Wang, tenaga, teknologi dan tentunya situasi terdesak memungkinkan apa saja terjadi, termasuklah membina sebuah hospital dalam tempoh kurang seminggu!
Itulah perkembangan terbaru di Wuhan China dalam usaha untuk merawat para pesakit wabak Virus Korona.
Kerajaan China mengumumkan pembinaan sebuah hospital khas yang sedang berlangsung di Wuhan. Menariknya, ia hanya akan memakan masa seminggu saja untuk disiapkan!
Ads
Hospital sebesar 25,000 kaki persegi ini akan menempatkan 1000 katil. Rahsia di sebalik pembinaan pantasnya pula terletak pada kaedah pembinaan pasang siap (IBS) yang lebih pantas, mudah dan menjimatkan.
Semalam tular foto dari udara yang menunjukkan 35 jentera pengorek dan 10 jentolak sedang giat melakukan kerja di tapak pembinaan.
Ads
Ini bukanlah kali pertama China membina bangunan pada kadar segera.
Pada tahun 2003 semasa dunia dilanda wabak SARA, Hospital Xiaotangshan berjaya dibina di Beijing dalam masa seminggu saja. Malah hospital terbaru di Wuhan ini juga menggunakan pelan pembinaan yang sama dengan Hospital Xiaotangshan.
Sehingga kini 25 kematian dan lebih 900 kes telah dilaporkan. Kebanyakannya tertumpu pada daerah di China selain negara lain seperti Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Thailand, Taiwan dan Singapura.
Sumber: Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang bertugas di belakang akaun media sosial milik Universiti Teknologi MARA (UiTM), korang memang mempunyai hati yang kental!
Susulan video tular pada hari ini membabitkan seorang pensyarah kontrak berpangkat profesor yang memperlekehkan seorang pelajar B40 kerana tidak mempunyai komputer riba sewaktu melaksanakan sesi kelas atas talian, akaun media sosial UiTM telah diserang bertubi-tubi oleh warganet yang tidak berpuas hati di atas adab lisan tenaga pengajar tersebut.
Warganet jelas inginkan penjelasan daripada pihak institusi mengenai isu tersebut memandangkan ia merupakan institusi yang diwujudkan untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan meneruskan pengajian di peringkat universiti. Sememangnya, sebahagian daripada penuntut yang masuk ke sana terdiri daripada golongan B40.
Justeru, apabila wujud isu pengeluaraan komen yang menjentik sensitiviti masyarakat oleh seorang pensyarah berpengalaman, REMAJA dapat memahami mengapa orang ramai terus melenting ke pihak pengurusan institusi.
Dengan tenang, UiTM hari ini memberikan respon mereka.
Naib Canselor, Prof. Datuk Ts. Dr Hajah Roziah Mohd Janor menjelaskan menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik di akaun media sosial UiTM bahawa pihak universiti telah meneliti isu tersebut dan mengambil tindakan pantas serta sewajarnya terhadap pensyarah berkenaan.
Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ts. Dr Hajah Roziah Mohd Janor.
Dengan tajuk UiTM Prihatin Kebajikan Pelajar yang tertera di atas, beliau menegaskan bahawa UiTM tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan nama baik UiTM dengan sengaja mahupun tidak.
“UiTM amat mengutamakan kebajikan seluruh warganya, khususnya pelajar dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik bagi persekitaran pendidikan yang kondusif. Justeru, segala kemudahan pembiayaan melalui dana-dana tertentu disediakan oleh UiTM,” catatnya.
Sambil menyifatkan proses pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian boleh mengakibatkan kesulitan di pihak para pelajar, UiTM katanya lagi telah menyediakan pelbagai dana untuk kegunaan para pelajar yang kurang berkemampuan bagi mendapatkan kemudahan pembelajaran seperti dana amanah pelajar, bantuan dari pusat zakat serta dari pihak alumni.
Bagi pelajar yang berdepan sebarang masalah pula, beliau menyeru agar mereka mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan sewajarnya bagi membantu melancarkan proses pembelajaran.
REMAJA difahamkan, profesor yang tular dalam video tersebut merupakan seorang pensyarah kontrak di UiTM cawangan Seri Iskandar, perak dan mengajar di Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur (FSPU).
Insiden dipercayai berlaku pada semester lalu. Bagaimanapun, ia baru ditularkan semalam untuk agenda tertentu; oleh pihak tertentu. Menurut Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor lagi kepada rakan media, pelajar berkenaan telahpun dikesan dan pemberian peralatan komputer riba yang diperlukan akan dilaksanakan.
