenuhnya. Pengebom berkenaan, Akayed Ullah, 27, merupakan satu-satunya individu yang mengalami kecederaan serius manakala tiga lagi mangsa dilaporkan mengalami cedera ringan.
Akayed mengalami kecederaan parah selepas bomnya gagal meletup sepenuhnya
Dalam kancah politik antarabangsa di mana ramai umat Islam mengalami diskriminasi terutamanya yang bermastautin di negara-negara Barat, tindakan lelaki ini sudah pasti menebalkan lagi rasa benci dan takut terhadap penganut agama Islam yang sering dikaitkan dengan kegiatan pengganas.
Bukan ISIS, Bertindak Berseorangan
Akayed Ullah berasal dari Chittagong, Bangladesh dan masuk ke Amerika Syarikat bersama kedua ibu bapa dan saudara kandung pada 2011 menggunakan visa imigran. Dia juga sudah mendapatkan status penduduk tetap (permanent resident) AS dan menetap di Brooklyn, New York City, selain bekerja sebagai seorang pemandu teksi dan mempunyai permit yang telah luput.
Jurucakap Rumah Putih, Sarah Sanders memaklumkan bahawa Akayed memasuki AS dengan visa F43. Ini bererti Ullah adalah anak dari seseorang yang mendapatkan visa F41, yang diperuntukkan bagi mereka yang merupakan kakak atau adik dari seorang warga negara AS yang berusia bawah 21 tahun.
Pasukan yang menyiasat insiden tersebut percaya bahawa Akayed bertindak berseorangan, namun masih lagi meneliti bukti-bukti yang dikumpulkan. Akayed dilaporkan memilih lokasi berkenaan kerana mempunyai poster-poster bertemakan Hari Krismas, motif yang mirip serangan-serangan di Eropah, dan turut memberitahu penyiasat bahawa tindakannya itu sebagai membalas dendam kepada serangan udara AS ke atas ISIS di Syria dan tempat lain. Walaupun serangan Akayed terinspirasi daripada ISIS, dia dilaporkan tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kumpulan berkenaan.
Polis Bangladesh pula menyatakan, kali terakhir Akayed mengunjungi Bangladesh pada 8 September lalu. Jeneral Polis di Bangladesh, AKM Shahidul Haque mengesahkan bahawa Akayed tidak ada rekod jenayah sebelum ini.
Suspek warganegara Bangladesh itu telah didakwa atas tiga pertuduhan iaitu memiliki senjata, menyokong aktiviti keganasan serta melakukan ancaman keganasan terhadap orang awam.
Tidak dapat dipastikan niat sebenarnya. Suspek itu dilaporkan telah memberi amaran kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum melakukan serangan pada Isnin. Lelaki ini telah menulis di Facebooknya bahawa Trump adalah punca atas kegagalan melindungi negara.
Kawasan sekitarnya dikawal rapi selepas kejadian pengeboman ini
Tindakannya mencetuskan kegemparan dan siasatan menyeluruh dilakukan
Respon Donald Trump
Susulan serangan berkenaan, Presiden AS, Donald Trump mengulangi pendiriannya yang mahu sistem imigresen di negara itu dirombak sepenuhnya bagi mengawal kemasukan pendatang asing termasuk mengetatkan syarat pemberian visa.
Isnin lalu dalam kenyataan pertamanya selepas insiden tersebut, Presiden Trump menyelar sistem imigresen AS kini yang membenarkan bukan ahli keluarga terdekat menerima Kad Hijau.
“Kemudaratan sistem ini terhadap keselamatan dan ekonomi Amerika telah lama jelas,” katanya dalam satu kenyataan. “Saya nekad untuk mempertingkat sistem imigresen kita demi mengutamakan negara ini dan rakyatnya terlebih dahulu.”
Buat masa ini, Bangladesh tidak termasuk enam negara yang terkena larangan masuk ke Amerika berikutan kebimbangan Presiden Trump terhadap ancaman pengganas yang dikatakan berpunca dari negara Islam.
“Tindakan Tidak Mewakili Islam” – Warga Bangladesh Di AS
Meskipun membenci penindasan terhadap Islam, rakyat Bangladesh di negara AS bertegas bahawa tindakan Akayed Ullah itu langsung tidak mewakili negara mereka dan agama Islam.
Tiada yang cedera kecuali dirinya sendiri dan dua anggota polis
Tindakan Akayed itu bagaikan membuka tirai kebencian buat pemimpin dan penduduk negara Uncle Sam itu terhadap mereka.
Masyarakat Bangladesh di Brooklyn bimbang kerajaan akan ‘menghukum’ keseluruhan pendatang Bangladesh lantaran tindakan individu bernama Akayed itu.
“Kami tidak menyokong tindakan ini. Siapa yang tergamak melakukan perkara sebegini” kata Fazlul Karim, salah seorang pendatang Bangladesh di Brooklyn.
Fazlul malah mendesak keadilan ditegakkan dan sesiapa yang melakukan tindakan seumpama itu menerima hukuman sewajarnya.
Sementara itu seorang lagi pendatang Bangladesh di Brooklyn Sultan Ahmed meminta agar tindakan Akayed itu tidak dikaitkan dengan Islam.
“Islam menyeru kepada keamanan. Islam memberi kehidupan, menyelamatkan kehidupan. Muslim sejati tidak akan melakukan pekara ini,” jelas Sultan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat rakyat Malaysia, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menjelaskan bahawa kita semua ada kemampuan untuk menjayakan fasa peralihan ke endemik kerana sudah terbukti tiada peningkatan mendadak kes positif COVID-19 direkodkan selepas sambutan Aidilfitri tempoh hari.
Khairy mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia daripada segi tingkah laku yang baik pada Fasa Peralihan ke Endemik ini.
“Tahniah rakyat Malaysia. Kita melihat dari segi tingkah laku rakyat Malaysia sangat baik dalam fasa peralihan endemik. Di kawasan terbuka luar pun masih lagi pakai pelitup muka,”
Foto: The Star (Gambar hiasan)
“Jadi maknanya rakyat Malaysia sudah tahu macam hendak hidup dengan COVID-19 dan mereka juga tahu sekiranya ada gejala, jangan keluar, jangan campur dengan masyarakat untuk asingkan diri,”
“Jadi nampak rakyat Malaysia memang ada kemampuan untuk menjayakan peralihan ke endemik ini,” jelas Khairy
Kenyataan itu dibuat bagi mengulas jangkaan sesetengah pihak yang meramalkan kes COVID-19 akan naik mendadak selepas Aidilfitri ini. Namun, selepas dua minggu dilaporkan keadaan masih terkawal dan tiada peningkatan mendadak berlaku.
Tambahnya lagi, faktor vaksinasi juga turut mendorong kejayaan Malaysia membendung wabak berkenaan dan membantu mengurangkan kesan yang buruk kepada pesakit COVID-19.
Syukur kes COVID-19 nampaknya semakin berkurangan. Semoga ia terus kekal tidak mencatatkan peningkatan, namun kita masih lagi perlulah sentiasa berjaga-jaga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jepun negara yang kaya dengan budaya dicontohi oleh masyarat dunia. Malah, ramai rakyat Malaysia yang memilih Jepun sebagai tempat menarik untuk melancong.
Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga’. Kerana yang sedikit, rosak yang banyak. Itulah pepatah yang boleh disamakan dengan perbuatan dua orang rakyat Malaysia yang meletakkan kenderaan secara bertindih atau ‘double park’ telah mencetuskan kemarahan rakyat Jepun.
Walaupun isu parkir berganda atau ‘double park’ sering terjadi di negara kita dek sikap mementingkan diri sesetengah pemandu. Namun ia , tidak bermakna budaya tersebut diterima di negara lain, terutama di Jepun di mana isu parkir sangat sensitif.
Gambar sekadar hiasan
Di Jepun, pemilik kenderaan tidak dibenarkan meletakkan kenderaan mereka sesuka hati, menjadikan tindakan ini lebih dikecam.
Seorang pengguna di X menyatakan bahawa budaya parkir bertindih kini mendapat perhatian rakyat Jepun sehingga satu kejadian ‘double park’ oleh rakyat Malaysia telah menjadi berita utama di sana.
“Rakyat Malaysia di mention dalam news dekat Jepun ni sebab parking dekat parking space macam ni dan menimbulkan kemarahan rakyat Jepun.
“Ada designated parking space berbayar. Takde istilah double park. Sebab hal ni, ramai orang Jepun marah2 rakyat Msia dekat internet,” kata pengguna X tersebut.
Difahamkan kejadian yang dilaporkan dalam berita di Jepun itu berlaku berhampiran Matsumoto Castle di Aichi Prefecture dan melibatkan sebuah kereta yang disewa oleh sekumpulan wanita Malaysia.
Insiden tersebut bermula apabila sebuah kereta di hadapan ingin keluar, tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana kereta sewa milik wanita Malaysia itu telah menghalang jalan utama.
Sementara itu, pemilik kereta di belakang mendakwa bahawa wanita Malaysia tersebut telah meminta beliau mengundurkan keretanya untuk memudahkan mereka keluar.
Rakyat Malaysia di mention dalam news dekat Jepun ni sebab parking dekat parking space macam ni dan menimbulkan kemarahan rakyat Jepun. Ini parking berbayar yang dah ada space utk setiap kereta, dan tak boleh double park macam ni. Kenapa buat camni sampai menyusahkan orang ya 😩 https://t.co/E396MRjyQrpic.twitter.com/t92bQVC6zH
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...