“Tahniah! Selamat bergraduasi Zayn Rayyan,” tulis ibu kepada kanak-kanak autisme yang maut dibunuh, Zayn Rayyan setelah menghadiri Majlis Konvokesyen Sekolah Kebangsaan (SK) Damansara Damai 2, Kuala Lumpur pada Khamis.ARTIKEL BERKAITAN: Disahkan Kes Bunuh, Adik Zayn Rayyan Meninggal Dunia 48 jam Di Lokasi Lain Sebelum Ditemui

Bikin Sebak, Ibu Zayn Rayyan Kongsi Gambar Suntingan Bersama Di Majlis Graduasi

Ismanira Abdul Manaf, 29, berkongsi hantaran di Facebook miliknya dengan turut memaparkan gambar suntingan bersama anaknya sebagai tanda kenangan.

Menerusi perkongsian gambar trofi yang dikongsikan, Allahyarham Zayn menerima Anugerah Peningkatan Terbaik Dalam Kelas Prasekolah Sesi 2023/2024.

Bikin Sebak, Ibu Zayn Rayyan Kongsi Gambar Suntingan Bersama Di Majlis Graduasi

Mommy bangga dengan setiap pencapaian Abang. Tak kira besar atau kecil mana pun pencapaian Abang, mommy tetap bangga.

“Terima kasih kepada warga SK Damansara Damai 2 di atas jemputan ke Majlis Konvokesyen semalam, ia akan menjadi kenangan yang indah buat kami sekeluarga.

Mommy tak dapat nak bergambar bersama dengan Abang macam ibu bapa yang lain, mommy dapat edit macam ni je,” katanya pada Jumaat.

IKLAN
Bikin Sebak, Ibu Zayn Rayyan Kongsi Gambar Suntingan Bersama Di Majlis GraduasiIsmanira turut hadir bersama suami dan anak keduanya di Majlis Konvokesyen Sekolah Kebangsaan (SK) Damansara Damai 2.

Hantaran berkenaan mengundang sebak pengikutnya yang turut sama merasai kesedihan atas nasib malang yang menimpa kanak-kanak tersebut.

“Hadiah ada, tetapi orangnya tiada. Allahuakbar, sedih saya puan. Kalau saya ditempat puan, tak tahu saya boleh tabah ke tak. Dah pujuk hati tak nak nangis lagi. Tetapi jatuh lagi air mata harini,” ujar seorang wanita.

Malah ada juga yang meluahkan rasa rindu kepada anak istimewa itu walaupun tidak pernah berjumpa dan berkenalan sebelum ini.

Bikin Sebak, Ibu Zayn Rayyan Kongsi Gambar Suntingan Bersama Di Majlis Graduasi

IKLAN

“Allahuakbar sebaknya dada. Rindunya Zayn walaupun tak pernah kenal dan berjumpa. Abang Zayn anak yang cerdik pandai serta soleh. Tarik tangan mommy nanti dekat sana (syurga) tau abang,” kata seorang netizen.

Buat makluman, Zayn Rayyan disahkan dibunuh susulan penemuan mayatnya di anak sungai kira-kira 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Kuala Lumpur, 6 Disember lalu.

Bikin Sebak, Ibu Zayn Rayyan Kongsi Gambar Suntingan Bersama Di Majlis Graduasi

IKLAN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini mengesahkan siasatan kes ini sudah melebihi 90 peratus dari segi konvensional, saintifik dan forensik.

BACA LAGI: Mata Sukar Nak Lelap? Cuba Tips Ini Untuk Tidur Yang Lena

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO/ARTIKEL: Sinar Harian

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI