Konsert boy band dari Hong Kong, MIRROR bertukar tragedi setelah para penarinya cedera akibat dihempap dengan skrin LED gergasi dari siling Hong Kong Coliseum.
Kejadian yang berlaku pada malam Khamis itu serta-merta mengakibatkan siri konsert yang dikendalikan oleh syarikat bernama MakerVille ini dibatalkan.
Buat masa ini, wakil daripada MakerVlle belum memberikan respon apabila dihubungi oleh media tempatan.
Menurut rakaman video insiden yang kini telah tular di media sosial, skrin LED itu sedang dalam proses untuk diangkat ke atas sebelum salah satu tali skrin terputus lalu jatuh menimpa dua orang penari yang berada di bahagian bawah skrin.
Ads
Sumber Foto : APSumber Foto : AP
Jelas kedengaran jeritan ribuan penonton di venue terbabit manakala semua individu yang berada di atas pentas pula bergegas untuk membantu dua orang penarii terbabit.
Salah seorang dilaporkan tidak sedarkan diri pada waktu itu manakala seorang lagi sedang menahan sakit. Menurut media tempatan, ambulans tiba di lokasi kejadian sekitar 10 minit selepas insiden dan mangsa terus dikejarkan ke Queen Elizabeth Hospital. Salah seorang berada dalam keadaan serius; dipercayai akibat kecederaan di bahagian saraf tunjang manakala seorang dalam keadaan stabil.
Difahamkan juga, tiga orang penonton telah mendapat rawatan akibat rasa trauma setelah menyaksikan insiden di hadapan mata.
Amaran paparan grafik insiden terbabit di bawah :
Ads
A live show by Hong Kong boy band Mirror was cut short on Thursday after a screen fell from height on the stage. It hit dancers below, according to footage shared across social media.
Sebaik kejadian ini tular, pihak berkuasa di Hong Kong telah mengarahkan agar satu siasatan dilakukan dengan segera. Manakala Ketua Eksekutif Hong Kong, John Lee mengekspresikan rasa simpati terhadap mangsa.
Laporan insiden juga bertukar menjadi topik paling hangat diperkatakan di China terutamanya di platform Weibo (Twitter versi China).
Ads
Bagi yang tidak begitu mengenali MIRROR, mereka diformasikan dengan 12 orang ahli dan diuruskan oleh syarikat milik jutawan Hong Kong, Richard Li.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Arwahlah yang kejutkan penduduk kampung supaya berkemas untuk berpindak ke PPS apabila melihat air mula naik mendadak..”
Sememangnya, kita tidak dapat mengagak bilakah seseorang insan itu akan menemui ajalnya.
Laporan berkenaan seorang remaja Kelantan berusia 20 tahun yang ditemui lemas setelah terjatuh ke dalam sungai telah menyayatkan hati rakyat Malaysia.
Insiden berlaku sewaktu mangsa, Mohamad Hakimin Mohd Rahim sedang mendayung perahu untuk membawa 2 orang mangsa banjir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) semalam di Kampung Manjor, Kuala Krai, malam kelmarin.
Menurut ibu mangsa, Norazilah Mohamad yang ditemui oleh rakan media di BERNAMA semalam, anak ketiganya daripada enam adik-beradik itu memang suka membantu dan mesra dengan penduduk Kampung Manjor sejak kecil lagi.
“Setiap kali banjir, dia selalu bantu mangsa dan membawa barangan untuk dipindahkan menggunakan perahu ke PPS berdekatan. Sehari sebelum rumah kami dinaiki air, arwah yang baru pulang daripada bermain futsal terus kejutkan penduduk kampung supaya berkemas untuk berpindak ke PPS apabila melihat air mula naik mendadak.
“Kawannya ada hubungi untuuk menumpang di PPS berdekatan dan dia segera seberang untuk menjemput kawannya dengan perahu. Dalam perjalanan kembali bersama kawannya, mereka tidak menyedari arwah terjatuh kerana kepala masing-masing memandang ke arah bertentangan. Mereka terkejut melihat arwah sudah hilang,” jelasnya.
Sumber Foto: BERNAMA
Jasad Mohamad Hakimin ditemui oleh pasukan penyelamat pada jam 8 pagi semalam, sebelum dikebumikan selepas solat Asar.
Terdahulu, Norazilah memberitahu bahawa arwah ingin mengikuti temuduga sebagai anggota polis seperti yang dipohonnya pada tahun 2020. Namun hasrat itu tidak tercapai.
