
Media sosial boleh membawa banyak kebaikan namun seiring dengan itu, obsesi untuk mendapatkan like dan juga pengikut boleh membawa kepada keburukan. Sekumpulan guru-guru sekolah di SMP Negeri 1 Suela, Lombok Timur kecewa dengan sikap beberapa orang pelajar yang memunat naik aksi mereka memijak kad laporan akademik di laman TikTok.
Menurut guru yang telah menonton video yang panjangnya 12 ke 14 saat tiu berkata, “Cuba tengok ni, sampai hati mereka memuatnaik video sebegini, kami sangat kecewa. Apatahlagi kami tahu video ini dirakam dan dimuatnaik selepas pembahagian kad laporan akademik jam 12.30 tengah hari waku Indonesia Tengah dania dilakukan oleh pelajar-pelajar perempuan kami.”

Sebaik sahaja mengetahui perkara ini pihak sekolah telah memanggil kelima-lima paelajar tersebut dan disiasat oleh pengetua sekolah bersama barisan guru yang lain.Hasil daripada siasatan tersebut pihak sekolah bersepakat megambil keputusan untuk mengembalikan mereka kepada keluarga masing-masing sekaligus perlu keluar dari sekolah tersebut.
Pihak sekolah mengambil keputusan itu untuk tidak membuang mereka, sebaliknya meminta mereka keluar dari sekolah tersebut lantaran sikap yang tidak boleh diterima kerana sudah memijak identiti serta maruah sekolah. Walau bagaimanapun pihak sekolah tetap berbaik hati untuk membantu proses mereka berpindah bagi mendapatkan tempat di sekolah yang lain.
***P/S – Media sosial seharusnya digunakan dengan baik, tindakan sebegini memang tidak boleh diterima. Seharusnya sebagai seorang remaja, sudah boleh berfikir mana yang baik dan mana yang buruk.
Sumber: kompas.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak Pernah Ke Universiti Dan Tak Ada Kerja Di Usia 18 Tahun, Kini Jutawan Muda Pemilik OYO Hotel!

Bukan kami nak katakan yang korang tidak perlu fokus pada pelajaran, tapi sebenarnya jika betul-betul rajin dan berusaha, kejayaan pasti akan menyebelahi mereka. InsyaAllah!
Siapa sangka lelaki yang tidak berkerjaya di usia 18 tahun kini menjadi seorang yang sangat berjaya dan jutawan?

Seperti yang dilalui oleh pemuda Ritesh Agrawal ini, beliau dilahirkan di Rayagada terletak di Selatan Odisha, daerah yang mana penduduknya terdiri beberapa etnik dan tidaklah berapa terkenal di dunia berbanding bandar-bandar lain di India.
Ritesh tidak pernah ke universiti dan mempunyai kerjaya pada usia 18 tahun. Disebabkan tidak mempunyai apa-apa, beliau tidak mampu lagi untuk membayar sewa bilik.
Dengan keadaan yang begitu terdesak, Ritesh diusir keluar dengan berbekalkan $0.50 di dalam akaun bank.

Suatu hari, Ritesh berjalan dan ternampak sebuah hotel yang banyak bilik kosong (tidak laku). Pemilik hotel mengadu padanya sudah mencuba pelbagai cara namun masih tidak memberi keuntungan.
Ritesh yang dalam keadaan terdesak ketika itu mengambil risiko paling besar dalam hidupnya. Beliau berjanji kepada pemilik hotel itu untuk menguntungkan hotel dengan lebih baik.

Setelah mengadakan rundingan, Ritesh menggunakan duit yang diberi pemilik hotel untuk menggantikan lampu, menukar cadar dan menghias bilik kemudian memaparkannya di Internet dengan nama OYO Hotel.
Dalam masa beberapa hari, OYO Hotel sudah mula dipenuhi tempahan dan orang ramai mula bercakap-cakap tentang hotel baru itu.

“Bila saya dah berjaya merubah sebuah hotel, saya yakin saya boleh ubah ratusan hotel lain”
Ritesh mula mengorak langkah ketika umur 20 tahun dengan mendapat dana dari pelabur-pelabur besar. Kemudian OYO terus mara kehadapan dengan memasuki pasaran China yang mempunyai saiz dua kali ganda lebih besar daripada India. Selepas sepuluh bulan, OYO Hotel telah menapak lebih 171 bandar dengan 87,000 bilik.
Seterusnya, OYO Hotel melebarkan sayapnya ke Malaysia, Nepal dan UK. Pada September 2018, Oyo Hotel mengumumkan bahawa mereka berjaya meraih dana sebanyak $1 bilion.

