Tukar cip MyKad rosak percuma hingga 7 Oktober, inisiatif khas ini diumumkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membantu rakyat yang berdepan masalah cip kad pengenalan tidak berfungsi. Tawaran ini dibuka di semua kaunter JPN seluruh negara bermula 23 September hingga 7 Oktober 2025.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kerajaan menanggung sepenuhnya kos program berjumlah RM714,660, termasuk segala perbelanjaan berkaitan. Langkah ini dilakukan bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan kos penggantian, selain menjamin kelancaran akses kepada kemudahan kerajaan.
“Kerajaan MADANI prihatin memastikan masalah teknikal pada MyKad tidak menjejaskan akses rakyat terhadap kemudahan kerajaan, termasuk subsidi bersasar BUDI95. Saya menyeru orang ramai sentiasa menjaga MyKad kerana ia bukan sekadar dokumen pengenalan, tetapi juga kunci pelbagai kemudahan kerajaan,” jelas beliau dalam kenyataan yang dipetik Malaysia Gazette.
Permohonan MyKad Rosak Kian Meningkat
Data rasmi JPN merekodkan sebanyak 294,715 permohonan penggantian MyKad rosak dari Januari hingga Ogos 2025. Peningkatan jelas kelihatan sejak tiga bulan terakhir:
Jun: 32,819 permohonan
Julai: 40,371 permohonan
Ogos: 45,411 permohonan
Untuk September pula, sehingga 21 haribulan, terdapat 22,858 permohonan direkodkan. Kini purata permohonan kategori cip rosak mencecah 43,000 sebulan, sekali gus menjadi asas kerajaan menawarkan penukaran percuma ini.
Ads
Cara Tukar Cip MyKad Rosak
Remaja dan belia yang mengalami masalah MyKad boleh hadir ke mana-mana kaunter JPN dengan hanya membawa kad pengenalan sedia ada. Prosesnya mudah:
Ads
Ambil nombor giliran di kaunter Penggantian MyKad.
Serahkan MyKad rosak untuk pemeriksaan pegawai JPN.
Lengkapkan borang ringkas penggantian.
MyKad baharu akan diproses dan boleh dituntut selepas siap (biasanya dalam tempoh 1 hingga 5 hari bekerja, bergantung lokasi).
Tip Penjagaan MyKad
MyKad ialah dokumen penting yang wajib dijaga dengan baik. Beberapa perkara yang boleh diamalkan oleh remaja:
Elakkan simpan MyKad di tempat panas seperti dalam kereta.
Jangan dedahkan pada magnet, kerana boleh merosakkan cip.
Gunakan dompet khas untuk mengelak calar atau bengkok.
Elakkan kerap mengimbas di mesin yang tidak sah.
📌 Ingat, tawaran tukar cip MyKad rosak percuma ini hanya sah hingga 7 Oktober 2025. Jadi, semak semula kad anda hari ini dan segera ke JPN berdekatan sebelum tarikh tamat. Jangan lepaskan peluang ini kerana selepas tarikh tersebut, caj biasa akan dikenakan.
Vietnamese rolls menjadi antara makanan kegemaran ramai kerana rasanya yang enak dan sesuai untuk dijadikan sebagai makanan ‘diet’ bagi mereka yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan.
Mungkin korang dah tahu jika Vietnamese rolls ini dijual di pasaran, harganya agak mahal juga. Sebenarya kalau nak buat sendiri pun boleh sahaja kerana bahan yang digunakan tidak banyak dan mudah dicari. Cuma mungkin korang terfikir untuk menyediakan sos pencicahnya agak renyah.
Nah, tak perlu risau kerana kami akan berkongsikan satu resepi mudah untuk menyediakan Vietnamese rolls yang korang boleh buat sendiri di rumah.
Jom kita cuba resipi yang telah dikongsikan oleh Syahr Musafir ini.
Bahan-bahan:
– Udang
– Crab stick
– Timun
– Lobak merah
– Suhun
– Rice paper
Bahan sos:
– Sos cili Thai
– Limau nipis
– Daun ketumbar
– Gula
– Garam
Cara menyediakan:
1. Cucukkan udang dan crab stick pada lidi sate supaya bila direbus nanti akan kekal terbentuk cantik
2. Rebus udang dan crab stick tersebut, jangan lama-lama nanti overcooked tak sedap
3. Rendamkan suhu dengan air panas. Kemudian, toskan dan bilas dengan air sejuk. Selepas itu toskan semula
4. Hiriskan timun dan lobak merah
5. Basahkan rice paper dengan air, sekali lalu sahaja dan terus letak ke pinggan sedia untuk digulung
6. Letakkan suhun terlebih dahulu, kemudian udang dan crab stick, seterusnya timun serta lobak merah. Selepas itu, gulungkan dengan kemas
Cara menyediakan sos
Guna sos cili Thai, perahan limau nipis dan daun ketumbar sebagai bahan asas. Kacau dengan sedikit air bersama gula dan garam secukup rasa. Rasanya sama sahaja seperti yang dijual.
Senang sahaja kan?
Bolehlah cuba sendiri di rumah. Kami pasti kosnya juga jauh lebih murah jika nak dibandingkan dengan harga yang dijual di luar sana.
Bagi individu yang memakai cermin mata, pastinya mereka faham tentang betapa susahnya jika cermin mata dipenuhi dengan cap jari dan kesan calar.
Bahagian cermin mata adalah paling sensitif, jika terdapat sedikit sahaja kesan kotoran, ia boleh menganggu pandangan si pemakai dan membuatkan mereka rasa tidak selesa serta terganggu.
Foto: Gambar hiasan
Memang ada petua yang dikongsi seperti mencuci cermin mata menggunakan ubat gigi, namun ia tidaklah dapat menghilangkan segala kekotoran yang tersembunyi.
Namun begitu, ada sebuah alat pembersih ultrasonic yang dikatakan dapat menanggalkan segala kekotoran halus pada cermin mata. Difahamkan, kalau korang hantar di kedai cermin mata, mereka turut mengguna alat ini untuk melakukan kerja pembersihan.
Selain daripada cermin mata, pembersih ultrasonic ini juga dapat membersihkan aksesori-aksesori lain seperti jam tangan, cincin, subang dan lain-lain lagi.
Ha, berbaloi kan? Korang boleh dapatkan pembersih ultrasonic ini di Shopee.
Minuman berperisa sering menjadi pilihan ramai, lebih-lebih lagi dalam cuaca panas. Bila dapat air manis yang berais pula, sudah tentu kepuasan dapat dirasai. Betul tak?
Terdapat pelbagai resipi minuman yang menarik boleh dicuba kerana penyediaannya juga mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Sama ada rajin atau tidak sahaja korang nak buat. Hiks!
Kali ini kami nak kongsikan satu lagi resipi minuman yang sedap, iaitu air oren ala ‘vitagen’. Rasa masam manisnya yang sedap ditambah pula dengan tekstur bersusu itu menjadikan minuman ini bukan hanya kena di tekak orang dewasa, malah kanak-kanak juga pasti sukakannya.
Bahan yang digunakan juga terlalu mudah untuk dicari iaitu oren Sunquick dan susu pekat. Jom kita lihat resipi yang telah dikongsi oleh Nur Haziqah ini.
Bancuh oren sunquick dan susu pekat bersama dengan air panas. Resipi ini dibuat kurang manis tetapi korang boleh ubah ikut citarasa sendiri. 4 sudu besar sunquick dan 4 sudu besar susu pekat diperlukan.
Kemudian, tambahkan 200ml air. Sedikit tip yang dikongsi, bancuh dengan air panas serta kacau laju-laju dan lama sedikit barulah air ini tidak berkeledak.
Selepas itu, korang boleh hidangkan bersama ais. Pergh, memang layan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!