Terdahulu, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM telah menyelar tingkah laku pensyarah berkenaan dan berharap agar tindakan segera dapat diambil oleh pihak universiti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak mudah bagi umat Islam di Malaysia terutamanya untuk menerima berita insiden tembak secara rambang yang berlaku semalam di Christchurch New Zealand.
Apatah lagi umat Islam yang berada di negera itu dan menganggap New Zealand sebagai ‘rumah’ mereka.
Bercakap dengan rakan media di NONA hari ini, anak kelahiran Malaysia iaitu Nurul Zuriantie Shamsul menganggap kejadian yang berlaku di Masjid Al-Noor, Hagley Park dan Masjid Linwood sebagai mimpi ngeri yang sukar sekali untuk diterima oleh penduduk di New Zealand.
Walaupun kini menerap di Hamilton North Island (kira-kira 677 km dari Christchurch), Nurul secara peribadi turut terkesan dengannya.
”Pada waktu kejadian, saya sedang berkeseorangan menunaikan solat Zuhur di sebuah masjid berdekatan dengan rumah. Hanya selepas 10 minit ia berlaku, saya mendapat tahu mengenai berita itu.
”Terus tegak bulu roma kerana tak menyangka ia akan berlaku di dalam kawasan masjid. Bimbang juga jika mereka boleh berada di masjid di sini (North Island).
”Myheartbreakscompletely. Kejadian semalam bukan saja tindakan kejam di mata umat Islam tetapi juga di mata masyarakat sedunia. Walaupun tindakannya tak mencerminkan New Zealand selamat dan tenang seperti yang saya kenali sejak 16 tahun lalu, saya percaya ia tidak berjaya untuk meruntuhkan moral masyarakat New Zealand yang cintakan keharmonian budaya dan agama,” kata peserta Top 5 pertandingan Miss Universe New Zealand 2018 itu.
Tambahnya lagi, “Mari kita sama-sama doakan kesejahteraan ahli keluyarga mangsa dan semoga Allah mengurniakan darjah tertinggi Syurga buat mereka yang terkorban. Kepada rakan-rakan seIslam saya di New Zealand, jaga diri dan kuatkan iman. Semoga Allah melindungi kita semua di jalan yang benar. Amin.
”Saya percaya kita perlu pelajari untuk menerima perbezaan sesama kita untuk mengenali erti hormat,” kata gadis Melayu berusia 21 tahun itu.
Biasanya, bila korang mengalami batuk, mungkin kita tidak terus pergi klinik dan hanya dapatkan ubat di farmasi atau kedai serbaneka sebab kalau jumpa doktor pun mesti mereka beri ubat batuk yang kita oleh dapatkan diluar.
Baru-baru ini, puluhan kanak-kanak di Gambia meninggal dunia disebabkan kecederaan buah pinggang berkemungkinan dikaitkan dengan ubat batuk dan selesema tercemar yang dihasilkan oleh pengeluar ubat di India.
Ubat Batuk Tercemar
Masih dalam siasatan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut sedang menjalankan siasatan bersama pengawal selia India dan pembuat ubat, Maiden Pharmaceuticals yang berpangkalan di New Delhi.
Menurut Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, WHO juga mengeluarkan amaran produk perubatan dan meminta pengawal selia mengeluarkan barangan Maiden Pharma daripada pasaran.
Jadi Toksik Bila Dimakan
Jelasnya, produk itu mungkin telah diedarkan ke tempat lain melalui pasaran tidak rasmi namun setakat ini hanya dikenal pasti di Gambia. Amaran dikeluarkan WHO meliputi empat produk ubat batuk jenis sirap.
Kata WHO, analisis makmal mengesahkan dietilena glikol dan etilena glikol dijumpai dalam kuantiti yang tidak boleh diterima dan boleh menjadi toksik apabila dimakan.
Bulan lalu, kerajaan Gambia menjalankan siasatan punca kematia.n dan peningkatan kes kecederaan buah pinggang dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur lima tahun yang dikesan sejak akhir Julai.
Seramai 66 kanak-kanak yang mengambil ubat batuk itu dilaporkan WHO telah meninggal dunia akibat masalah buah pinggang. Maiden Pharmaceuticals mengeluarkan ubat-ubatan di kemudahannya di India yang kemudiannya dijual di dalam negara serta mengeksportnya ke negara-negara di Asia, Afrika dan Amerika Latin.
Alamak, katanya dieksport di Asia juga . Jadi korang hati-hati bila membeli ubat batuk okay?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Zuhairie Ahmad Tarmizi mencipta kejayaan gemilang apabila meraih emas sulung Malaysia di Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 serta memecahkan rekod temasya.