Ketika Ritesh berumur 26 tahun, OYO Hotel telah menjadi jaringan hotel nombor dua terbesar didunia dengan 43,000 hotel.
Tiada siapa menyangka seseorang yang dilahirkan dalam keluarga kelas pertengahan di sebuah pekan kecil mampu mencipta kejayaan luar biasa seperti ini. Malah menurut Ritesh, beliau kekal bersemangat dan terinspirasi untuk mengecapi kejayaan atas nasihat daripada salah seorang idolanya iaitu pengasas bersama PayPal, Peter Thiel.

Kini, Ritesh mempunyai lebih daripada 10,000 tenaga kerja dan beliau turut menggalakkan setiap individu untuk memegang tanggungjawab pemilikan terhadap projek masing-masing.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.
Cari kelebihan yang ada pada diri sendiri dan jangan pernah bandingkan kemampuan korang dengan orang lain. Kalau korang tidak begitu cemerlang dalam pelajaran, pasti ada jalan lain untuk korang.
Paling penting, rajin dan selalu berusaha. Betul tak?
Sumber: The Outlook, Nas Daily, Era Baru
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS
![[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS 17 [Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS](https://cdn.remaja.my/2018/08/Untitled-design-33.jpg)
Tahun ini menyaksikan antara kejayaan filem-filem tempatan yang mengaut kutipan berpuluh juta dan berjaya menembusi rekod perfileman negara.
Munafik 2 mengutip kutipan sebanyak 48 juta dan Hantu Kak Limah 3 mendapat pungutan 36 juta.
Namun begitu, tak terkecuali dengan hasil kutipan filem yang gagal mendapat pulangan.
Berikut merupakan antara filem yang kurang mendapat sambutan..
![[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS 18 [Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS](https://cdn.remaja.my/2018/12/2018.jpg)
Ramai yang memperkatakan tentang filem Hantu Kak Limah yang sehingga kini sudah mengutip lebih RM10 juta tidak sampai seminggu ditayangkan. Menampilkan komedi dan nama Kak Limah itu sendiri, lawaknya yang bersahaja mampu menggeletek hati penonton untuk ketawa sekaligus menghilangkan stres seharian.
Mengira untung secara kasarnya, filem ini dikatakan sudah berjaya balik modal. Ramai memberi ulasan apa yang masyarakat mahukan ketika menonton filem Melayu?
Formulanya masih sama, menampilkan hantu (rasanya kalau bertemu secara realiti, #bukan Hantu Kak Limah sudah tentu tak mampu ketawa pun) dan barisan pelakon yang hebat lawak komedinya menjadikan filem ini pilihan ramai penonton.
![[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS 19 [Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS](https://cdn.remaja.my/2018/08/hkl.jpg)
![[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS 20 [Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS](https://cdn.remaja.my/2018/08/pulang-1024x576.jpg)
Ramai membandingkannya dengan Pulang yang sarat dengan emosi tetapi ia hanya mampu mengutip RM1 juta lebih (setakat berita ini ditulis).
Tetapi tentu ramai yang tertanya-tanya atau mungkin tanpa sedar, setakat Ogos ini sudah 30 filem ditayangkan, ternyata 11 darinya filem Melayu yang GAGAL di pawagam.
Memetik kutipan rasmi yang dikeluarkan oleh FINAS, REMAJA senaraikan 10 filem Melayu yang gagal balik modal atau dalam erti mudah, tak untung biarpun menampilkan barisan pelakon hebat tanahair.
![[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS 21 [Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS](https://cdn.remaja.my/2018/08/filem-new-1024x640.jpg)
![[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS 22 [Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS](https://cdn.remaja.my/2018/08/filem-2-1024x407.jpg)
Industri filem tempatan memulakan tirai 2018 dengan Busker, sebuah filem romantik remaja yang menampilkan lakonan Hafeez Mikail, Daiyan Trisha, Anas Ridzuan, Bulan, Lia Natalia dan Mas Khan. Malangnya, selesai wajib tayangan, Busker hanya mampu mengutip RM96,925.75 secara keseluruhan biarpun budgetnya jauh lebih dari itu. Ternyata filem ini gagal dari segi kutipan tiketnya.
Jika Busker memulakan tirai 2018 dengan kegagalan, industri filem terutama melibatkan filem Melayu terus gagal biarpun menampilkan arahan pengarah ternama, Aziz M Osman menerusi filem Bukan Cinta Malaikat dengan jumlah kutipan keseluruhan RM127,940.79 yang mula ditayangkan pada 25 Januari 2018.
Kegagalan itu diteruskan lagi pada Februari 2018 yang menampilkan filem Cinta Makrifat yang diilhamkan dari sebuah kisah benar dibintangi Syamsul Yusof, Nora Danish, Dato’ Adi Putra, Nabila Huda, Puteri Balqis, Datuk Aznil Nawawi dan Sabrina Ali. Melihat kepada nama-nama besar, tentu kita dapat membayangkan hebatnya filem ini tetapi selesai tayangan filem ini hanya mencatatkan RM138,686.04.