Takziah kami ucapkan kepada keluarga dan kenalan rapat mangsa.
Sebagaimana yang kita tahu kes COVID-19 semakin meningkat di negara kita terutamanya di Sabah kerana kewujudan kluster baru, Benteng Lahad Datu yang bermula dari dua orang pendatang tanpa izin (PATI) yang ditahan di Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, Sabah pada 24 Ogos lalu.
Namun begitu, sebelum ini lagi ada desas desus yang menyatakan bahawa jika mahu ke Sabah, pelawat perlu dikuarantin selama 14 hari terlebih dahulu.
Adakah ia benar atau tidak? Jom kita lihat perkongsian yang telah dibuat oleh Zain Asri ini tentang panduan dan pengalamannya sendiri terbang ke Kota Kinabalu baru-baru ini.
1. Scan dan isikan eBorang Pengisytiharan Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. QR kod disediakan di gate berlepas KLIA dan balai ketibaan airport KK (Gambar 1)
2. ATAU, isi borang Pengisytiharan Kesihatan yang akan diedarkan oleh cabin crew semasa dalam flight. Sediakan pen siap-siap
3. ATAU, isi online form. URL address ada dalam Gambar 1
4. Save kan QR Code eBorang yang telah diisi tadi. Sampai airport KK tunjukkan QR Code Nombor Rujukan Penilaian Risiko (Gambar 2) atau borang yang telah diisi kepada petugas kesihatan di balai ketibaan (sebelum kaunter imigresen)
5. Penumpang yang tidak menunjukkan apa-apa gejala akan terus proceed ke kaunter imigresen
6. Tak perlu kuarantin 14 hari ya, kecuali bergejala. Sila rujuk kepada petugas kesihatan di lapangan terbang
7. Keluar daripada airport and enjoy your trip guys!
Ha, sebenarnya tidak ada peraturan yang mewajibkan korang untuk kuarantin selama 14 hari jika tiba di Sabah. Namun begitu, dengan penularan kes COVID-19 yang semakin meningkat sekarang ni eloknya sekiranya korang elak dahulu untuk berkunjung ke negeri di bawah bayu ini.
Ismanira Abdul Manaf, 29, berkongsi hantaran di Facebook miliknya dengan turut memaparkan gambar suntingan bersama anaknya sebagai tanda kenangan.
Menerusi perkongsian gambar trofi yang dikongsikan, Allahyarham Zayn menerima Anugerah Peningkatan Terbaik Dalam Kelas Prasekolah Sesi 2023/2024.
“Mommy bangga dengan setiap pencapaian Abang. Tak kira besar atau kecil mana pun pencapaian Abang, mommy tetap bangga.
“Terima kasih kepada warga SK Damansara Damai 2 di atas jemputan ke Majlis Konvokesyen semalam, ia akan menjadi kenangan yang indah buat kami sekeluarga.
“Mommy tak dapat nak bergambar bersama dengan Abang macam ibu bapa yang lain, mommy dapat edit macam ni je,” katanya pada Jumaat.
Ismanira turut hadir bersama suami dan anak keduanya di Majlis Konvokesyen Sekolah Kebangsaan (SK) Damansara Damai 2.
Hantaran berkenaan mengundang sebak pengikutnya yang turut sama merasai kesedihan atas nasib malang yang menimpa kanak-kanak tersebut.
“Hadiah ada, tetapi orangnya tiada. Allahuakbar, sedih saya puan. Kalau saya ditempat puan, tak tahu saya boleh tabah ke tak. Dah pujuk hati tak nak nangis lagi. Tetapi jatuh lagi air mata harini,” ujar seorang wanita.
Malah ada juga yang meluahkan rasa rindu kepada anak istimewa itu walaupun tidak pernah berjumpa dan berkenalan sebelum ini.
“Allahuakbar sebaknya dada. Rindunya Zayn walaupun tak pernah kenal dan berjumpa. Abang Zayn anak yang cerdik pandai serta soleh. Tarik tangan mommy nanti dekat sana (syurga) tau abang,” kata seorang netizen.
Buat makluman, Zayn Rayyan disahkan dibunuh susulan penemuan mayatnya di anak sungai kira-kira 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Kuala Lumpur, 6 Disember lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini mengesahkan siasatan kes ini sudah melebihi 90 peratus dari segi konvensional, saintifik dan forensik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO/ARTIKEL: Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!