![[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS 23 [Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS](https://cdn.remaja.my/2018/08/badnag.jpg)
![[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS 24 [Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS](https://cdn.remaja.my/2018/08/WhatsApp-Image-2018-02-18-at-14.09.13.jpeg)
Mungkin badi masih bersisa, filem Badang arahan Profesor Dr A. Razak Mohaideen yang mempertaruhkan Datuk Aliff Shukri sebagai teraju utama ternyata menjadi “badang” yang langsung tidak gagah. Jika promo sebelum ini membayangkan peminat Datuk Aliff akan memenuhkan pawagam ternyata jangkaan ini meleset sama sekali. Filem ini mengutip RM93,496.54.
22 Februari, filem tempatan menyaksikan Surf This Love: Gelora Juara yang menampilkan pelakon Shukri Yahaya, Cristina Suzanne, Pekin Ibrahim, Ardell Aryana, Josiah Hogan, Mustaqim Bahadon dan Syuhaida Abraz yang dilihat cuba lari dari kebiasaan dengan mengangkat tema sukan luncur air tetapi ternyata tetap gagal dan hanya mampu mengutip RM47,724.30 selesai tayangan.
![[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS 25 [Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS](https://cdn.remaja.my/2018/08/bidong.jpg)
![[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS 26 [Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS](https://cdn.remaja.my/2018/08/hantu-wangan.jpg)
Jangan tanya, disedari atau tidak tayangannya tetapi filem ini disenaraikan oleh Finas untuk tayangan pada awal Mac. Bidong The Boat People arahan Yusof Kelana yang menampilkan kisah benar pelarian Vietnam di Terenganu suatu ketika dahulu akibat peperangan ternyata gagal dan hanya mampu mengutip RM3,536. Jangan persoal modal, mungkin kos makan krew pun tidak mampu dikutip semula!
Namun Mac itu, ada nafas baru kerana filem KL Special Force arahan Syafiq Yusof mampu mengutip RM12,216,321.00 di mana Fattah Amin kali pertama berlakon babak aksi.
Acap kali tampil dengan isu, tapi ia ternyata tidak mampu menarik minat orang menonton filem Hantu Wangan arahan Ahmad Idham. Kutipan rasminya hanya RM89,420.70 dan cuma seminggu saja di pawagam. Mac itu badi tetap sama kerana filem arahan Raja Azmi iaitu Enjin No 9 hanya mampu mengutip RM7,566.17 dengan menampilkan Tajul Arif, Kazar Saisi, Datin Fadilah Mansor, Sharifah Shahirah, Ayuni Asyiqin, Syuhaida Abraz (Dottie) dan Bila Najmi (Bila AF 2015).
Pada bulan April dan Mei, jika dilihat tiada filem Melayu memasuki pasaran tetapi sebenarnya filem Dukun yang sudah lama ditarik tayangannya ditayangkan kembali. Filem Melayu masih terkena badi kerana filem Qhaliq arahan Rosli Mohd Taib yang mengangkat tema anggota Bomba tetapi ternyata filem lakonan Hairul Azreen, Nur Risteena Munim, Aliff Yasraff, Syainie Aida, Ahmad Idham dan Azza Elite ini gagal di pasaran dan hanya mampu mengutip RM14,196.50 selesai tayangan.
![[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS 27 [Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS](https://cdn.remaja.my/2018/08/enjin-no-9.jpg)
![[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS 28 [Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS](https://cdn.remaja.my/2018/08/qhaliq.jpg)
![[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS 29 [Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS](https://cdn.remaja.my/2018/08/this-is-pilah.jpg)
Ternyata, biar sudah memasuki setengah tahun, filem yang mengangkat lorat Negeri Sembilan iaitu This Is Pilah arahan Rosdi Mat Dhali hanya mampu mengutip RM45,843.90.
Penghujung Jun, filem Blok 404 (Hidup Sampai Mati) arahan Isma hanya mampu mengutip RM220,275.17.
Ternyata Julai membuka sinar apabila filem Pulang arahan Khabir Bhatia yang menampilkan Remy Ishak mampu mengutip RM1,636,363.25 (sedang ditayangkan lagi setakat artikel ini ditulis). Begitu juga filem Hantu Kak Limah yang sedang mengutip RM10,750,885.41 dan masih ditayangkan lagi.
Ternyata dari 14 filem tempatan, 11 darinya menemui kegagalan. Cuma tiga sahaja “bernyawa” di mana Pulang mencatat RM1,636,363.25 berbanding KL Special Force membuat keuntungan RM12,216,321.00 dan Hantu Kak Limah yang sudah lebih RM10 juta setakat hari ini.
*****
Apa-apa pun, supportlah filem Malaysia okay? Siapa lagi yang nak sokong filem tempatan kalau bukan kita?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bapa Suruh Anak 6 Tahun Tonton Video Lucah Sebelum Cabul, Turut Dera Isteri

Ternyata dunia semakin di akhir zaman. Di saat semua tanda-tanda akhir kiamat semakin banyak dipertontonkan, masih ada lagi perangai manusia yang tidak masuk akal. Ini termasuklah satu kes terbaru, seorang bapa yang membekalkan sebuah telefon bimbit untuk anaknya ke kelas tadika sebelum budak perempuan menontonnya sambil tangannya dimasukkan ke dalam kain.
Bila disoal oleh gurunya, jawapannya sangat mengejutkan, ayahnya ajak tonton sama sebelum tangan ayahnya masuk ke dalam seluar yang dia pakai. Masya Allah, betapa gilanya manusia.
Namun selepas bapa ini ditahan polis selepas pihak tadika membuat laporan, ada lagi peristiwa mengejutkan apabila kunjungan pihak tadika ke rumahnya mendapati ibu kanak-kanak kecil itu turut didera.
Baca perkongsian seperti dikongsi oleh Sri A’jilah Mohd Samsir di Facebook miliknya dan turut membuat perkongsian terbaru mengenai kisah kanak-kanak tadika itu. Kisah ini benar-benar mengejutkan dan ternyata masih ada bapa yang berhati binatang dan sanggup meratah anak sendiri. Baca kisahnya di sini.
Betul.
Rakyat malaysia ni memang ramai yang prihatin. Dan ramai juga yang cepat melenting memaki hamun, termasuk saya.
Siapa tak naik angin kes budak 6 tahun yang saya kongsikan tempoh hari, memang tak waras la jawabnya.Walaupun takde kaitan dengan kita, kita marah. siap caci maki mak ayah budak tu. Ya, saya pun sama.
Saya bukan salah seorang staf di tadika tersebut, cuma kawan kepada salah seorang guru di situ. Saya juga tak boleh berdiam diri dengan kes macam ni.
Saya kongsikan perkembangan terkini pelajar tersebut.
Pihak tadika merayu pada si ibu untuk buat report polis disebabkan semua bukti ada pada si ibu dan mungkin juga sebab mereka kurang arif dengan prosedur dan tempat untuk dirujuk bagi kes-kes macam ni.
Salah seorang staf tadika, datang ke rumah budak tersebut dan berjumpa dengan si ibu. Rumahnya rapi, tak banyak barang pun. Hanya perabut asas sahaja. Si ibu hanya memakai baju lengan pendek dan berkain batik.
Mungkin dah boleh agak tujuan kedatangan pihak tadika, si ibu tak bercakap banyak dan cuba untuk mengelak dari menjawab soalan-soalan berkaitan kes.
“Banyak parut dan lebam kat tangan puan ni. Maaf tanya ye puan. Puan kena pukul ke? ” tanya staff tersebut.
Aduh! Sudahlah anak dicabul, isteri didera pulak.
Nampaknya ada luka yang dalam pada dahi si ibu.
Si ibu nampak takut-takut untuk buka mulut sampailah didesak dan dijanjikan perlindungan oleh pihak tadika.
Si ibu sudah bertahun-tahun jadi mangsa dera suami sendiri. Disebabkan dia hanya suri rumah, dia sangat takut jika diceraikan. Rela tadah badan dipukul dengan getah paip dan kepala tali pinggang. Paling sadis, rela tutup mulut bila tau anak kecilnya dicabul.
Sungguh!
Dia bukan ibu bodoh macam yang kita sangka. Dia tahu masa depan anaknya akan tergadai kalau benda macam ni berterusan. Dia kena pukul dengan topi keledar selepas bertanya tentang perbuatan terkutut tersebut.
Laporan polis telah dibuat.
Si ayah telah ditangkap dan berada dalam tahanan polis.
Si ibu sekarang berada di bawah jagaan pihak tadika dan baru bekerja sebagai tukang masak di tadika tersebut.
Semoga si ayah mereput dalam penjara.
Sri A’jilah Samsir,
Mana ada ibu yang tak sayangkan anak, kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

